SIAPA SEBENARNYA PENDATANG?
Isu lain pula selepas sehari dua menjadi anjing menyalak bukit. Pasal apa itu pendatang. Masih ada lagi orang bukan Melayu berkeras mendakwa kita pendatang juga seperti orang India dan Cina. Alasannya kerana ada orang Melayu yang nenek-moyangnya berasal dari Indonesia. Mereka masih berkeras dan buat2 tak dengar bila kita sebut dahulu tiada Malaysia dan Indonesia. Yang wujud adalah pelbagai kerajaan yang penduduknya sama bercakap Bahasa Melayu sebagai LINGUA FRANCA dan beragama Islam seperti Melaka, Johor, Aceh dan sebagainya tapi masih dalam LINGKUNGAN KEPULAUAN MELAYU. Mereka tidak mahu menerima bahawa penghijrahan orang Minang atau Aceh dari Pulau Sumatera mahupun Bugis dari Sulawesi ke Semenanjung samalah seperti orang Cina dari Canton berhijrah ke Shanghai, masing2 dalam lingkungan dunia peradaban masing2 maka bukanlah pendatang dalam erti katanya yang sebenar. Mana boleh disamakan dengan penghijrahan dari Canton ke Semenanjung? Tapi masih juga nak buat2 bodoh dan tak tahu.
Maka apa kata kita guna takrif pendatang itu sebagai mereka yang mendapat taraf kerakyatan di PERSEKUTUAN TANAH MELAYU SELEPAS KEMERDEKAAN 31 OGOS 1957? Itupun disebabkan British mengenakan syarat kepada para pemimpin Melayu agar memberikan kerakyatan kepada orang2 India dan Cina yang dibawa berbondong2 masuk ke Tanah Melayu, paling giat selepas Perjanjian Pangkor 1874? Apakah taraf kerakyatan orang2 India dan Cina ini sebelum 31 Ogos 1957 di kala orang2 Melayu semuanya diakui sebagai rakyat bagi kesultanan berdaulat masing2, baik Kedah, mahupun Selangor, Kelantan dan lain2nya? Kalau tak terbuang pun daripada India (merujuk pada taraf rendah sesetengah kasta yang di India sendiri pun tidak mahu dipandang orang) atau terbuang dari Cina (seperti berlaku selepas Pemberontakan Taiping 1850-1864 yang menyaksikan mereka yang tidak sebulu dinyah keluar oleh Dinasti Manchu), apakah taraf kerakyatan mereka ketika dibawa masuk beramai2 oleh British? Bukankah mereka dikira rakyat naungan King atau Queen of Britain? Bukankah disebabkan mereka itu dikira rakyat jajahan British maka Britain memberikan alasan layak campur tangan ke atas pentadbiran kerajaan2 di Tanah Melayu kerana kononnya mahu menjaga kebajikan mereka? Jadi salahkah kita mengatakan mereka adalah pendatang, diberi kerakyatan hanya selepas 31 Ogos 1957 di kala orang Melayu sudah lama menjadi rakyat kesultanan2 yang kemudian membentuk Persekutuan Tanah Melayu? Fikirkan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan