Raja-raja Melayu dan Bangsa Melayu
Ada perbezaan antara kenyataan Sulalatus Salatin berkenaan asal-usul raja-raja Melayu era Srivijaya dan Melaka dengan bangsa Melayu.Saya lihat ramai yang keliru dan menjadi tidak berpelajaran serta akhirnya merepek-repek macam pengomen di blog-blog politik.
Sulalatus Salatin menceritakan tentang pelbagai raja dan bangsa yang menjadi asal-usul raja Melayu (salasilah sebelah bapa) seperti Parsi (Cyrus The Great,Khosrau I),Greek (Alexander The Great),India (Gupta,Maurya dan Vijayanagara) sekadar menamakan beberapa contoh adalah fokus kepada salasilah KERABAT DIRAJA BUKANNYA ASAL-USUL SELURUH BANGSA MELAYU.
Kena faham benda ni betul-betul.
Raja-raja Melayu pada masa dahulu mengamalkan perkahwinan campur,biasanya mereka akan mengahwinkan puteri-puteri mereka dengan putera-putera atau bangsawan dari luar negara.Ini biasa kita baca dalam hikayat-hikayat Melayu lama.Ini bertujuan untuk mendapatkan baka keturunan yang bijak dan baik rupa parasnya.
Malahan,bukan raja-raja Melayu sahaja,perkahwinan campur ini adalah amalan biasa golongan diraja negara-negara lain sebagai contoh,kerajaan-kerajaan Eropah dahulu memang mengamalkan perkahwinan campur ini.Queen Victoria dari England sendiri berkahwin dengan Prince Albert dari Saxe-Coburg-Saalfeld,sebuah wilayah Saxon yang diperintah oleh para bangsawan Duke.Edward Longshanks (yang berperang dengan William Wallace) sendiri mempunyai isteri dari Sepanyol,Eleanor of Castile dan Perancis,Margaret of France.
Jadi,apa yang peliknya bila raja-raja Melayu ada yang keturunan bangsawan Arab,raja-raja dari India atau Parsi?
Lagi-lagi jika ada keturunan dari Austronesia/Nusantara sendiri macam Bugis,Jawa dan sebagainya.Takde yang peliklah.
Raja-raja Melayu era Srivijaya dan Melaka bukan raja-raja yang memerintah kampung kecil atau duduk dalam pondok buruk ditemani beberapa pengawal macam dalam drama-drama Melayu yang biasa kita tengok.Mereka adalah pentadbir kepada perdagangan maritim antara Timur dan Barat.Mereka setup dan 'run' bisnes bernilai berjuta-juta dollar di mana Selat Melaka adalah 'marketplace' antara tersibuk di dunia.Perdagangan di Selat Melaka adalah 'alibaba.com' pada masa itu dan sahamnya amat tinggi sehingga banyak kerajaan dalam dan luar negara sanggup mati berperang kerananya.
Mereka yang terlibat dengan perdagangan antarabangsa dan bergaul dengan pelbagai bangsa,maka tidak hairanlah terjadi 'intermarriage' antara mereka dan bangsa-bangsa di dunia.
Yang peliknya,ada orang faham bahawa jika ada raja-raja Melayu yang berkahwin campur maka semua bangsa Melayu juga berkahwin campur!
What the hell?
Samalah macam bila dulu ada orang Melayu menganut fahaman Hindu maka Melayu tadi jadi Tamil automatik.Fahaman mereka bila Hindu=Tamil.Srivijaya jadi kerajaan Tamil.Lepas tu ada mamat namanya Parameswara bukak Melaka,dia Hindu maka Melaka pun jadi Tamil.Lepas tu penduduk Tamil tadi adakah jadi Melayu hari ini sebab masuk Islam?Mengapa tak jadi bangsa Arab?
Semua pemikiran orang yang buta sejarah ini merepek-repek dan seperti orang gila.Jika kamu semua anak-anak Melayu malas membaca,maka kamu pun akan bodoh sama seperti mereka.Malangnya bila kamu bodoh,kamu akan diperkotak-katikkan.
Bertuahnya,saya tidak mudah diperkotak-katikkan.Sebab saya banyak membaca dan lebih bijak dari orang-orang gila itu.
~Srikandi
Don't hide my Chronicles behind your blood of war.I'm vampire of history
Don't hide my Chronicles behind your blood of war.I'm vampire of history
Tiada ulasan:
Catat Ulasan