RISIKO BERSAHABAT DENGAN JIN
AMARAN >>>P/S: TETAPI BERAPA RAMAI YG DOK BUAT KERJA SALAH SEPERTI DIBAWAH
TETAPI DOK JUAL NAMA TOK GURU - AKU BAGI AMARAN SEKERAS-KERASNYA
TOK GURU TAK MENGAJAR DAN TAK BUAT SEPERTI APA YG MU DOK BUAT DAN DOK PAMER TU...!!!
Nota: Segala tulisan di bawah adalah hasil rujukan dan ilmu pengarang Hj. Ahmad b. Hj. Che Din. @ Al-Marhum Tuan Guru Syeikh Ahmad Muhyiddin - Al-Fatihah...aamiin.
RISIKO BERSAHABAT DENGAN JIN
PENGENALAN
Terdapat beberapa golongan atau kelompok manusia yg mengambil jin sebagai sahabat mereka. Mereka ini dipanggil Kahin, Arrof dan Munajjim seperti yg disebut Hadis Nabi Muhamammad s.a.w.
Persahabatan antara manusia dan jin ini sebenarnya tidak mendatangkan kebaikan kepada kedua-dua makhluk yg berbeza ini seperti mana yg disebut dalam firman Allah:
Mafhumnya:
“Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki diantara manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki diantara jin, maka jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan” (Surah al-Jin: Ayat 6)
Mereka inilah juga sebagai penaja, pengamal, pengembang ajaran sesat yg terkutuk, yg berada dalam sesat akidah, syariat, akhlak, pengorbanan diri dan pengorbanan harta masyarakat setempat. Golongan ini juga mempamerkan kepada manusia lain segala rupa bentuk kehebatan dan perkara2 luar biasa.
Antara perkara-perkara luar biasa itu ialah:-
1. Latihan mempertahankan diri yg dinamakan ‘Gayung’ utk mempamerkan kehebatan, kekuatan dan kegagahan bukan atas dasar mempertahankan maruah diri, keluarga dan harta seperti yg dituntut oleh agama Islam. Sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi golongan dari kelompok2 ini telah wujud seumpama Ruqanah dan Aswadi. Mereka adalah orang Arab Jahiliah yg jagug dalam arena gusti dan mereka pernah berlawan dgn Rasulullah s.a.w.
2. Perubatan tradisional yg melanggar kaedah syarak, tukang2 tilik atau Tok Nujum dan seumpamanya.
3. ILMU KEBAL, MAKAN KACA, MINUM RACUN, tarian kuda kepang dan lain2 seumpama itu berasal daripada orang2 Parsi yg beragama Majusi kemudian dibawa ke Sumatera, Tanah Jawa sehingga sampai ke Tanah Melayu.
4. Mandi minyak panas semata-mata utk mempamerkan kehebatan bukan tujuan perubatan.
5. Segala rupa bentuk pukau memukau dan menurun.
6. Segala rupa bentuk ilmu jurus, sihir menyihir sesama manusia.
7. Segala rupa bentuk menghilangkan diri dgn menzahirkan diri menyerupai beberapa jirim, jauhar dan lain2 kehebatan.
Semua itu membabitkan jin samaada jin Islam peringkat tinggi, peringkat rendah atau jin2 kafir yg termasuk didalam kategori syak, zhon, waham dan khayal semata-mata. Perkataan ‘gayung’ yg selalu kita sebut dan dengar adalah satu kalimah yg lazim digunakan oleh org Melayu sebelum Islam utk semua bentuk latihan mempertahankan diri dgn menambah perkataan tersebut pada nama kumpulan seperti Gayung Harimau, Gayong Monyet, Gayung Kancil dan sebagainya mengikut citarasa pengasasnya.
Dalam rupa bentuk mempertahankan diri itu lazimnya mereka mengambil atau bertaulan dgn jin sebagai sahabat dalam semua kerja. Samaada melalui lidah, anggota dan hati disemua tempat, waktu dan masa:-
1. Melalui pertapaan yg diluar kaedah syarak kesufian Islam.
2. Melalui segala bentuk rupa pemujaan yg direka-reka dan diada-adakan yg terkeluar dari kaedah yg diharuskan dalam hukum syarak.
3. Melalui segala bentuk wirid, jampi, doa, ayat2 al-Quran atau lain2 doa dan jampi mentera yg tidak betul mengikut kaedah syarak.
Disana mereka telah pun terjerat kedalam gaung kesesatan akidah, syariat, akhlak, pengorbanan diri dan pengorbanan harta oleh khadam-khadam daripada jin Islam atau kafir dgn segala syarat2 seperti yg pernah diperkatakan sebelum ini.
Segala rupa bentuk amal yg baik diamalkan oleh puak2 ini, tidak dinilai termasuk didalam golongan ilmu dan amal yg baik yg menjurus kepada baik, paling baik, agung baik dan maha baik. Sebaliknya sentiasalah mereka itu terjun kedalam jurang jahat, paling jahat dan agung jahat kerana mengikut Azazil dan anak cucunya laknatullah. Mereka itu berada dalam syirik uluhiyah kerana mengambil thogut sebagai wali dalam ubudiyah dan minta tolong.
Apabila mereka itu mati, jin2 sahabat mereka itu akan mendatangi anak cucu keturunannya, samaada menyerupai dirinya dalam mimpi atau jaga, menuntut supaya diteruskan syarat perjanjian yg sedia ada. Mereka yg bersahabat dgn jin dan mengambil jin sebagai wali, mereka itu sebenarnya hidup bersama jin disemua tempat waktu dan masa. Apabila mereka mati, jin yg menjadi sahabatnya itu akan membawa jasad mereka masuk kealam jin atau dilontar kemana-mana tempat tertentu. Kemudian jin yg menjadi sahabatnya itu akan menggantikan diri mereka menzahirkan apa2 rupa selepas kematian mereka. Kadang2 menyerupai diri yg sama seperti semasa hidup, adakalanya diganti dgn rupa binatang seperti monyet, beruk, lutong, harimau, ular dan sebagainya.
Maka anak2 cucunya dan orang2 yg jahil akidah, syariat dan akhlak Islam pula akan memanggilnya dgn berbagai panggilan Tok Keramat mengikut rupa yg dijelma dan tempat yg diberitahu samaada dalam mimpi atau jaga.
Adapun orang2 yg mengambil Allah s.w.t. sebagai walinya dalam ubudiyah dan minta tolong, mereka itu hidup disisi Allah s.w.t. walaupun selepas kematiannya, hanya kebanyakan manusia biasa tidak mengetahui hal mereka seumpama nabi-nabi dan rasul-rasul Alaihimusssolatuwassalam dan orang2 Islam yg mati sebagai syahid marakah dan orang2 siddiqin dan orang2 soleh zahir dan batin yg seumpama mereka itu.
AMARAN >>>P/S: TETAPI BERAPA RAMAI YG DOK BUAT KERJA SALAH SEPERTI DIATAS
TETAPI DOK JUAL NAMA TOK GURU - AKU BAGI AMARAN SEKERAS-KERASNYA
TOK GURU TAK MENGAJAR DAN TAK BUAT SEPERTI APA YG MU DOK BUAT DAN DOK PAMER TU...!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan