Pengikut

Rabu, 25 Januari 2017



AWAL UGAMA MENGENAL ALLAH..

Bagaimana hendak mengenal Allah?

Didalam soal ini kita boleh mengambil iktibar pengajarandaripada firman Allah

79.Surah An-Nāzi`āt (Verse 15)
‎هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ مُوسَىٰ

Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?

79.Surah An-Nāzi`āt (Verse 16)

‎إِذْ نَادَاهُ رَبُّهُ بِالْوَادِ الْمُقَدَّسِ طُوًى

Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci; -

79.Surah An-Nāzi`āt (Verse 17)
‎اذْهَبْ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَىٰ

(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);

79.Surah An-Nāzi`āt (Verse 18)
‎فَقُلْ هَل لَّكَ إِلَىٰ أَن تَزَكَّىٰ

"Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?

79.Surah An-Nāzi`āt (Verse 19)
‎وَأَهْدِيَكَ إِلَىٰ رَبِّكَ فَتَخْشَىٰ

`Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)?

Sebenarnya kita semua sudahpun membuat penyaksian dan pengakuan bahawa Allah adalah Tuhan sejak daripada mula dijadikan kita.

Ini telah dijelaskan oleh Allah seperti didalam firmanNya

7.Surah Al-'A`rāf (Verse 172)
‎وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْۖ قَالُوا بَلَىٰۛ شَهِدْنَاۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai
(tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

DARI AYAT INI MENERANGKAN TELAH BERLAKU PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN BAHAWA ALLAH ADALAH TUHAN KITA

PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN INI TERUS BERLAKU SEHINGGALAH KITA DILAHIRKAN KEDUNIA INI DAN IANYA KEKAL SEHINGGALAH KITA SEMUA MULA BERAKAL..

SETELAH KITA MULA BERAKAL, BERMULALAH ERA KITA MULA MERASAKAN SEGALA SIFAT KETUHANAN YANG ADA PADA DIRI KITA SEBAGAI SIFAT BADAN DIRI KITA SENDIRI..

TETAPI ALLAH TELAH MENJELASKAN DIDALAM FIRMANNYA

34.Surah Saba' (Verse 27)
‎قُلْ أَرُونِيَ الَّذِينَ أَلْحَقْتُم بِهِ شُرَكَاءَۖ كَلَّاۚ بَلْ هُوَ اللَّهُ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Katakanlah lagi:

"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.  (Sedang merasakan sifat ketuhanan sebagai sifat diri sendiri dan sebagai sifat makhlok selain dari Allah)

Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,

bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

Setelah kita mula berakal sifat ketuhanan yang ternyata kepada diri kita mula dirasakan sebagai sifat badan diri kita sendiri. Seterusnya semakin kita membesar segala sifat ketuhanan yang ternyata kepada makhlok yang lain juga mula dirasakan sebagai sifat makhlok tersebut.

Semasa kita membaca firman Allah seperti diatas seperti didalam Surah Saba' (Ayat 27) khasnya dan banyak lagi keterangan didalam surah dan ayat-ayat yang lain amnya.  Akan lahirlah didalam ilmu dan pengetahuan kita yang "SEGALA SIFAT KETUHANAN YANG ADA PADA BADAN DIRI SENDIRI DAN YANG TERNYATA KEPADA MAKHLOK YANG LAIN, ITU ADALAH SIFAT KETUHANAN ALLAH"

Dengan ilmu dan pengetahuan yang demikian, tidak akan menghilangkan rasa keberadaan atau keakuan kepada badan diri sendiri dan kepada makhlok yang lain..

Ini telah ditegaskan oleh Allah didalam firmanNya didalam Surah Saba' (Ayat 27)

" TUNJUKKANLAH KEPADAKU SIFAT-SIFAT KETUHANAN YANG ADA PADA MAKHLOK-MAKHLOK YANG KAMU HUBUNGKAN DENGAN ALLAH SEBAGAI SEKUTU-SEKUTUNYA"

 Untuk mengajak manusia kembali kepada "HAKIKAT TAUHID YANG TELAH DITINGGALKAN" sejak dari manusia mula berakal, Allah telah mengu

Tiada ulasan: