ساي بوكنله سأورڠ يڠ اد باكت كڤميمڤينن، دان ساي جوڬ تيدق داتڠ دري كلوارڬ يڠ اد ڤڠاروه . ساي ڤون بوكن دري كتورونن يڠ اد سجره اونتوق د چانڠكن. ساي جوڬ بوكن دري كالڠن ڤرسونيليتي يڠ اد برجاوتن تيڠڬي. جوڬ تيدق ممڤوڽاءي ڤرسكولهن يڠ بوليه د بڠڬكن. تاڤي ساي مڠهارڤ بهاوا كادأن اين تيدق دأمبيل فاختور اونتوق منيلاي علميه يڠ ساي چتوسكن
Pengikut
Khamis, 22 Mei 2014
Cadangan Kembara Abjad Sabah Ke Kg. Bilit Kinabatangan
Nampaknya Program Majlis PERALIH SAKA 1SABAH tidak berjaya di anjurkan Sama ada di hujung Bulan Mei atau di Awal Jun 2014 ini. Jadi Insyah Allah Saya dan rakan-rakan akan cuba mempermosikan satu tarik baru sekitar Dec 2014 nanti.
Sebagai Ganti Abjad Sabah akan Melakukan expedisi Kembara ke Sebuah Perkampung yang terdapat di daerah Kinabatangan Sabah. kalau tidak silap maklumat yang saya dapat, yang menyatakan nama kampung tersebut ialah Kg. Bilit.
Mudah-mudahan saya dan Keluarga serta rakan-rakan sekelian dipermudahkan Allah s.w.t untuk dapat menyertai Program ini. Saya sepatutnya pulang ke kampung halaman pada 28hb mei dan esoknya 29hb mei jika tidak ada aral melintang akan menyertai expedisi ini.
Kita hanya mampu merancang, perlaksanaannya mengikut ketentuan Allah swt. ada rancangan yang dapat dilaksanakan dengan mudah, ada rancangan dapat dilaksanakan dengan susah payah. ada juga rancangan yang langsung tidak dapat di laksanakan.
Apa pun pengisian Program kembara ini. saya tidak memberatkanya. Asalkan sahaja dapat melaksanakan aktiviti sebab terhenti seketika. kali terakhir sempena Raya 2010 (kalau tak salah ingatan) di kawasan Sagama di Sandakan, kehadiran yang Ter ramai yang hadir setakat ini dalam jumalah 38 orang.
Harap-harap Kg. bilit ada cerita yang mengujakan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan