Pengikut

Selasa, 4 November 2014

IKLAN SEMINAR DAN PERALIH SAKA SABAH 2014



PROGREM SEMINAR DAN PERALIH SAKA SABAH Yang dirancang InsyahAllah Abjad Sabah Akan Cuba Jayakan.dan dijangka berlangsung 5hb -6hb Dec 2014. Bertampat Di SUNGAI BIRU LOHAN RANAU (lebih kurang 112 KM dari Kota Kinabalu Sabah atau lebih kurang 200KM dari Sandakan Sabah)
SukaSuka ·  · 




Kalau berminat Sila ADD di Facebook

DRAF ATUCARA MAJLIS



MAJLIS SEMINAR SAKA DAN ASAS URUT
PIMPINAN TUAN GURU USTAZ ZAINUDDIN BIN OSMAN

TEMPAT; SUNGAI BIRU LOHAN TARIKH 5  DEC 2014
PENDAFTARAN RM100.00.
KEMUDAHAN TAPAK PERKEMAHAN MAKAN DISEDIAKAN.
SYARAT PENYERTAAN AHLI ABJAD DAN AHLI BARU YANG BERUMUR 18 TAHUN KE ATAS

Atucara Majlis
8.00 pagi  pendaftaran, 
Taklimat Majlis Dan Seminar Saka
9.00-11.00 Seminar Saka
Solat Jumaat
2.30 -4.30 Slot Asas Jabat Urat 
Solat Asar Rehat
8.30-10.30 Malam Amali Jabat Urat
Majlis Ramah Mesra ( Peserta Peralih Saka dikehendaki membuat temuuji untuk pengesahan keperluan Rawatan untuk peralih saka)

“SAKA EJEN  PEROSAK AKIDAH,SYARIAT, AHLAK, ZURIAT, JASMANI…..  SERTA CABANG AJARAN SESAT”

ANJURAN ABJAD SABAH, WARGA MELAYU DAN JB14 JABATURAT & RAWAT

Jumaat, 24 Oktober 2014

JB14 JABATURUT DAN RAWAT



JB14 JABATURAT & RAWAT. Sebagai Salah satu Wadah Ahli ABJAD SABAH untuk bersosial dan bermesra dengan Masyarakat setempat Khasnya LOHAN dan Seluaruh Negara Amnya.
Keutamaan kepada PENGURUSAN Perawatan SAKA BAKA. dan Mungkin Ada Permis Jabat URAT untuk Amaliah Pengunjungnya
Walaupun Demikian SUKAD RANSUM lebih Kehadapan dalam Menyumbang Tenaga dalam kerja-kerja Terpenting dalam kemasyarakatan
SukaSuka · 

Khamis, 23 Oktober 2014

SIAPA SEBENARNYA PENDATANG?


SIAPA SEBENARNYA PENDATANG?
Isu lain pula selepas sehari dua menjadi anjing menyalak bukit. Pasal apa itu pendatang. Masih ada lagi orang bukan Melayu berkeras mendakwa kita pendatang juga seperti orang India dan Cina. Alasannya kerana ada orang Melayu yang nenek-moyangnya berasal dari Indonesia. Mereka masih berkeras dan buat2 tak dengar bila kita sebut dahulu tiada Malaysia dan Indonesia. Yang wujud adalah pelbagai kerajaan yang penduduknya sama bercakap Bahasa Melayu sebagai LINGUA FRANCA dan beragama Islam seperti Melaka, Johor, Aceh dan sebagainya tapi masih dalam LINGKUNGAN KEPULAUAN MELAYU. Mereka tidak mahu menerima bahawa penghijrahan orang Minang atau Aceh dari Pulau Sumatera mahupun Bugis dari Sulawesi ke Semenanjung samalah seperti orang Cina dari Canton berhijrah ke Shanghai, masing2 dalam lingkungan dunia peradaban masing2 maka bukanlah pendatang dalam erti katanya yang sebenar. Mana boleh disamakan dengan penghijrahan dari Canton ke Semenanjung? Tapi masih juga nak buat2 bodoh dan tak tahu.
Maka apa kata kita guna takrif pendatang itu sebagai mereka yang mendapat taraf kerakyatan di PERSEKUTUAN TANAH MELAYU SELEPAS KEMERDEKAAN 31 OGOS 1957? Itupun disebabkan British mengenakan syarat kepada para pemimpin Melayu agar memberikan kerakyatan kepada orang2 India dan Cina yang dibawa berbondong2 masuk ke Tanah Melayu, paling giat selepas Perjanjian Pangkor 1874? Apakah taraf kerakyatan orang2 India dan Cina ini sebelum 31 Ogos 1957 di kala orang2 Melayu semuanya diakui sebagai rakyat bagi kesultanan berdaulat masing2, baik Kedah, mahupun Selangor, Kelantan dan lain2nya? Kalau tak terbuang pun daripada India (merujuk pada taraf rendah sesetengah kasta yang di India sendiri pun tidak mahu dipandang orang) atau terbuang dari Cina (seperti berlaku selepas Pemberontakan Taiping 1850-1864 yang menyaksikan mereka yang tidak sebulu dinyah keluar oleh Dinasti Manchu), apakah taraf kerakyatan mereka ketika dibawa masuk beramai2 oleh British? Bukankah mereka dikira rakyat naungan King atau Queen of Britain? Bukankah disebabkan mereka itu dikira rakyat jajahan British maka Britain memberikan alasan layak campur tangan ke atas pentadbiran kerajaan2 di Tanah Melayu kerana kononnya mahu menjaga kebajikan mereka? Jadi salahkah kita mengatakan mereka adalah pendatang, diberi kerakyatan hanya selepas 31 Ogos 1957 di kala orang Melayu sudah lama menjadi rakyat kesultanan2 yang kemudian membentuk Persekutuan Tanah Melayu? Fikirkan..

Selasa, 14 Oktober 2014

SILAT untuk sukan dan rawatan kecederaan


DAH TIBA MASANYA... kaji SILAT untuk sukan dan rawatan kecederaan tertentu dan juga penyakit tertentu. Ilmu dari dunia persilatan luas. Kenapa hendak tolak dan kenapa hendak dipupuskan?
*Orang silat dan beladiri lain adalah golongan orang mahir. Orang mahir 'buat' kerja, orang akademi 'catat' pencapaian/hasilan.
BAGAIMANA di Malaysia ini, jika orang mahir buat dan catat pencapaian/hasilan.
InsyaAllah sukan akan meningkat dan kesihatan serta kecergasan turut terkawal.
- Azlan


il penuntut untuk menari depan pihak atasan!
*Harap seminar dan kursus ilmu-ilmu Melayu aktif tahun depan.
*Kajian dan membangunkan ilmu itu hingga berkedudukan setinggi-tingginya.
*Senaman, silat, urut, herba... mesti diangkat tanpa alasan lagi!
RUJUK: Sukan dan kesihatan/kecergasan membuktikan kegagalan.
- Azlan Ghanie

Isnin, 13 Oktober 2014

Melayu Itu Pribumi Asia Tenggara (copy paste)


Melayu Itu Pribumi Asia Tenggara





di atas nisan sejarah

ku tuliskan riwayat silamku

dengan darah peperangan






ku tuliskan riwayat silamku

dengan darah peperangan


biar hanyirnya membau perjuangan

biar badinya mengasap kebangkitan





Jika budayaku mati,bahasaku mati sekalipun,sejarahku tidak kan mati.Biar mati anak dan adat sekalipun,sejarahku tetap abadi.

Kepada para peminat sejarah Melayu,kepada anak-anak bangsa,anak watan marhaen yang hatinya putih suci yang hidupnya kais pagi makan pagi,kais petang malam bersyukur kepada Tuhan.

Kepada pewaris Bani Jawi dan nusantara ini,kepada pejuang-pejuang agama dan bangsa yang kuhormati,

Saya,Srikandi.. membuka bicara dengan seribu syahmura santun nan susila.

Warisan sejarah bangsa adalah entiti yang amat bernilai.Ia bukan sahaja menceritakan asal-usul kita,ia juga adalah identiti kita dan jika kita bercakap mengenai identiti,ia adalah petunjuk kepada tabiat bangsanya dan jatidirinya.Selama mana sesuatu bangsa itu berpegang pada identitinya,selama itulah ia dihargai dan diingati.Tiada siapa yang mahu mengkagumi sesuatu bangsa yang terhegeh-hegeh meniru warisan budaya bangsa lain...tiada nilai jatidiri dan tidak punya rasa bangga dengan apa yang ada.

Bangsa Melayu adalah pelayar yang gigih,dan inilah identiti yang dikenal oleh tamadun-tamadun purba pada masa dahulu.Sampan kecil mereka teroleng-oleng sehingga ke Madagaskar sehingga menubuhkan dinasti beraja Merina,memerintah seluruh kepulauan Madagaskar,menyatukan bangsa-bangsa Afrika di pulau itu di bawah raja-raja Merina.Mereka adalah bangsa yang berasal dari bangsa-bangsa pelaut dan kepulauan,yang membentuk kelompok bangsa dan bahasa yang dikenal sebagai Austronesia.

Orang Melayu dan raja-raja mereka adalah penguasa Selat Melaka sejak dari dahulu dan ini diakui oleh catatan-catatan Arab,Parsi,Imperial China dan conquistador-conquistador Eropah.

Sebab itu,bila saya bercakap tentang 'Tidak Melayu Hilang di Dunia',saya bercakap tentang bisnes maritim orang-orang Melayu yang menjangkau 1100 tahun Sebelum Masehi.Saya bercakap tentang survival dan dayatahan untuk memperjuangkan kewujudan.Walaupun dijajah beratus tahun,kita akhirnya masih punya tanahair dan masih mengekalkan institusi raja-raja kita,di mana institusi raja-raja kita adalah yang tertua di Asia Tenggara mengatasi Thailand dan Kemboja serta antara tertua di dunia!

Bila bercakap tentang institusi raja-raja yang tertua,saya bercakap tentang dayatahan mengekalkan tradisi kepimpinan dan hegemoni politik.Ketika seluruh dunia diserang demokrasi dan menyerah kalah,kita masih mengekalkan tradisi kepimpinan kita.Apabila tradisi raja kita kekal maka nama 'Srivijaya' juga kekal,sebagaimana yang terpahat dalam prasasti-prasasti,bukan sahaja di tempat kita,malah di India dan China malah sejauh kerajaan Abbasiah dan arkib di Vatican.Jika kerajaan-kerajaan purba di India memahatkan sejarah kita di dalam prasasti mereka,seperti Tanjore dan Nalanda serta dinasti-dinasti imperial China merekodkan nama kita di dalam manuskrip-manuskrip diraja mereka maka bisnes maritim kita adalah 'real'.Pengurusan pelabuhan kita adalah 'real'.Transaksi perdagangan kita adalah 'real'.Perniagaan borong kita adalah 'real'.Urusan tol dan cukai antara Timur dan Barat adalah 'real'.Kawalan trafik perkapalan antara India dan China adalah 'real'.

Bila bisnes maritim kita adalah 'real'.Srivijaya adalah 'real'.Melaka adalah 'real'.

Jika bisnes maritim kita adalah fiksyen,Selat Melaka adalah fiksyen,Singapura adalah fiksyen.Tetapi kita tahu,Singapura hari ini adalah negara maju hasil bisnes antarabangsa melalui kawalan trafik Selat Melaka.Jika Segenting Kra dijadikan terusan,kita akan lihat siapa yang akan jadi 'cacing di dalam mikrowave'.



Daku Katakan Kepada Mereka


Sebab itu apabila orang bertanya dari mana asal-usul orang Melayu?Daku katakan kepada mereka,

"Kami orang Melayu berasal dari bangsa besar Nusantara,para pelaut dan pelayar yang gagah.Bangsa besar Austronesia yang menjangkau dari Pasifik hingga ke Madagaskar,dari Sulawesi hingga ke Taiwan"

Jika orang Melayu tidak wujud,maka bahasanya juga tidak wujud.Mana mungkin bahasanya wujud tetapi pemilik bahasanya tidak wujud?Malah bahasa Melayu itu adalah lingua franca pada masa silam dan bahasa pemersatu pada masakini!

Bukan calang-calang,wahai tuan-tuan dan puan-puan.

Jika Melayu itu khayalan,maka saudara-saudaranya dari
Jawa,Sunda,Tonga,Hawaii,Banjar,Dayak,Maori dan selainnya itu juga tidak wujud!

Ingat kawan,Austronesia itu adalah antara kelompok bahasa utama dunia.

Maka inilah jawapan kepada pacal yang hina lagi yang mendengki tidak habis-habis itu.

Tidaklah patut kita menjadi bodoh dan sanggup dihina kerana kebodohan kita tidak mahu belajar asal-usul kita.Orang yang tidak mahu merasa penatnya belajar maka kelak akan merasa perihnya kebodohan.

Maka dengan ini,daku hadiahkan kepada kamu semua,anak-anak Malayu,pewaris Bani Jawi yang kuharap nanti sempat berjuang bersama Imam Mahadi dan Nabi Isa a.s di akhir zaman.

"Melayu Itu Pribumi Asia Tenggara"

Biar daku kukuhkan asal-usulmu,biar kamu dan kamu merasa megah dan bersemangat.Biar kamu menongkah arus dunia dengan kuat dan yakin  diri.

Daku membantumu disebabkan kamu dan kamu lembut dan lunak kepada agama Allah.Kamu dan kamu mencintai Islam dan ajaran Muhammad s.a.w.

Siapa daku?Bukankah daku pernah memberitahumu berkali-kali?Ingat,

Namaku Srikandi.Bangsaku ialah Melayu.Asal bangsaku ialah Nabi Adam a.s,manusia pertama.Agamaku ialah Islam.Rumah kaum kerabatku ialah dari Pasifik,merentasi Asia Tenggara hingga Madagaskar,pantai timur Afrika.Daku pribumi Asia Tenggara.Daku bukan berasal dari Yunnan,Taiwan,India atau dari mana-mana.

Asal-usul daku di sini,Asia Tenggara.

Telahku semahkan darah pada batu bersurat,telahku perahkan limau pada keris wasiat.Sampai masa aku bangkit untuk berjuang.Ku pertahankan bangsa atas nama agama.Sebab wujud bangsaku kerna membela agama.Bukan sebab bangga aku membela bangsa.Bukan sebab dunia aku membela bangsa.Sebab hakikat kebenaran yang diminta.Sebab kasihkan agama.


 ==============================================
 Kulit buku di atas adalah koloborasi saya dengan dua nama besar dalam penulisan blog sejarah Melayu,Al-Semantani dan Ibnu Rusydi.

Saya menulis 6 artikel yang meliputi:

-Sejarah Sri Dharmaraja dan Chandrabanu Dharmasokaraja
-Sejarah Malay city-states 
-Prasasti-prasasti Melayu
-"Viking of Orient"
-Aborigine Malay
- Gelaran 'perhangan' kepada Li Po.

Jika tiada halangan, Insya Allah buku ini akan berada di pasaran pada tahun ini. Buku ini boleh dibeli di kedai-kedai buku berhampiran atau terus memesan dengan penerbit di http://www.hijjaz.my/store/ 

Buku ini padat dengan hujah-hujah dan fakta berkaitan dengan sejarah Melayu dan orang Melayu yang seringkali disalahtafsir oleh mereka yang kurang pendidikan atau mempunyai niat jahat untuk memprovokasi.Jadi ini adalah sebahagian jawapannya untuk membantu mereka sembuh dari penyakit ketidakfahaman mereka dengan orang Melayu dan sejarahnya.

:)

 Nantikan di pasaran

Isnin, 6 Oktober 2014

Kita suka Mengikut... Ikut-ikutan.




Berdetik hati saya bila membaca Ucapan Selamat Menyambut Aidil Adha. Maaf Zahir Batin. merawang di FB dan segala SMS WhatsApp sesak saya membacanya. Tiba-tiba Tercetus satu Idea. kenapa tukang cop bida'ah tidak membida'ah penyerupaan Aidil Fitri dengan Aidil Adha?

Saya pun cuba merujuk dan Mutalaah kitab Google.  banyak babnya saya lintas lalu. kerana saya mahu melihat HUKUM Pengucapan MAAF ZAHIR BATIN di Aidil ADHA?

Lagi ada satu tarikan yang saya temui mencengkam jiwa. SIAPA yang mencipta dan Memulakan Ucapan Ini? Zaman Rasul Allah S.A.W. dan Sahabat R.A. tidak adapun sambutan seumpama itu. jadi kita mengikut Siapa bah ini?

Ini baru HAL Ucapan Hari Raya Haji. belum lagi HAL pengisian...  So soal menentukan Tarikh melihat anak Bulan untuk permulaan 01 hb Zulhijjah dan 01 hb Ramadhan adalah Satu perkara Besar.  Jadi saranan Saya Mengaji lah. jangan dok ikut-ikutan dan copy paste Fatwa yang berleger di FB atau SMS.

Hamba risau  tang tukang Fatwa itu tak larat tanggung Dosa orang yang duk follow dia saja untuk pelepas tanggungan Fardu Ain menuntut Ilmu.

 Ustaz Kaybord pun kena MANTAP'S Ilmunya.  peace..

Rabu, 1 Oktober 2014

PENYAKIT KRONIK DALAM BANGSA MELAYU



1 jam · 
PENYAKIT KRONIK DALAM BANGSA MELAYU?
Semalam, aku merasakan cukup terkesan tatkala aku bertemu dengan dua orang hamba ALLAH ini, ketika aku menceritakan beberapa fakta sejarah Melayu, ketika aku menjawab persoalan mereka, maka apa yang aku terima adalah satu ungkapan yang menyentakkan aku dari lena. Terus aku teringat akan pesan Sokarno dulu, kalau dia berjuang melawan penjajah manakala tugas kita semua melawan bangsa sendiri, dan semalam adalah antaranya.
Aku berjumpa dengan manusia yang mempunyai logik ini, kalau kau mahu menceritakan sejarah Melayu dan faktanya, maka kau cuba mengatakan bahawa segala-galanya datang dari Melayu, dan Melayu adalah bangsa paling hebat di dunia. Maka mereka akan datangkan kau dengan sindiran demi sindiran, menunjukkan sikap bodoh sombong mahu menerima fakta.
Aku terfikir, apakah bangsa Melayu tidak dibenarkan untuk mempelajari sejarah mereka? Kalau mahu mempelajari sejarah kehebatan mereka, maka dikatakan kita ini mahu mendakwa segala-galanya mengenai Melayu itu hebat dan semuanya datang dari Melayu?
Tatkala orang China mempelajari bahawa bangsa mereka membina tembok besar China, tatkala orang China mempelajar kehebatan tokoh seperti Han Wudi, Shi Hangdi, Liu Bei, Zheng He tanpa penyakit yang sama seperti di atas,
Tatkala orang Tamil boleh mempelajari mengenai kehebatan Empayar Chola mereka (yang kadang-kadang dihiperbolakan), mengenai Raja Rajendra Chola yang menaikkan maruah bangsa Tamil, atau mengenai Bahasa Tamil yang menurut teori antara bahasa tertua di dunia (tidak hairan mengenai soal ini kerana Tamadun Indus itu dibina oleh orang Dravidian) tanpa aku melihat penyakit yang sama dialami orang Melayu, kenapa orang Melayu seperti terkena sawan babi bila mempelajari mengenai sejarah mereka?
Mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa Melayu mampu membina piramid sedangkan masih tersergam indah sebuah piramid yang dibina oleh arkitek bernama Ghunadharma, dibina di bawah Dinasti Sailendra yang membina tamadun hebat Melayu di Pulau Jawa. Sedangkan masih hangat perbualan mengenai Piramid Gunung Padang yang berusia 10 000 SM. Kalaulah bangsa Melayu dikatakan bangsa pertama membina kapal di dunia (Ini pendapat daripada Maritime Southeast Asia to 1500 tulisan Lynda Shaffler) dan bangsa Melayu bangsa pertama di dunia berlayar di lautan luas), mengapa masih ada yang skeptikal mengenai kehebatan-kehebatan yang pernah dilakar kita?
Apa kita ini sudah menjadi mangsa kerasukan dek penjajah menutup sejarah kita sehingga akhirnya, lahirnya orang yang jijik dengan asal usul diri sendiri sehingga menebal sikap inferiority complex mereka?
Pertanyaan saya, apakah menjadi sesuatu yang MENJIJIKKAN bila mendengar mengenai bangsa Melayu dan tamadun mereka

Selasa, 30 September 2014

Raja-raja Melayu dan Bangsa Melayu

Raja-raja Melayu dan Bangsa Melayu

Ada perbezaan antara kenyataan Sulalatus Salatin berkenaan asal-usul raja-raja Melayu era Srivijaya dan Melaka dengan bangsa Melayu.Saya lihat ramai yang keliru dan menjadi tidak berpelajaran serta akhirnya merepek-repek macam pengomen di blog-blog politik.
Sulalatus Salatin menceritakan tentang pelbagai raja dan bangsa yang menjadi asal-usul raja Melayu (salasilah sebelah bapa) seperti Parsi (Cyrus The Great,Khosrau I),Greek (Alexander The Great),India (Gupta,Maurya dan Vijayanagara) sekadar menamakan beberapa contoh adalah fokus kepada salasilah KERABAT DIRAJA BUKANNYA ASAL-USUL SELURUH BANGSA MELAYU.
Kena faham benda ni betul-betul.
Raja-raja Melayu pada masa dahulu mengamalkan perkahwinan campur,biasanya mereka akan mengahwinkan puteri-puteri mereka dengan putera-putera atau bangsawan dari luar negara.Ini biasa kita baca dalam hikayat-hikayat Melayu lama.Ini bertujuan untuk mendapatkan baka keturunan yang bijak dan baik rupa parasnya.
Malahan,bukan raja-raja Melayu sahaja,perkahwinan campur ini adalah amalan biasa golongan diraja negara-negara lain sebagai contoh,kerajaan-kerajaan Eropah dahulu memang mengamalkan perkahwinan campur ini.Queen Victoria dari England sendiri berkahwin dengan Prince Albert dari Saxe-Coburg-Saalfeld,sebuah wilayah Saxon yang diperintah oleh para bangsawan Duke.Edward Longshanks (yang berperang dengan William Wallace) sendiri mempunyai isteri dari Sepanyol,Eleanor of Castile dan Perancis,Margaret of France.
Jadi,apa yang peliknya bila raja-raja Melayu ada yang keturunan bangsawan Arab,raja-raja dari India atau Parsi?
Lagi-lagi jika ada keturunan dari Austronesia/Nusantara sendiri macam Bugis,Jawa dan sebagainya.Takde yang peliklah.
Raja-raja Melayu era Srivijaya dan Melaka bukan raja-raja yang memerintah kampung kecil atau duduk dalam pondok buruk ditemani beberapa pengawal macam dalam drama-drama Melayu yang biasa kita tengok.Mereka adalah pentadbir kepada perdagangan maritim antara Timur dan Barat.Mereka setup dan 'run' bisnes bernilai berjuta-juta dollar di mana Selat Melaka adalah 'marketplace' antara tersibuk di dunia.Perdagangan di Selat Melaka adalah 'alibaba.com' pada masa itu dan sahamnya amat tinggi sehingga banyak kerajaan dalam dan luar negara sanggup mati berperang kerananya.
Mereka yang terlibat dengan perdagangan antarabangsa dan bergaul dengan pelbagai bangsa,maka tidak hairanlah terjadi 'intermarriage' antara mereka dan bangsa-bangsa di dunia.
Yang peliknya,ada orang faham bahawa jika ada raja-raja Melayu yang berkahwin campur maka semua bangsa Melayu juga berkahwin campur!
What the hell?
Samalah macam bila dulu ada orang Melayu menganut fahaman Hindu maka Melayu tadi jadi Tamil automatik.Fahaman mereka bila Hindu=Tamil.Srivijaya jadi kerajaan Tamil.Lepas tu ada mamat namanya Parameswara bukak Melaka,dia Hindu maka Melaka pun jadi Tamil.Lepas tu penduduk Tamil tadi adakah jadi Melayu hari ini sebab masuk Islam?Mengapa tak jadi bangsa Arab?
Semua pemikiran orang yang buta sejarah ini merepek-repek dan seperti orang gila.Jika kamu semua anak-anak Melayu malas membaca,maka kamu pun akan bodoh sama seperti mereka.Malangnya bila kamu bodoh,kamu akan diperkotak-katikkan.
Bertuahnya,saya tidak mudah diperkotak-katikkan.Sebab saya banyak membaca dan lebih bijak dari orang-orang gila itu.
~Srikandi
Don't hide my Chronicles behind your blood of war.I'm vampire of history

Rabu, 10 September 2014

Sempena Hari Kemerdekaan Tanah Melayu yang ke-57


Sempena Hari Kemerdekaan Tanah Melayu yang ke-57.

Untuk mengisi makna KEMERDEKAAN, saya sebagai anak jati rumpun Malayonesia/Austronesia + Mon-Khmer menyeru kalian supaya:

1) BERHENTI mendakwa adat bersanding, memasak pulut kuning, membuat sirih junjung, melenggang perut, dan lain-lain sebagai “amalan agama HINDU yang semata-mata ditiru oleh orang Melayu” kerana tidak ada langsung bukti ilmiah yang boleh dipertanggungjawabkan,

2) BERHENTI mengejek bahasa Melayu kononnya bahasa ini asalnya hanya ada 3 atau 4 perkataan; silalah kaji “the Austronesian cognates”

3) BERHENTI menghafal nama-nama residen Inggeris di Tanah Melayu pada zaman penjajahan dengan rasa kebanggaan,

Dan,

4) BERHENTI merintih “Bangsa Melayu dijajah selama 446 tahun”, seolah-olah dari tahun 1511 (tahun kejatuhan Melaka ke tangan Portugis) hingga tahun 1957, semua moyang kita hidup 100% dalam keadaan yang segelap-gelapnya seperti binatang liar tanpa apa-apa pencapaian.

Saya hairan melihat orang yang melaungkan “Kita dijajah 446 tahun”, tetapi hatinya langsung TIDAK terbuka untuk memahami dan mengkaji, sebelum dijajah, apakah sebenarnya yang bangsa ini pernah capai dari era Funan (1 Masihi, 2000 tahun lepas) atau lebih awal lagi?

Selepas Kesultanan Melaka jatuh, kegemilangan kerajaan rumpun Melayu TETAP diteruskan oleh Acheh, Johor, Patani, dan Brunei. Ada BANYAK negeri Melayu -- “Penjajahan 446 tahun” ialah penipuan terjahat apabila skop dunia Melayu disempitkan hanya pada negeri tapak runtuhan A Famosa.

Padamkan naratif-naratif sejarah lapuk sisa air mani penjajah British; bebaskan dirimu daripada penjara pemikiran Raffles dan Winstedt.

Hentikan cerita mual berbunyi “Orang kita waktu zaman Jepun dulu hidup susah makan ubi kayu”;

Tetapi gantikanlah dengan FAKTA, “Orang kita pandai membaca dan menulis lebih awal daripada bangsa Inggeris; pada kurun ke-4 Masihi/1,700 tahun yang lepas, ayat-ayat dalam BAHASA MELAYU TUA sudah agung terpahat pada batu di Champa” (“...kurun saribu thun ko davam di naraka dnan tijuh (7) kulo ko”...).

Kemerdekaan yang sebenar, ialah kemampuan untuk berfikir mengenai diri sendiri dan anak cucu dengan merentasi sempadan negara-negara zaman moden (Malaysia, Indonesia, Filipina, Kemboja dll) yang ditubuhkan hasil daripada perencanaan penjajah British, Belanda, Perancis, dan Sepanyol.

Inilah bangsa dan bahasa hebat di daratan dan lautan yang membina makna kehidupan pada separuh lilitan Bumi -- marilah kita merancang masa depan dengan bijak.

Daulat Malayu!

Gambar: Sempena Hari Kemerdekaan Tanah Melayu yang ke-57. 

Untuk mengisi makna KEMERDEKAAN, saya sebagai anak jati rumpun Malayonesia/Austronesia + Mon-Khmer menyeru kalian supaya: 

1) BERHENTI mendakwa adat bersanding, memasak pulut kuning, membuat sirih junjung, melenggang perut, dan lain-lain sebagai “amalan agama HINDU yang semata-mata ditiru oleh orang Melayu” kerana tidak ada langsung bukti ilmiah yang boleh dipertanggungjawabkan, 

2) BERHENTI mengejek bahasa Melayu kononnya bahasa ini asalnya hanya ada 3 atau 4 perkataan; silalah kaji “the Austronesian cognates”

3) BERHENTI menghafal nama-nama residen Inggeris di Tanah Melayu pada zaman penjajahan dengan rasa kebanggaan, 

Dan, 

4) BERHENTI merintih “Bangsa Melayu dijajah selama 446 tahun”, seolah-olah dari tahun 1511 (tahun kejatuhan Melaka ke tangan Portugis) hingga tahun 1957, semua moyang kita hidup 100% dalam keadaan yang segelap-gelapnya seperti binatang liar tanpa apa-apa pencapaian. 

Saya hairan melihat orang yang melaungkan “Kita dijajah 446 tahun”, tetapi hatinya langsung TIDAK terbuka untuk memahami dan mengkaji, sebelum dijajah, apakah sebenarnya yang bangsa ini pernah capai dari era Funan (1 Masihi, 2000 tahun lepas) atau lebih awal lagi? 

Selepas Kesultanan Melaka jatuh, kegemilangan kerajaan rumpun Melayu TETAP diteruskan oleh Acheh, Johor, Patani, dan Brunei. Ada BANYAK negeri Melayu -- “Penjajahan 446 tahun” ialah penipuan terjahat apabila skop dunia Melayu disempitkan hanya pada negeri tapak runtuhan A Famosa. 

Padamkan naratif-naratif sejarah lapuk sisa air mani penjajah British; bebaskan dirimu daripada penjara pemikiran Raffles dan Winstedt. 

Hentikan cerita mual berbunyi “Orang kita waktu zaman Jepun dulu hidup susah makan ubi kayu”;

Tetapi gantikanlah dengan FAKTA, “Orang kita pandai membaca dan menulis lebih awal daripada bangsa Inggeris; pada kurun ke-4 Masihi/1,700 tahun yang lepas, ayat-ayat dalam BAHASA MELAYU TUA sudah agung terpahat pada batu di Champa” (“...kurun saribu thun ko davam di naraka dnan tijuh (7) kulo ko”...). 

Kemerdekaan yang sebenar, ialah kemampuan untuk berfikir mengenai diri sendiri dan anak cucu dengan merentasi sempadan negara-negara zaman moden (Malaysia, Indonesia, Filipina, Kemboja dll) yang ditubuhkan hasil daripada perencanaan penjajah British, Belanda, Perancis, dan Sepanyol. 

Inilah bangsa dan bahasa hebat di daratan dan lautan yang membina makna kehidupan pada separuh lilitan Bumi -- marilah kita merancang masa depan dengan bijak. 

Daulat Malayu!
SukaSuka ·  · 
  • 43 orang menyukainya.
  • Fadzrul Rashid Wow..bila amir menulis hal mcm ni,,meremang bulu roma aku..
  • Amran Bin Talib Saya sering melaungkan tanah melayu dijajah selama 446 tahun dengan hasrat membuka minda anak didik saya dan saya berusaha menyemai benih-benih harapan agar mereka terdorong untuk mengembalikan kegemilangan Tamadun Melayu...
  • Amin Affendi Alhaj Kerajaan Majapahit berakhir 1478 dengan moksanya Prabu Brawijaya V. Putera baginda Raden Fatah memindahkan pusat pentadbiran ke Demak dan sekitar 1550'an kesultanan Demak turut terkubur dan berpecah2 diberberapa negeri di Kepulauan Indonesia dan dgn penjajahan barat bermula 1511 di Melaka, kerajaan Majapahit terkubur sampai hari ini. Kerajaan Majapahit yg diasas sekitar Pulau Jawa menguasai Nusantara, hingga Cambodia, Philippine, Thailand. Apakah empayer Majapahit dapat dikembalikan di nusantara / asia tenggara yg di kenali hari ini..

Selasa, 9 September 2014

Antara yang benda yang ada melanda dalam masyarakat saya ADAKAH INI MEROYAN?




Sekitar menghampir jam 9.00 pagi. Ketika saya sedang menunggu dan menemankan orang rumah mengiringi anak untuk membuat pemeriksaan gigi di Hospital L. . Saya menerima panggilan dari kenalan di Kampong Halaman. memaklumkan dan bertanya kepada saya bahawa salah seorang keluarganya yang perempuan pada malam tadi telah keluar rumah tanpa pengatahuan mereka. dan ketika pagi ini mereka menemui pakainya berselerakan di jalan raya menuju Tanah kebun warisan kelurga mereka.

Lokasi pakaian bertebaran tersebut, mereka dijadikan sebagai lokasi untuk mencari, ketika saya bertanya bersama siapa pemanggil ini sedang mencari? jawabnya hanya dia dan beberapa anak-anak buahnya yang kanak-kanak. Terasa lucu juga bila saya bertanya mana kawan yang lain? jawabnya entah... sudah  saya talipon tiada siapa pun yang menjawab terangnya. barang kali semua Masih TIDUR. apa tidaknya.... ini sudah jam lapan pagi.


Maksud saya bertanya itu mahu seseorang yang menghafal beberapa surah Al-Quran yang saya perlu untuk dicuba di baca pada ketika ini. Sebab kenalan ini bertanya apa yang perlu di buat. bukan saya tidak kenal sangat kawan ini tapi saya memerlukan lokasi untuk merencana stratigi.

Dalam kedaan terdesak ini saya menyuruh kenalan ini ambil kayu dan pancakan kemudian niat dan baca ritual yang berkaitan semuga yang dicari itu akan kembali. silibus ini mungin tidak di ajar di mana-mana jadi tidak payah siasat. mana tau saikologi semata.

Menghampir jam 10.00 pagi Dan saya sebenarnya telah menerima pesanan SMS berbunyi Syukur ustaz Jumpa uda. Alhamdulilah.  sebentar tadi TAPI sebelum terbaca SMS ini saya menerima panggilan juga dari SESEORANG yang ikut sama mencari tapi berada dilokasi yang terlalu jauh dari situasi yang saya inginkan.