Sempena Hari Kemerdekaan Tanah Melayu yang ke-57.
Untuk mengisi makna KEMERDEKAAN, saya sebagai anak jati rumpun Malayonesia/Austronesia + Mon-Khmer menyeru kalian supaya:
1) BERHENTI mendakwa adat bersanding, memasak pulut kuning, membuat sirih junjung, melenggang perut, dan lain-lain sebagai “amalan agama HINDU yang semata-mata ditiru oleh orang Melayu” kerana tidak ada langsung bukti ilmiah yang boleh dipertanggungjawabkan,
2) BERHENTI mengejek bahasa Melayu kononnya bahasa ini asalnya hanya ada 3 atau 4 perkataan; silalah kaji “the Austronesian cognates”
3) BERHENTI menghafal nama-nama residen Inggeris di Tanah Melayu pada zaman penjajahan dengan rasa kebanggaan,
Dan,
4) BERHENTI merintih “Bangsa Melayu dijajah selama 446 tahun”, seolah-olah dari tahun 1511 (tahun kejatuhan Melaka ke tangan Portugis) hingga tahun 1957, semua moyang kita hidup 100% dalam keadaan yang segelap-gelapnya seperti binatang liar tanpa apa-apa pencapaian.
Saya hairan melihat orang yang melaungkan “Kita dijajah 446 tahun”, tetapi hatinya langsung TIDAK terbuka untuk memahami dan mengkaji, sebelum dijajah, apakah sebenarnya yang bangsa ini pernah capai dari era Funan (1 Masihi, 2000 tahun lepas) atau lebih awal lagi?
Selepas Kesultanan Melaka jatuh, kegemilangan kerajaan rumpun Melayu TETAP diteruskan oleh Acheh, Johor, Patani, dan Brunei. Ada BANYAK negeri Melayu -- “Penjajahan 446 tahun” ialah penipuan terjahat apabila skop dunia Melayu disempitkan hanya pada negeri tapak runtuhan A Famosa.
Padamkan naratif-naratif sejarah lapuk sisa air mani penjajah British; bebaskan dirimu daripada penjara pemikiran Raffles dan Winstedt.
Hentikan cerita mual berbunyi “Orang kita waktu zaman Jepun dulu hidup susah makan ubi kayu”;
Tetapi gantikanlah dengan FAKTA, “Orang kita pandai membaca dan menulis lebih awal daripada bangsa Inggeris; pada kurun ke-4 Masihi/1,700 tahun yang lepas, ayat-ayat dalam BAHASA MELAYU TUA sudah agung terpahat pada batu di Champa” (“...kurun saribu thun ko davam di naraka dnan tijuh (7) kulo ko”...).
Kemerdekaan yang sebenar, ialah kemampuan untuk berfikir mengenai diri sendiri dan anak cucu dengan merentasi sempadan negara-negara zaman moden (Malaysia, Indonesia, Filipina, Kemboja dll) yang ditubuhkan hasil daripada perencanaan penjajah British, Belanda, Perancis, dan Sepanyol.
Inilah bangsa dan bahasa hebat di daratan dan lautan yang membina makna kehidupan pada separuh lilitan Bumi -- marilah kita merancang masa depan dengan bijak.
Daulat Malayu!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan