Pengikut

Selasa, 29 Disember 2015

Yang Terpilih


Tidak selesa dan tidak bermasa untuk membuat catatan yang lebih terkini dan mendapani isu semasa pengambaraan kerohanian.

Anak masih kecil dan suka mencari kawan bermain mengekang masa dan waktu untuk mengumpul perkataan untuk satu cerita. Baru nak nak menghadap dan diterkamnya jadi kerja takan mula dan tidak ada siapnya.

Yang amat mengecewakan utamanya bila tidak mencipta sebuah persepsi ketika kali pertama gempa dan gegaran yang melanda Ranau pertengahan tahun ini. jumaat 5/6/2015 jam 7.15 pagi

Saya melaluinya secara live dan kejutan alunan dan gegaran tersebut cukup dihayati  kerana rumah  kampung kami tidak cukup bahan dan sedikit masuk dalam tanah. kira-kira 3 kaki dalam tanah.

Sebelum peristiwa tersebut saya membawa topik satu peristiwa yang sekian lama menganggu lena tidur saya. kalau tidak salah ingatan saya topik ini dalam perbincangan group whatsapp mungkin dalam seminggu sebelum peristiwa gempa dan gegaran berlaku.

walau ada komen dalam nada yang berseloroh. Saya cuba usahkan berkominikasi sebab berhajat untuk mencari pencerahan dan mengharap ada orang lain yang ada petunjuk.

Sejak beberapa lama tidur saya terganggu oleh penampakan bebarapa pusaran dalam tanah sama ada dalam kawasan tanah rata bersih dan yang terkini pusaran tersebut berada di bukit yang berhutan tebal dan saya semakin hampir terhumban ke dalam pusaran tersebut.

Sekitar tahun 2004 saya pernah melawat tinggalan tapak lombong tembaga mamut. Keadaan yang amat menyeramkan menyebabkan saya tidak mampu berlama-lama dalam kawasan tersebut. Kelihatan tapak tersebut pernah hadir dalam mimpi saya.

Mimpi-mimpi begini bukanlah boleh dijadikan hujah dan pegangan cuma kalau ada orang lain yang mampu memberi lebih petunjuk dan pencerahan.

Politikal ada yang bertanyakan saya pasal gempa dan gegeran seterusnya kerusakan tanduk telibga keladai tersebut. Kononya ini adalah petanda pertukaran teraju politik dalam pentadbir sabah.
Mitos politikus begini tidak menarik minat saya. Kerana saya lebih suka menimbulkan bahawa gempa dan gegaran tersebut akan menyegarakan yang terpilih akan muncul dan terzahir.

kenapa perlu nya gegaran dan gempa untuk menzahirkan yang Terpilih?  siapa yang terpilih ini? ada dalam catatan saya yang lepas
Amin InsyaAllah

Tiada ulasan: