Apa itu Cendawan Mekah?
Cendawan...??tapi tak macam cendawan pun....
Macam pancake pun ada...mcm agar2 pun iya jugak...😹😹😹
🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄
Hakikatnya Ia adalah sejenis kulat yang berbentuk macam obor-obor dan hidup dalam air bersih yang bergula.
Kenapa ada perkataan Mekah?
Sebab asal cendawan ini memang dari Mekah dan kisahnya ada disebut dalam Al Quran dan Hadis. Dalam bahasa arab, ia tidak disebut cendawan Mekah tetapi sebaliknya ia dinamakan Al-Kammah. Berasal dari Al-Mann (ingat tak umat Nabi Musa diberikan makanan berupa Manna dan Salwa dari langit ? Rujuk Surah Al Baqarah ayat 57)
Cendawan ni hidup dengan menjadikan gula sebagai makanannya dan dari hasil uraian gula tersebut terhasillah penawar yang sangat ampuh menangani masalah usus dan memerangi kanser secara amnya.
Ada seribu satu khasiat Cendawan Mekah:
* Sakit sendi dan tulang
* Menyembuhkan sakit kepala termasuk migraine
* Menyembuhkan kencing manis
* Membantu menurunkan kadar kolesterol
* Melancarkan pembuangan air besar
* Menyembuhkan masalah penglihatan
* Mencegah dan menyembuhkan batuk, bronchitis dan asma.
* Menurunkan tekanan darah tinggi (hipertensi)
* Mencegah jerawat dan penyakit kulit lainnya
* Memperbaiki gangguan menstruasi dan menopause
* Membersihkan racun dalam tubuh (detoksifikasi) dan sel kanser
* Mengatasi masalah impotensi/ disfungsi ereksi
* Mengurangi stress dan gangguan tidur (insomnia)
* Menyuburkan rambut dan mengatasi masalah keguguran serta membantu masalah uban
* Menambah tenaga termasuk tenaga seksual
* Menjaga stamina tubuh dan menurunkan ketegangan saraf serta berbagai macam penyakit lainnya
* Membuat tubuh senantiasa sihat dan awet muda
* Memyembuhkan sakit lumpuh (stroke)
* Dan berbagai jenis penyakit kronik
Ia juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Kombucha Tea, Alga Mekah, Mud-mud dan Ibu Som.
Benih cendawan ini sangat mahal harganya sesuai dengan khasiatnya untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Benih ini menjadi rebutan diseluruh Nusantara, India, Asia Barat, Eropah kerana nilai kandungan perubatan yang terkandung dalam air cendawan ajaib ini. Ia dipanggil dengan pelbagai nama seperti Tea Combuchea Di Indonesia, Alga Mekah, Ibu Som Di Malaysia (Terengganu) dan pelbagai nama unik lain.
Cendawan ini dibiakkan melalui proses rendaman dengan air teh O. Jika direndam sebulan,benih ini akan membesar mengikut bekas yang kita rendam. Kalau anda rendam dalam baldi.. maka besar baldilah ia akan membesar. Ada juga yang membesarkannya dalam aquarium.
Air Teh O Yang direndam tadi akan berubah rasa menjadi rasa air apple. Air tersebut hendaklah ditukarkan dengan air teh o yang baru dan dibiarkan selama 1 @ 2 minggu Kemudian barulah air yang direndam 1 @ 2 minggu tadi dijadikan minuman.
Sesiapa nak mengiklan..sila iklan d bahagian komen.jangan tag saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan