Azeman_Jrt
1136 Masihi Bermula Dengan Syahadah
Ahad, 1 November 2015
Mandi Minyak Panas:Amalan Khurafat Atau Tidak?
Mandi Minyak Panas Adakah Ia Amalan Khurafat Atau Tidak ?
Apabila kita mendengar Amalan Mandi Minyak Panas tentu pelbagai Persepsi atau Imaginasi di dalam fikiran kita untuk mengambarkan akan Upacara atau Mandi Minyak Panas tersebut ?
Maka disini saya huraikan sedikit Sejarah atau Tradisi Mandi Minyak Panas ini berdasarkan Pengalaman saya yang selalu terlibat dalam Upacara Mandi Minyak Panas ini terutama ketika Pengalaman saya didalam Dunia Ilmu Pertahanan Diri khususnya Ilmu Persilatan dan Kerohanian dan Perubatan Tradisional yang pernah saya pelajari dan masih lagi belajar mengikut kaedah Islam yang diajar oleh Tuan Guru saya.
Maka saya akan huraikan Mandi Minyak Panas dari sudut Positif dan Negatifnya dan menghuraikan serta membezakan Kaedah Minyak Panas mengikut Kaedah yang diharuskan didalam Islam atau yang dilarang didalam Islam samaada bercanggah atau tidak dengan Al Quran,Hadis,Ijmak Ulamak,Rukyah dan Qias untuk mengelakkan Masyarakat dari terkeliru antara yang Benar dan Salah.
Apakah Itu Mandi Minyak Panas?
Mandi Minyak Panas adalah satu Tradisi didalam Istilah Bahasa yang selalu digunakan dalam satu Upacara,Amalan,Adat Resam Budaya atau Kepercayaan di kalangan Individu,Berkumpulan,Berjemaah,Bangsa, Agama dan Keturunan yang mengamalkan pelbagai kaedah Mandi Minyak Panas mengikut pelbagai cara yang dilakukan Pengamal tersebut.
Mandi Minyak Panas begitu terkenal di kalangan Orang Melayu di Nusantara khususnya di Tanah Melayu.
Dikatakan juga Upacara Mandi Minyak Panas ini sudah beratus tahun atau berabad lamanya.
Kebiasaannya Mandi Minyak Panas ini dilakukan atas beberapa Tujuan oleh Pengamal yang berbeza seperti :
Ilmu Persilatan
Ilmu Kebatinan
Ilmu Perbomohan
Ilmu Kerohanian
Ilmu Perubatan
Ilmu Keagamaan dan sebagainya
Ilmu Kebatinan
Ilmu Perbomohan
Ilmu Kerohanian
Ilmu Perubatan
Ilmu Keagamaan dan sebagainya
Kaedah Mandi Minyak Panas ?
Kaedah Mandi Minyak Panas kebiasaannya menggunakan Kelapa yang akan dibelah,diparut dan diambil isi atau Santannya serta akan dimasak di dalam Kawah yang besar yang akan dipanaskan melalui Kayu Unggun Api yang panas membara sehingga Panas Mendidih mengikut tempoh yang dikehendakki bersama pelbagai Ramuan atau Campuran Rempah Ratus,Herba dan lain-lain bahan mengikut setiap Amalan yang dikehendaki Pengamal tersebut.
Setelah Minyak Panas itu selesai dimasak,maka Minyak Panas itu akan dicelup melalui dua Tapak Tangan samaada diatas permukaan Minyak itu atau ke dalam dasar permukaan Kawah
tersebut atau mengikut Kaedah yang dikehendakki Pengamal tersebut.
tersebut atau mengikut Kaedah yang dikehendakki Pengamal tersebut.
Kebiasaannya sebelum Pengamal tersebut melakukan rendaman Tangan mereka,mereka akan membaca Doa,Ayat,Wirid atau Mantera dan Jampi yang khusus mengikut Amalan Adat Resam Budaya atau Kepercayaan Agama masing-masing.
Selepas itu baru Minyak Panas itu disapu di setiap Anggota Badan atau kawasan yang ingin disentuh oleh mereka atau juga ada yang meminumnya secara Panas mengikut Kaedah atau Amalan yang mereka pelajari.
Adakah Bangsa Lain Ada Amalan Tersebut ?
Mandi Minyak Panas ini juga dikatakan turut diamal oleh Bangsa,Agama dan Keturunan yang lain sejak Zaman dahulukala lagi terutama di kalangan Orang Parsi yang beragama Majusi,di kalangan Masyarakat Hindu dan Budha terutama mengikut Upacara Adat Resam Budaya dan Kepercayaan Agama masing-masing mengikut Etnik dan Kaum.
Bagaimana Mandi Minyak Panas Boleh Wujud Di Kalangan Masyarakat Melayu ?
Kemungkinan ia Wujud disebabkan adanya persamaan Adat Resam Budaya dikalangan Bangsa atau Masyarakat yang lain sebagai Contoh percampuran atau pergaulan darah dan Keturunan yang ada dalam diri Bangsa Melayu seperti Arab,Parsi,Monggolia,India,China dan lain-lain lagi.
Apakah Mandi Minyak Panas Khurafat ?
Tidak semua Amalan Mandi Minyak Panas itu Khurafat dan tidak semua Amalan Minyak Panas itu tiada langsung yang tidak Khurafat.
Mandi Minyak Panas dari sudut Positifnya adalah bagus untuk Kesihatan dan Tubuh Badan.
Namun sudut Negatifnya segelintir Pengamal apabila ia turut disertai Amalan yang bercanggah dari segi Akidah,Syariat,Akhlak dan Pengorbanan Harta dan Nyawa sebagai Orang Islam contohnya :
- Bercampur dengan Amalan Khadam iaitu Jin.
- Bercampur Penyembahan dan Permujaan.
- Bercampur Amalan Ayat Al Quran dan Mantera Jampi Serapah yang tidak difahami atau tidak ada Sanad,Salasilah,Ilmu dan Amal serta Rabitah dan Wasilah hingga sampai Rasulullah Saw.
- Bercampur Amalan Mencarik Adat seperti pertunjukkan Ilmu Kebal,Kuat dan sebagainya
- Atau lain-lain lagi yang berunsur Syirik dan sebagainya.
Nota :
( Kebiasaan Pengamal tersebut yang terdiri dari Ilmu Persilatan,Ilmu Kebatinan,Ilmu Perbomohan,Ilmu Kerohanian yang mana Ilmu dan Amal mereka tidak diselidiki dari mana Salasilah,Sanad Perguruan yang mereka terima.)
Adakah Mandi Minyak Panas Itu Boleh Menjadikan Kita Kebal?
Mandi Minyak Panas adalah bertujuan untuk menjaga Kesihatan Tubuh Anggota dan Badan.
Tidak benar jika dikatakan Kebal,Kuat,Gagah,Tidak Mudah Luka dan sebagainya.Jika segelintir pihak mengatakan ia Kebal ia adalah berkaitan Ilmu Mencarik Adat atau Luar Biasa yang tidak pernah ada di dalam Islam sebaliknya ia adalah Iktiqad Fahaman Jabariah dan Qadariah yang menafikan Qudrat dan Iradat Allah yang mana mereka berikiqad boleh mendapat satu Hajat atau menyamakan kekuatan Makhluk dengan Allah.
Adakah Ia Bertujuan Menguji Keberanian?
Tak dinafikan setengah kepercayaan Adat Resam Budaya Bangsa Keturunan Agama mengikut situasi tempat,dikatakan ia bertujuan untuk menguji Keberanian seseorang itu terutama bagi Pengamal Ilmu Pertahanan Diri seperti Ilmu Persilatan Melayu sebagai Contoh,untuk menerima individu tersebut sebagai anak Murid di dalam Kumpulan Persilatan tersebut atau sebagai Syarat Individu tersebut telah Tamat mempelajari Ilmu Persilatan tersebut.
Adakah Mandi Minyak Panas Boleh Dilakukan Di Dalam Islam ?
Mandi Minyak Panas tidak Salah.
Malah ia satu Adat Resam dan Budaya di dalam satu Masyarakat.Selagi ia boleh diamalkan selagi tiada unsur Syirik dan Khurafat maka dibenarkan.
Namun ia perlulah selari dengan tujuan untuk menjaga Kesihatan Tubuh Anggota Badan dan perlulah Mandi Minyak Panas dilakukan oleh Individu atau Kumpulan Masyarakat yang Mahir sahaja agar tidak mendatangkan Kecederaan atau Kemudaratan seperti Melecur,Luka dan sebagainya seperti di dalam Hadis Rasulullah Saw.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab utk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu
(Hadis Riwayat Bukhari)
Sabdanya lagi:
Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah
(Hadis Riwayat Muslim)
Kelebihan Mandi Minyak Panas ?
- Sihat Tubuh Anggota Badan.
-Dapat Menyelesaikan Segala Penyakit Kulit.
- Dapat Menyelesaikan Masalah Urat Saraf Dan Perjalanan Darah.
- Dapat Menyelesaikan Masalah Angin Ahmar,Strok Dan Darah Tinggi.
- Dapat Menyelesaikan Masalah Tenaga Batin Lelaki.
- Dapat MenyelesaikanMasalah Luka Yang Lambat Sembuh.
- Dapat Menyelesaikan Masalah Buasir.
- Dapat Menyelesaikan Masalah Rabun Mata.
- Dapat Menyelasaikan Masalah Lenguh Anggota Badan Dan Banyak Lagi.
-Adanya Ramuan Herba Dan Rempah Ratus Yang Berkhasiat Dan Menyegarkan Tubuh Badan Seperti :
-Buah Pelaga
-Lada Hitam
-Jintan hitam/Jintan Manis
-Kayu manis
-Herba
-Bunga lawang
-Halba
-Lada Hitam
-Jintan hitam/Jintan Manis
-Kayu manis
-Herba
-Bunga lawang
-Halba
Kebiasaan Ramuan Herba Rempas Ratus tersebut mengandungi pelbagai jenis Vitamin,Antibiotik,AntiToksid dan lain-lagi yang boleh mengeluarkan semua jenis Penyakit dalam Tubuh Anggota Badan.
Pada zaman dahulu Tanah Melayu menjadi tumpuan ramai Pedagang-Pedagang dan Penjajah-Penjajah untuk mendapatkan Bahan tersebut di Tanah Melayu untuk mendapatkan Penawar pelbagai jenis Penyakit Berjangkit khususnya di Benua Eropah
(Sila Rujuk Sejarah Kerajaan Kedah Tua dan Kerajaan Melaka)
(Sila Rujuk Sejarah Kerajaan Kedah Tua dan Kerajaan Melaka)
Nota :
(Segala Penyakit Dan Penyembuhan Kesemuanya Atas Izin Qudrat Dan Iradat Allah Bukan Kehendak Makhluk Namun Kita Diharuskan Berusaha Berubat Dan Berikhtiar.)
Kaedah Islam Bagaimana ?
- Bedasarkan pengalaman saya mengikut bersama Sahabat Seperguruan dan Jemaah Ilmu Persilatan dan Ilmu Kerohanian yang lain,kami mengikut cara yang diajar Tuan Guru.
-Ilmu dan Amal yang kami pelajari mempunyai Sanad,Salasilah,Rabitah dan Wasilah sehingga Rasulullah Saw.
-Niat Mandi Minyak Panas untuk Tujuan Niat Berubat dan Kesihatan.
-Bukan berniat untuk Ilmu Mencarik Adat seperti Kebal dan sebagainya.
- Mengikut Adat atau Sunnah yang dianjurkan Rasulullah Saw seperti kami memulakannya dengan segala kerja buat kerja dengan mengucap Dua Kalimah Syahadah,membaca Doa dan Ayat Al Quran yang khusus tanpa bacaan Mantera yang Khurafat dan tiada percampuran Lelaki dan Perempuan (Di buat berasingan)
Kesimpulan :
Amalan Mandi Minyak Panas ini adalah satu Adat Resam Budaya sahaja yang diamalkan oleh pelbagai jenis Pengamal samaada di dalam Ilmu Persilatan,Ilmu Kebatinan,Ilmu Perbomohan,Ilmu Perubatan dan Ilmu Kerohanian.
Hendaklah ia bertujuan untuk menjaga Kesihatan Anggota Tubuh Anggota Badan.
Selagi ia tiada unsur Syirik dan Khurafat ia boleh diamalkan,selagi tidak bertentangan Al Quran,Hadis,Ijmak Ulamak,Rukyah dan Qias serta tidak bertentangan prinsip memelihara kesucian Agama Islam,Akidah,Syariat,Akhlak,Pengorbanan Harta dan Nyawa.
Diharapkan Upacara Mandi Minyak Panas ini di kalangan Masyarakat Melayu diteruskan untuk mempertahankan Tradisi tersebut kerana ia adalah satu Amalan Tradisi Orang Melayu semenjak zaman dahulu kala dan ratusan tahun dahulu diharapkan juga ia mengikut cara Islam dan bukan dicampur aduk perkara yang Syirik dan Khurafat.
Mandi Minyak Panas juga berkhasiat kerana ia sendiri berasal dari ramuan Pokok Kelapa dan dari Tumbuh-tumbuhan Herba dan Rempah Ratus yang lain yang banyak kelebihan dan manfaatnya seperti Firman Allah :
" Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa)"
(Al-Baqarah 2:22)
" Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya."
(Al-Baqarah 2:172)
Walahualam,
Hamba Fakir,
"Islam Melayu,Melayu Islam"
"Rabitah dan Wasilah"
Azeman_Jrt
Gambar tersebut ketika saya dan sahabat Mandi Minyak Panas pada tahun 2014 ketika Kursus Perubatan Tradisional
Tiada ulasan:
Catat Ulasan