Pengikut

Selasa, 28 Februari 2017



Trend, Local Genius & Archeology

Dalam Baiduri Segala Permaisuri mukasurat 70, "Trend, Social Class & Intermarriage", saya telah jelaskan walaupun Asia Tenggara dilanda trend Hindu-Buddha yang mencapai kemuncaknya bermula abad ke-4 Masehi dan mula merosot menjelang abad ke-15 Masehi, orang Melayu tetap Melayu sampai ke hari ini. Cikgu saya kata, tetap hidup penyek, makan belacan, punggung itam. Takpayah nak wannabe sangat.

Bangsa tidak boleh bertukar malah bahasa pun dalam kelompok linguistik yang sama, yakni sebelum dan selepas trend itu, bahasa Melayu kekal dalam kelompok Malayo-Polinesia/Austronesia. Sebab itu Bahasa Jiwa Bangsa. Kata-kata pinjaman, saduran atau seumpamanya majoriti bahasa di dunia ada malah Bahasa Inggeris itu sendiri amat pekat dengan perkataan-perkataan Latin, Jerman malah yang bestnye satu kelompok pulak dengan Sanskrit secara linguistik.

Tulisan-tulisan saya tu adalah hasil pemerhatian saya sejak beberapa tahun lepas di kala masyarakat Melayu masih bertekateki tentang sejarah sendiri. Di kala semua provokasi diangguk-angguk tanpa sikit pun melawan. Orang kencing dia kata ada tulang Hang Tuah berDNA India, budak Melayu pun tersengih-sengih juga. Hang Tuah adalah Hang Too Ah, budak Melayu pun tersengih jugak. Habis tu, bagaimana nama Cina tapi DNA India? Merepek. Nah sekarang dalam buku terbaru, saya sertakan kajian Oxford dan lain-lain universiti yang ditaja oleh Kesatuan Eropah yang mana menjelaskan majoriti orang Melayu berasal dari Asia Tenggara, tepatnya di sekitar Pentas Sunda. Siap ada paperwork berjela-jela lagi. Boleh baca paperwork tu sebelum tido untuk hapuskan imsomnia.

Penemuan demi penemuan di Tapak Arkeologi Sungai Batu telah banyak mengubah persepsi masyarakat malah para pengkaji sendiri tentang sejarah lampau orang Melayu. Ini bukan main-main, sejarah tamadun 500 tahun Sebelum Masehi. Sekarang, para sarjana kita sudah mampu memberi kritikan terhadap Teori Indianisasi dengan memakai bukti-bukti arkeologi.

Saya sememangnya tidak jemu-jemu nak memahamkan masyarakat Melayu tentang akar Malayo-Polinesia mereka, yang kehidupannya very simple and relax as well as Orang Laut, Maori, Tonga dan sebagainya. Selang masa antara abad ke-4 hingga abad ke-15 (trend Hindu-Buddha) sudah banyak memesongkan tanggapan orang Melayu pascamerdeka tentang sejarahnya dengan sangkaan-sangkaan budaya, bahasa dan asal-usul yang tidak akademik.

Sepertimana pandangan Prof Dato Dr. Mokhtar Saidin yang menyatakan dengan jelas bahawa senibina Monumen Sungai Batu bercirikan tempatan, maka percayalah, kita sedikit demi sedikit akan dapat menjejak kembali cerita lampau kita yang hilang dalam 'blackhole' sejarah.

link: http://www.hmetro.com.my/node/209446

~Srikandi
My History is Immortal

Rabu, 25 Januari 2017



SOLAT

... Apabila engkau anggap solat itu hanya sebagai kewajiban, maka kau akan terburu-buru mengerjakannya & tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya.

... Anggaplah solat itu pertemuan yg kau nanti dgn Tuhanmu ... Allahuakbar.

... Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah ... Allahuakbar.

... Anggaplah solat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau mengadu segala keluh kesah dgn Allah SWT ... Allahuakbar.

..Anggaplah solat itu sebagai spt mana seriusnya kau dlm bermimpi ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika "Azan berkumandang," Allah melambai-lambai kepadamu utk mengajak kau lebih dekat dengan-Nya ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau "Takbir," Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah berbangga dengan mu ... Allahuakbar.

... Bayangkanlah ketika "Rukuk," Allah menampung badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau merasakan damai dalam sentuhan-Nya ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika "Sujud," Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua-dua telingamu: "Aku mencintaimu wahai hamba-Ku." ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau "Duduk di antara 2 sujud," Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila orang mengusikmu." ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau memberi "Salam," Allah menjawabnya, lalu kau jadi manusia berhati bersih ... Subhanallah.

Masya Allah ... sungguh nikmat solat yg kita lakukan. Tak akan sia-sia orang yang menyebarkannya.

Maka sebarkanlah wahai teman-temanku. Allahuma, saksikanlah ...

#Ingatan dan muhasabah buat diriku sendiri, saudara-saudaraku dan sahabat-sahabatku. Kita insan biasa yg sering terleka dek urusan dunia yg sentiasa menghambat kita,  dan kita pula mengejar dunia...

salinan Asal ini mungkin
Bayangkan ketika #sujud , Allah mengelus kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut dikedua telingamu: "Aku Mencintaimu hambaKu"
Remaja Masjid Ash-Shabirin
SURAT CINTA TENTANG SHOLAT:
✏ Bila engkau anggap sholat itu hanya penggugur kewajiban, maka kau akan terburu-buru mengerjakannya.
✏ Bila kau anggap sholat hanya sebuah kewajiban, maka kau tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya.
✏ Anggaplah sholat itu pertemuan yang kau nanti dengan Tuhanmu.
✏ Anggaplah sholat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah.
✏ Anggaplah sholat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau berkeluh kesah dengan Allah.
✏ Anggaplah sholat itu sebagai seriusnya kamu dalam bermimpi.
✏ Bayangkan ketika "adzan berkumandang", tangan Allah melambai ke depanmu untuk mengajak kau lebih dekat denganNya.
✏ Bayangkan ketika kau "takbir", Allah melihatmu, Allah senyum untukmu dan Allah bangga terhadapmu.
✏ Bayangkanlah ketika "rukuk", Allah menopang badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau rasakan damai dalam sentuhanNya.
✏ Bayangkan ketika "sujud", Allah mengelus kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut dikedua telingamu: "Aku Mencintaimu hambaKu".
✏ Bayangkan ketika kau "duduk diantara dua sujud", Allah berdiri gagah didepanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam bila ada yang mengusikmu".
✏ Bayangkan ketika kau "Salam", Allah menjawabnya, kau seperti manusia berhati bersih setelah itu...
Subhanallah sungguh nikmat shalat yang kita lakukan... Aamiin ya rabb

# Ada beberapa perkara diatas yang menjadi subjek perhatian saya. Tapi hendaknya mudah-mudahan saya berkelapangan untuk memperkatakanya walau pun secara incit-incit kata orang sini. jadi rajin-rajinlah folow mana tau ada penambahbaikan dari semasa kesemasa.


AWAL UGAMA MENGENAL ALLAH..

Bagaimana hendak mengenal Allah?

Didalam soal ini kita boleh mengambil iktibar pengajarandaripada firman Allah

79.Surah An-Nāzi`āt (Verse 15)
‎هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ مُوسَىٰ

Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?

79.Surah An-Nāzi`āt (Verse 16)

‎إِذْ نَادَاهُ رَبُّهُ بِالْوَادِ الْمُقَدَّسِ طُوًى

Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci; -

79.Surah An-Nāzi`āt (Verse 17)
‎اذْهَبْ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَىٰ

(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);

79.Surah An-Nāzi`āt (Verse 18)
‎فَقُلْ هَل لَّكَ إِلَىٰ أَن تَزَكَّىٰ

"Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?

79.Surah An-Nāzi`āt (Verse 19)
‎وَأَهْدِيَكَ إِلَىٰ رَبِّكَ فَتَخْشَىٰ

`Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)?

Sebenarnya kita semua sudahpun membuat penyaksian dan pengakuan bahawa Allah adalah Tuhan sejak daripada mula dijadikan kita.

Ini telah dijelaskan oleh Allah seperti didalam firmanNya

7.Surah Al-'A`rāf (Verse 172)
‎وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْۖ قَالُوا بَلَىٰۛ شَهِدْنَاۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai
(tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

DARI AYAT INI MENERANGKAN TELAH BERLAKU PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN BAHAWA ALLAH ADALAH TUHAN KITA

PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN INI TERUS BERLAKU SEHINGGALAH KITA DILAHIRKAN KEDUNIA INI DAN IANYA KEKAL SEHINGGALAH KITA SEMUA MULA BERAKAL..

SETELAH KITA MULA BERAKAL, BERMULALAH ERA KITA MULA MERASAKAN SEGALA SIFAT KETUHANAN YANG ADA PADA DIRI KITA SEBAGAI SIFAT BADAN DIRI KITA SENDIRI..

TETAPI ALLAH TELAH MENJELASKAN DIDALAM FIRMANNYA

34.Surah Saba' (Verse 27)
‎قُلْ أَرُونِيَ الَّذِينَ أَلْحَقْتُم بِهِ شُرَكَاءَۖ كَلَّاۚ بَلْ هُوَ اللَّهُ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Katakanlah lagi:

"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.  (Sedang merasakan sifat ketuhanan sebagai sifat diri sendiri dan sebagai sifat makhlok selain dari Allah)

Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,

bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

Setelah kita mula berakal sifat ketuhanan yang ternyata kepada diri kita mula dirasakan sebagai sifat badan diri kita sendiri. Seterusnya semakin kita membesar segala sifat ketuhanan yang ternyata kepada makhlok yang lain juga mula dirasakan sebagai sifat makhlok tersebut.

Semasa kita membaca firman Allah seperti diatas seperti didalam Surah Saba' (Ayat 27) khasnya dan banyak lagi keterangan didalam surah dan ayat-ayat yang lain amnya.  Akan lahirlah didalam ilmu dan pengetahuan kita yang "SEGALA SIFAT KETUHANAN YANG ADA PADA BADAN DIRI SENDIRI DAN YANG TERNYATA KEPADA MAKHLOK YANG LAIN, ITU ADALAH SIFAT KETUHANAN ALLAH"

Dengan ilmu dan pengetahuan yang demikian, tidak akan menghilangkan rasa keberadaan atau keakuan kepada badan diri sendiri dan kepada makhlok yang lain..

Ini telah ditegaskan oleh Allah didalam firmanNya didalam Surah Saba' (Ayat 27)

" TUNJUKKANLAH KEPADAKU SIFAT-SIFAT KETUHANAN YANG ADA PADA MAKHLOK-MAKHLOK YANG KAMU HUBUNGKAN DENGAN ALLAH SEBAGAI SEKUTU-SEKUTUNYA"

 Untuk mengajak manusia kembali kepada "HAKIKAT TAUHID YANG TELAH DITINGGALKAN" sejak dari manusia mula berakal, Allah telah mengu


ILMU AL-SYATAR
RISALAH MENGENAI ILMU AL-SYATAR
Salinan Perkataan Almarhum Ayahanda Tuan Guru Haji Mahmud Nasri Othmani Mengenai Ilmu Al-Syatar Dan Cara Mencapai Darjat Wali. Bertarikh: 17 Rabiul Awal 1388H

[Iman Al Makhda Al Makhda Al Makhda] Darjat Iman Yang Keenam Ialah Tangga Wali Ali Lagi Azom. [As-Sidiquun]
Maka menuntuti wali itu daripada tangga pertama hingga keenam dan ketujuh kesempurnaan bagi wali itu darjat imannya. Tangga keenam pada bab iman dengan itu tahkiklah segala wali itu dengan ilmu dan makrifatnya akan haqiqah al-haqiqatul haqaiq dan haqiqatul al ashya dengan sekira-kiranya wali dan mertabatnya.
Maka mereka yang menuntuti menjadi wali pada zahir dan batin itu hendaklah melazimkan dengan babnya supaya tiada mardud [tiada rasukan] tiada bersusah payah dengan ilmu dan amal yang banyak dan jauh-jauh.
1. Mengaku menjadi murid syeikh wali yang ali lagi azim.
2. Mempernamakan dirinya pada zahir dan batin dengan nama syeikhnya seumpama oleh syeikh abdul razak [ syeikh yusuf] anak sulung bagi syeikh muhyiddin abdul qadir jailani dengan nama baginya dengan cara demikian jadilah dia menerima pusaka wali agama islam di atas makna sekeliannya juzuknya pada zahir dan batin daripada bapanya. Kemudian dikuburkan bapanya 3 hari iaitu dia pergi pada hujung kaki bapanya serta memberi salam dan menuntuti pusaka itu daripada bapanya.
3. Maka menjawab oleh bapanya, hendaklah kamu berhenti seberapa masa kerana mengambil pusaka wali agama islam daripada aku. Maka aku pohonkan kepada allah mengurniakan pusaka wali agama islam itu kepada engkau di atas makna sekeliannya dan juzuk-juzuknya selapis ke selapisan hingga hari qiamat. Dan hendaklah melazimi pada bab aku berkhalwat dengan menuntuti pusaka wali agama islam daripada aku. Aku wasiat akan dikau bahawa hendaklah engkau menyampaikan kepada tiap-tiap mereka yang hendak mengambil pusaka wali agama islam daripada aku hendaklah melazimkan bab khlawat pada bab aku mengaku murid bagi aku hingga seberapa banyak dosa dan kesalahan sekalipun nescaya aku menerima akan dia.
Maka setengah daripada adab melazimkan pada bab aku hendaklah berhadap kiblat mengucap dua kalimah syahadat beberapa kali pohon menerima iman islam ihsan daripada allah.
Beralih ke pihak masyrik, mengucap syahadat beberapa kali, pohon menerima segala rezeki rohani jasmani, banyak dan seberapa banyak mudah dan seberapa mudah., luas dan seberapa luas daripada segala pihak alam allah dengan tiada galangan dan halangan.
Beralih semula ke pihak maghrib mengucap syahadat beberapa kali, pohonkan ibu terima, bapa terima, aku terima [syeikh muhiyydin], allah dan rasul terima, kemudian pohonlah apa-apa hajat daripada allah dengan berkata aku sekira-kira pada pandanganmu bahawa aku pada pihak kanan atau hadapanmu di al pabatul arasil alazim. Rasulullah di hadapan aku, nabi allah khidir dan mereka yang menjadi murid bersama-sama denganmu atau di belakangmu. Atas nama aku pada zahir dan batin. Kemudian hilangkan sekeliannya itu pada ahadiah allah. Dan kekalkanlah di atas kelakuan itu selama-lamanya di antara aku dan rasulullah itu seperti mana antara mata putih dan mata hitam. Maka adab dengan murid seperti tersebutlah boleh mencapai darjat wali yang istiqamah dan nyata beberapa keramat dan kelebihan yang menyamai mukjizat rasulullah s.a.w.
Adapun menuntuti wali dengan jalan berusaha membanyakkan ibadat yang sunat seperti sembahyang, sunat rawatib dan seumpamanya dan juga memperbanyak serta memperluaskan ilmu fardu kifayah itu walhal dengan tidak melazimkan bab tersebut hanya ibadat dan ilmu inilah sahaja atau terus maju ke dalam istiraj daripada allah. Dan mereka yang beribadat sedikit atau banyak, sedikit ilmu atau banyak ilmu tetapi melazimkan bab guru wali seperti tersebut nescaya dapat jadi wali dengan kemudahan. Terlindung daripada pandangan awam dan ahli-ahli ilmu bersembang dengan banyak ilmu dan amal. Dan menggantikan guru yang wali itu pada menyertakan alam allah sekira-kira ketinggian maqam walinya di sisi allah dengan

Selasa, 24 Januari 2017

Surau bypass Kg. Bongol- Kota Belud



lebih kurang jam lima petang. kabus memang tebal sedikit kalau ada Asma payah sikit
.

\Dalam perjalanan kembali ke tempat kerja. kerana  kurang bersedia untuk menghadapi anak-anak yang kurang sihat. Bila menghampir pekan nabalu anak bongsu dah buang air besar, orang rumah suruh berhenti dan meminjam tandas dimana-mana gerai yang ada. sambil berbual itu saya terlepas peluang untuk berhenti kerana saya risau kereta dibelakang mengekori terlalu rapat.

tercari-cari tandas untuk membersikan anak. teringat gerai-gerai sinalau bakas yang ada disepanjang jalan kawasan ini. rupanya saya tidak ada kekuatan untuk berhenti di sana. lalu saya teringat ada sighboard penunjuk ada surau berhampiran di simpang  by pas ke Kota Belud.

Nak dijadikan cerita sehari masa untuk balik bertolak,  kami sekeluarga anak beranak  keracunan makanan, Anak yang sulung memang kurang sihat dari awal kerana penangan memakan beramai-beramai buah lemon dengan para sepupuhnya,  saudara sepupunya itu taklah ada apa-apa maklumlah diorang itu orang kampung sebenar yang memang kebal dan tahan lasak. anak saya belum capai tahapnya


bila jumpa sighbord tersebut saya hentikan kenderaan dan berjalan menunju arahan petunjuk bagi meninjau jauhkah surau tersebut dari simpang dan yang paling penting AIR ada atau tiada. bila dipastikan paip air berfungsi saya berjalan kembali ke kenderaan.

Semasa orang rumah sibuk mengurus anak-anak. saya berkeliaraan disekitar surau, memang nampak ada tanda memang digunakan. oleh kerana tidak pasti masuk waktu Zohor jam berapa. saya juga berharap ada ahli qariah untuk mengumandangkan laungan Azan.

Saya hanya solat sunat. dan berniat mudahan tempat ini adalah berkah dan jamaahnya Ramai.

Beberapa ketika berada ditempat kerja tergerak hati untuk mencatat kembali, lalu saya melayari internit untuk mendapatkan sedikit gambaran mengenai surau tersebut. rupanya memang ada cerita tapi bukan rezeki mereka.



Tapak Tahfiz ini kini berada di Tempies Ranau




Sabtu, 14 Januari 2017

lama tidak berjumpa


Pertemuan tidak disangka Dengan kenalan lama bersama seleberiti juga pengasas seni bela diri Betakom


pic peribadi
Foto Poknik Jebeng.

Pautan ini saya copy dari Facebook untuk melihat gambar berkaitan

 BETAKOS "menyerang" T.U.D.M Labuan....

Sabtu, 31 Disember 2016


KEHEBATAN SILAT MELAYU

Disalin tanpa suntingan dari post Hj Yaacob Hj Idris pada 10 Sept 2013

Dimanakah letak duduknya KEHEBATAN SILAT MELAYU?

Adakah pada ILMU dan AMALANnya?
Adakah pada GURU dan PENGAMALnya?
Adakah pada NAMA SILAT itu sendiri?
Adakah pada BANGSA yang menjadi pelopornya?
Adakah pada senjata KERISnya? Ataupun pada FALSAFAHnya?

Majoriti yang akan memberi jawapan bahawasanya yang HEBAT itu hanya ALLAH SWT semata. Tiada yang hebat selainnya. NOKTAH!

Bila ditanya pula PERBANDINGAN di antara SILAT dengan BELADIRI ASING, jawapan biasa didengar adalah SEMUAnya HEBAT kerana ILMU itu milik ALLAH SWT. NOKTAH!

Inilah jawapan-jawapan yang BIASA diterima dari mulut bangsa kita yang sememangnya malas untuk berfikir, malas untuk buat kajian, malas belajar,malas merenung kehebatan Maha Pencipta, serba serbi malas dan hanya menerima sahaja sesuatu perkara itu TANPA MAHU MENILAI adakah ianya baik/ memberi manfaat dan apa Rahsia disebaliknya.

Untuk mengetahui jawapannya, sang faqir akan kongsikan sedikit pengetahuan tentang SILAT MELAYU ini dan diakhirnya InsyaAllah tuan/puan akan mampu bertemu jawapannya.

BAIAH/SUMPAH/IKRAR/PERLIMAU/PINANG

Dalam ADAT dan ADAB SILAT MELAYU, sebelum murid diterima belajar atau mempelajari sesuatu ILMU dalam Silat, mereka perlulah melalui suatu Majlis yang mana mereka perlu MENGADAP GURU dan menyatakan hasrat hati mereka untuk belajar dan sanggup menjadi murid serta akur pada ketetapan/ peraturan yang telah digariskan oleh GURU. Pada saat dan ketika itu, bermulalah suatu AKAD dan terjalinlah secara ROHANInya suatu IKATAN HUBUNGAN antara GURU dan MURID. Makanya, murid tersebut dikatakan telah mengambil BAIAH dan mendapat SANAD yang jelas. SANAD ILMU merupakan ROH kepada sesuatu ILMU. Pengajian secara berSANAD amat dititikberatkan kerana banyak ROH ILMU itu berkesinambungan sehingga kepada GURU YANG ASAL. ADAB BERGURU adalah KUNCI kejayaan bagi seseorang murid. Seseorang murid itu akan sedaya upaya akur dan mengikut tanpa banyak soal apa yang diajar oleh Guru.

Persoalannya; DARI MANAKAH DATANGNYA AMALAN SEPERTI INI?

Kata Kunci: ADAB BERGURU, BAIAH, SANAD ROH ILMU, AKAD

FIZIKAL DAN SPRITUAL

Dalam Keilmuan Silat terdapat 2 elemen utama yang merangkumi ILMU FIZIKAL dan ILMU SPIRITUAL. Sesuai dengan ALAM ini yang dicipta secara berpasang-pasangan. Ilmu Fizikal terdiri daripada pelbagai disiplin Ilmu seperti ;

1. SENAMAN MELAYU – Amat sesuai diamalkan dikesemua peringkat umur dan ada yang khusus kepada lelaki dan perempuan. Senaman Melayu ini walaupun nampak “simple” tetapi impaknya begitu berkesan sekali. Diamalkan beserta PERNAFASAN MELAYU yang mampu membangkitkan TENAGA DALAM si pengamalnya. Maka, tidak hairanlah walaupun pengamal senaman Melayu tidak berotot dan tegap seperti mat saleh yg berlatih di gym, tetapi mereka lebih KUAT, lebih FLEKSIBEL, lebih SIHAT dan lebih TANGKAS.

2. TARIAN SILAT – Antara ILMU yang tiada dalam mana-mana Ilmu beladiri asing. Ia mampu melatih pergerakan sendi dan “minor muscles” yang amat jarang digunakan dlm kehidupan seharian. Minor muscles yang utuh akan memberi kuasa tambah kepada kumpulan otot utama badan. Akhirnya, latihan TARIAN SILAT akan menjadikan pengamalnya dapat menguasai ELEMEN LEMBUT dan KERAS (di sinilah RAHSIA pengamal Silat dalam kehebatannya mengemudi pelbagai jenis senjata terutamanya Seni Kain (Cendai). Dalam Tarian Silat juga diselitkan dengan cerita-cerita dan falsafah tentang Ketuhanan dan Alam. Kepada yang benar-benar menghayati dan memahaminya, tatkala jari-jemari bergerak tari, sebenarnya mereka sedang MEMUJI dan MENGINGATI akan SANG PENCIPTA ALAM. Gerak ALIF, Gerak LAM ALIF sebagai PENAFIAN GERAK DIRI, Gerak ALAM dan segalanya mempunyai cerita yang tersendiri.

3. PERGERAKAN DAN BUAH SILAT – Ianya diciptakan sesuai dengan GERAK FITRAH MANUSIA. Kemampuan dalam penguasaan ELEMEN LEMBUT dan KERAS memberi kelebihan dalam melaksanakan pergerakan-pergerakan Tempur terutama dalam SENI KUNCIAN. Boleh dikatakan setiap kelebihan yang ada

Selasa, 22 November 2016


Nak kongsi sama dgn sahabat2 dan diri saya sendiri.Renung-renungkanlah.

*Kebergantungan Sesama Manusia*

Syurga *lelaki* pada  perempuan iaitu ibu.
Syurga *perempuan* pada lelaki iaitu *suami.*

Sehebat-hebat *suami* kena patuh pada *ibu.*
Sehebat-hebat *ibu* kena patuh pada *suami.*

Masa *hidup* anak perlukan *doa ibubapa.*          Masa *mati* ibubapa perlukan *doa anak.*

Di *dunia* nasab itu pada *lelaki.*
Di *akhirat* nasab itu pada *perempuan.*

*Sehebat-hebat manusia*, bila mati dia tetap *perlukan orang lain* untuk *kebumi jenazahnya.*

*Setinggi-tinggi ilmu* yang manusia ada. Dia tetap perlu *belajar* daripada seorang *guru.*

Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara. Pasti yang dirindu adalah *keluarga.*

Walau *sekaya* manapun seorang manusia. Dia tetap perlu *berurusan* dengan *orang lain...*

Seorang *General Manager* tidak akan mampu menguruskan perjalanan premis tanpa *general worker.*

Seorang *raja* tidak berkuasa tanpa ada *rakyat jelata.*

Inilah manusia... *Lemah.* Walau sehebat mana pun kita didunia. Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi. Taraf kita hanya seorang *"Hamba".*

Lalu kenapa mahu rasakan kita adalah yang *terbaik* dan *terhebat*???

Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada taraf *ujub, riak, sombong dan hina.*

Ingatlah wahai diriku dan yang sedang membaca. Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat. Iaitu *sombong dan merasa dia lebih baik.*

Alangkah baiknya jika dunia yang sementara ini kita isi dengan kebahagian. Bahagia lihat orang lain bahagia. Derita bila lihat orang lain derita.
Mahu yang terbaik buat diri sendiri dan orang lain.

Ingatlah...
Dunia untuk dikongsi bersama. Jika tidak, pasti Allah beri setiap seorang manusia itu sebuah bumi untuknya sendiri..

Sesungguhnya Allah tidak pernah salah merencana sesuatu.. Pasti ada hikmahnya..

Insyaa Allah..

Syekhthanauddin.blogsport.my/2011/08/ penghuraian- misteri-alam-melayu.html

PENGHUARAIAN MISTERI ALAM MELAYU

Nota: Segala tulisan di bawah adalah hasil rujukan dan ilmu pengarang Hj. Ahmad b. Hj. Che Din dan tidak ada kena-mengena dengan saya. Ianya dimuatkan di sini sebagai tatapan umum untuk menambahkan ilmu pengetahuan, beroleh penjelasan tentang kemusykilan mengenai makhluk Jin di mukabumi dan menjawab persoalan kita mengenai makhluk halus. Tiada perubahan dilakukan daripada teks asalnya kecuali perenggan-perenggan tulisan untuk disesuaikan ke dalam blog ini.

PERUTUSAN

Segala puji-puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Tuhan yang Maha mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Sesungguhnya Dialah yang menguasai sekian makhluknya daripada Jin, Malaikat dan manusia serta lain-lain lagi, dan Dia jugalah yang berkuasa ke atas sekian mereka itu. Dialah yang mengatur dan mentakbir alam ini dan Dialah yang Maha Pelulus dan Maha Penentu atas sekelian mahluknya.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi dan Mursalin Nabi Muhammad s.a.w, ahli-ahli bait serta para sahabat baginda serta pengikut sahabat dan ulama-ulama yang menegakkan agama Allah s.a.w serta yang berhubung dengan mereka itu sehingga kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Sidang pembaca yang dirahmati;

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya dapat disiapkan sebuah tulisan yang serba kekurangan ini bagi tatapan sidang pembaca yang ingin mencari pengalaman baru dan di harap dapat menjadi pengetahuan yang berguna berhubung dengan Perubatan Tradisional Melayu, Adat Resam masyarakat Melayu Islam, Latihan pertahanan diri Melayu, perkara-perkara Khurafat dan ajaran-ajaran sesat.

Tulisan ini di susun semula hasil dari pengalaman penulis sendiri dan beberapa orang sahabat yang terlibat secara langsung dengan ahli masyarakat yang malang dan memerlukan pertolongan, juga ilmu dari guru-guru yang alim dan dari rujukan kitab-kitab.

Tujuan tulisan ini diperkenalkan supaya ahli masyarakat Melayu Islam tidak terkeliru di antara adat dan agama supaya jangan nanti ada yang mengatakan adat yang bercanggah dengan Islam itu adalah salah satu daripada tradisi agama Islam. Orang-orang Melayu yang sebahagian besarnya banyak yang terkeliru di antara adat dan agama ; antara karamah dengan Istidraj; antara mau’nah dengan sihir atau silap mata. Sehingga kini ramai yang mudah terpengaruh dengan perkara-perkara pelik umpamanya " Bomoh Budak " di Baling sehingga berpusu-pusu mereka pergi untuk mendapatkan rawatan tanpa menyelidiki terlebih dahulu.

Adalah diharapkan setelah membaca tulisan ini anda akan dapat membeza dan menilai kesesatan yang berlaku dalam perbomohan, adat-resam dan latihan pertahanan diri Melayu meskipun faktanya masih banyak yang kekurangan.

Sebarang kesilapan atau kekurangan fakta adalah disebabkan oleh kelemahan diri penulis sendiri samada dari sudut keilmuan maupun dari pengalaman.

Wallahu’alam.
Hj. Ahmad b. Hj. Che Din Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. 1hb Ogos 1997.


SEJARAH RINGKAS NUSANTARA

Sebelum kedatangan Islam di Nusantara, penduduk di Asia Tenggara adalah terdiri daripada penganut fahaman Buddha Syinrawath ( Buddha Puja Dewa ). Pada ketika itu penganut-penganutnya sudah pun sedia mengamalkan perkara-perkara luar biasa yang menyalahi kebiasaan iaitu " Mencarik adat " yang lahir hasil daripada pemujaan ‘ dewa-dewi’, jampi serapah atau yang seumpamanya.

Keadaan ini berlaku adalah hasil daripada pertolongan jembalang-jembalang yang terdiri daripada Jin samada dengan menjelma ke dalam diri pemujanya ( Tanasukh Aruah ), Istidraj, Sihir atau silap mata. Semua amalan ini amat kuat pengaruhnya dalam kehidupan seharian mereka pada waktu itu. Mereka mengabdikan diri hanya kepada Dewa-Dewi semata-mata. Dalam konteks ini pegangan fahaman beragama adalah bersumberkan daripada Rahib-rahib yang dikatakan mendapat ilham dari tuhan dewa-dewi samada Dewa Rama, Dewa Sita, Dewa Siva dan yang seumpamanya.

Ketika Islam tersebar luas di Semenanjung Arab hingga ke Eropah dan juga ke Asia, maka banyaklah mubaligh-mubaligh Islam

Isnin, 21 November 2016




Apa Yang Kita Tidak Perasan Tentang Manuskrip Melayu
Jika bangsa ini diberikan 10 orang yang punya semangat dan obsesi seperti mendiang Dr. Liaw Yock Fang dan seumpamanya, sudah pasti akan bergegar gegak gempita perpustakaan dan arkib negara dan roboh papan di Leiden dan Vatikan.
Bagaimana nak melahirkan pakar-pakar sejarah dan kesusasteraan tulen dan benar-benar bekerja dari kalangan anak-anak Melayu? Kerja banyak, berlambak manuskrip belum ditransliterasi dan dikaji. Beribu-ribu, bukan main-main. Ditukarhuruf itu satu hal, nak dikaji dan digali pelajaran di dalamnya tu satu hal pula.
Kita tak memerlukan lagi ahli sejarah yang hanya memetik satu nama dari Sulalatus Salatin lalu berbincang-bincang untuk memitoskannya. Kita tak perlukan lagi sasterawan yang hanya buang masa memetik kisah raja dan pembesar minum arak dan kaki perempuan, sebabnya setiap bangsa ada 'darkside' masing-masing. Nothing special.
Kita perlukan seorang wira yang mentransliterasi, mengkaji dan menggali pengetahuan dan pelajaran dari manuskrip-manuskrip ini. Dr. Liaw Yock Fang fokus dalam bab perundangan, seorang ambil satu manuskrip bidang perubatan pula, seorang ambil manuskrip bidang ilmu logam keris (metallurgy), seorang ambil bidang pembuatan meriam, seorang kaji manuskrip ilmu pelayaran, seorang kaji manuskrip ilmu pentadbiran dan politik, seorang kaji manuskrip senibina dan pertukangan, malah boleh kaji industri penterjemahan dan adaptasi karya luar pada zaman dahulu dan senarai ini berterusan lagi dan lagi.
Kumpulkan semua manuskrip-manuskrip ini dan buat pengkelasan bidang. Buat galeri dan pamerkan. Bangunkan ilmu-ilmu baru dari timbunan manuskrip itu dan sailang semua usaha pegawai kolonial yang memilih-milih hanya hikayat, fiksyen dan penglipurlara sahaja dari manuskrip-manuskrip itu untuk dipopularkan dan diulas. Sekarang kaji dan ulas semua sekali.
Tidaklah ahli sejarah dan sastera kerjanya masing-masing hanya ulas versi-versi Sulalatus Salatin sahaja. Versi itu versi ini. Hukum Kanun Melaka sahaja ada lebih 50 versi. Lepas ulas sekian banyak versi tu, stuck tang situ, berpusing-pusing tang situ, buat polemik, bergaduh, last-last kita semua jadi mitos, jadi dongeng. Last-last kita pulak dituduh pendatang asing. Damn!
Kita boleh memilih dari kisah manuskrip-manuskrip ini, untuk menjadi Melayu yang kasihan atau Melayu yang berilmu pengetahuan.
~Srikandi
"luhur sejarahku abadi



Undang-undang Laut Melayu dan Pakar Sastera Melayu
Adakah bila disebut 'pakar sastera Melayu' maka kita berfikir dia terlibat sekadar dalam pantun, syair, guridam, seloka dan hikayat-hikayat?
Pernah dengar tentang kitab Undang-undang Melaka dan Undang-undang Laut? Perpustakaan Vatikan ada menyimpan salah satu versi kitab ini yakni versi Bilioteca Apostolica Vaticana (VAT.IND.IV). Soalannya, siapakah yang telah mengkaji versi di Perpustakaan Vatikan ini dan mengusahakannya kedalam naskah yang dapat kita baca dengan mudah pada hari ini?
Memperkenalkan Dr Liaw Yock Fang. Beliau telah memperolehi gelar Drs. dari University of Leiden pada 1971 dan pada 1976 memperolehi gelar Doktor Sastera dari universiti yang sama, dengan mempertahankan disertasinya yang berjudul Undang-undang Melaka.
Beliau pernah mengajar di Jabatan Pengajian Melayu Universiti Nanyang (Nantah) dan di Jabatan Pengajian Melayu Universiti Singapura (kemudian Universiti Nasional Singapura).
Kepakarannya menyerlah dalam bidang linguistik dan kesusasteraan Melayu klasik.Beliau fasih Mandarin, Inggeris, bahasa Melayu dan mengetahui bahasa Arab.
Beliau walau bagaimanapun baru sahaja meninggalkan kita semua pada 23 April 2016 yang lalu.
Persoalan yang harus difikirkan, bagaimanakah caranya untuk melahirkan pelapis bagi bidang sastera Melayu, linguistik dan sejarah dari kalangan pemuda-pemudi Melayu kita? Orang yang mampu mengkaji manuskrip-manuskrip Melayu dan fasih dalam pengajian kesusasteraan dan hikayat Melayu? Yang boleh mentafsirkan sejarah Melayu dari aspek historiografi tempatan dan bijakpandai istana?
Ketika sesetengah orang kita yang bebal menuduh aliran historiografi tempatan ini sebagai 'pseudo-history' kerana tidak mengikut pandangan pegawai tadbir kolonial yang cuba menunjukkan bakat terpendam mengarang sejarah kita, anak-anak bukan-Melayu belajar sejarah Melayu dengan gigih, betul-betul dan menyeluruh sehingga mendapat gelaran profesor.
You ask a Malay student what is your history, and they have no knowledge of their earlier generations, or their past to speak, nor are they interested
(Eddin Khoo)
~Srikandi
The History of Thy Beloved
kredit: Berita Harian Singapura

Jumaat, 18 November 2016


Ulasan tajuk “Subjek Sejarah Di Bunuh Senyap”

Sesuatu isu sejarah menjadi menarik apabila pandangan yang dilemparkan itu datang dari tokoh tersohor negara.  Apa yang hendak diulas ni sekadar pandangan peribadi saya semata-mata sebagai orang di jalanan sejarah pendek kata marhaen sejarah berkenaan isu viral dari fb Berita Harian tentang penjelasan Prof Emeritus KKK.

1. Pendidikan di Malaysia berdasarkan gred/pointer/cgpa bukan menumpukan aspek minat pelajar itu sendiri. Maksud saya pelajar yang betul-betul minat diberi peluang secara bebas membuat penyelidikan dan  kajian mengikut tajuk pilihannya sendiri namun  masih dalam seliaan pegawai penyelia. Kerja dengan minat hasilnya pasti membanggakan. Simple.

2. Kebenaran dalam sejarah. Ya. Ini isu paling hebat dalam sejarah mana-mana negara. Sejujurnya para pemerintah akan cuba menutup apa juga kebenaran sejarah supaya mereka terus kekal dimana mereka berada. Dah senang lenang sapa nak susah?. Kita pula di Malaysia yang menjadi masalah ialah kita tidak boleh menerangkan fakta yang boleh menyebabkan ketegangan kaum. Kita tuan tanah tapi atas kertas saja. Korang berani ke lawan pemerintah? hehe

3. Sumber sejarah. Saya dah bertahun-tahun cakap isu ini. Tapi sayangnya semua pihak berkewajipan  dalam  hal sejarah tidak begitu menitikberatkan perkara ini. Kerja sekadar kerja, makan gaji dan buat muka garang.  Saya setuju apa yang Prof Emeritus KKK cakap sejarah kita luas dan bukan bangsa kita ni makan orang atau terpencil cuma tiada siapa yang betul-betul hendak menlihat bahan-bahan asing disebabkan masalah bahasa. Saya nak cari bahan Thai pun jenuh dan sedang cari jalan nak belajar tulisan Thai. Jadi soalan saya apa fungsi fakulti bahasa asing di University sebenarnya? Lepasan-lepasan fakulti ini kemana pergi selepas tamat pengajian?.

4. Disebabkan masalah bahasa orang yang patut berusaha menjejak hanya sekadar berbual-bual tentang sejarah Melayu. Maka rakyat biasa macam saya terpaksa guna google translate untuk baca kajian sejarah dari negara luar. Bila kajian mereka ini (marhaen sejarah) semua sudah siap. Soalan biasa yang akan ditanya “ Apa kelayakan anda?”. Agaknya orang macam saya pendemo sejarah ni rasa malu dan rendah diri tak?

5. Maaf cakap, Prof-prof ni nak layan ke pendapat kita? Saya jumpa beberapa Prof yang terbuka dalam bincang isu sejarah dengan rakyat yang bukan pelajar sejarah. Tapi yang lain tu.. emm..

6. Pseudo Historian. Yang ini semua dah tahu tak perlu cerita panjang. Sepatutnya  mereka yang gedik berjuang sejarah haruslah bekerjasama dengan ahli akademik sebab bila seorang ahli akademik/pengkaji sepenuh masa melakukan kajian dia akan menghadapi masalah di alam maya iaitu :
i. Takda masa nak update status
ii. Plagiarism
iii. Bahasa mereka kadangkala terlalu akademik.

Jadi tugas peminat sejarah yang advance ini ialah memudahkan pembacaan yang dikaji oleh ahli sejarah dan letak la kredit nama. Bukannya susah pun. Jadi masyarakat massa tahu bahawa ahli akademik ni buat kerja. Bukan dok melengko beso bontot macam korang cakap tu dan takyahla bergaduh sesama sendiri. Same je bangangnye.. rentikalah tunjuk hebat.. bukan ada faedah pun. Allah je pandai semua.

7. Sejarah diperingkat sekolah tak sama macam dewasa/umum. Jawapannya mudah. Budak darjah 4 tahu 4x2=8 takkan ko nak suruh dia pahamkan 4-2+3-1x4 = 8. Otak budak ni bukan pembelit macam korang. Pemikirannya telus. Jadinya hanya point saja yang dipaparkan dan menjurus kepada bagaimana hendak memahamkan sejarah. Maka tak perlulah tanya persoalan sama bertahun-tahun. Nak betulkan pemikiran kanak-kanak, pemikiran korang tu betul kan dulu.

8. Guru bukan bidang, bukan dalam bidang pendidikan saja tapi masalah ini berlaku disemua cabang sektor sejarah. Bayangkan lulusan akauntan jadi pegawai muzium. Ada rasa sakit jiwa tak?. Jadi berkait semula dengan no 1. Kerja sekadar kerja dan sistem pemilihan pekerja atas sebab yang tidak diketahui. Bukan diperingkat kumpulan C saja malah sampai ke kumpulan tertinggi. Rezki
Mohd H Roslan 13/11/2016
MHR

Khamis, 17 November 2016


KHIDMAT SEORANG MURID

 "Apabila kita berguru, kita bukan hanya belajar kitab sahaja dengan dia. Murid juga bersuhbah dengan dia, kita bermusafir dengan dia, kita berkhidmat dengan dia. Angkat barang dia, jaga keperluan dia dan jangan tunggu disuruh."

"Khidmat adalah pembuka kepada ilmu, khidmat itu pembuka pintu kepada murid. Kalau alim sahaja, ilmu ada. Khidmat tak ada, akhirnya lahir ulama yang tak beradab. Khidmat ini penting, belajar adab. Kalau kamu boleh khidmat, khidmatlah habis-habisan. Suhbah dengan guru, dan hendaklah kamu bersama dengan orang-orang siddiqin."

"Ada satu kisah, di sebuah pondok pengajian. Ada seorang sheikh yang alim, tetapi sudah tua. Dihujung hayatnya, dia inginkan seorang penganti dirinya, daripada kalangan anak muridnya. Agar, boleh mengantikannya mengajar dan membimbing, anak-muridnya yang lain."

"Sheikh belum nampak lagi ada di kalangan, anak muridnya yang boleh mengantikannya. Ada sebatang pen yang amat disayangi oleh sheikh tersebut. Suatu hari, pen itu dicampakkan kedalam jamban di tempat pengajian tersebut."

"Kemudian, di dalam pengajian, sheikh berkata kepada anak muridnya; "Pen yang amat saya sukai telah jatuh di jamban. Adakah ada di antara kamu yang boleh ambilkannya untukku?"

Yang sorang, selalu duduk depan, anak muridnya buat tak tahu. Yang sorang, buat baca kitab. Yang sorang, buat-buat menghafal."

"Diulang sampai tiga kali oleh sheikh. Ada sesiapa yang boleh ambilkan?"

Tiba-tiba, ada seorang yang menyahut daripada luar; "Sheikh, saya boleh sheikh." Dia ini, selalu khidmat. Selalu sapu sampah, selalu susun selipar pelajar, bersihkan madrasah, khidmat tanpa disuruh. Kalau datang pengajian pon, di belakang."

"Kemudian, anak murid yang selalu berkhidmat ni terjun ke dalam jamban. Dicari sampai jumpa pen syeikh. Kemudian, dibersihkan dan dicuci diberi minyak wangi kasi wangi. Keesokannya, pen itu dipulangkan kepada sheikhnya."

"Sheikh berkata; "Kau yang ambilkan pen ini?" Kata pemuda yang selalu berkhidmat itu; "Ya, sheikh.

Mengalir airmata sheikh. Masya Allah. Kemudian, dia berkata; "Kemarilah." Dekat kepadaku. Dan didoakan oleh sheikh; "Ya Allah, aku redha dia, sebagai anak muridku. Ya Allah. Ya Allah, kau turunkanlah ilmu yang Kau berikan padaku, mengalir kepadanya."

"Terus kabul doa sheikh. Begitulah, Berkat berkhidmat dengan orang-orang soleh. "Khidmat adalah pembuka kepada ilmu, khidmat itu pembuka pintu kepada murid. Kalau kamu boleh khidmat, khidmatlah habis-habisan. Itulah keberkatan. Suhbah dengan guru, bersama dengan orang-orang siddiqin."

Ahbul hadramaut
via: Raudhatul Muhibbin
@nota_tasawwuf

Sabtu, 22 Oktober 2016


Apa itu Cendawan Mekah? 

Cendawan...??tapi tak macam cendawan pun....
Macam pancake pun ada...mcm agar2 pun iya jugak...😹😹😹
🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄
Hakikatnya Ia adalah sejenis kulat yang berbentuk macam obor-obor dan hidup dalam air bersih yang bergula. 

Kenapa ada perkataan Mekah? 

Sebab asal cendawan ini memang dari Mekah dan kisahnya ada disebut dalam Al Quran dan Hadis. Dalam bahasa arab, ia tidak disebut cendawan Mekah tetapi sebaliknya ia dinamakan Al-Kammah. Berasal dari Al-Mann (ingat tak umat Nabi Musa diberikan makanan berupa Manna dan Salwa dari langit ? Rujuk Surah Al Baqarah ayat 57)

Cendawan ni hidup dengan menjadikan gula sebagai makanannya dan dari hasil uraian gula tersebut terhasillah penawar yang sangat ampuh menangani masalah usus dan memerangi kanser secara amnya. 

Ada seribu satu khasiat Cendawan Mekah:

* Sakit sendi dan tulang
* Menyembuhkan sakit kepala termasuk migraine
* Menyembuhkan kencing manis
* Membantu menurunkan kadar kolesterol
* Melancarkan pembuangan air besar
* Menyembuhkan masalah penglihatan
* Mencegah dan menyembuhkan batuk, bronchitis dan asma.
* Menurunkan tekanan darah tinggi (hipertensi)
* Mencegah jerawat dan penyakit kulit lainnya
* Memperbaiki gangguan menstruasi dan menopause
* Membersihkan racun dalam tubuh (detoksifikasi) dan sel kanser
* Mengatasi masalah impotensi/ disfungsi ereksi
* Mengurangi stress dan gangguan tidur (insomnia)
* Menyuburkan rambut dan mengatasi masalah keguguran serta membantu masalah uban
* Menambah tenaga termasuk tenaga seksual
* Menjaga stamina tubuh dan menurunkan ketegangan saraf serta berbagai macam penyakit lainnya
* Membuat tubuh senantiasa sihat dan awet muda
* Memyembuhkan sakit lumpuh (stroke)
* Dan berbagai jenis penyakit kronik

Ia juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Kombucha Tea, Alga Mekah, Mud-mud dan Ibu Som.

Benih cendawan ini sangat mahal harganya sesuai dengan khasiatnya untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Benih ini menjadi rebutan diseluruh Nusantara, India, Asia Barat, Eropah kerana nilai kandungan perubatan yang terkandung dalam air cendawan ajaib ini. Ia dipanggil dengan pelbagai nama seperti Tea Combuchea Di Indonesia, Alga Mekah, Ibu Som Di Malaysia (Terengganu) dan pelbagai nama unik lain.

Cendawan ini dibiakkan melalui proses rendaman dengan air teh O. Jika direndam sebulan,benih ini akan membesar mengikut bekas yang kita rendam. Kalau anda rendam dalam baldi.. maka besar baldilah ia akan membesar. Ada juga yang membesarkannya dalam aquarium.

Air Teh O Yang direndam tadi akan berubah rasa menjadi rasa air apple. Air tersebut hendaklah ditukarkan dengan air teh o yang baru dan dibiarkan selama 1 @ 2 minggu Kemudian barulah air yang direndam 1 @ 2 minggu tadi dijadikan minuman.

Sesiapa nak mengiklan..sila iklan d bahagian komen.jangan tag saya.







Jumaat, 30 September 2016


 Ketahuilah kamu akan silsilah asal usul Bangsa Melayu.. Sesungguhnya melayu itu bermaksud bangsa yg bercampur baur dan berkembang biak bertaburan di seluruh pelusuk alam ini..  Asal Melayu itu dari 5 kacukan Bangsa besar dunia iaitu Arab,Parsi,China,India,Monggol..  Bangsa Melayu wujud selepas golongan ini👆🏻 menerima islam sebagai agama di nusantara ini,maka diberikan nama bangsa yang Agong ini dengan gelaran Al Mala-u yang dipetik dari kalimah didalam Al quran Karim oleh Sayyidi Syeikh Abdullah Bin Jaafar Al Qumairi Al Yamani..  Kata Syeikh Wan Ahmad Al Fathoni dalam kitab Hadiqatun Azhar  " Al Mala-u itu adalah Milayu, Bangsa Keturunan Manusia Agong Pembawa Panji2 Kebesaran Islam Ke Seluruh Pelusuk Dunia."  Untuk mengetahui asal usul Bangsa Melayu Islam lebih lanjut.  Ayuhhh📢📢  Mari sama2 kita hadir ke slot *"Salasilah Melayu Bersanad"*   Hari/Tarikh : *Selasa/27.09.2016* Tempat : *Dataran Naza, KUIM*  Masa: *8.00pm*  Sama2 kita hadir mengimarahkan majlis dengan semangat dan azam yang satu☝🏻 demi mengangkat kembali martabat Islam itu Melayu Melayu itu Islam dibawah satu Naungan Syahadah .  Doa Syeikh Ahmad Al Fathoni " Ya Allah , Perkuatkanlah Bangsa Melayu Ke Atas Bangsa2 Kafir Dan Kembalikan Negeri2 Kami Kepada Kami , Perkenankan Ya Robb"

�.FESTIVAL MINGGU DAKWAH & KESENIAN ISLAM.�
Assalamualaikum w.b.t.h..
Untuk makluman.. Pada 22/9/2016 hingga 29/9/2016 PERSEPSI dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) akan menganjurkan satu program mega dimana syarahan serta pendedahan tentang DUNIA KEMELAYUAN yang sebenar.
Kami menjemput seluruh warga KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA serta semua masyarakat melayu untuk memeriahkan lagi majlis yang akan diadakan.
Di sini saya selitkan sekali tentatif bagi rujukan tuan/puan agar memudahkan perjalan tuan/puan untuk turut serta dalam program kami�
*Khamis @ 22/9/2016
11 am - 1 pm : "Melayu Tersurat, Islam Tersurat." By Tun Suzana.
2 pm - 4 pm : "Melayu Tersurat, Islam Tersurat."
By Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari
8 pm - 10 pm : Perasmian FESTIVAL MINGGU DAKWAH & KESENIAN ISLAM.
*Jumaat-Ahad @ 23/9/2016-25/9/2016
PERTANDINGAN MDKI
*Isnin @ 26/9/2016
8 pm - 10 pm : Forum Bicara Santai "Dunia Melayu"
-Merah Silu
-Tuan Mazukhi
*Selasa @ 27/9/2016
8 pm - 10 pm : "Ceramah Salasilah Melayu Bersanad."
-Ustaz Ibrahim Mohd Salleh
*Rabu @ 28/9/2016
9 am - 11 am : Forum "Latar Belakang Islam Di Malaysia"
-En. Aziz bin Azmi
-Ustaz Fabli
8 pm - 11 pm : Teater " Hikayat Cinta Al-Mala-U"
*Khamis @ 29/9/2016
10 am - 12 pm : Seminar " Sumbangan Ulama'- Umara Dalam Islamisasi Alam Melayu."
By Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari
2 pm - 4 pm : Seminar " Syair Pujian Pada Allah dan Rasul."
By Ustaz Neezam Arrifin Al-Banjari
8 pm - 11 pm : Mawlid Mega 2.0 : "Melayu Mustafawiyah Pembenteng Islam."
-Ustaz Neezam Arriffin Al-Banjari
-Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari
SEMUA DI JEMPUT HADIR!
"Takkan hilang melayu di dunia,.... Selagi beramal dengan Islam,"
-Hang Tuah-
Pengarah Program.
NUR IZAMUDDIN RIZLE TARMIZI
(T.EXCO KESENIAN & KEBUDAYAAN)
Ulasan  orang kita

Byk kajian tntg bgsa melayu...blum pula jumpa yg mcm di atas👆yg pasti Allah jadikan manusia ini brbgsa2 utk bkenalkenalan..jgn pla nk mgagung2kn bngsa melayu sehingga ada pula bbntuk mitos...

Belum jumpa.. sila datang dengar slotnya    InsyaAllah saya pun tawar diri bentang kertas kerja serupa ini atau mungkin kertas kerja ini

 Secara peribadi masa lalu masa viral ucapan Datuk masidi dan viral pembentangan mufti sabah atas nama jenama MELAYU  saya terpanggil untuk memperkatakan sesuatu. Dan hari ini saya terulang balik kata utk tawaran diri sendiri. Maafkan saya

 Sy setuju...masuk islam bukn bererti masuk melayu...ini bukn indonesia di mn semua bgsa dijadikn bgsa indonesia mgikut pancasila...akhirnya semua agama sama mnurut  islam liberal...nauzubillah

 .... minzalik..   Aamiin.


: understood nobo gia t.. bagus lagi matuu...peluk islam.... aduiii jadi Arab..lagi glamour.. Melayu itu Suku saja

 Ya btl tu,tuan..👍👍

Sambutan awal muharam 1438 hijrah Abjad Malaysia caw Sabah



Assalamualaikum warahmathullahi wabarakathu... 
  Sambutan awal muharam 1438 hijrah Abjad Malaysia caw Sabah  

Bertempat di Rumah Ust Rahipin/ Badal Sabah

  Tentatif program:   *maghrib   *Qhatam quran  
               *Doa Akhir Tahun 1437 hijrah dan Awal Tahun 1438 hijrah.        
 * khutbah ringkas oleh  (Al fadhil ustad Rahipin)  
*nashid MAHARAJA
  * doa 
  *majlis tujuh hidangan (jamuan 7 hidangan) 
11 pm : bersurai  

 ( digalakkan melakukan solat sunat sebanyak 100 rakaat~Bara'ah~)-selepas jamuan tujuh hidang dan jamuan makan sehingga selesai majlis...

  Hajat dan doa bersama tunaikan hajat para jemaah  

Jumaat, 12 Ogos 2016


bagus baca sejarah org Peribumi                        

 Kenapa 3 empayar kuno ( Sri Vijaya,Mataram dan Kadiri ) gagal untuk menakluki Pulau Borneo?

Semasa Zaman Merong Mahawangsa atau Zaman Langkasuka.. Tahukah anda bahawa Tanah Malaya adalah asalnya daripada Kerajaan Kedah .

Empayar Kedah menguasai seluruh Tanah Melayu .Sebelum kedatangan Islam dahulu Masyarakat Melayu adalah menganuti Agama Hindu.Tanah Melayu adalah sebahagian Kerajaan Empayar Sri Vijaya yang meliputi Sumatera , Jawa , Indonesia sekarang.

Tiga Kerajaan iaitu Sri Vijaya , Mataram dan Kadiri berebut untuk menguasai Borneo dan Celebes tetapi apabila sebaik sahaja tentera sri vijaya sampai di borneo dan dikatakan tidak sampai dua hari bermalam di hutan borneo keesokkan paginya tentera mereka semua tidak bernyawa dan paling mengerikan semuanya mati tanpa kepala.

Bergitu Juga dengan tentera empaya Mataram dan Kadiri yang mencuba nasib utk menakluki Borneo tetapi mendapat bala seperti mana tentera Sri Vijaya.. dimana tentera mereka mati dengan kepala hilang dipotong .. sejak itu Pulau Borneo Amat digeruni dan ditakuti oleh mana-mana empayar di sekitar Nusantara dan hingga dikenali sebagai Pulau Pemburu Kepala.

Pulau Borneo mempunyai Bala Tentera iaitu Empayar Dayak yang berani dan turut diceritakan 'ajaib' dan mampu menyelinap di sekitar paya , hutan serta mampu lesap dan tangkas.

Dianggarkan Ribuan Bala Tentera Srivijaya mati dengan keadaan mengerikan dan kesemua Tentera Sri Vijaya hilang kepala bergitu juga dengan Serangan Taklukan daripada Empaya Kediri dan Empaya Mataram yang mencuba nasib meluaskan jajahan ke Borneo .
Owen Rutter: Bahasa Dusun merupakan bahasa yg sukar di kaji asal usulnya, kerana bahasanya tidak terdapat di dimana2 tempat di dunia, selain hanya di borneo utara dan penuturnya. Tdk spt bahasa melayu, persamaan dgn bahasa indonesia asal usulnya, bahasa suku2 cina, dan bahasa2 lain. Kerana bahasa Dusun terlalu tua, dan kategori bahasa purba, lebih tua dari bahasa sanskrit. Sejarahnya, boleh melebihi 4000 tahun.