Pengikut

Rabu, 25 Januari 2017



ILMU AL-SYATAR
RISALAH MENGENAI ILMU AL-SYATAR
Salinan Perkataan Almarhum Ayahanda Tuan Guru Haji Mahmud Nasri Othmani Mengenai Ilmu Al-Syatar Dan Cara Mencapai Darjat Wali. Bertarikh: 17 Rabiul Awal 1388H

[Iman Al Makhda Al Makhda Al Makhda] Darjat Iman Yang Keenam Ialah Tangga Wali Ali Lagi Azom. [As-Sidiquun]
Maka menuntuti wali itu daripada tangga pertama hingga keenam dan ketujuh kesempurnaan bagi wali itu darjat imannya. Tangga keenam pada bab iman dengan itu tahkiklah segala wali itu dengan ilmu dan makrifatnya akan haqiqah al-haqiqatul haqaiq dan haqiqatul al ashya dengan sekira-kiranya wali dan mertabatnya.
Maka mereka yang menuntuti menjadi wali pada zahir dan batin itu hendaklah melazimkan dengan babnya supaya tiada mardud [tiada rasukan] tiada bersusah payah dengan ilmu dan amal yang banyak dan jauh-jauh.
1. Mengaku menjadi murid syeikh wali yang ali lagi azim.
2. Mempernamakan dirinya pada zahir dan batin dengan nama syeikhnya seumpama oleh syeikh abdul razak [ syeikh yusuf] anak sulung bagi syeikh muhyiddin abdul qadir jailani dengan nama baginya dengan cara demikian jadilah dia menerima pusaka wali agama islam di atas makna sekeliannya juzuknya pada zahir dan batin daripada bapanya. Kemudian dikuburkan bapanya 3 hari iaitu dia pergi pada hujung kaki bapanya serta memberi salam dan menuntuti pusaka itu daripada bapanya.
3. Maka menjawab oleh bapanya, hendaklah kamu berhenti seberapa masa kerana mengambil pusaka wali agama islam daripada aku. Maka aku pohonkan kepada allah mengurniakan pusaka wali agama islam itu kepada engkau di atas makna sekeliannya dan juzuk-juzuknya selapis ke selapisan hingga hari qiamat. Dan hendaklah melazimi pada bab aku berkhalwat dengan menuntuti pusaka wali agama islam daripada aku. Aku wasiat akan dikau bahawa hendaklah engkau menyampaikan kepada tiap-tiap mereka yang hendak mengambil pusaka wali agama islam daripada aku hendaklah melazimkan bab khlawat pada bab aku mengaku murid bagi aku hingga seberapa banyak dosa dan kesalahan sekalipun nescaya aku menerima akan dia.
Maka setengah daripada adab melazimkan pada bab aku hendaklah berhadap kiblat mengucap dua kalimah syahadat beberapa kali pohon menerima iman islam ihsan daripada allah.
Beralih ke pihak masyrik, mengucap syahadat beberapa kali, pohon menerima segala rezeki rohani jasmani, banyak dan seberapa banyak mudah dan seberapa mudah., luas dan seberapa luas daripada segala pihak alam allah dengan tiada galangan dan halangan.
Beralih semula ke pihak maghrib mengucap syahadat beberapa kali, pohonkan ibu terima, bapa terima, aku terima [syeikh muhiyydin], allah dan rasul terima, kemudian pohonlah apa-apa hajat daripada allah dengan berkata aku sekira-kira pada pandanganmu bahawa aku pada pihak kanan atau hadapanmu di al pabatul arasil alazim. Rasulullah di hadapan aku, nabi allah khidir dan mereka yang menjadi murid bersama-sama denganmu atau di belakangmu. Atas nama aku pada zahir dan batin. Kemudian hilangkan sekeliannya itu pada ahadiah allah. Dan kekalkanlah di atas kelakuan itu selama-lamanya di antara aku dan rasulullah itu seperti mana antara mata putih dan mata hitam. Maka adab dengan murid seperti tersebutlah boleh mencapai darjat wali yang istiqamah dan nyata beberapa keramat dan kelebihan yang menyamai mukjizat rasulullah s.a.w.
Adapun menuntuti wali dengan jalan berusaha membanyakkan ibadat yang sunat seperti sembahyang, sunat rawatib dan seumpamanya dan juga memperbanyak serta memperluaskan ilmu fardu kifayah itu walhal dengan tidak melazimkan bab tersebut hanya ibadat dan ilmu inilah sahaja atau terus maju ke dalam istiraj daripada allah. Dan mereka yang beribadat sedikit atau banyak, sedikit ilmu atau banyak ilmu tetapi melazimkan bab guru wali seperti tersebut nescaya dapat jadi wali dengan kemudahan. Terlindung daripada pandangan awam dan ahli-ahli ilmu bersembang dengan banyak ilmu dan amal. Dan menggantikan guru yang wali itu pada menyertakan alam allah sekira-kira ketinggian maqam walinya di sisi allah dengan

Tiada ulasan: