ساي بوكنله سأورڠ يڠ اد باكت كڤميمڤينن، دان ساي جوڬ تيدق داتڠ دري كلوارڬ يڠ اد ڤڠاروه . ساي ڤون بوكن دري كتورونن يڠ اد سجره اونتوق د چانڠكن. ساي جوڬ بوكن دري كالڠن ڤرسونيليتي يڠ اد برجاوتن تيڠڬي. جوڬ تيدق ممڤوڽاءي ڤرسكولهن يڠ بوليه د بڠڬكن. تاڤي ساي مڠهارڤ بهاوا كادأن اين تيدق دأمبيل فاختور اونتوق منيلاي علميه يڠ ساي چتوسكن
Pengikut
Selasa, 22 April 2014
TERKENA BUATAN ORANG!
Tak semana-mana Rakan Sekerja Bertanyakan. Siapakan Nama Laki Ustazah yang pandai Mengubat di Patau-patau atu? Sambil-sambil Mengingati Nama Laki Ustazah Tersebut. ada Rakan lain dan saya pun tertanya-tanya lalu bertanya sama. Kenapa itu? Kawan ani menjawab Ada bah Guru ku Semasa dulu Sekolah Rendah ingin Berubat. dia Sudah Berubat Dengan Darul ......... cawangan Labuan ( top juga nama Pertubuhan ini tau..) dan dah ada perkembangan Tapi Masih Ada Ganguan, Tapi Guru itu kononya ingin Buang Semuanya.
Sambil cuba mengingati Nama laki Ustazah itu. saya merasa sesuatu di hati. Nak offer sama? tak mungkin! saya bukan jenis macam itu dan yang penting Mahar dan syarat dari saya memang berat. bukan mudah dapat perkhidmatan saya. sangat bertuahlah itu orang kalau saya sudi luangkan masa membantu.
Bila teringat nama laki ustazah atu. Saya jawablah Nama laki Ustazah atu Ustaz Nasir dan mungkin Ustaz ini adalah Imam kampong disana. Seingat saya. Telah ada dan pernah saya menulis dan perkenalkan Pasal Ustaz ini dan Pertubuhan yang menawarkan perkhidmatan rawatan tersebut di Blog Abjad Sabah. jadi saya rasa di sini tidak ada yang perlu dipanjangkan. nanti ada yang Salah Menyangka lagi.
Bukan Pasal nak angkat diri mengambil Topik ini sebagai point cerita. tapi tiba-tiba terasa keperluan untuk berkongsi Rasa sebagai yang jadi Perawat. Kes seumpama inilah dan mungkin ada kaitan dengan yang saya ada selitkan dalam topik cerita Di Blog Abjad Sabah Satu masa dulu.
Saya ada pengalaman sebagai yang mengalami buatan orang dan ini saya sedang berada dilapangan untuk berkongsi sama Rasa sebagai pembimbing Perawat. jadi Saranan saya kepada Yang Sebagai memerlukan Rawatan dan sebagai yang sedang menerima rawatan Sepatutnya tertakluk dalam beberapa beberapa ADAB. kalau kata SYARAT macam menyiksa pula.
Kenapa perlu BERADAB? Dispilin kena patuh. kalau enda, macam sia-sia Perawat itu tolong Merawat. bab mahar itu tolak tepi dulu. cuma harus dingat yang dirawat Telah Mencuri MASA si Perawat. jadi Fikir-Fikirlah kan. orang ini pun ada perut dan ada tanggungan. dari buang masa menolong merawat sedangkan keluar cari Rezeki untuk anak-anak dan keluarga itu wajib.
1- Kepada penerima atau yang Memerlukan Rawatan Sila Pastikan Penyakit atau Ganguan yang menganggu telah disahkan adalah Tepat dan Benar oleh mereka yang Terpilih Ahli pada bab nya dan Di Akui Ramai. jangan dari sembang cerita kedai kopi dan cerita-cerita kaki lima
2- Semasa Menerima Rawatan Bersabarlah yang Sebenar-benar Sabar. Kesembuhan tidak datang dengan Cepat. Penyakit yang telah dialami setahun mungkin Masa rawatannya 10 tahun. Tapi kalau ada yang mendakwa dan pernah buat Rawatan yang mana dapat merawat Penyakit yang di alami selama 10 tahun Tapi mampu disembuhkan dalam Tempoh 3 hari. saya tidak hairan dan saya tidak kisah pun. senyum dan geleng kepala sahaja lah..
3- Anggap apa yang berlaku adalah ujian Allah s.w.t. Bersyukurlah kerana Allah beri kita peringatan. kalau dulu mulut murai, bawa-bawalah mulut dan hati itu berzikir banyak-banyak. tambah Solat Sunat malam dan cuba baca Al-Quran bila perasan tidak enak di hati itu mendatang.
4. Banyak kan bersedakah, contonhnya beri makan kawan-kawan sekeliling. kalau tak mampu kerana tiada harta. rajinkanlah diri bermasyarakat seperti bergotong-royong menolong dengan tenaga atau pun dengan buah Fikiran.
5. Ubat segala ubat ialah Redha. iaitu menerima hakikat kematian. inilah satu ganguan buatan orang yang sukar ditangkis oleh sembarangan Orang. Risau sangat akan mati. maka diusaha segala macam untuk kesembuhan. hingga tidak menilai hukum syariat dalam kesembuhan.
6. Takut sangat mati hingga nak lelapkan mata untuk tidur pun tidak boleh sebab bila sahaja nak lelepkan mata serupa dan rasa hati macam mau mati.
7. Jangan diambil kisah siapa pembuat atau angkara siapakah itu! walaupun ditawarkan oleh perawat tersebut yang kononya perawat tersebut tahu buatan atau angkara siapakah ini. sebab ini akan memulakan Fitnah.
8. Faham sungguh perawat hanyalah Perawat. Kesembuhan adalah milik ALLAH. jadi mohonlah kepada Allah. bertukar berapa banyak perawat kalau bukan Izin allah ada kesembuhan tetap benda yang sama berulang.
9. Perawat hanya membantu luaran dan motivasi pisikologi. kekuatan dalaman dan motivasi kesembuhan hendeklah dibina oleh penerima rawatan sendiri. contohnya sebagai pengawal keselamatan menghalang kedatangan dari sebarang pelawat. tetapi yang di kawal mempelawa pelawat tanpa pengatahuan pengawal kesalamatan
10. Harus menjadi Sampadan Perawat tidak semestinya semuanya Betul. Pengatahuannya adalah terhad. jadi Pilihan utama adalah Mereka yang Faqih tentang agama. yang akan mendahalui kepentingan masyarakat berbanding pelung diri.
11. Perawat mungkin menceritakan Asbab dan Musabbanya penyakit yang di alami dan demi untuk menguatkan hujanya ia akan menceritakan beberapa perkara contohnya. rumah kamu bla.. bla... bla... buatan ini dihantar oleh jiran bala.. bla... bla..... atau ada orang dengki sesama pejabat bla bla bla...atau bermacam-macam skrip lagi. Awas jangan terperangkap dengan Tuduhan Fitnah sebegini. Tanpa bukti yang jelas jangan mempercayaianya dan cuba menceritakanya kepada orang Lain. Alasan Perawat tidak boleh dijadikan bukti tuduhan malahan ia akan menjadi Fitnah. jadi baik berdiam diri dan teruskan rawatan
12. sering ada berlaku fitnah dalam perawatan seumpama ini kerana ada salah faham antara perawat dan penerima rawatan. lebih-lebih lagi bila perawatnya Lemah dalam Kefaqihan Agama. maka berlakulah tuduh menuduh oleh penerima rawatan dengan masyarakat sekelilingnya. hingga pernah berlaku masing-masing ahli keluarga sering berbelas dendam. kerana yang dituduh merasakan Alang-alang dituduh biar buat betul-betul melaukannya.
13, jika anda telah pernah menerima sesuatu sebagai pendinding rumah, keluarga dari atau sebagainya maka fahamilah benda itu akan memberi kesan sampingan. kerana makin banyak benda yang anda telah terima maka makin banyaklah benda yang mahu dialih kan atau diputuskan dari diri anda. terutamanya jika benda tersebut kini menuntut upah perkhidmatan mereka selama ini. bayangkanlah satu Agensi keselamatan menuntut satu tunggakan pembayaran yang tertangguh selama bertahun-tahun.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan