Pengikut

Selasa, 29 Disember 2015

Yang Terpilih


Tidak selesa dan tidak bermasa untuk membuat catatan yang lebih terkini dan mendapani isu semasa pengambaraan kerohanian.

Anak masih kecil dan suka mencari kawan bermain mengekang masa dan waktu untuk mengumpul perkataan untuk satu cerita. Baru nak nak menghadap dan diterkamnya jadi kerja takan mula dan tidak ada siapnya.

Yang amat mengecewakan utamanya bila tidak mencipta sebuah persepsi ketika kali pertama gempa dan gegaran yang melanda Ranau pertengahan tahun ini. jumaat 5/6/2015 jam 7.15 pagi

Saya melaluinya secara live dan kejutan alunan dan gegaran tersebut cukup dihayati  kerana rumah  kampung kami tidak cukup bahan dan sedikit masuk dalam tanah. kira-kira 3 kaki dalam tanah.

Sebelum peristiwa tersebut saya membawa topik satu peristiwa yang sekian lama menganggu lena tidur saya. kalau tidak salah ingatan saya topik ini dalam perbincangan group whatsapp mungkin dalam seminggu sebelum peristiwa gempa dan gegaran berlaku.

walau ada komen dalam nada yang berseloroh. Saya cuba usahkan berkominikasi sebab berhajat untuk mencari pencerahan dan mengharap ada orang lain yang ada petunjuk.

Sejak beberapa lama tidur saya terganggu oleh penampakan bebarapa pusaran dalam tanah sama ada dalam kawasan tanah rata bersih dan yang terkini pusaran tersebut berada di bukit yang berhutan tebal dan saya semakin hampir terhumban ke dalam pusaran tersebut.

Sekitar tahun 2004 saya pernah melawat tinggalan tapak lombong tembaga mamut. Keadaan yang amat menyeramkan menyebabkan saya tidak mampu berlama-lama dalam kawasan tersebut. Kelihatan tapak tersebut pernah hadir dalam mimpi saya.

Mimpi-mimpi begini bukanlah boleh dijadikan hujah dan pegangan cuma kalau ada orang lain yang mampu memberi lebih petunjuk dan pencerahan.

Politikal ada yang bertanyakan saya pasal gempa dan gegeran seterusnya kerusakan tanduk telibga keladai tersebut. Kononya ini adalah petanda pertukaran teraju politik dalam pentadbir sabah.
Mitos politikus begini tidak menarik minat saya. Kerana saya lebih suka menimbulkan bahawa gempa dan gegaran tersebut akan menyegarakan yang terpilih akan muncul dan terzahir.

kenapa perlu nya gegaran dan gempa untuk menzahirkan yang Terpilih?  siapa yang terpilih ini? ada dalam catatan saya yang lepas
Amin InsyaAllah

Khamis, 10 Disember 2015

merungkai masalah rohani melalui sembang Aplikasi whatAspp



Saya copy perbualan saya dengan kawan merangkap sepupu kepada orang rumah saya. beliau juga antara anak muda yang hampir dengan saya zaman remaja. bila mencari kehidupan dan berkeluarga silaturrahim sedikit terseket. kalau tidak saya abaikan.

Apapun yang saya kongsikan ini semata-mata berkongsi pengalaman. berguna amalkan kalau tak sesuai abaikan

kerana jauh sekali untuk saya ada rasa bermegah dan menunjulkan diri ada kebolehan. sebab tabiat utama saya seperti berikut

1. Handpone saya tidak akan menerima sebarang nombor yang tidak ada dalam senarai kenalan
2. saya sukar untuk menawarkan perkhidmatan dan mungkin tidak melayan sebarang permintaan melainkan dari keluarga terdekat, sekampong dan Se Bangsa dan Se bahasa.
3.mengikut kelapangan saya.. jangan kecil hati bila saya abaikan
4. saya mula terfikir untuk menentukan mahar yang menenpati saya bukan menepati pelangan.


 Perbualan kami dalam bahasa campur-campur.  google translit pun mungkin tidak mampu menolong untuk memahamkan maksud perbualan ini. dan saya haramkan copy & paste atau palagiat perbualan ini

[9-11 12:52 PTG] ‪‬: Ada sya mo tanya ttg sesuatu...
[9-11 12:53 PTG] ‪: Sesuai kah skrg ni sya tanya
[9-11 12:53 PTG] ‪‬: Atau sya call
[9-11 12:54 PTG] Rahipin Bosirin Djack: Penting kepioh ri.. Klu dpt tulis nga bole
[9-11 12:54 PTG] ‪‬: Apenting kanto tu neserou ku ika poingkure le
[9-11 12:56 PTG] ‪‬: Haro pahaman atau ajaran hitam moi tuka doho...nekepiruba aku ne...
[9-11 12:57 PTG] ‪‬: Nga bila nekepiboros...tuminundik om memohon aku jumadi kaka ketua diolo...
[9-11 12:57 PTG] ‪‬: Nga berubah2...avu ku koilo nu tujuan
[9-11 12:57 PTG] Rahipin Bosirin Djack: Ala la  tulun kopioh no atau tinipi ?
[9-11 12:57 PTG] ‪‬: Tulun...
[9-11 12:58 PTG] ‪‬: Nga keturunan pagan
[9-11 12:58 PTG] ‪‬: Akotor...
[9-11 12:58 PTG] ‪‬: Yolo yama om yapa nga kepuriman...
[9-11 12:59 PTG]Rahipin Bosirin Djack : Sebalah mana ? Daerah mana?
[9-11 12:59 PTG] ‪‬: Ht aku sdkn...jiran ku le
[9-11 1:00 PTG] Rahipin Bosirin Djac: Paitan? Sagamo?
[9-11 1:00 PTG] ‪‬: Nga bila berdepan dogo...miagal oris yolo nga mcm2 nodi cara diolo menipu spy peizinan ku anuon aku dilo ketua
[9-11 1:00 PTG] ‪‬: Kinabatangan...pagan
[9-11 1:01 PTG] ‪‬: Haro piaraan diolo mangakan tulun dit niaten
[9-11 1:01 PTG] ‪‬: Sungai
[9-11 1:01 PTG] ‪‬: Bangsa sungai
[9-11 1:01 PTG] ‪‬: Sbb noboros ku ngaran nu tiba2...
[9-11 1:02 PTG] ‪‬: Terus pinatod yaoh suruhan menyiasat dika...nga avu kekito
[9-11 1:02 PTG] ‪‬: Yoho nga avu yolo kesuang...
[9-11 1:03 PTG] ‪‬: Jadi bila aku mamanau id natad sblh mlm...apurimanan ku santangkus tangkus mogidu oris ...
[9-11 1:04 PTG] ‪‬: Ka diolo yama...meneinu aruntuh rumahtangga ku
[9-11 1:04 PTG] Rahipin Bosirin Djack: Mumbal kepioh no.. Peikuro teserau no? Bole bertahan jga?
[9-11 1:05 PTG] ‪‬: Tapi.Utusan Allah tlh memagari rumah...bapa yg buat pagar
[9-11 1:06 PTG] ‪‬: Yoho aiso tomod...nga eyaoh di miagal ateruk om avi tenaga setiap kali sumuang..
[9-11 1:07 PTG] ‪‬: Miagal dit mencuba om kadang2 mikitolong kawagu poidu le gimbaran diolo
[9-11 1:08 PTG] ‪‬: Menuhu ne yaoh mikizin di bapa spy kabanar aku jumadi ketua diolo
[9-11 1:08 PTG] ‪‬: Nga sya x benarkan dan x setuju
[9-11 1:08 PTG] ‪‬: Ka di bapa...jgn kasi benar
[9-11 1:09 PTG] Rahipin Bosirin Djack: Ngam. Bertahan nopo. Ababasan juga tu lama2
[9-11 1:09 PTG] ‪‬: Avu ne le pagan aselesa ht aku...
[9-11 1:10 PTG] ‪‬: Om miagal dit ateruk...
[9-11 1:10 PTG] Rahipin Bosirin Djack: X dpt kasi kena itu yg diorang pura2 minta jdi ketua
[9-11 1:11 PTG] ‪‬: Berubah2 wajah dit tulun
[9-11 1:11 PTG] ‪‬: Ya..sya tau...sbb dia punya ketua di atas terlanjur cakap bahawa menipu adalah kuasa paling kuat di bumi
[9-11 1:12 PTG] ‪‬: Jadi sya terus tau...dia menipuuu...syaitan
[9-11 1:12 PTG] Rahipin Bosirin Djack: ko suru dulu masuk islam  baru saya fikir2 kantoh
[9-11 1:13 PTG] ‪‬: Ya...bila sya ckp islam dan sebut ayat2...bulu roma dia bediri dan tdk duduk diam
[9-11 1:13 PTG] ‪‬: Mcm dia tgk kiri kanan
[9-11 1:13 PTG] ‪‬: Org kanan dia ckp sesuatu
[9-11 1:14 PTG] ‪‬: Marah bila sya bgtu
[9-11 1:14 PTG] ‪‬: Itu badan mmg islam...tapi dia menaggung ini perjanjian nenek moyang dia
[9-11 1:15 PTG] ‪‬: Jadi separuh ada islam separuh pagan
[9-11 1:16 PTG] ‪‬: Bila dia minta sesuatu...dia blng usia dia di pendekkan
[9-11 1:16 PTG] ‪‬: Atau dibayar darah manusia
[9-11 1:16 PTG] Rahipin Bosirin Djack: Miagal kepioh dit amalan gulu2. Turunan  matu di pak mausa  mantaf hilo paitan
[9-11 1:17 PTG] ‪‬: Diorang sdh serang sya d rumah dgn parang...tapi bila sya sdh d depan...dia mundur dan tikam bdn sendiri hingga mengalir darah...dan dia ckp darah itu utk org2 nya
[9-11 1:18 PTG] ‪‬: Bah...nnt sya ckp itu nama...
[9-11 1:18 PTG] ‪‬: Mana tau dia terkejut
[9-11 1:18 PTG] ‪‬: Sbb bila sya ckp pasal islam...dia suka dan kadang 2 marah
[9-11 1:19 PTG] ‪‬: Dan dia mengaku dia sdh membunuh 2 musuhnya
[9-11 1:19 PTG] ‪‬: Dan mmg sya ada dengar...itu org sdh mati ngeri
[9-11 1:20 PTG] ‪‬: Kerana dimakan oleh itu...
[9-11 1:21 PTG] ‬: Dan malam2 rumah sya diintai mereka...tp d luar saja
[9-11 1:22 PTG] ‪‬: Kerana sya pon mcm dibanty oleh Allah bila berbicara sm itu
[9-11 1:24 PTG] ‪‬: Sama mgkn dia nampak pigangan dusun dulu2 ada jg sama saya...
[9-11 1:24 PTG] ‪‬: Tapi si beliau blng itu sdh di buang...tp ada pl d blkg saya
[9-11 1:25 PTG] Rahipin Bosirin Djack: Ba cuba pasang Pancang kayu/tenduk dpn ruma ko jauh sikit dri kaw rumah yg telah dipagar bapa kamu
[9-11 1:25 PTG] ‪‬: Tp x dpt bersatu dgn bdn sya...krn pahaman jubah ada sdh...
[9-11 1:26 PTG] ‪‬: Jubah itu dr mulut dia
[9-11 1:26 PTG] ‪‬: Ya..ok...sbb mcm dia tau d sempadan yg d pagar beliau dia mcm buli tembus...tp blm dapat jg
[9-11 1:27 PTG] ‪\‬: Nnt sya tenduk spy dia jauh dr sempadan
[9-11 1:27 PTG] ‪\‬: Apa mo d baca ketika tenduk
[9-11 1:27 PTG] ‪\‬: Palan2 saja kita berbual ...
[9-11 1:28 PTG] ‪\‬: Ada masa jawab saja...
[9-11 1:30 PTG] ‪\\‬: Mereka mmg pintar berkata2 dan MENIPU adalah pigangan mereka...
[9-11 1:31 PTG] ‪\\‬: Sesama diorang tipu menipu...
[9-11 1:32 PTG] Rahipin Bosirin Djack: Selawat  pun bole.. Klu ingat ayat krusi lgi baik
[9-11 1:33 PTG] ‪\‬: Ok..ingat...dan sya buli buli tambah kah ayat yg tiada d dlm ayat kursi tu
[9-11 1:34 PTG] \‬: Sbb ada ayat yg tiada di situ...tapi sebenarnya ada..dan itulah yg amat berkuasa...
[9-11 1:36 PTG] ‪\‬: Ayat itu ada diantara walayauduhu....................khifzuhuma wahuwal aliyul azim
[9-11 1:36 PTG] ‪+\‬: Yg tanda............ayat itu..
[9-11 1:48 PTG] ‪+\‬: Antara rahsia ttg keturunan pagan yg dia beritahu saya spy sya setuju jadi ketua...asal diorang ada 7 org...masing2 tipu menipu...badan mereka bau...hanyir dan sangat ngeri rupa...tapi hati mereka bersih spt kain putih kerana al quran pegangan mereka sehingga huruf2 pon diorang tau ertinya...dan mereka tlh telan huruf2 itu.....tapi sya rasa itu MENIPU...
[9-11 1:49 PTG] ‪\‬: Makanan mereka adalah mayat...
[9-11 1:50 PTG] ‪\‬: Atau manusia hidup jika diarah utk makan manusia kerana dendam...
[9-11 1:50 PTG] ‪+\‬: Dan jiran ini mengaku keturunannya...
[9-11 1:51 PTG] ‪\‬: Dan dia jg ada mata halus...nmpk semua...tapi dia mengaku jantung saya dia x nmpk...
[9-11 1:52 PTG] ‪+\‬: Aik..mo jam 2...
[9-11 1:52 PTG] ‪+\‬: Insyaallah
[9-11 1:52 PTG] ‪+\‬: Mo pg kerja dl
[9-11 1:52 PTG] ‪+\‬: Jika diizinkan
[9-11 1:52 PTG] ‪+\8‬: Saya sambung
[9-11 1:52 PTG] ‪+\‬: Salam...
[9-11 1:53 PTG] Rahipin Bosirin Djack: K ada masa sambung. Saya tdi pun onway pigi kerja
[9-11 1:54 PTG] ‪+\‬: Ok...
[9-11 1:54 PTG] ‪+\‬: Jika ada lapang2...abuli ke risik2 batin dilo tulun
[9-11 1:55 PTG] ‪+\‬: Sbb dia mengaku bila itu ada sama dia...bismillah pon dia x buli sebut
[9-11 2:15 PTG] ‪+\‬: Tapi dari tingkahlakunya...dia sedang keliru dan di pertengahan...dia mo belajar islam dan mo belajar mengaji...tapi dia jg terikat perjanjian dari keturunanya yg terdahulu dgn makhluk ini...jika dia langgar...dia akan di makan dan ahli keluarga...
[9-11 2:15 PTG] ‪+\‬: Itulah yg dia cerita sama saya hingga pagi....
[9-11 2:16 PTG] ‪+\‬: Nnt klu ada lagi dia ckp...sya kasi tau...
[9-11 3:46 PTG] ‪+: Ustad...nu amalan atau pahaman di pak musa mantaf ti...miagal be serita..
[9-11 3:57 PTG] Rahipin Bosirin Djack: Maklumat saya tentang pak mausa x berapa. Yg saya maklum amalan pak mausa ini bersifat dengulu2 bagi suku kaum sungai yg berasal  paitan.
Bapa Ali sebelum berguru dgn Mandur sarip dikatakan pernah berguru dgn amalan pak mausa ini.
[9-11 4:00 PTG] Rahipin Bosirin Djack: Zaman berubah kebanyakan amalan telah disadur antara dengulu2 dan ayat2 dri al-quran dan dikatakan amat mujarab. Wal hal amalan itu makin terpesong dan semakin sukar dipulihkan
[9-11 4:08 PTG] ‪: Dan sya percaya...inilah mereka...kerana dia sendiri katakan bahawa bangsa ini pd masa lalu tlh di laknat Allah...tapi tidak dihapuskan kerana ada tujuan di dunia....
[9-11 4:09 PTG] ‪‬: Antaranya supaya umat yg x terpesong berdikari...
[9-11 4:10 PTG] ‪‬: Berdikari bagaimana memerangi mereka...
[9-11 4:11 PTG] ‪‬: Kerana mereka...syaitan berlumba2....kita semakin jauh...
[9-11 4:12 PTG] ‪‬: Mereka cakap...sdh lama mereka cari saya....
[9-11 4:12 PTG] ‪‬: Utk apa...sya pon x tau...yg sya tau skrg bersoal jawab dgn mereka...
[9-11 4:13 PTG] ‪‬: Dan sya semakin tau...apa tujuan mereka sebenar...
[9-11 4:15 PTG] ‪‬: Dan sya dpat rasa...kadang2 ada mata kedua...
[9-11 7:19 PTG] ‪‬: Salam ust...selesai sdh...
[9-11 7:19 PTG] ‬: Alhamdulillah...
[9-11 7:20 PTG] ‪‬: Berkat pembayang dari ust...sya dpt selesaikan semua...
[9-11 7:24 PTG] ‪ Mereka tdk masuk islam...tapi cukuplah dgn x mengacau dan mereka sangat menghormati keturunan fahaman bapa sarip...
[9-11 7:26 PTG] Rahipin Bosirin Djack: Alhamdulillah
[9-11 7:50 PTG] ‪+‬: Asonong nogi di suasana arongou ku ti...
[9-11 7:50 PTG] ‪+‬: Minibok ne yolo...
[9-11 7:52 PTG] Rahipin Bosirin Djack: Posonongon gisom2.
[9-11 7:53 PTG] ‪+‬: Ya..sumambayang nogi do ti
[9-11 7:54 PTG] ‪+‬: Asaru ku alingan sembahyang...
[9-11 7:54 PTG] ‪+‬: Ambil peluang di da kelonggaron dilo tiang ku
[9-11 7:55 PTG] ‪+‬: Alhamdulillah...kasampat aku memehubung di beliau...mama...dan ustad...merangkap pangkat ipar...
[9-11 7:57 PTG] ‪+‬: Aik...haro nopo kelebi di boros ku tenu ketika dlm PEPERANGAN dgn mereka
[9-11 7:57 PTG] ‪+‬: Mikimaaf montok ngawi le maksud ku
[9-11 7:58 PTG] ‪+‬: Avu aku kesorou om bantuan matu ri be
[9-11 7:58 PTG] ‪+‬: Irie ne ust...salam...
[9-11 7:59 PTG] ‪+‬: Memehubung aku kawagu haro ne aperlu ku
[9-11 7:59 PTG] ‪+‬: Rupanya hubungan itu x putus...terutama ketika keadaan bgni...
[9-11 8 PTG] ‪+‬: Syukur kpdNya sekali lagi
[9-11 8:00 PTG] Rahipin Bosirin Djack: Biasa no miagal dilo. Ba giratan no sumabayang kama. Paunsikau tu kesorau kasari memehubung. Tipagon nogi
[9-11 8:01 PTG] ‪+‬: Miagal...
[9-11 8:02 PTG] ‪+: Nopo ipag.....
[9-11 8:02 PTG] ‪+8: Tuan Guru...
[9-11 8:03 PTG] Rahipin Bosirin Djack:  ba hino ko po
[9-11 8:25 PTG] ‪+‬: Ok...

Isnin, 7 Disember 2015

Ziarah ke Sabah Oleh Ustaz Othman Anak kepada Tuan Guru Saya Almarhum Cikgu Saidin Tasik/Tok Ayah Tasik





Othman Saidin telah menambah 2 foto baru — bersama MD Ridzwan dan 2 yang lain.
20hb OktoberDisunting
Assalamualaikum..insyaallah pada 29hb oktober pagi hari khamis nanti sy akan bertolak ke Sabah utk melawat daerah Kota Kinabalu dan Ranau...mungkin 3 hari di sana...Ini adalah perjalanan pertama saya ke sana..Tujuan ke sana hanyalah utk melawat sambil berkenalan dgn org2 di sana..insyaallah...semoga sy dpt berjumpa dgn sahabat2 fbook,saudara rakan seperjuangan sy di sana nanti..amin..
Komen
Intan Selamat Amiin...semoga selamat pergi dan pulang ustaz
Man Naga Nanti jgn lupa dtg rumah kamid kat kg ranau..
Man Naga Sabah la pak ustaz..
Paksu Miau Karkun jemaah tabligh




Saya tidak berkesempatan ketemu dengan rombongan beliau kerana saya masih dalam tugasan rasmi. saya dimaklumkan antar yang boleh dikongsi secara umum beliau juga sedang mencari tapak khusus untuk Ranau sekurang-kurang dalam satu ekar  untuk cawangan sekolah Tahfiz.

jadi mana-mana ada insan yang berhasrat demikian boleh pm saya atau follo terus beliau didalam well facebook.nya.

ada bahan lain yang akan dikongsi kelak  tapi saya syorkan  letakan mahar yang berpatutan pada kami.. iaitu RM1k+++  simpan sedia.. kalau rasa tak sesuai abaikan 





Khamis, 5 November 2015

RISIKO BERSAHABAT DENGAN JIN (PAK NON ABJAD)



RISIKO BERSAHABAT DENGAN JIN
AMARAN >>>P/S: TETAPI BERAPA RAMAI YG DOK BUAT KERJA SALAH SEPERTI DIBAWAH
TETAPI DOK JUAL NAMA TOK GURU - AKU BAGI AMARAN SEKERAS-KERASNYA
TOK GURU TAK MENGAJAR DAN TAK BUAT SEPERTI APA YG MU DOK BUAT DAN DOK PAMER TU...!!!
Nota: Segala tulisan di bawah adalah hasil rujukan dan ilmu pengarang Hj. Ahmad b. Hj. Che Din. @ Al-Marhum Tuan Guru Syeikh Ahmad Muhyiddin - Al-Fatihah...aamiin.
RISIKO BERSAHABAT DENGAN JIN
PENGENALAN
Terdapat beberapa golongan atau kelompok manusia yg mengambil jin sebagai sahabat mereka. Mereka ini dipanggil Kahin, Arrof dan Munajjim seperti yg disebut Hadis Nabi Muhamammad s.a.w.

Persahabatan antara manusia dan jin ini sebenarnya tidak mendatangkan kebaikan kepada kedua-dua makhluk yg berbeza ini seperti mana yg disebut dalam firman Allah:
Mafhumnya:
“Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki diantara manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki diantara jin, maka jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan” (Surah al-Jin: Ayat 6)

Mereka inilah juga sebagai penaja, pengamal, pengembang ajaran sesat yg terkutuk, yg berada dalam sesat akidah, syariat, akhlak, pengorbanan diri dan pengorbanan harta masyarakat setempat. Golongan ini juga mempamerkan kepada manusia lain segala rupa bentuk kehebatan dan perkara2 luar biasa.

Antara perkara-perkara luar biasa itu ialah:-

1. Latihan mempertahankan diri yg dinamakan ‘Gayung’ utk mempamerkan kehebatan, kekuatan dan kegagahan bukan atas dasar mempertahankan maruah diri, keluarga dan harta seperti yg dituntut oleh agama Islam. Sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi golongan dari kelompok2 ini telah wujud seumpama Ruqanah dan Aswadi. Mereka adalah orang Arab Jahiliah yg jagug dalam arena gusti dan mereka pernah berlawan dgn Rasulullah s.a.w.

2. Perubatan tradisional yg melanggar kaedah syarak, tukang2 tilik atau Tok Nujum dan seumpamanya.

3. ILMU KEBAL, MAKAN KACA, MINUM RACUN, tarian kuda kepang dan lain2 seumpama itu berasal daripada orang2 Parsi yg beragama Majusi kemudian dibawa ke Sumatera, Tanah Jawa sehingga sampai ke Tanah Melayu.

4. Mandi minyak panas semata-mata utk mempamerkan kehebatan bukan tujuan perubatan.

5. Segala rupa bentuk pukau memukau dan menurun.

6. Segala rupa bentuk ilmu jurus, sihir menyihir sesama manusia.

7. Segala rupa bentuk menghilangkan diri dgn menzahirkan diri menyerupai beberapa jirim, jauhar dan lain2 kehebatan.

Semua itu membabitkan jin samaada jin Islam peringkat tinggi, peringkat rendah atau jin2 kafir yg termasuk didalam kategori syak, zhon, waham dan khayal semata-mata. Perkataan ‘gayung’ yg selalu kita sebut dan dengar adalah satu kalimah yg lazim digunakan oleh org Melayu sebelum Islam utk semua bentuk latihan mempertahankan diri dgn menambah perkataan tersebut pada nama kumpulan seperti Gayung Harimau, Gayong Monyet, Gayung Kancil dan sebagainya mengikut citarasa pengasasnya.

Dalam rupa bentuk mempertahankan diri itu lazimnya mereka mengambil atau bertaulan dgn jin sebagai sahabat dalam semua kerja. Samaada melalui lidah, anggota dan hati disemua tempat, waktu dan masa:-

1. Melalui pertapaan yg diluar kaedah syarak kesufian Islam.
2. Melalui segala bentuk rupa pemujaan yg direka-reka dan diada-adakan yg terkeluar dari kaedah yg diharuskan dalam hukum syarak.
3. Melalui segala bentuk wirid, jampi, doa, ayat2 al-Quran atau lain2 doa dan jampi mentera yg tidak betul mengikut kaedah syarak.

Disana mereka telah pun terjerat kedalam gaung kesesatan akidah, syariat, akhlak, pengorbanan diri dan pengorbanan harta oleh khadam-khadam daripada jin Islam atau kafir dgn segala syarat2 seperti yg pernah diperkatakan sebelum ini.

Segala rupa bentuk amal yg baik diamalkan oleh puak2 ini, tidak dinilai termasuk didalam golongan ilmu dan amal yg baik yg menjurus kepada baik, paling baik, agung baik dan maha baik. Sebaliknya sentiasalah mereka itu terjun kedalam jurang jahat, paling jahat dan agung jahat kerana mengikut Azazil dan anak cucunya laknatullah. Mereka itu berada dalam syirik uluhiyah kerana mengambil thogut sebagai wali dalam ubudiyah dan minta tolong.

Apabila mereka itu mati, jin2 sahabat mereka itu akan mendatangi anak cucu keturunannya, samaada menyerupai dirinya dalam mimpi atau jaga, menuntut supaya diteruskan syarat perjanjian yg sedia ada. Mereka yg bersahabat dgn jin dan mengambil jin sebagai wali, mereka itu sebenarnya hidup bersama jin disemua tempat waktu dan masa. Apabila mereka mati, jin yg menjadi sahabatnya itu akan membawa jasad mereka masuk kealam jin atau dilontar kemana-mana tempat tertentu. Kemudian jin yg menjadi sahabatnya itu akan menggantikan diri mereka menzahirkan apa2 rupa selepas kematian mereka. Kadang2 menyerupai diri yg sama seperti semasa hidup, adakalanya diganti dgn rupa binatang seperti monyet, beruk, lutong, harimau, ular dan sebagainya.

Maka anak2 cucunya dan orang2 yg jahil akidah, syariat dan akhlak Islam pula akan memanggilnya dgn berbagai panggilan Tok Keramat mengikut rupa yg dijelma dan tempat yg diberitahu samaada dalam mimpi atau jaga.

Adapun orang2 yg mengambil Allah s.w.t. sebagai walinya dalam ubudiyah dan minta tolong, mereka itu hidup disisi Allah s.w.t. walaupun selepas kematiannya, hanya kebanyakan manusia biasa tidak mengetahui hal mereka seumpama nabi-nabi dan rasul-rasul Alaihimusssolatuwassalam dan orang2 Islam yg mati sebagai syahid marakah dan orang2 siddiqin dan orang2 soleh zahir dan batin yg seumpama mereka itu.

AMARAN >>>P/S: TETAPI BERAPA RAMAI YG DOK BUAT KERJA SALAH SEPERTI DIATAS
TETAPI DOK JUAL NAMA TOK GURU - AKU BAGI AMARAN SEKERAS-KERASNYA
TOK GURU TAK MENGAJAR DAN TAK BUAT SEPERTI APA YG MU DOK BUAT DAN DOK PAMER TU...!!!

Selasa, 3 November 2015

Ilmu Senjata Terbang :Kekeliruan Antara Istidraj,Karamah dan Maunah ?





kredit http://azeman1136.blogspot

Jumaat, 30 Oktober 2015

Ilmu Senjata Terbang :Kekeliruan Antara Istidraj,Karamah dan Maunah ?

Ilmu Senjata Terbang !
Kekeliruan Orang Awam Untuk Membezakan Ilmu Istidraj,Karamah dan Maunah !
Saya telah ditanya oleh beberapa kenalan akan Penggunaan Ilmu Senjata Terbang seperti Keris,Parang,Pedang,Tombak dan sebagainya.
Namun perkara ini agak sensitif untuk dibicarakan secara terbuka,kerana ia melibatkan beberapa Amalan Ilmu Pertahanan Diri,Ilmu Kerohanian dan Ilmu Kebatinan,namun saya akan mengulas Penggunaan Senjata tersebut mengikut kefahaman saya yang saya fahami dari Ulasan Ceramah Tuan Guru yang pernah saya dengar dan dari segi sudut kesahihan atau kewujudan penggunaan Ilmu Senjata Terbang tersebut.
1. Apa Itu Ilmu Senjata Terbang ?
Ilmu Senjata Terbang adalah satu jenis Ilmu Mencarik Adat (Ilmu Luar Biasa )yang tak mampu dilakukan individu biasa yang lain untuk melakukannya.
Jenis Ilmu ini menggunakan Senjata Tajam seperti Keris,Parang, Pedang,Tombak dan lain-lagi Senjata Tajam yang penting untuk Ilmu Pertahanan Diri.
Kebiasaannya Ilmu Senjata Terbang digunakan untuk Latihan Pertahanan Diri atau ketika Bertempur atau Bergaduh dengan Musuh dan sebagainya mengikut situasi dan keadaan.
2. Bagaimana Senjata Tersebut Terbang?
Ilmu Senjata terbang kebiasaannya digunakan dengan Melontar Senjata tersebut ke arah Musuh atau ke arah Lawan atau Sasaran yang dikehendakki mengikut Jarak atau Situasi berapa jauh jaraknya samaada beberapa Meter atau mencecah Berkilo-kilo Meter.
Dikatakan jika Senjata tersebut sampai pada Sasarannya maka terputuslah Kepala musuh tersebut.
3. Benarkah Ilmu Senjata Terbang Wujud?
Ya,ia Benar !
Kerana Ayah saya adalah Pesara Tentera dan pernah berkhidmat dengan Angkatan Tentera RAMD dari tahun 1964-1986 selama 22 tahun dan pernah terlibat menjaga Keselamatan Negara dalam Peristiwa Ganyang Malaysia dengan Tentera  Nasional Indonesia (TNI) ketika Pemerintahan Presiden Indonesia Sukarno dan juga pernah terlibat di zaman Komunis dan juga ketika Rusuhan 13 Mei 1969 di Kampung Baru,Kuala Lumpur.
Melalui penceritaan Ayah saya penggunaan Ilmu Senjata Terbang tersebut memang Wujud,dan bukan cerita Dongeng atau Mitos.Kerana ketika beliau bertugas semasa itu,begitu banyak Senjata Terbang terutama Parang yang melintasi di atas kepalanya.
Malah Tuan Guru saya juga selalu menceritakan penggunaan Ilmu Senjata tersebut yang digunakan segelintir Pengamal Ilmu Pertahanan Diri,Pengamal Ilmu Kebatinan dan Pengamal Ilmu Kerohanian melalui Ceramahnya.
Malah ditempat saya membesar juga Ilmu tersebut amat terkenal ketika menentang Jepun dan Komunis.
Ilmu Senjata Terbang tidak melibatkan Bangsa Melayu sahaja,malah Bangsa dan Penganut Agama lain juga, terutama Golongan Sami dan Ahli Pertapaan yang lain.
4. Apakah Jenis Ilmu Yang Digunakan ?
Jika kita mengikut semula apa jenis Ilmu Pertahanan Diri atau apa jenis pun Ilmu Latih Tubi perlulah dilihat dari Sudut Positif dan Negatifnya.
Dari Sudut Positif Ilmu Pertahanan Diri adalah harus dipelajari atau boleh dikategorikan Sunat Muakad,tidak kira apa jenis Ilmu Pertahanan Diri pun, namun ia boleh dikategorikan menjadi Hukum Wajib Syarie,ketika dalam keadaan Darurat.
Firman Allah :
"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya "
(Surah Al Anfal : 60)
Hukum Belajar Ilmu Pertahanan Diri Termasuk Senjata Pertahanan Diri Perlulah Atas Tujuan :
-Memelihara Maruah Agama Islam.
-Memelihara Maruah Diri Orang Islam.
-Memelihara Maruah Keturunan Orang    Islam.
-Memelihara Maruah Harta Benda Orang Islam.
-Memelihara Maruah Negara Orang Islam.
Juga bertujuan :
- Memelihara Akidah Orang Islam.
- Memelihara Syariat Orang Islam.
-Memelihara Akhlak Orang Islam.
-Memelihara Pengorbanan Harta Benda Umat Islam.
-Memelihara Negara Umat Islam.
Kesemuanya itu perlu menepati Al Quran,Hadis,Ijmak Ulamak dan Qias.
Juga untuk memelihara Lidah,Anggota dan Hati untuk elak dari Syirik,Kufur,Kafir,Munafik,Murtad dan segala kerja Maksiat.
Dari Sudut Negatifnya pula :
-Haram Belajar Ilmu Yang Bersahabat Dengan Jin.
-Haram Belajar Ilmu Yang Ada Ilmu Sihir.
-Haram Mencampur Aduk Sesuatu Amalan Seperti Ayat Al Quran Bercampur Mantera Yang Ada Unsur Syirik Dan Permujaan.
5.Bagaimana Pula Ilmu Senjata Terbang?
- Ilmu Senjata Terbang yang melibatkan Keris,Parang,Pedang,Tombak dan lain-lagi Senjata Ilmu Pertahanan Diri,jika dilihat Sudut Positif seperti dalam Surah Al Anfal Ayat 60,adalah harus menggunakan pelbagai segala Jenis Senjata untuk Pertahanan Diri,namun ia boleh menjadi Haram dan Syirik, jika Ilmu Senjata Terbang tersebut melibatkan Perantaraan Makhluk Ghaib seperti Khidmat Khadam atau Jin.
- Ini kerana jika ia melibatkan Ilmu Mencarik Adat(Ilmu Luar Biasa) kebiasaannya ia boleh dikategorikan beberapa jenis Ilmu yang diredhai Allah atau  dimurkai Allah Contohnya:
Istidraj :
- Istidraj adalah satu Ilmu Mencarik Adat yang diizinkan oleh Allah tetapi dimurkai oleh Allah,kerana  ia melibatkan Ilmu Sihir Peringkat Tinggi dan Rendah.
- Golongan yang ada Istidraj sentiasa ingin menunjuk Ilmu mereka,selalu ingin menunjuk kekuatan,kehebatan,kemegahan supaya dapat dipuja serta untuk mendapat pengaruh,pangkat,serta gelaran.
- Terutama untuk mengerunkan pihak Musuh atau pihak Lawan
- Golongan ini Ilmu dan Amal tiada Sanad,Salasilah,Rabitah dan Wasilah hingga sampai Rasulullah Saw.
- Ilmu dan Amal mereka bercampur aduk antara yang Halal dan Haram dan sentiasa melibatkan Perkara Syirik dan Khurafat.
Contohnya :
- Penggunaan Senjata Tradisional dalam Masyarakat Melayu seperti Keris,Parang,Pedang,Tombak,dan lain-lain.
- Senjata tersebut,kebiasaannya mereka mempunyai Amalan dan Kepercayaan tertentu,seperti Keris,Parang,Pedang itu mesti diasap dengan Kemenyan beserta diperah Limau Nipis sambil dibaca
Ayat Al Quran bersama Mantera yang difahami atau tidak difahami pada setiap Malam Jumaat,dan jika tidak diikuti  Syarat tersebut,maka dipercayai Senjata tersebut akan Makan Tuannya sendiri atau dalam Bahasa Melayu Makan Darah atau Pengamal tersebut akan Jatuh Sakit seperti Demam Panas dan sebagainya ,kemudian Senjata tersebut perlu di balut dengan Kain Kuning,Kain Merah,Kain Putih atau Kain Hijau mengikut kaedah yang dipelajari dan juga mempunyai beberapa Pantang Larang dan Syaratnya.
Nota :
- Mengasap Keris atau Senjata yang lain tidaklah salah.Kerana ia satu kaedah untuk menjaga Ketahanan Besi itu untuk mengelak ia menjadi Karat dan Tumpul.Namun ia menjadi Salah apabila ia membuat Perjanjian dengan Makhluk Ghaib seperti Jin dan sebagainya dan menjadi satu kemestiannya baginya untuk patuh pada arahan Jin atau Khadam tersebut dan Hukumnya adalah Syirik kerana berpegang pada Benda atau Toghut.
Karamah :
- Golongan ini hanya diberi kepada Waliyulah atau Kekasih Allah sahaja,yang Ilmu dan Amal mereka ada hubungan Rabitah Wasilah sampai Rasulullah Saw.
- Melakukan apa yang disuruh oleh Allah serta tak disentuh Dosa Besar dan Dosa Kecil serta sentiasa mendapat perlindungan dari Allah.
- Karamah yang terjadi pada mereka adalah atas keizinan dan kehendak Allah
- Golongan ini amat  dilarang sekali menunjuk Karamah mereka.
- Jika berlaku Karamah atau perkara Mencarik Adat pun bukan atas kehendak mereka tapi atas kehendak Allah.
Maunah :
- Golongan ini tak terlepas dari Dosa Besar dan Dosa Kecil.
- Namun sentiasa bertaubat kepada Allah setiap masa.Jika mereka membuat Dosa,mereka segera bertaubat.
- Ilmu dan Amal mereka mempunyai Sanad,Salasilah,Rabitah dan Wasilah sampai Rasulullah Saw.
- Ilmu dan Amal mereka tidak bercampur aduk perkara Syirik dan Khurafat.
- Jika berlaku perkara Mencarik Adat atau Luar Biasa ia dipanggil Maunah atau Pertolongan Allah.
- Kebiasaannya Imam mereka berada dalam keadaan Taabud serta Ubudiyah dan Mintak Tolong kepada Allah.
6.Bagaimana Di Zaman Rasulullah Saw Dan Sahabat? Adakah Mereka Mempunyai Ilmu Senjata Terbang ?
- Jika dilihat Sejarah Rasulullah Saw adalah orang yang Hebat dalam Bergusti dan pernah menumpaskan Ahli Gusti bernama Rukanah Bin Abu Yazid Bin Hashim sehingga Ahli Gusti itu akur dan mengalah serta Lembut Hatinya untuk menerima Islam.
- Rasulullah Saw cukup handal dalam Ilmu Perang dan selalu menang setiap kali berperang namun pernah Tewas dalam Perang Uhud sehingga patah Giginya.
- Begitu juga Sahabat yang lain ada yang Mati Syahid.
- Jika ada keajaiban pun hanya atas izin Allah ke atas mereka yang Allah kurniakan atas Darjah Iman dan Taat mereka.
Bagaimana Untuk Mengenal Pasti Ilmu Senjata Terbang Yang Ada Pada Pengamal Tersebut Itu Sesat atau Tidak?
- Selidik dari mana Ilmu dan Amal yang dia perolehi dari mana Ilmu dan Amal itu diambil dan Ilmu itu hendak dituju ke arah mana.
-Adakah ia mempunyai Sanad Perguruan yang mana Ilmu dan Amal tersebut perlu ada Salasilah.
-Adakah ia mempunyai Rabitah dan Wasilah,kerana setiap Ilmu Pertahanan Diri,Ilmu Kerohanian dan Ilmu Kebatinan perlulah ada Rabitah dan Wasilah sampai Rasulullah Saw.
-Adakah Ilmu tersebut perlu ada Sumpah Muba'aih atau Syarat serta Pantang dan Larang sebagai Contoh perlu ada Pengeras seperti Pulut Kuning,Sembelih Ayam Hitam dan sebagainya,serta Pantang Larang perlu rajin Solat,Puasa,dan tidak boleh membuat Maksiat dan jika dilanggar akan jadi Gila Isim dan sebagainya.
-Adakah Ilmu tersebut mempunyai Pantang Larang seperti tidak boleh lalu bawah Kain Jemuran atau tidak boleh terkena Kain Basahan jika tidak Ilmu mereka akan Tawar atau ia akan Makan Dalam.
Kesimpulan :
Allah Taala melarang keras diri kita dari mempelajari Ilmu Mencarik Adat (Ilmu Luar Biasa) yang ada unsur Syirik,Khurafat,Permujaan serta Perjanjian dengan Jin.Walaupun untuk tujuan Ilmu Pertahan Diri sekalipun.
Kerana jika Ilmu tersebut diperolehi secara Istidraj ia boleh mendatangkan Kemurkaan Allah Taala.
Ilmu Mencarik Adat (Ilmu Luar Biasa) yang Haq (Benar) hanya Allah Zahirkan dan Allah hanya memberikan Pertolongan kepada mereka atas hubungan Daerah  Iman dan Taat mereka sebagai Hamba Allah atas nama Karamah dan Maunah sahaja.
Firman Allah :
Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.
(Al-Jinn 72:6) 
Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).
(Al-Hasy-r 59:7) 
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah Wasilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.
(Al-Maaidah 5:35)
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
(A-li'Imraan 3:133) 
Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.
(Surah Az Zumar 39:54)
Kata Tuan Guru Syekh Ahmad Junaidin :,
"Simbol Besi Dan Keris Itu Sekeliannya Sekuat-Kuatnya  Akan Dibinasakan Oleh Allah Jua"
Walahualam,
Hamba Fakir,
"Islam Melayu,Melayu Islam"
"Rabitah dan Wasilah"
Azeman_Jrt

Senjata Pertahanan Diri Harus Digunakan Untuk Latihan Pertahanan Diri Jika Menepati Akidah,Syariat,Akhlak,Pengorbanan Harta dan Nyawa Dan Jika Mengikuti 
Al Quran,Hadis,Ijmak Ulamak Dan Qias
Dan Tanpa Unsur Syirik,Khurafat Dan Sebagainya.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum . Tuan mohon izin copy artikel2 dari Blog ini
    BalasPadam

Isnin, 2 November 2015

Mandi Minyak Panas:Amalan Khurafat Atau Tidak?

 kredit to

Azeman_Jrt

1136 Masihi Bermula Dengan Syahadah




Ahad, 1 November 2015


Mandi Minyak Panas:Amalan Khurafat Atau Tidak?

Mandi Minyak Panas Adakah Ia Amalan Khurafat Atau Tidak ?
Apabila kita mendengar Amalan Mandi Minyak Panas tentu pelbagai Persepsi atau Imaginasi di dalam fikiran kita untuk mengambarkan akan Upacara atau Mandi Minyak Panas tersebut ?
Maka disini saya huraikan sedikit Sejarah atau Tradisi Mandi Minyak Panas ini berdasarkan Pengalaman saya yang selalu terlibat dalam Upacara Mandi Minyak Panas ini terutama ketika Pengalaman saya didalam Dunia Ilmu Pertahanan Diri khususnya Ilmu Persilatan dan Kerohanian dan Perubatan Tradisional yang pernah saya pelajari dan masih lagi belajar mengikut kaedah Islam yang diajar oleh Tuan Guru saya.
Maka saya akan huraikan Mandi Minyak Panas dari sudut Positif dan Negatifnya dan menghuraikan serta membezakan Kaedah Minyak Panas mengikut Kaedah yang diharuskan didalam Islam atau yang dilarang didalam Islam samaada bercanggah atau tidak dengan Al Quran,Hadis,Ijmak Ulamak,Rukyah dan Qias untuk mengelakkan Masyarakat dari terkeliru antara yang Benar dan Salah.
Apakah Itu Mandi Minyak Panas?
Mandi Minyak Panas adalah satu Tradisi didalam Istilah Bahasa yang selalu digunakan dalam satu Upacara,Amalan,Adat Resam Budaya atau Kepercayaan di kalangan Individu,Berkumpulan,Berjemaah,Bangsa, Agama dan Keturunan yang mengamalkan pelbagai kaedah Mandi Minyak Panas mengikut pelbagai cara yang dilakukan Pengamal tersebut.
Mandi Minyak Panas begitu terkenal di kalangan Orang Melayu di Nusantara khususnya di Tanah Melayu.
Dikatakan  juga Upacara Mandi Minyak Panas ini sudah beratus tahun atau berabad lamanya.
Kebiasaannya Mandi Minyak Panas ini dilakukan atas beberapa Tujuan oleh Pengamal yang berbeza seperti :
Ilmu Persilatan
Ilmu Kebatinan
Ilmu Perbomohan
Ilmu Kerohanian
Ilmu Perubatan
Ilmu Keagamaan dan sebagainya
Kaedah Mandi Minyak Panas ?
Kaedah Mandi Minyak Panas  kebiasaannya menggunakan Kelapa yang akan dibelah,diparut dan diambil isi atau Santannya serta akan dimasak di dalam Kawah yang besar yang akan dipanaskan melalui Kayu Unggun Api yang panas membara sehingga Panas Mendidih mengikut tempoh yang dikehendakki bersama pelbagai Ramuan atau Campuran Rempah Ratus,Herba dan lain-lain bahan mengikut setiap Amalan yang dikehendaki Pengamal tersebut.
Setelah Minyak Panas itu selesai dimasak,maka Minyak Panas itu akan dicelup melalui dua Tapak Tangan samaada diatas permukaan Minyak itu atau ke dalam dasar permukaan Kawah
tersebut atau mengikut Kaedah yang dikehendakki Pengamal tersebut.
Kebiasaannya sebelum Pengamal tersebut melakukan rendaman Tangan mereka,mereka akan membaca Doa,Ayat,Wirid atau Mantera dan Jampi yang khusus mengikut Amalan Adat Resam Budaya atau Kepercayaan Agama masing-masing.
Selepas itu baru Minyak Panas itu disapu di setiap Anggota Badan atau kawasan yang ingin disentuh oleh mereka atau juga ada yang meminumnya secara Panas mengikut Kaedah atau Amalan yang mereka pelajari.
Adakah Bangsa Lain Ada Amalan Tersebut ?
Mandi Minyak Panas ini juga dikatakan turut diamal oleh Bangsa,Agama dan Keturunan yang lain sejak Zaman dahulukala lagi terutama di kalangan Orang Parsi yang beragama Majusi,di kalangan Masyarakat Hindu dan Budha terutama mengikut Upacara Adat Resam Budaya dan Kepercayaan Agama masing-masing mengikut Etnik dan Kaum.
Bagaimana Mandi Minyak Panas Boleh Wujud Di Kalangan Masyarakat Melayu ?
Kemungkinan ia Wujud disebabkan adanya persamaan Adat Resam Budaya dikalangan Bangsa atau Masyarakat yang lain sebagai Contoh percampuran atau pergaulan darah dan Keturunan yang ada dalam diri Bangsa Melayu seperti Arab,Parsi,Monggolia,India,China dan lain-lain lagi.
Apakah Mandi Minyak Panas Khurafat ?
Tidak semua Amalan Mandi Minyak Panas itu Khurafat dan tidak semua Amalan Minyak Panas itu tiada langsung yang tidak Khurafat.
Mandi Minyak Panas dari sudut Positifnya adalah bagus untuk Kesihatan dan Tubuh Badan.
Namun sudut Negatifnya segelintir Pengamal apabila ia turut disertai Amalan yang bercanggah dari segi Akidah,Syariat,Akhlak dan Pengorbanan Harta dan Nyawa sebagai Orang Islam contohnya :
- Bercampur dengan Amalan Khadam iaitu Jin.
- Bercampur Penyembahan dan Permujaan.
- Bercampur Amalan Ayat Al Quran dan Mantera Jampi Serapah yang tidak difahami atau tidak ada Sanad,Salasilah,Ilmu dan Amal serta Rabitah dan Wasilah hingga sampai Rasulullah Saw.
- Bercampur Amalan Mencarik Adat seperti pertunjukkan Ilmu Kebal,Kuat dan sebagainya
- Atau lain-lain lagi yang berunsur Syirik dan sebagainya.
Nota :
( Kebiasaan Pengamal tersebut yang terdiri dari Ilmu Persilatan,Ilmu Kebatinan,Ilmu Perbomohan,Ilmu Kerohanian yang mana Ilmu dan Amal mereka tidak diselidiki dari mana Salasilah,Sanad Perguruan yang mereka terima.)
Adakah Mandi Minyak Panas Itu Boleh Menjadikan Kita Kebal?
Mandi Minyak Panas adalah bertujuan untuk menjaga Kesihatan Tubuh Anggota dan Badan.
Tidak benar jika dikatakan Kebal,Kuat,Gagah,Tidak Mudah Luka dan sebagainya.Jika segelintir pihak mengatakan ia Kebal ia adalah berkaitan Ilmu Mencarik Adat atau Luar Biasa yang tidak pernah ada di dalam Islam sebaliknya ia adalah Iktiqad Fahaman Jabariah dan Qadariah yang menafikan Qudrat dan Iradat Allah yang mana mereka berikiqad boleh mendapat satu Hajat atau menyamakan kekuatan Makhluk dengan  Allah.
Adakah Ia Bertujuan Menguji Keberanian?
Tak dinafikan setengah kepercayaan Adat Resam Budaya Bangsa Keturunan Agama mengikut situasi tempat,dikatakan ia bertujuan untuk menguji Keberanian seseorang itu terutama bagi Pengamal Ilmu Pertahanan Diri seperti Ilmu Persilatan Melayu sebagai Contoh,untuk menerima individu tersebut sebagai anak Murid di dalam Kumpulan Persilatan tersebut atau sebagai Syarat Individu tersebut telah Tamat mempelajari Ilmu Persilatan tersebut.
Adakah Mandi Minyak Panas Boleh Dilakukan Di Dalam Islam ?
Mandi Minyak Panas tidak Salah.
Malah ia satu Adat Resam dan Budaya di dalam satu Masyarakat.Selagi ia boleh diamalkan selagi tiada unsur Syirik dan Khurafat maka dibenarkan.
Namun ia perlulah selari dengan tujuan untuk menjaga Kesihatan Tubuh Anggota Badan dan perlulah Mandi Minyak Panas dilakukan oleh Individu atau Kumpulan Masyarakat yang Mahir sahaja agar tidak mendatangkan Kecederaan atau Kemudaratan seperti Melecur,Luka dan sebagainya seperti di dalam Hadis Rasulullah Saw.
Rasulullah s.a.w bersabda: 
Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab utk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu
(Hadis Riwayat Bukhari)
Sabdanya lagi: 
Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah
 (Hadis Riwayat Muslim)
Kelebihan Mandi Minyak Panas ?
- Sihat Tubuh Anggota Badan.
-Dapat Menyelesaikan Segala Penyakit Kulit.
- Dapat Menyelesaikan Masalah Urat Saraf Dan Perjalanan Darah.
- Dapat Menyelesaikan Masalah Angin Ahmar,Strok Dan Darah Tinggi.
- Dapat Menyelesaikan Masalah Tenaga Batin Lelaki.
- Dapat MenyelesaikanMasalah Luka Yang Lambat Sembuh.
- Dapat Menyelesaikan Masalah Buasir.
- Dapat Menyelesaikan Masalah Rabun Mata.
- Dapat Menyelasaikan Masalah Lenguh Anggota Badan Dan Banyak Lagi.
-Adanya Ramuan Herba Dan Rempah Ratus Yang Berkhasiat Dan Menyegarkan Tubuh Badan Seperti :
-Buah Pelaga
-Lada Hitam
-Jintan hitam/Jintan Manis
-Kayu manis
-Herba
-Bunga lawang
-Halba
Kebiasaan Ramuan Herba Rempas Ratus tersebut mengandungi pelbagai jenis Vitamin,Antibiotik,AntiToksid dan lain-lagi yang boleh mengeluarkan semua jenis Penyakit dalam Tubuh Anggota Badan.
Pada zaman dahulu Tanah Melayu menjadi tumpuan ramai Pedagang-Pedagang dan Penjajah-Penjajah untuk mendapatkan Bahan tersebut di Tanah Melayu untuk mendapatkan Penawar pelbagai jenis Penyakit  Berjangkit khususnya di Benua Eropah
(Sila Rujuk Sejarah Kerajaan Kedah Tua dan Kerajaan Melaka)
Nota :
(Segala Penyakit Dan Penyembuhan Kesemuanya Atas Izin Qudrat Dan Iradat Allah Bukan Kehendak Makhluk Namun Kita Diharuskan Berusaha Berubat Dan Berikhtiar.)
Kaedah Islam Bagaimana ?
- Bedasarkan pengalaman saya mengikut bersama Sahabat Seperguruan dan Jemaah Ilmu Persilatan dan Ilmu Kerohanian yang lain,kami  mengikut cara yang diajar Tuan Guru.
-Ilmu dan Amal yang kami pelajari mempunyai Sanad,Salasilah,Rabitah dan Wasilah sehingga Rasulullah Saw.
-Niat Mandi Minyak Panas untuk Tujuan Niat Berubat dan Kesihatan.
-Bukan berniat untuk Ilmu Mencarik Adat seperti Kebal dan sebagainya.
- Mengikut Adat atau Sunnah yang dianjurkan Rasulullah Saw seperti kami memulakannya dengan segala kerja buat kerja dengan mengucap Dua Kalimah Syahadah,membaca Doa dan Ayat Al Quran yang khusus tanpa bacaan Mantera yang Khurafat dan tiada percampuran Lelaki dan Perempuan (Di buat berasingan)
Kesimpulan :
Amalan Mandi Minyak Panas ini adalah satu Adat Resam Budaya sahaja yang diamalkan oleh pelbagai jenis Pengamal samaada di dalam Ilmu Persilatan,Ilmu Kebatinan,Ilmu Perbomohan,Ilmu Perubatan dan Ilmu Kerohanian.
Hendaklah ia bertujuan untuk menjaga Kesihatan Anggota Tubuh Anggota Badan.
Selagi ia tiada unsur Syirik dan Khurafat ia boleh diamalkan,selagi tidak bertentangan Al Quran,Hadis,Ijmak Ulamak,Rukyah dan Qias serta tidak bertentangan prinsip memelihara kesucian Agama Islam,Akidah,Syariat,Akhlak,Pengorbanan Harta dan Nyawa.
Diharapkan Upacara Mandi Minyak Panas ini di kalangan Masyarakat Melayu diteruskan untuk mempertahankan Tradisi tersebut kerana ia adalah satu Amalan Tradisi Orang Melayu semenjak zaman dahulu kala dan ratusan tahun dahulu diharapkan juga ia mengikut cara Islam dan bukan dicampur aduk perkara yang Syirik dan Khurafat.
Mandi Minyak Panas juga berkhasiat kerana ia sendiri berasal dari ramuan Pokok Kelapa dan dari Tumbuh-tumbuhan Herba dan Rempah Ratus yang lain yang banyak kelebihan dan manfaatnya seperti Firman Allah :
" Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa)"
(Al-Baqarah 2:22)
" Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya."
(Al-Baqarah 2:172)
Walahualam,
Hamba Fakir,
"Islam Melayu,Melayu Islam"
"Rabitah dan Wasilah"
Azeman_Jrt
Gambar tersebut ketika saya dan sahabat Mandi Minyak Panas pada tahun 2014 ketika Kursus Perubatan Tradisional