![]() |
| lebih kurang jam lima petang. kabus memang tebal sedikit kalau ada Asma payah sikit |
.
\Dalam perjalanan kembali ke tempat kerja. kerana kurang bersedia untuk menghadapi anak-anak yang kurang sihat. Bila menghampir pekan nabalu anak bongsu dah buang air besar, orang rumah suruh berhenti dan meminjam tandas dimana-mana gerai yang ada. sambil berbual itu saya terlepas peluang untuk berhenti kerana saya risau kereta dibelakang mengekori terlalu rapat.
tercari-cari tandas untuk membersikan anak. teringat gerai-gerai sinalau bakas yang ada disepanjang jalan kawasan ini. rupanya saya tidak ada kekuatan untuk berhenti di sana. lalu saya teringat ada sighboard penunjuk ada surau berhampiran di simpang by pas ke Kota Belud.
Nak dijadikan cerita sehari masa untuk balik bertolak, kami sekeluarga anak beranak keracunan makanan, Anak yang sulung memang kurang sihat dari awal kerana penangan memakan beramai-beramai buah lemon dengan para sepupuhnya, saudara sepupunya itu taklah ada apa-apa maklumlah diorang itu orang kampung sebenar yang memang kebal dan tahan lasak. anak saya belum capai tahapnya
bila jumpa sighbord tersebut saya hentikan kenderaan dan berjalan menunju arahan petunjuk bagi meninjau jauhkah surau tersebut dari simpang dan yang paling penting AIR ada atau tiada. bila dipastikan paip air berfungsi saya berjalan kembali ke kenderaan.
Semasa orang rumah sibuk mengurus anak-anak. saya berkeliaraan disekitar surau, memang nampak ada tanda memang digunakan. oleh kerana tidak pasti masuk waktu Zohor jam berapa. saya juga berharap ada ahli qariah untuk mengumandangkan laungan Azan.
Saya hanya solat sunat. dan berniat mudahan tempat ini adalah berkah dan jamaahnya Ramai.
Beberapa ketika berada ditempat kerja tergerak hati untuk mencatat kembali, lalu saya melayari internit untuk mendapatkan sedikit gambaran mengenai surau tersebut. rupanya memang ada cerita tapi bukan rezeki mereka.
Tapak Tahfiz ini kini berada di Tempies Ranau
![]() |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan