Pengikut

Ahad, 24 Ogos 2014

KING OF THE SOUTHERN SEA


Al Semantani Jones telah menambah 2 foto baru.
2 hrs · 
RAJA SRIVIJAYA DIPUJA SEBAGAI DEWA
Om Namo Photisat Jatukam Ramadhewa Srimaharacha Chulamanee Woramadhewa Sriwichai Prasamati Dhewaracha Photisat PangpakarnSuriya Chantra Chantarapanu Nillaracha Dhewakuru Racha Puroheta Mahaprasit Chaiyalapa Swaha.
Mungkin dalam bahasa Sanskritnya atau Melayu kuno berbunyi begini: Om Nama Bodhisatva Jatukama Rama Deva Sri Maharaja Culamani Warmadeva Srivijaya Prasamati Devaraja Bodhisatva Pangkarana Surya Chandra Chandrabanu Nilaraja Devakuru Raja Mahaperita Jayalapa Svaha.
Diatas adalah mantera Thai yang mempunyai kaitan dengan Srivijaya dan seorang raja Ligor atau Sri Dharmaraja yang berketurunan Melayu Srivijaya iaitu Chandrabanu atau Jatukham Ramathep.
Jatukham Ramathep, satu nama yang sangat asing bagi kita malah bagi sesiapapun yang tidak mengetahui bahasa Thai. Malahan nama ini juga adalah tidak popular di Thailand sebelum tahun 1987. Pada tahun 1987 seorang pegawai polis bersara bernama Phantharak Rajjadej telah mendedahkan rahsia kejayaan beliau menangkap penjenayah dengan mudah dan dapat menyelesaikan kes-kes berat dengan pantas. Beliau juga berkata rahsia tersebut membuatkan beliau masih kuat dan sihat walaupun sudah lanjut usianya. Beliau mendedahkan bahawa selama ini beliau mengamalkan penyembahan kepada dewa khas Wilayah Nakhon Sithammarath iaitu Jatukham Ramathep. Ada apa dengan Jatukham Ramathep? Mengapa ia begitu istimewa dan dianggap begitu hebat oleh pesara polis Buddha tersebut?
Pada tahun 1986 seorang Mejar Jeneral telah menghadiri suatu upacara keagamaan di sebuah kuil di Wilayah Nakhon Sithammarath. Dalam upacara itu seorang medium atau perantara roh telah diresapi roh seorang raja pahlawan pada zaman kegemilangan Negara Sri Dharmaraja iaitu Jatukam. Melalui medium atau perantara tersebut beliau disuruh mendirikan sebuah tiang tugu untuk kota Nakhon Sithammarath. Namun beliau juga disuruh merujuk kepada seorang tua yang tahu akan ilmu-ilmu khas bagi mendirikan tugu tersebut serta upacara membuatnya. Orang tersebut adalah pesara polis Phantharak Rajjadej.
Tugu tersebut akhirnya siap dibina pada tahun yang sama dan pada tahun 1987 dengan panduan yang diberikan oleh Phantharak Rajjadej maka sebuah azimat berbentuk bulat dibuat khas yang mempunyai ukiran Jathukam Ramathep diatasnya. Sejak dari peristiwa itu akhirnya nama tersebut menjadi buah mulut seluruh rakyat Thailand dan mereka semua inginkan kesejahteraan dan keselamatan seperti yang telah dikecapi si pesara polis tersebut. Maka berbuyung-buyunglah orang datang kekuil dimana ianya dibuat sehingga harganya melambung tinggi. Sehingga kini harga tertinggi yang pernah dibayar seseorang untuk mendapatkan azimat ini adalah melebihi 1 juta bath.
Namun persoalannya siapakah Jatukham Ramathep ini? betulkah dia seorang raja kerajaan Negara Sri Dharmaraja? Jika semua persoalan ini benar maka sudah semestinya si raja adalah seorang Javaka atau Melayu! Hal ini kerana Negara Sri Dharmaraja adalah sebuah kerajaan Melayu pada zaman dahulu sebelum ditakluki oleh Sukhotai dan Ayuthiya. Dan kita juga sudah tahu bahawa kerajaan Melayu segenting kera ini juga mempunyai pertalian yang sangat rapat dengan Srivijaya. Oleh itu kajian ini adalah sangat penting untuk kita. Kita juga akan tahu betapa besarnya impak Srivijaya dan kekuasaan Thalasocrasinya terhadap orang-orang Thai sehinggakan mereka sendiri sanggup menyembah seorang raja yang berlainan bangsa dengan mereka. Tetapi siapa dia? Pewaris Siwichai?
Banyak versi mengenai siapa sebenarnya Jatukham berlegar di seluruh Thailand. Salah satu daripadanya ialah versi dua dalam satu. Apa yang dimaksudkan dengan dua dalam satu? Yang dimaksudkan dengan dua dalam satu adalah Jatukam itu sendiri. Sebenarnya menurut lagenda orang-orang Thai Jatukham Ramathep adalah dua orang adik beradik iaitu satunya Inthara Sairen dan seorang lagi Inthara Khao Kheo. Mereka berdua dikatakan sebagai anak kepada Raja Jantharaphanu (Chandrabhanu), yang memerintah Sri Dharmasokaraja, yang dianggap orang thai sebagai pusat bagi empayar Siwichai atau Srivijaya.
Menurut lagenda tersebut lagi akibat daripada ketiadaan ayahanda mereka selama 20 tahun kerana melancarkan perang di selatan India atau Sri Lanka, kerajaan Sri Dharmaraja menjadi lemah. Oleh hal yang demikian kedua adik beradik ini telah menubuhkan sebuah pusat pemerintahan yang baru di Chang Khom Sirithammarat yang sekarang berada di kota Nakhon Sithammarath. Dua beradik tersebut juga dikatakan telah menamakan semula kerajaan mereka sebagai Siwichai Suphannabhumi.
Satu lagi versi lagenda asal usul Jatukham Ramathep mengatakan bahawa dia adalah Chandrabanu sendiri. Mengikut catatan yang terdapat di wat tertentu di Nakhon Sithammarath, Jatukham Ramathep digelar oleh masyarakat selatan Thai sebagai KING OF THE SOUTHERN SEA. Beliau digambarkan sebagai seorang pahlawan yang gagah dan berkulit gelap. Beliau juga digelar sebagai Raja Hitam Penguasa Laut Selatan atau Phraya Pungparn.
Kononnya beliau berjaya bermeditasi hingga mencapai tahap nirvana dan bersatu dengan Buddha. Oleh sebab itulah dia disembah oleh masyarakat Buddha selatan Thai. Tapi ini semua menurut kepercayaan mereka yang beragama Buddha. Maka betul lah kata orang cerdik pandai, dari peristiwa menjadi sejarah, dari sejarah menjadi lagenda dari lagenda menjadi mitos dan jika tidak direkod dan dikaji dengan betul oleh anak cucu cicit maka jadilah dongeng tok nenek ala merong. Jadi versi mana sebenarnya yang betul?
Namun apa yang pasti mengenai Jatukham adalah baginda seorang elit Melayu yang disembah tahap dewa oleh orang-orang Buddha Thai. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana jika dia Chandarbanu maka tokoh ini bukan lagi asing bagi kita dan kita memang tahu perkaitan tokoh ini dengan wilayah bekas jajahan Srivijaya iaitu Tambralingga atau Ligor. Jika bangsa asing boleh menghargai sejarah nenek moyang kita mengapa tidak kita?
Bukanlah saya menyuruh anda semua mendewa-dewakan atau menyembah tokoh sejarah semacam yang dilakukan kaum kafir ini. Cukup sekadar penghargaan dengan mengetahui dan menyedari betapa hebat dan pentingnya sejarah dan pendidikan sejarah kepada jati diri anak-anak Melayu Nusantara. Kita perlu tahu bahawa bangsa kita mempunyai raja-raja dan kerajaan-kerajaan hebat pada zaman kuno Hindu-Buddha dan tidak sekadar kerajaan Melaka dan para sultannya sahaja. Sejarah Melayu itu amat purba melakaui ribuan tahun dan bukan bermula pada tahun 1400-an. Sekian, wallah hu a’lam.
*Gambar adalah pesara polis terbabit. Ada keris terselit di pinggangnya.
~ASJ~
•http://www.nationmultimedia.com/2007/04/17/national/national_30032023.php
•Rachelle M. Scott, Nirvana for Sale? Buddhism, Wealth, and the Dhammakaya Temple, SUNY Press, 2009.
•Stuart C. Munro-Hay, Nakhon Sri Thammarat: The Archeology, History and Legends of a Southern Thai Town, White Lotus Press, 2001.

Sabtu, 23 Ogos 2014

perkataan asli bahasa Melayu, dengan sejumlah 115 perkataan


Dengan penuh keyakinan, saya akan berikan senarai perkataan asli bahasa Melayu, dengan sejumlah 115 perkataan sebagai contoh. Memang sengaja dihadkan kepada 115. Mana larat nak taip semua.
Ini bukan senarai teka main-main, tetapi berdasarkan pembacaan saya selama ini terhadap kajian-kajian oleh Robert Blust, Asmah Haji Omar (pensyarah saya), Otto Dahl, C.A. Mees, Graham Thurgood, dan penyelidik-penyelidik lain dalam bentuk buku dan makalah di sana sini, tentang bahasa-bahasa rumpun Melayu/Austronesia; seperti bahasa-bahasa peribumi Taiwan (bukan Cina), Iban, Batak, Hawaii, Tagalog, Malagasy, Cham, dan banyak lagi, selain bahasa Melayu tentunya. 115 perkataan itu:
~~air, akar, aku, alu (pasangan kepada lesung), alur, anak, api, balai, **barat, bara, baru, bau, bayang, benua, beras, beri, besi, betina, bibir, bintang, buah, bukit, bulan, bulu, bunuh, cucuk, dahi, danau,
dapur, darah, darat, daun, dekat, dendam, dengar, duri, ekor, gatal, habuk, hampar, hanyut, hantar, hantu, hari, hati, hidung, hirup, hujan, hulu, huma, ikan, induk, ini, itu, jahit, jarum, kail, kanan,
kayu, kerbau, ketawa, kiri, kita, kuku, kulit, kutu, labah-labah, labuh, langit, laut, layar, leher, lelap, lesung, lintah, liput, luar, ludah, makan, malam, mati, mentah, mimpi, minum, nanah, nasi, nyiur,
orang, padi, pahit, paku, palu, panah, peha, penuh, puluh, putih, ratus, rumah, tahi, tampi, tanah, tanak, tanam, tangis, telinga, telur, timur, tiup, tua, tuli, ubi, udang, urat, yu (ikan).~~
[Nota: **Jangan memandai-mandai nak mengaitkan dengan “Bharat”, nama negara India dalam bahasa Hindi]
Semuanya ialah perkataan asli Melayu atau rumpun Melayu; tidak ada dalam bahasa Sanskrit, atau Tamil, atau Hindi, atau Arab, atau Parsi atau apa-apa lagi (dan kalau ada sekalipun, maka bahasa-bahasa itulah yang mengambilnya daripada bahasa rumpun Melayu). Setiap orang Melayu wajib tahu perkataan-perkataan asli bahasa Melayu, kalau boleh HAFAL.
Jika ada siapa-siapa, tak kira berbangsa apa sekalipun menuduh “Malay language is derived from Sanskrit”, tak payah fikir-fikir lagi, kita dah boleh terus balas dia on the spot begini: “Do you honestly think that words which sound like hidung, kulit, leher, bibir, and, for the love of Lord, ALU and LESUNG, came from Sanskrit? Did you even study, let alone understand Sanskrit, to make such a baseless claim?”
Pengajaran: Daripada kita tak habis-habis pergi heboh canang satu dunia dengan mengulang ayat “Bahasa Melayu banyak meminjam perkataan bahasa Sanskrit seperti negara, putera, raja, syurga, neraka, agama, bahasa, sastera blablabla”, lebih baiklah kita, umat Austronesia, bawa-bawa bertaubat. Hayati senarai 115 perkataan asli di atas. Bertaubatlah sebelum langit runtuh dan bumi terbelah.
Jangan tau nak makan nasi lemak jerr

Khamis, 14 Ogos 2014

Sajak untuk HERO Dusun


Sajak dusun
Bagus ni SAJAK.....
Think positives kio
Sajak utk 'HERO' Dusun.
Hai Dusun, sudah2la moginum.
Rumah ko kna bikin Pelipin.
Kabun ko kna jaga Om.
Hutang ko kna pungut pakistan.
Tu cina yg overrated ko pg kawin trus trip-trip sakap sina...
Hai Dusun, ko suka cakap "sini bah betumbuk...!"
Tapi time moginum saja ko barani.
Hai dusun, ko dusun sy pun dusun.
Lapas ko mabuk, ko pigi bagaduh, kalau enda bagaduh ko komplen bini dulu bebeh sikarang gumuk.
Hai dusun, ko ingat ko staring,
Sibuk mo jadi staring, kerja sikit moginum banyak,
Kana tegur ko mangancang,
Duduk di The Bed minum taiger makan kacang.
Hai dusun,
Sabab mo bagaya ko trip banyak duit belanja 18 krek
tapi pakai duit harga gatah,
Bila abis tu harga gatah ko jadi puaka,
Pigi marah2 minta duit sama mama,
Ini tandanya ko sudah derhaka,
Hai dusun, banyak lagi mau komplen ni, tapi apa-apa pun dari kita saja baitu

Isnin, 11 Ogos 2014

Hukum Mengangkat Tangan Ketika Khatib Membaca Doa




( Copy paste )
Berdoa sambil mengangkat tangan merupakan sunnah Nabi s.a.w.. Akan tetapi, diriwayatkan bahawa khatib apabila berdoa di mimbar hendaklah menggunakan jari telunjuknya dan bukannya mengangkat tangan. Malah salah seorang sahabat ('Umranaarah ibn Ru'aibah) telah mengutuk seorang khatib (Bishr ibn Marwan) yang berdo'a sambil mengangkat tangan dan berkata:
قَبَّحَ اللَّهُ هَاتَيْنِ الْيَدَيْنِ لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَزِيدُ عَلَى أَنْ يَقُولَ بِيَدِهِ هَكَذَا وَأَشَارَ بِإِصْبَعِهِ الْمُسَبِّحَةِ
"Moga Allah memburukkan kedua-dua tangannya. Aku melihat Rasulullah s.a.w. melainkan tidak lebih dari ini dengan tangannya: dan di mengisyaratkan jari telunjuknya" (Hadith Riwayat Muslim, no. 874 dan Abu Daud, no. 1104)
Berkata Imam al-Nawawi rh didalam mensyarah hadith ini: ini menunjukkan adalah sunnah tidak mengangkat tangan ketika khutbah. Ini pandangan Malik dan sahabatnya dan lain-lain. Didalam kitab Tuhfat al-Ahwadhi menyebut bahawa hadith ini menunjukkan bahawa makruh mengangkat tangan, dan begitulah kepada jemaah yang berimamkan dia.
Berkata Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh:
رفع اليدين غير مشروع في خطبة الجمعة ولا في خطبة العيد لا للإمام ولا للمأمومين ، وإنما المشروع الإنصات للخطيب والتأمين على دعائه بينه وبين نفسه من دون رفع صوت
"Mengangkat tangan tidak disyara'kan semasa khutbah Jumaat atau khutbah Eid, samada Imam atau makmum jemaah tersebut. Malah apa yang disuruh adalah mendengar khutbah dengan baik dan menyebut AMIN semasa Imam berdo'a, tanpa meninggikan suara (cukup untuk diri sendiri mendengar AMIN)." (Majmu' Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi'ah Li Samaahah al-Syeikh Ibn Baaz, 12/339)
Kesimpulannya pandangan yang benar adalah, seseorang itu dibolehkan mengaminkan do'a tanpa meninggikan suara,cukup untuk didengari oleh diri sendiri, dan tidak mengangkat kedua-dua tangan.
Kita rujuk kembali dalil yang menjelaskan larangan kepada Khatib yang sedang berkhutbah mengangkat kedua2 tangannya ketika berdo'a:- dari Imam Muslim (874) dan Abu Daud (1104) telah meriwayatkan:
عَنْ عُمَارَةَ بْنِ رُؤَيْبَةَ أنه رَأَى بِشْرَ بْنَ مَرْوَانَ عَلَى الْمِنْبَرِ رَافِعًا يَدَيْهِ (زاد أبو داود : وَهُوَ يَدْعُو فِي يَوْمِ جُمُعَةٍ) فَقَالَ: ( قَبَّحَ اللَّهُ هَاتَيْنِ الْيَدَيْنِ لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَزِيدُ عَلَى أَنْ يَقُولَ بِيَدِهِ هَكَذَا وَأَشَارَ بِإِصْبَعِهِ الْمُسَبِّحَةِ
"dari 'Umaarah ibn Ru'aibah melihat Bishr ibn Marwaan ketika diatas mimbar mengangkat tangan (Abu Daud menambah: apabila melakukan do'a pada hari Jumaat), dan berkata: 'Semoga Allah menjadikan hodoh kedua-dua tangan. Aku melihat Rasulullah saw tidak menambah apa-apa melainkan seperti ini dengan tangannya' dan mengisyaratkan dengan jari telunjuknya."
Imam Al-Nawawi rh ketika mengulas hadith ini didalam Sharh Muslim menyakatakan bahawa ini menunjukkan bahawa bukanlah menjadi sunnah mengangkat tangan bagi khatib ketika sedang membaca doa didalam khutbah jumaat.
Maksud amalan mengisyaratkan jari telunjuk itu adalah kepada khatib yang sedang membaca do'a ketika menyampaikan khutbah; dimana khatib cuma perlu mengisyaratkan sahaja jarinya tanpa mengangkat kedua2 tangannya. Makmum tidak perlu melakukannya, sekadar meng'Amin'kan dengan suara perlahan.
Syiekh Ibn Utsaimin rh mengatakan bahawa dibolehkan mengangkat tangan jika khatib sedang mendo'akan agar diturunkan hujan (istisqaa') dimana Rasulullah pernah mengangkat tangannya ketika berdo'a kepada Allah meminta hujan semasa khutbah Jumaat, dan dilaporkan bahawa makmum juga turut mengangkat tangan. Menurut beliau, didalam situasi lain tidak disunatkan mengangkat tangan semasa khatib menyampaikan khutbah. [Fataawa Arkaan al-Islam, ms 392].
Umumnya, tidak banyak tempat amalan berdo'a yang disyariatkan beramai2 kecuali didalam beberapa keadaan; semasa Imam membaca Do'a Qunut (Nazilah), didalam do'a istisqaa'. Wallahu a'lam, wassalaam..

Rabu, 18 Jun 2014

Rancangan Kembara ke KG. Bilit Kinabatangan tidak menjadi kenyataan.


Sebenarnya saya sempat bercuti lebih awal dari Tarikh rancangan Kembara ke Kg. Bilit. Kinabatangan. macam tidak masalah bagi saya memenuhi tarikh yang ditentukan itu.Tapi disebabkan oleh kerana ada masalah taknikal , Di saat-saat akhir Saudara Md. Ridwan gagal mendapat persetujuan dari beberapa pihak yang berkepentingan. malahan menghadapi beberapa Kesulitan. sedangkan dah ada kata pemula. dari mereka yang berkenaan.

Satu Pengalaman yang tidak mudah dilupakan oleh Saudara Md. Ridwan. Begitu juga saya. yang selama ini jarang saya tersasar dari cadangan Asal. Tawau dan Kinabatangan tempat yang saya gagal membuat perjalanan.

walaupun Kemudiannya Satu tarikh baru telah dipanjangakan kepada saya oleh Saudara Md. Ridwan, dari mereka yang berkenaan di Kg Bilit. Malangnya buat sekian kalinya saya menolak atas sebab-sebab kesihatan, tidak lah lari dari jiwa seseorang ada perasaan terkilan disebabkan perancangan Awal terbatal disaat akhir. cuma saya cuba bersikap lebih dewasa dan saya memandang perkara ini sebagai Amalan kebajikan  kerja-kerja Agama.

Di usia begini tahap kesihatan makin menurun, saya mudah mengalami  alahan perubahan cuaca sejuk. Selama 3 minggu bercuti di kampung. saya hanya dalam waktu seminggu  berkemampuan melakukan kerja-kerja peribadi, walaupun merasa dan mampu bersungguh-sungguh mahu menyiapkan beberapa perkara yang asyik terganggu. maka masih lagi tertangguh.. nampak gayanya mungkin saya tidak mampu untuk meneruskannya tanpa bantuan orang lain.

Dua minggu berikutnya  saya mula mengalami masalah kesihatan, makin kurang sihat, ditambah lagi Anak dan Isteri juga mengalami situasi yang sama. masa makin berlalu dan mula tidak mengizinkan beberapa perkara untuk terlaksana tanpa ujian.

Di penghujung Minggu terakhir bercuti di kampong halaman, sempat jugalah rakan-rakan Ajk Cawangan mengadakan kenduri hajat dengan menyembelih seekor Lembu. dan juga kemasukan beberapa Orang Sahabat baru. saudara Setiausaha cawangan sempat memanjangkan Surat Peringatan dari Bendahari Pusat Abjad malaysia Ustaz Syharil yang menyatakan Cawangan Abjad Sabah perlu menjelaskan Yuran dan beberapa perkara berkaitan Cawangan.

Beberapa Persediaan ilmiah yang saya cadangakan untuk di kongsi bersama di Kg. Bilit, saya kongsikan sepintas lalu pada malam Tersebut. cuma saya lupa untuk menyentuh Dakwaan Sesetangah Pengamal hikmah yang mendakwa sebenarnya Al-Quran itu ada 40 Juz. Dan inilah antara persoalan yang ditanyakan oleh seseorang di Kg. bilit kepada Saudara Md. Ridwan.

Dua Malam terakhir sebelum kembali untuk bertugas secara  kebetulan saya terikut rakan yang diminta untuk merestui wakil Peserta Pertandingan Muay Thai Terbuka Bertempat di Dewan Masyarakat Ranau dari GYM Akinabalu Dhinar Gruop (Amatur). kalau tidak silap 17 orang semuanya dengan hanya ada 8 orang Muslim. tapi oleh kerana Jurulatih yang didatangkan Khas dari Thai ini beragama Islam. maka upacara pada malam itu sedikit diterapkan dengan ritual Islam.

Ust Julilian Memimpin bacaan Doa


Gang Abjad Sabah Bergambar Dengan KRU Oad Ramin Silver 40 (10 in Thai)

Khamis, 22 Mei 2014

Cadangan Kembara Abjad Sabah Ke Kg. Bilit Kinabatangan


Nampaknya Program Majlis PERALIH SAKA  1SABAH tidak berjaya di anjurkan Sama ada di hujung Bulan Mei atau di Awal Jun 2014 ini. Jadi Insyah Allah Saya dan rakan-rakan  akan cuba mempermosikan satu tarik baru sekitar Dec 2014 nanti.

Sebagai Ganti Abjad Sabah akan Melakukan expedisi Kembara ke Sebuah Perkampung yang terdapat di daerah Kinabatangan Sabah. kalau tidak silap  maklumat yang saya dapat, yang  menyatakan nama kampung tersebut ialah Kg. Bilit.

Mudah-mudahan saya dan Keluarga serta rakan-rakan sekelian dipermudahkan Allah s.w.t untuk dapat menyertai Program ini. Saya sepatutnya pulang ke kampung halaman pada 28hb mei dan esoknya 29hb mei jika tidak ada aral melintang akan menyertai expedisi ini.

Kita hanya mampu merancang, perlaksanaannya mengikut ketentuan Allah swt. ada rancangan yang dapat dilaksanakan dengan mudah, ada rancangan dapat dilaksanakan dengan susah payah. ada juga rancangan yang langsung tidak dapat di laksanakan.

Apa pun pengisian Program kembara ini. saya tidak memberatkanya. Asalkan sahaja dapat melaksanakan aktiviti sebab terhenti seketika. kali terakhir  sempena Raya 2010 (kalau tak salah ingatan)   di kawasan Sagama di Sandakan, kehadiran yang Ter ramai  yang hadir setakat ini dalam jumalah 38 orang.

Harap-harap Kg. bilit ada cerita yang mengujakan.


Selasa, 22 April 2014

TERKENA BUATAN ORANG!


Tak semana-mana Rakan Sekerja Bertanyakan. Siapakan Nama Laki Ustazah yang pandai Mengubat di Patau-patau atu? Sambil-sambil Mengingati Nama Laki Ustazah Tersebut. ada Rakan lain dan saya pun tertanya-tanya lalu bertanya sama. Kenapa itu? Kawan ani menjawab Ada bah Guru ku Semasa dulu Sekolah Rendah ingin Berubat. dia Sudah Berubat Dengan Darul ......... cawangan Labuan ( top juga nama Pertubuhan ini tau..) dan dah ada perkembangan Tapi Masih Ada Ganguan, Tapi Guru itu kononya ingin Buang Semuanya.

Sambil cuba mengingati Nama laki Ustazah itu. saya merasa sesuatu di hati. Nak offer sama? tak mungkin! saya bukan jenis macam itu dan yang penting  Mahar dan syarat dari saya memang berat. bukan mudah dapat perkhidmatan saya. sangat bertuahlah itu orang kalau saya sudi luangkan masa membantu.

Bila teringat nama laki ustazah atu. Saya jawablah Nama laki Ustazah atu Ustaz Nasir dan mungkin Ustaz ini adalah Imam kampong disana. Seingat saya. Telah ada dan pernah saya menulis dan perkenalkan Pasal Ustaz ini dan Pertubuhan yang menawarkan perkhidmatan rawatan tersebut di Blog Abjad Sabah. jadi saya rasa di sini tidak ada yang perlu dipanjangkan. nanti ada yang Salah Menyangka lagi.

Bukan Pasal nak angkat diri mengambil Topik ini sebagai point cerita. tapi tiba-tiba terasa keperluan untuk berkongsi Rasa sebagai yang jadi Perawat. Kes seumpama inilah dan mungkin ada kaitan dengan yang saya ada selitkan dalam topik cerita Di Blog Abjad Sabah Satu masa dulu.

Saya ada pengalaman sebagai yang mengalami buatan orang dan ini saya sedang berada dilapangan untuk berkongsi sama Rasa sebagai pembimbing Perawat. jadi Saranan saya kepada Yang Sebagai  memerlukan Rawatan dan sebagai yang sedang menerima rawatan Sepatutnya tertakluk dalam beberapa beberapa ADAB. kalau kata SYARAT macam menyiksa pula.

Kenapa perlu BERADAB? Dispilin kena patuh. kalau enda, macam sia-sia Perawat itu tolong Merawat. bab mahar itu tolak tepi dulu. cuma harus dingat yang dirawat Telah Mencuri MASA si Perawat. jadi Fikir-Fikirlah kan. orang ini pun ada perut dan ada tanggungan. dari buang masa menolong merawat sedangkan  keluar cari Rezeki untuk anak-anak dan keluarga itu wajib.

1- Kepada penerima atau yang Memerlukan Rawatan Sila Pastikan Penyakit atau Ganguan yang menganggu telah disahkan adalah Tepat dan Benar oleh  mereka yang Terpilih Ahli pada bab nya dan Di Akui Ramai. jangan dari sembang cerita kedai kopi dan cerita-cerita kaki lima

2- Semasa Menerima Rawatan Bersabarlah yang Sebenar-benar Sabar. Kesembuhan tidak datang dengan Cepat. Penyakit yang telah dialami setahun mungkin Masa rawatannya 10 tahun. Tapi kalau ada yang mendakwa dan pernah buat Rawatan  yang mana dapat merawat Penyakit yang di alami selama 10 tahun Tapi mampu disembuhkan dalam Tempoh 3 hari. saya tidak hairan dan saya tidak kisah pun. senyum dan geleng kepala sahaja lah..

3- Anggap apa yang berlaku adalah ujian Allah s.w.t. Bersyukurlah kerana Allah beri kita peringatan. kalau dulu mulut murai, bawa-bawalah mulut dan hati itu berzikir banyak-banyak. tambah Solat Sunat malam dan cuba baca Al-Quran bila perasan tidak enak di hati itu mendatang.

4. Banyak kan bersedakah, contonhnya beri makan kawan-kawan sekeliling. kalau tak mampu kerana tiada harta. rajinkanlah diri bermasyarakat seperti bergotong-royong menolong dengan tenaga atau pun dengan buah Fikiran.

5. Ubat segala ubat ialah Redha. iaitu menerima  hakikat kematian. inilah satu ganguan buatan orang yang sukar ditangkis oleh sembarangan Orang. Risau sangat akan mati. maka diusaha segala macam untuk kesembuhan. hingga tidak menilai hukum syariat dalam kesembuhan.

6. Takut sangat mati hingga nak lelapkan mata untuk tidur pun tidak boleh sebab bila sahaja nak lelepkan mata serupa dan rasa hati macam mau mati.

7. Jangan diambil kisah siapa pembuat atau angkara siapakah itu! walaupun ditawarkan oleh perawat tersebut yang kononya perawat tersebut tahu buatan atau angkara siapakah ini. sebab ini akan memulakan Fitnah.

8. Faham sungguh perawat hanyalah Perawat. Kesembuhan adalah milik ALLAH. jadi mohonlah kepada Allah. bertukar berapa banyak perawat kalau bukan Izin allah ada kesembuhan tetap benda yang sama berulang.

9. Perawat hanya membantu luaran dan motivasi pisikologi. kekuatan dalaman dan motivasi kesembuhan hendeklah dibina oleh penerima rawatan sendiri. contohnya sebagai pengawal keselamatan menghalang kedatangan dari sebarang pelawat. tetapi yang di kawal mempelawa pelawat tanpa pengatahuan pengawal kesalamatan

10. Harus menjadi Sampadan Perawat tidak semestinya semuanya Betul. Pengatahuannya adalah terhad. jadi Pilihan utama adalah Mereka yang Faqih tentang agama. yang akan mendahalui kepentingan masyarakat berbanding pelung diri.

11. Perawat mungkin menceritakan Asbab dan Musabbanya penyakit yang di alami dan demi untuk menguatkan hujanya ia akan menceritakan beberapa perkara contohnya. rumah kamu bla.. bla... bla... buatan ini dihantar oleh jiran bala.. bla... bla..... atau ada orang dengki sesama pejabat bla bla bla...atau bermacam-macam skrip lagi. Awas jangan terperangkap dengan Tuduhan Fitnah sebegini. Tanpa bukti yang jelas jangan mempercayaianya dan cuba menceritakanya kepada orang Lain. Alasan Perawat tidak boleh dijadikan bukti tuduhan malahan ia akan menjadi Fitnah. jadi baik berdiam diri dan teruskan rawatan

12. sering ada berlaku fitnah dalam perawatan seumpama ini kerana ada salah faham antara perawat dan penerima rawatan. lebih-lebih lagi bila perawatnya Lemah dalam Kefaqihan Agama. maka berlakulah tuduh menuduh oleh penerima rawatan dengan masyarakat sekelilingnya. hingga pernah berlaku masing-masing ahli keluarga sering berbelas dendam. kerana yang dituduh merasakan Alang-alang dituduh biar buat betul-betul melaukannya.

13, jika anda telah pernah menerima sesuatu sebagai pendinding rumah, keluarga dari atau sebagainya maka fahamilah benda itu akan memberi kesan sampingan. kerana makin banyak benda yang anda telah terima maka makin banyaklah benda yang mahu dialih kan atau diputuskan dari diri anda. terutamanya jika benda tersebut kini menuntut upah perkhidmatan mereka selama ini. bayangkanlah satu Agensi keselamatan menuntut satu tunggakan pembayaran yang tertangguh selama bertahun-tahun.


Isnin, 14 April 2014

MELAYU RANAU LOHAN





 Bila Terbaca entri Panji-panji Hitam dari Timur akan muncul di khurasan saya cari balik catatan ini untuk menambah-nambah Gosipnya. entri Saya yang  ini Di Abjad Sabah pun, mau-mau sudah masuk 4 tahun. 

Enda tau lah juga. Samaada adakahkah peminat yang telah sudi membacanya. nak edit di Blog asal (ABJAD SABAH) memang saya tidak ada kata laluan sudah untuk Blog tersebut. jadi saya Copy dan past kesini entri itu mana tau ada masa saya cuba menyemak menambah-nambah isi  susunanya. Tapi Belum pun sempat Saya buat apa-apa ambalut Cal Jafran suda letak komen. ponsikau.. ya' uh (2014) 


http://abjad-sabah.blogspot.com/2010/06/melayu-ranau-lohan.html 
Sunday, June 27, 2010

Semasa bercuti sekolah 3 minggu, saudara kita pemilik permis pusat Tarbiah Abjad Sabah EN. Sodzri Mian (cucu Bapa Ali) 

Ada juga sahabat Facebook bertanya belum ada artikel terbaru dalam Abjad Sabah? Jawab saya dengen kompiden. Ya.. memang ada sesuatu yang menarik untuk dikongsikan.

semasa bercuti dikampong saya sedikit kelang-kabut tak ada masa nak buat catatan, masa cuti sibuk up grid dan menyiapkan bangsal candawan, sehingga dua sesi tamrin tuan guru Hj. Idris bersama Tuan Guru Hj. Zainol sengaja saya misssss... Time cuti beginilah saya berusaha sendiri membuat hal diri, keluarga, peribadi dan menyiapkan keperluan yang mana mampu. malu menyusahkan siapa-siapa.

Masa mesyuarat postmortem Tamrin ini, dalam kegairahan menjawab Ya. saya ada janji bahawa saya ada cerita yang sangat menarik untuk di kongsi nanti dalam blog ini, rupanya SubahanAllah Allah nak ingatkan saya, JANGAN BEGITU. sebenarnya saya terlupa nak berkata. sepatutnya  insyah Allah akan ada bahan yang saya akan kongsi bersama nanti dalam blog ini. Bole-boleh protokol penutupan Tunda mesyuarat pun saya terlupa sebut. Akhirnya saya telah dilupakan mengenai ilham yang ada pada masa itu.

Hari isnin 21hb jun 2010 hadir ke sekolah bertugas. setelah bercuti 3 minggu dikampong halaman. jarak perjalanan balik dari kampong ini memang memenatkan, sehari dua dari kampong masih rasa panat seluruh angota Badan.  

Bila melihat atas meja... rupanya saya belum siap menjumlahkan perolehan markah kertas peperiksaan murid.  Allahu Akbar macam mana ni?  esok hari Selasa dan lusa hari rabu, ada kursus set induksi sukatan pelajaran yang selaras dengan kuala Lumpur, hari khamis pula  latihan kebakaran. Kesian rakan-rakan Guru Kelas. pasti tak sempat siap hari jumaat ni. sedangkan Isnin nak serah dah dengan ibubapa murid

Dengan Sedikit susah payah Jumaat petang Alhamdulillah sempat juga saya siapkan dan serah pada Guru Besar untuk tanda tangan. Sekolah kami dah ubah sistem buku Rekod kepada Slip sistem pemarkahan SMP. saya pun Guru Kelas juga. sempat juga saya siapkan SMP untuk kelas tahun 6 Abu bakar (2010)yang akan di serahkan kepada ibu bapa petang esok (isnin).28hb jun 2010.

Semalam saya hantar laptop ini (lama) ke rumah kawan untuk di rawat, windos 7 nya pandai reststart sendiri setiap 2 jam.dan rasanya ofis word kembali kepada 2007. Tak lagi pakai beta 2010.

AHAD .pagi tadi lepas kelas tambahan tahun 6 saya singgah membeli tekit fery untuk hari raya dapatlah 5hb sept 2010. mau beli awal kalau enda tak berkerit lah balik kampong. kemudian Singgah kedai mamak perkena roti telur dulu. barulah  selesa balik rumah.. untuk zzzzzzzz ...orang bujang taklah sibuk sangat.

Bangun… adei malas tah aku, Jam berapa sudah ini??? mencari dan membuat hidangan Maggi dan segelas Lingzi kopi. konon-konon nak cuba mengapai Ilham. Bila nak menulis saya dah tidak ingat apa yang teringin sangat saya nak kongsi itu……. subahanallah.

jadi saya cuba juga imbas memerah ilham mengimbau Semasa lawatan yang berbahagia TUAN GURU USTAZ HJ. IDRIS B. MOHAMAD ke Sabah. Ditakdirkan ALLAH SWT saya jadi sebagai pengiring beliau, sebenar nya saya dah terambil beg, TUAN GURU HJ.ZAINAL ABIDIN B. HARUN, makna nya beliaulah yang akan mengikut saya. api Inilah ketentuan ALLAH swt kita manusia hanya berkehendak, yang memakbulkanya... hanyalah di milik ALLAH SWT.

Kebetulan pula USTAZ HJ. IDRIS B. MOHAMAD ( Anak Kepada Tuan Guru Nasir Osmani pengasas Kepada Pertubuhan Silat Abjad) kebiasanya menggunakan Loghat Kedah,sedikit berlainan dengan loghat Peneng, nasib giliran saya, entalah apa gerenganya yang berlaku kepada pengiring TUAN GURU HJ. ZAINAL ABIDIN B. HARUN ( Ketua Jurulatih Kebangsaan Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad Asli Jabat Kilat Malaysia) pula, cian juga kali di orang ini,jangan tah sepatah kata tak keluar-keluar pertanyaan dari di orang ini. dari Airport KK hingga Rumah penginapan di Lohan Ranau..

Pun agak kekok dan lambat saya menangkap cetusan bahasanya TUAN GURU ini, walaupun suatu masa dahulu pencapaian lahjah loghat peneng saya amat memuaskan. sekarang lintang pukang jadi-jadinya tuan guru pula yang enda faham bahsa saya.

Apa pun. Tabiat saya untuk tidak mensia-siakan sebarang perjalanan. apa lagi sejauh perjalanan ke Ranau ini, saya mesti bertanya dan mendengar apa sahaja yang keluar dari mulut beliau. pandai-pandai lah membawa diri. Oleh kerana beliau dah biasa dengan sekitar Kota Kinabalu, Teluk Likas, Bangunan Yayasan Sabah ini tiada apa yang perlu saya ceritakan.

Sampai Sekitar kawasan UMS. TUAN GURU tanya nama tempat yang menanam sayuran utama di Sabah, lalu saya jawab nama tempat itu ialah kampung Kundasang. Lalu tuan guru kata bukan kundasang, tapi KHURASAN,  maksud Khurasan ini menurut tuan Guru tersebut ialah satu lembah yang sejuk, tanah rata di pergunungan dan ada awanan pada sekitarnya. Itulah makna khurasan pada bahasa arab. setelah 4 tahun berlalu perkataan inilah yang saya cuba bina Gosipnya 

Khurasan adalah sebuah wilayah yang sejak 1400 tahun yang lalu bakal diprediksi sebagai tempat kemunculan para ikhwana imam Mahdi (kawan-kawan pendukung imam Mahdi).
Sabda Nabi SAW, “Panji-panji Hitam akan keluar dari arah Khurasan, dan sementara itu kawan-kawan al-Mahdi (pula) keluar menuju ke Baitulmaqdis.”

Sabda Nabi SAW, “Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salju. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk.” Maksudnya ialah al-Mahdi. (Ibnu Majah, Abu Nuaim & al-Hakim). [akhirzaman]


Khurasan satu tempat dan nama yang sering diperkatakan sebagai kelahiran Panji-panji Hitam di kurun Akhir. dan hanya sekadar dan sebagai ilmiah bukan ramalan saya. Kiranya kalimah Khurasan ini makna seperti kata Tuan guru. maka Kundasang juga berpontesi sebagai kelahiran Panji-panji hitam Akhir Zaman. 

macam tersasar jauh ilmiah saya kan? perkataan Khurasan ada dalam hadis Nabi, begitu juga Perkatan Dusun ada dalam Hadis Nabi. bukan kah ini juga patutnya ada Rahsia yang perlu dikatahui? dan sepatutnya dikaji oleh mereka-mereka yang berkenaan. alaa.. kedapatan suda ada rahsia.. 


Percakapan Rasulullah dengan Seorang Arab Dusun

arbain1987.blogspot.com/.../percakapan-rasulu..
Anas ibn Malik meriwayatkan bahwa seorang Arab dusun datang kepada Rasulullah saw. dan mengucapkan salam kepadanya di masjid. Rasulullah bertanya kepada orang itu, dari mana dia berasal. Orang Arab dusun itu berkata, “Aku datang dari jauh untuk mencari jawaban terhadap beberapa pertanyaan.” Rasulullah mempersilahkan orang itu mengajukan pertanyaan-pertanyaannya.
“Aku ingin menjadi orang cerdas, apa yang harus aku lakukan?”
“Takutlah kepada Allah.”
“Aku ingin menjadi hamba yang taat kepada Allah dan mengerjakan apa yang diperintahkan-Nya atas diriku.”
“Bacalah Al-Quran.”
“Aku ingin dicerahkan dan diliputi rasa tentram di hati.”
“Ingatlah kematian.”
“Aku ingin dilindungi dari musuh.”
“Apa yang harus kulakukan agar Allah tidak merendahkan aku?”
“Bertawakallah kepada Allah.”
“Jangan turuti hawa nafsumu.”
“Aku ingin berumur panjang.”
“Puji dan bersyukurlah kepada Allah.”
“Aku ingin kaya.”
“Sering-seringlah berwudhu di setiap waktu.”
“Bagaimana agar aku dapat menyelamatkan diriku dari api neraka?”
“Jaga matamu, lidahmu, tanganmu, dan apa yang berada di bawah perutmu dari keburukan.”
“Bagaimana caranya agar aku dapat membersihkan diri dari dosa?”
“Menangislah atas apa yang telah kaulakukan dan bertobatlah dengan tidak mengulangi kesalahan yang pernah kaulakukan.”
“Aku ingin menjadi orang yang dihargai.”
“Maka, janganlah engkau meminta sesuatu dari siapa pun.”
“Aku ingin dihormati.”
“Janganlah mengungkit-ungkit kesalahan orang lain.”
“Apa yang harus kulakukan untuk melindungi diriku dari siksa kubur?”
“Bacalah surah al-Mulk.”
“Apa yang harus dilakukan seseorang jika dia ingin kaya?”
“Bacalah surah al-Muzzammil.”
“Bagaimana caranya agar aku dapat meredakan rasa takutku terhadap hari kiamat?”
“Ingatlah Allah sebelum engkau makan sesuatu dan sebelum tidur.”
“Apa yang harus kulakukan agar aku dapat merasakan kehadiran Allah di dalam shalatku?”
“Sempurnakanlah wudhumu, kebersihan, dan kesucianmu.” 


Sampai di Kawasan Pekan Lama Temperuli, saya ceritalah kononya tempat ini di panggil di timpa lori,Tuan Guru sekali lagi menyanggah cerita saya, Kerana menurut cerita Beliau suatu masa dulu tempat ini adalah kawasan lombong bijih, dan taukehnya orang cina, bila lombong dah nak tutup, Taukeh cina ini pun kata tanpa lori, tak boleh nak buat apa-apa. Habislah tak tau lagi cam mana mau kerja. kalau Tanpa Lori.

Sepanjang perjalanan TUAN GURU amat seronok bercerita, saya dah  pesan awal dengan pemandu kereta yang kami naiki ( proton saya juga bah ini)  jangan melebihi kelajuan 70km/j. kita tak tergesa-gesa nak sampai ke Ranau, Cerita Tuan Guru dari rumahnya di Lanai Kedah ke rumah TUAN GURU HJ. ZAINAL di Sintok Kedah jaraknya lebih kurang 120 km, biasnaya beliau hanya mengambil masa 40 minit untuk sampai, wuiii kasi banding kota kinabalu – ranau 100km saya ambila masa 3 jam untuk sampai, TUAN GURU HJ. IDRIS kata biasa memandu pada kelajuan 180km/j. saya kata kereta apa itu ? jangan main-main. Tuan Guru Hj. Idris pakai Keretanya mercedis bah. KONTRAKTOR SUPER  A + . Jeles aku tau. Saya Cuma pakai pinjam Proton iswara 1.3 milik bank ccm 6 tahun lagi.pun kepayahan nak menyelasai… 

Sampai di PEKAN NABALU, berehat sambil-sambil mencari itu namanya KERUPOK BAYAM,.masa di pasar filipin di Kota Kinabalu, Tuan Guru dah tanya-tanya. Rupanya inilah rupa bentuk kerupok bayam keluaran dari kampung kundasang. Selama ini saya pun Cuma dengar-dengar saja. Esok bila nak balik ke semananjung nak masukan dalam kotak katanya,nak bagi dengan anak, dulu katanya Saya beli tapi habis semuanya hancur dalam kapalterbang. Tak dan sampai rumah.

Mana pula pengiring Tuan Guru HJ. ZAINAL ini? main laju-laju juga kamu, bawalah sembang tuan guru tu mana nak tau dapat sepatah dua ilmu di dada. Zaman dah ada HP ini mudah bertanya.  rupanya geng depa ini dah sampai MASJID JAMIK KUNDASANG, jauh jarak ini. tak apalah... saya minta mereka  tunggu kami sana.


Sebenarnya masih ada satu lagi Proton  ISWARA mengikut di belakang kami. Geng sebagai pengiring untuk USTAZ ZAINUDDIN. oleh kerana USTAZ DIN tak sampat bersama-sama kali ini. Pengiring ini mengikut di belakang Geng Saya saja.

TUAN GURU HJ. IDERIS sedang giat MEMPERMOSIKAN NGO WARGA MELAYU. Dan dengan kedatanganya Merasmikan Cawangan Abjad Sabah, juga tertubuh sudalah Penaja untuk WARGA MELAYU SABAH. cuma biasalah kan.. susah payah untuk menerangkanya kepada kawan-kawan. sudah susah merubah persepsi mereka terhadap kalimah MELAYU ini sejak zaman sekolah,

Dalam perjalanan Kota Kinabalu – Ranau beliau dah ada ceritakan mengenai Warga Melayu ini secara terperinci. Saya sebenarnya pun ada memiliki mitos dan cerita dongeng mengenai erti Melayu ini yang telah biasa saya ceritakan dengan orang sekeliling Dan Seperti yang yang Catatkan dalam Entri ASAL MUASAL DUSUN RANAU. Saya mula berfikir. Terutama berdasarkan bersumberkan cerita kanak-kanak hikayat Dato Merpati.yang saya terbaca di pusat sumber Sek. Keb. Perancangan Ranau Sabah.(1996) semasa saya masih bertugas sebagai Guru Sandaran Agama Pada waktu itu.

Masyarakat Dusun Sabah Terutama KG. Lohan, Juga mempunyai mitos sendiri yang beranggapan berasal dari Yunan China,tidak di ketahui pula siapakah yang membawakan mitos ini. Kononya ada suku kaum di China yang bertutur sama dengan bahasa Dusun. 

Cuma saya lalu akhirnya terperasan dan lebih tertarik dengan nenek moyang di Sosondoton Ranau yang tinggal dalam satu rumah panjang. Dan adanya tradisi mengayau dengan di buktikan dengan adanya longgokan tengkorak kepala (kinedou) dan parang panjang (gayang) berambut serta berkulit kepala Mangsa.Inilah yang menarik minat saya dan sehingga kini masih bersangka Tradisi dan Budaya yang diwarisi ini adalah ASLI. dan Patutnya Bersumber dari Satu Tamadun Bangsa yang musnah dalam banjir Besar.

Penumpuan saya dengan penulisan serta Ilmiah Hj. Ideris agak lambat kerana kekurangan Sumber serta jarang berkesempatan menghadiri Kuliah Mingguan Di Sungai Petani Kedah. Dari Buah tangan yang ditinggal kan Dalam Tamrin itu. saya cuba mengorak langkah untuk lebih memahaminya dan memperbanyakan ilmiah.

Saya tidak sempat bercerita dua tiga patah dengan Tok Ayah Tuan Guru Hj. Zainal Abidin B. Haron, Memang Saya biasa Mendengar Nama Ini dari Mulut Arwah Cikgu Saidin Tasik Peneng. Dan Saya dah merasai sentuhan Nadi 10 darinya, Syukran wa sukrilillah. Insyah Allah dikesempatan nanti saya bercadang menawarakan Khidmat ini kepada masyarakat sekeliling. Cumanya tidak lagi perkhidmatan percuma ini masanya berkongsi susah payahnya menuntut Ilmu. 


Dan Sebagai ilmiah dari bahan-bahan yang dilupakan

MELAYU* RANAU* LOHAN

1) MAKNA WARGA MELAYU Rujuk dalam buku Pemuda Tauhid Susunan Tuan Guru Hj. Idris


2)  RANAU 




Huruf  RA  di eja dengan huruf arab yang berbaris atas    alif  tidak berbaris dan hamzah baris atas 
= dengan maksud lihat 

NAU 2- di eja dengan huruf arab alif lam, nun baris depan (nu ) – ra berbaris depan wakaf (r) 
= dengan maksud cahaya اَلنًّورٍ 

Dengan Bunyi Ra a  anur, iaitu maksud bagi terlihat Cahaya. biasanya lidah orang tampatan biasa akan mudah tergeliat menyebut perkataan baharu hingga merubah bunyi dari sepatutnya. walaupun ilmiah saya tidak lengkap. tetapi jika dibandingkan dengan PENAMAAN  Asal Ranau KONONYA dari panggilan Aktiviti  MELUMPUR  (RANA HEN) Tanah untuk disediakan untuk Menanam Padi ( lageb)  dia kasi phasa membesau itu Rana sampai ebulutak) 

Saya merasakan PeNamaan ini sedikit Tertinggal kerana Sawah Padi yang muncul di RANAU hanya baru di populerkan oleh Lambaga Padi Sabah Agensi yang ditubuhkan oleh Kerajaan Sabah lepas Merdeka. Sebagai contoh SKIM 1, 2 dan 3 Lohan. Penanaman Percubaan Stesyen Sawah Padi Lohan hanya wujud pada dipenghujung 60an.

Walaupun saya menerima PADI adalah tanaman Asal Nusantara, tapi  sawah ini bab lain

ManaKala peNamaan Panggilan Ranau telah Berlaku Mungkin lebih Awal dari abad ke 18 lagi. dan Makanan Ruji utama masyarakat Ranau  pada masa itu. seperti kasau, gue'el, dan Bengelen.,  Tawaran dan Wagas adalah makanan orang Bangsawan. Kenduri kandara baru rukut-rukut Wagas dimasak baru dapat makan Lutdak Nasi.

Sumber hasil utama masyarakat Ranau pada masa itu adalah Sigup. Ranau sudah Terkenal sebagai Penanam dan penjual Sigup pada waktu itu. Di sikut berjalan kaki untuk diniagakan di Sondot. sama ada di Api-api atau di Kuta.

Ps. saya juga berAnggapan Sigup berasal Asli di Nusantara, Orang tempatan Isap Tabaga, orang Eropah panggil Tabacco/ Spanyol sebut Tabaga untuk Sigupan ini.

3 )LOHAN 

Asal nama Lohan kononya dari Sungai Lohan. tapi saya nak tanya balik siapa kasi nama itu Sungai sebagai Sungai Lohan?
Gambar ini mungkin tahun 70an


LOH 1- di eja dengan hurup lam berbaris atas (la) –wau berbaris mati (u)
- ha nifis berbaris depan wakaf (h) لَوح
= dengan maksud suratan tulisan 
HAN 2- di eja dengan huruf ha nifis dan alif baris atas (haa) – nun berbaris dua di depan wakaf (n) 
= dengan maksud yang rindu atau suka- ria حَا نٌ

walaupun sebenarnya saya melihat Panggilah LOHAN ini berasal dari Keadaan perkataan LAHAN . Apakah itu situasi LAHAN?  mungkin LAHAN ini hampir kepada keadaan perkataan perbuatan ketika (mengurak), kerja-kerja yang dilakukan untuk persediaaan untuk menanam padi, mungkin itulah keadaan LAHAN.mungkin Padi ini yang dipanggil LAHAN.


Mohon restu…..