Pengikut

Selasa, 3 November 2015

Ilmu Senjata Terbang :Kekeliruan Antara Istidraj,Karamah dan Maunah ?





kredit http://azeman1136.blogspot

Jumaat, 30 Oktober 2015

Ilmu Senjata Terbang :Kekeliruan Antara Istidraj,Karamah dan Maunah ?

Ilmu Senjata Terbang !
Kekeliruan Orang Awam Untuk Membezakan Ilmu Istidraj,Karamah dan Maunah !
Saya telah ditanya oleh beberapa kenalan akan Penggunaan Ilmu Senjata Terbang seperti Keris,Parang,Pedang,Tombak dan sebagainya.
Namun perkara ini agak sensitif untuk dibicarakan secara terbuka,kerana ia melibatkan beberapa Amalan Ilmu Pertahanan Diri,Ilmu Kerohanian dan Ilmu Kebatinan,namun saya akan mengulas Penggunaan Senjata tersebut mengikut kefahaman saya yang saya fahami dari Ulasan Ceramah Tuan Guru yang pernah saya dengar dan dari segi sudut kesahihan atau kewujudan penggunaan Ilmu Senjata Terbang tersebut.
1. Apa Itu Ilmu Senjata Terbang ?
Ilmu Senjata Terbang adalah satu jenis Ilmu Mencarik Adat (Ilmu Luar Biasa )yang tak mampu dilakukan individu biasa yang lain untuk melakukannya.
Jenis Ilmu ini menggunakan Senjata Tajam seperti Keris,Parang, Pedang,Tombak dan lain-lagi Senjata Tajam yang penting untuk Ilmu Pertahanan Diri.
Kebiasaannya Ilmu Senjata Terbang digunakan untuk Latihan Pertahanan Diri atau ketika Bertempur atau Bergaduh dengan Musuh dan sebagainya mengikut situasi dan keadaan.
2. Bagaimana Senjata Tersebut Terbang?
Ilmu Senjata terbang kebiasaannya digunakan dengan Melontar Senjata tersebut ke arah Musuh atau ke arah Lawan atau Sasaran yang dikehendakki mengikut Jarak atau Situasi berapa jauh jaraknya samaada beberapa Meter atau mencecah Berkilo-kilo Meter.
Dikatakan jika Senjata tersebut sampai pada Sasarannya maka terputuslah Kepala musuh tersebut.
3. Benarkah Ilmu Senjata Terbang Wujud?
Ya,ia Benar !
Kerana Ayah saya adalah Pesara Tentera dan pernah berkhidmat dengan Angkatan Tentera RAMD dari tahun 1964-1986 selama 22 tahun dan pernah terlibat menjaga Keselamatan Negara dalam Peristiwa Ganyang Malaysia dengan Tentera  Nasional Indonesia (TNI) ketika Pemerintahan Presiden Indonesia Sukarno dan juga pernah terlibat di zaman Komunis dan juga ketika Rusuhan 13 Mei 1969 di Kampung Baru,Kuala Lumpur.
Melalui penceritaan Ayah saya penggunaan Ilmu Senjata Terbang tersebut memang Wujud,dan bukan cerita Dongeng atau Mitos.Kerana ketika beliau bertugas semasa itu,begitu banyak Senjata Terbang terutama Parang yang melintasi di atas kepalanya.
Malah Tuan Guru saya juga selalu menceritakan penggunaan Ilmu Senjata tersebut yang digunakan segelintir Pengamal Ilmu Pertahanan Diri,Pengamal Ilmu Kebatinan dan Pengamal Ilmu Kerohanian melalui Ceramahnya.
Malah ditempat saya membesar juga Ilmu tersebut amat terkenal ketika menentang Jepun dan Komunis.
Ilmu Senjata Terbang tidak melibatkan Bangsa Melayu sahaja,malah Bangsa dan Penganut Agama lain juga, terutama Golongan Sami dan Ahli Pertapaan yang lain.
4. Apakah Jenis Ilmu Yang Digunakan ?
Jika kita mengikut semula apa jenis Ilmu Pertahanan Diri atau apa jenis pun Ilmu Latih Tubi perlulah dilihat dari Sudut Positif dan Negatifnya.
Dari Sudut Positif Ilmu Pertahanan Diri adalah harus dipelajari atau boleh dikategorikan Sunat Muakad,tidak kira apa jenis Ilmu Pertahanan Diri pun, namun ia boleh dikategorikan menjadi Hukum Wajib Syarie,ketika dalam keadaan Darurat.
Firman Allah :
"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya "
(Surah Al Anfal : 60)
Hukum Belajar Ilmu Pertahanan Diri Termasuk Senjata Pertahanan Diri Perlulah Atas Tujuan :
-Memelihara Maruah Agama Islam.
-Memelihara Maruah Diri Orang Islam.
-Memelihara Maruah Keturunan Orang    Islam.
-Memelihara Maruah Harta Benda Orang Islam.
-Memelihara Maruah Negara Orang Islam.
Juga bertujuan :
- Memelihara Akidah Orang Islam.
- Memelihara Syariat Orang Islam.
-Memelihara Akhlak Orang Islam.
-Memelihara Pengorbanan Harta Benda Umat Islam.
-Memelihara Negara Umat Islam.
Kesemuanya itu perlu menepati Al Quran,Hadis,Ijmak Ulamak dan Qias.
Juga untuk memelihara Lidah,Anggota dan Hati untuk elak dari Syirik,Kufur,Kafir,Munafik,Murtad dan segala kerja Maksiat.
Dari Sudut Negatifnya pula :
-Haram Belajar Ilmu Yang Bersahabat Dengan Jin.
-Haram Belajar Ilmu Yang Ada Ilmu Sihir.
-Haram Mencampur Aduk Sesuatu Amalan Seperti Ayat Al Quran Bercampur Mantera Yang Ada Unsur Syirik Dan Permujaan.
5.Bagaimana Pula Ilmu Senjata Terbang?
- Ilmu Senjata Terbang yang melibatkan Keris,Parang,Pedang,Tombak dan lain-lagi Senjata Ilmu Pertahanan Diri,jika dilihat Sudut Positif seperti dalam Surah Al Anfal Ayat 60,adalah harus menggunakan pelbagai segala Jenis Senjata untuk Pertahanan Diri,namun ia boleh menjadi Haram dan Syirik, jika Ilmu Senjata Terbang tersebut melibatkan Perantaraan Makhluk Ghaib seperti Khidmat Khadam atau Jin.
- Ini kerana jika ia melibatkan Ilmu Mencarik Adat(Ilmu Luar Biasa) kebiasaannya ia boleh dikategorikan beberapa jenis Ilmu yang diredhai Allah atau  dimurkai Allah Contohnya:
Istidraj :
- Istidraj adalah satu Ilmu Mencarik Adat yang diizinkan oleh Allah tetapi dimurkai oleh Allah,kerana  ia melibatkan Ilmu Sihir Peringkat Tinggi dan Rendah.
- Golongan yang ada Istidraj sentiasa ingin menunjuk Ilmu mereka,selalu ingin menunjuk kekuatan,kehebatan,kemegahan supaya dapat dipuja serta untuk mendapat pengaruh,pangkat,serta gelaran.
- Terutama untuk mengerunkan pihak Musuh atau pihak Lawan
- Golongan ini Ilmu dan Amal tiada Sanad,Salasilah,Rabitah dan Wasilah hingga sampai Rasulullah Saw.
- Ilmu dan Amal mereka bercampur aduk antara yang Halal dan Haram dan sentiasa melibatkan Perkara Syirik dan Khurafat.
Contohnya :
- Penggunaan Senjata Tradisional dalam Masyarakat Melayu seperti Keris,Parang,Pedang,Tombak,dan lain-lain.
- Senjata tersebut,kebiasaannya mereka mempunyai Amalan dan Kepercayaan tertentu,seperti Keris,Parang,Pedang itu mesti diasap dengan Kemenyan beserta diperah Limau Nipis sambil dibaca
Ayat Al Quran bersama Mantera yang difahami atau tidak difahami pada setiap Malam Jumaat,dan jika tidak diikuti  Syarat tersebut,maka dipercayai Senjata tersebut akan Makan Tuannya sendiri atau dalam Bahasa Melayu Makan Darah atau Pengamal tersebut akan Jatuh Sakit seperti Demam Panas dan sebagainya ,kemudian Senjata tersebut perlu di balut dengan Kain Kuning,Kain Merah,Kain Putih atau Kain Hijau mengikut kaedah yang dipelajari dan juga mempunyai beberapa Pantang Larang dan Syaratnya.
Nota :
- Mengasap Keris atau Senjata yang lain tidaklah salah.Kerana ia satu kaedah untuk menjaga Ketahanan Besi itu untuk mengelak ia menjadi Karat dan Tumpul.Namun ia menjadi Salah apabila ia membuat Perjanjian dengan Makhluk Ghaib seperti Jin dan sebagainya dan menjadi satu kemestiannya baginya untuk patuh pada arahan Jin atau Khadam tersebut dan Hukumnya adalah Syirik kerana berpegang pada Benda atau Toghut.
Karamah :
- Golongan ini hanya diberi kepada Waliyulah atau Kekasih Allah sahaja,yang Ilmu dan Amal mereka ada hubungan Rabitah Wasilah sampai Rasulullah Saw.
- Melakukan apa yang disuruh oleh Allah serta tak disentuh Dosa Besar dan Dosa Kecil serta sentiasa mendapat perlindungan dari Allah.
- Karamah yang terjadi pada mereka adalah atas keizinan dan kehendak Allah
- Golongan ini amat  dilarang sekali menunjuk Karamah mereka.
- Jika berlaku Karamah atau perkara Mencarik Adat pun bukan atas kehendak mereka tapi atas kehendak Allah.
Maunah :
- Golongan ini tak terlepas dari Dosa Besar dan Dosa Kecil.
- Namun sentiasa bertaubat kepada Allah setiap masa.Jika mereka membuat Dosa,mereka segera bertaubat.
- Ilmu dan Amal mereka mempunyai Sanad,Salasilah,Rabitah dan Wasilah sampai Rasulullah Saw.
- Ilmu dan Amal mereka tidak bercampur aduk perkara Syirik dan Khurafat.
- Jika berlaku perkara Mencarik Adat atau Luar Biasa ia dipanggil Maunah atau Pertolongan Allah.
- Kebiasaannya Imam mereka berada dalam keadaan Taabud serta Ubudiyah dan Mintak Tolong kepada Allah.
6.Bagaimana Di Zaman Rasulullah Saw Dan Sahabat? Adakah Mereka Mempunyai Ilmu Senjata Terbang ?
- Jika dilihat Sejarah Rasulullah Saw adalah orang yang Hebat dalam Bergusti dan pernah menumpaskan Ahli Gusti bernama Rukanah Bin Abu Yazid Bin Hashim sehingga Ahli Gusti itu akur dan mengalah serta Lembut Hatinya untuk menerima Islam.
- Rasulullah Saw cukup handal dalam Ilmu Perang dan selalu menang setiap kali berperang namun pernah Tewas dalam Perang Uhud sehingga patah Giginya.
- Begitu juga Sahabat yang lain ada yang Mati Syahid.
- Jika ada keajaiban pun hanya atas izin Allah ke atas mereka yang Allah kurniakan atas Darjah Iman dan Taat mereka.
Bagaimana Untuk Mengenal Pasti Ilmu Senjata Terbang Yang Ada Pada Pengamal Tersebut Itu Sesat atau Tidak?
- Selidik dari mana Ilmu dan Amal yang dia perolehi dari mana Ilmu dan Amal itu diambil dan Ilmu itu hendak dituju ke arah mana.
-Adakah ia mempunyai Sanad Perguruan yang mana Ilmu dan Amal tersebut perlu ada Salasilah.
-Adakah ia mempunyai Rabitah dan Wasilah,kerana setiap Ilmu Pertahanan Diri,Ilmu Kerohanian dan Ilmu Kebatinan perlulah ada Rabitah dan Wasilah sampai Rasulullah Saw.
-Adakah Ilmu tersebut perlu ada Sumpah Muba'aih atau Syarat serta Pantang dan Larang sebagai Contoh perlu ada Pengeras seperti Pulut Kuning,Sembelih Ayam Hitam dan sebagainya,serta Pantang Larang perlu rajin Solat,Puasa,dan tidak boleh membuat Maksiat dan jika dilanggar akan jadi Gila Isim dan sebagainya.
-Adakah Ilmu tersebut mempunyai Pantang Larang seperti tidak boleh lalu bawah Kain Jemuran atau tidak boleh terkena Kain Basahan jika tidak Ilmu mereka akan Tawar atau ia akan Makan Dalam.
Kesimpulan :
Allah Taala melarang keras diri kita dari mempelajari Ilmu Mencarik Adat (Ilmu Luar Biasa) yang ada unsur Syirik,Khurafat,Permujaan serta Perjanjian dengan Jin.Walaupun untuk tujuan Ilmu Pertahan Diri sekalipun.
Kerana jika Ilmu tersebut diperolehi secara Istidraj ia boleh mendatangkan Kemurkaan Allah Taala.
Ilmu Mencarik Adat (Ilmu Luar Biasa) yang Haq (Benar) hanya Allah Zahirkan dan Allah hanya memberikan Pertolongan kepada mereka atas hubungan Daerah  Iman dan Taat mereka sebagai Hamba Allah atas nama Karamah dan Maunah sahaja.
Firman Allah :
Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.
(Al-Jinn 72:6) 
Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).
(Al-Hasy-r 59:7) 
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah Wasilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.
(Al-Maaidah 5:35)
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
(A-li'Imraan 3:133) 
Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.
(Surah Az Zumar 39:54)
Kata Tuan Guru Syekh Ahmad Junaidin :,
"Simbol Besi Dan Keris Itu Sekeliannya Sekuat-Kuatnya  Akan Dibinasakan Oleh Allah Jua"
Walahualam,
Hamba Fakir,
"Islam Melayu,Melayu Islam"
"Rabitah dan Wasilah"
Azeman_Jrt

Senjata Pertahanan Diri Harus Digunakan Untuk Latihan Pertahanan Diri Jika Menepati Akidah,Syariat,Akhlak,Pengorbanan Harta dan Nyawa Dan Jika Mengikuti 
Al Quran,Hadis,Ijmak Ulamak Dan Qias
Dan Tanpa Unsur Syirik,Khurafat Dan Sebagainya.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum . Tuan mohon izin copy artikel2 dari Blog ini
    BalasPadam

Tiada ulasan: