Pengikut

Rabu, 1 Oktober 2014

PENYAKIT KRONIK DALAM BANGSA MELAYU



1 jam · 
PENYAKIT KRONIK DALAM BANGSA MELAYU?
Semalam, aku merasakan cukup terkesan tatkala aku bertemu dengan dua orang hamba ALLAH ini, ketika aku menceritakan beberapa fakta sejarah Melayu, ketika aku menjawab persoalan mereka, maka apa yang aku terima adalah satu ungkapan yang menyentakkan aku dari lena. Terus aku teringat akan pesan Sokarno dulu, kalau dia berjuang melawan penjajah manakala tugas kita semua melawan bangsa sendiri, dan semalam adalah antaranya.
Aku berjumpa dengan manusia yang mempunyai logik ini, kalau kau mahu menceritakan sejarah Melayu dan faktanya, maka kau cuba mengatakan bahawa segala-galanya datang dari Melayu, dan Melayu adalah bangsa paling hebat di dunia. Maka mereka akan datangkan kau dengan sindiran demi sindiran, menunjukkan sikap bodoh sombong mahu menerima fakta.
Aku terfikir, apakah bangsa Melayu tidak dibenarkan untuk mempelajari sejarah mereka? Kalau mahu mempelajari sejarah kehebatan mereka, maka dikatakan kita ini mahu mendakwa segala-galanya mengenai Melayu itu hebat dan semuanya datang dari Melayu?
Tatkala orang China mempelajari bahawa bangsa mereka membina tembok besar China, tatkala orang China mempelajar kehebatan tokoh seperti Han Wudi, Shi Hangdi, Liu Bei, Zheng He tanpa penyakit yang sama seperti di atas,
Tatkala orang Tamil boleh mempelajari mengenai kehebatan Empayar Chola mereka (yang kadang-kadang dihiperbolakan), mengenai Raja Rajendra Chola yang menaikkan maruah bangsa Tamil, atau mengenai Bahasa Tamil yang menurut teori antara bahasa tertua di dunia (tidak hairan mengenai soal ini kerana Tamadun Indus itu dibina oleh orang Dravidian) tanpa aku melihat penyakit yang sama dialami orang Melayu, kenapa orang Melayu seperti terkena sawan babi bila mempelajari mengenai sejarah mereka?
Mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa Melayu mampu membina piramid sedangkan masih tersergam indah sebuah piramid yang dibina oleh arkitek bernama Ghunadharma, dibina di bawah Dinasti Sailendra yang membina tamadun hebat Melayu di Pulau Jawa. Sedangkan masih hangat perbualan mengenai Piramid Gunung Padang yang berusia 10 000 SM. Kalaulah bangsa Melayu dikatakan bangsa pertama membina kapal di dunia (Ini pendapat daripada Maritime Southeast Asia to 1500 tulisan Lynda Shaffler) dan bangsa Melayu bangsa pertama di dunia berlayar di lautan luas), mengapa masih ada yang skeptikal mengenai kehebatan-kehebatan yang pernah dilakar kita?
Apa kita ini sudah menjadi mangsa kerasukan dek penjajah menutup sejarah kita sehingga akhirnya, lahirnya orang yang jijik dengan asal usul diri sendiri sehingga menebal sikap inferiority complex mereka?
Pertanyaan saya, apakah menjadi sesuatu yang MENJIJIKKAN bila mendengar mengenai bangsa Melayu dan tamadun mereka

Tiada ulasan: