Bila Terbaca entri Panji-panji Hitam dari Timur akan muncul di khurasan saya cari balik catatan ini untuk menambah-nambah Gosipnya. entri Saya yang ini Di Abjad Sabah pun, mau-mau sudah masuk 4 tahun.
Enda tau lah juga. Samaada adakahkah peminat yang telah sudi membacanya. nak edit di Blog asal (ABJAD SABAH) memang saya tidak ada kata laluan sudah untuk Blog tersebut. jadi saya Copy dan past kesini entri itu mana tau ada masa saya cuba menyemak menambah-nambah isi susunanya. Tapi Belum pun sempat Saya buat apa-apa ambalut Cal Jafran suda letak komen. ponsikau.. ya' uh (2014)
http://abjad-sabah.blogspot.com/2010/06/melayu-ranau-lohan.html
Sunday, June 27, 2010
Semasa bercuti sekolah 3 minggu, saudara kita pemilik permis pusat Tarbiah Abjad Sabah EN. Sodzri Mian (cucu Bapa Ali)
Ada juga sahabat Facebook bertanya belum ada artikel terbaru dalam Abjad Sabah? Jawab saya dengen kompiden. Ya.. memang ada sesuatu yang menarik untuk dikongsikan.
semasa bercuti dikampong saya sedikit kelang-kabut tak ada masa nak buat catatan, masa cuti sibuk up grid dan menyiapkan bangsal candawan, sehingga dua sesi tamrin tuan guru Hj. Idris bersama Tuan Guru Hj. Zainol sengaja saya misssss... Time cuti beginilah saya berusaha sendiri membuat hal diri, keluarga, peribadi dan menyiapkan keperluan yang mana mampu. malu menyusahkan siapa-siapa.
Masa mesyuarat postmortem Tamrin ini, dalam kegairahan menjawab Ya. saya ada janji bahawa saya ada cerita yang sangat menarik untuk di kongsi nanti dalam blog ini, rupanya SubahanAllah Allah nak ingatkan saya, JANGAN BEGITU. sebenarnya saya terlupa nak berkata. sepatutnya insyah Allah akan ada bahan yang saya akan kongsi bersama nanti dalam blog ini. Bole-boleh protokol penutupan Tunda mesyuarat pun saya terlupa sebut. Akhirnya saya telah dilupakan mengenai ilham yang ada pada masa itu.
Hari isnin 21hb jun 2010 hadir ke sekolah bertugas. setelah bercuti 3 minggu dikampong halaman. jarak perjalanan balik dari kampong ini memang memenatkan, sehari dua dari kampong masih rasa panat seluruh angota Badan.
Bila melihat atas meja... rupanya saya belum siap menjumlahkan perolehan markah kertas peperiksaan murid. Allahu Akbar macam mana ni? esok hari Selasa dan lusa hari rabu, ada kursus set induksi sukatan pelajaran yang selaras dengan kuala Lumpur, hari khamis pula latihan kebakaran. Kesian rakan-rakan Guru Kelas. pasti tak sempat siap hari jumaat ni. sedangkan Isnin nak serah dah dengan ibubapa murid
Dengan Sedikit susah payah Jumaat petang Alhamdulillah sempat juga saya siapkan dan serah pada Guru Besar untuk tanda tangan. Sekolah kami dah ubah sistem buku Rekod kepada Slip sistem pemarkahan SMP. saya pun Guru Kelas juga. sempat juga saya siapkan SMP untuk kelas tahun 6 Abu bakar (2010)yang akan di serahkan kepada ibu bapa petang esok (isnin).28hb jun 2010.
Semalam saya hantar laptop ini (lama) ke rumah kawan untuk di rawat, windos 7 nya pandai reststart sendiri setiap 2 jam.dan rasanya ofis word kembali kepada 2007. Tak lagi pakai beta 2010.
AHAD .pagi tadi lepas kelas tambahan tahun 6 saya singgah membeli tekit fery untuk hari raya dapatlah 5hb sept 2010. mau beli awal kalau enda tak berkerit lah balik kampong. kemudian Singgah kedai mamak perkena roti telur dulu. barulah selesa balik rumah.. untuk zzzzzzzz ...orang bujang taklah sibuk sangat.
Bangun… adei malas tah aku, Jam berapa sudah ini??? mencari dan membuat hidangan Maggi dan segelas Lingzi kopi. konon-konon nak cuba mengapai Ilham. Bila nak menulis saya dah tidak ingat apa yang teringin sangat saya nak kongsi itu……. subahanallah.
jadi saya cuba juga imbas memerah ilham mengimbau Semasa lawatan yang berbahagia TUAN GURU USTAZ HJ. IDRIS B. MOHAMAD ke Sabah. Ditakdirkan ALLAH SWT saya jadi sebagai pengiring beliau, sebenar nya saya dah terambil beg, TUAN GURU HJ.ZAINAL ABIDIN B. HARUN, makna nya beliaulah yang akan mengikut saya. api Inilah ketentuan ALLAH swt kita manusia hanya berkehendak, yang memakbulkanya... hanyalah di milik ALLAH SWT.
Kebetulan pula USTAZ HJ. IDRIS B. MOHAMAD ( Anak Kepada Tuan Guru Nasir Osmani pengasas Kepada Pertubuhan Silat Abjad) kebiasanya menggunakan Loghat Kedah,sedikit berlainan dengan loghat Peneng, nasib giliran saya, entalah apa gerenganya yang berlaku kepada pengiring TUAN GURU HJ. ZAINAL ABIDIN B. HARUN ( Ketua Jurulatih Kebangsaan Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad Asli Jabat Kilat Malaysia) pula, cian juga kali di orang ini,jangan tah sepatah kata tak keluar-keluar pertanyaan dari di orang ini. dari Airport KK hingga Rumah penginapan di Lohan Ranau..
Pun agak kekok dan lambat saya menangkap cetusan bahasanya TUAN GURU ini, walaupun suatu masa dahulu pencapaian lahjah loghat peneng saya amat memuaskan. sekarang lintang pukang jadi-jadinya tuan guru pula yang enda faham bahsa saya.
Apa pun. Tabiat saya untuk tidak mensia-siakan sebarang perjalanan. apa lagi sejauh perjalanan ke Ranau ini, saya mesti bertanya dan mendengar apa sahaja yang keluar dari mulut beliau. pandai-pandai lah membawa diri. Oleh kerana beliau dah biasa dengan sekitar Kota Kinabalu, Teluk Likas, Bangunan Yayasan Sabah ini tiada apa yang perlu saya ceritakan.
Sampai Sekitar kawasan UMS. TUAN GURU tanya nama tempat yang menanam sayuran utama di Sabah, lalu saya jawab nama tempat itu ialah kampung Kundasang. Lalu tuan guru kata bukan kundasang, tapi KHURASAN, maksud Khurasan ini menurut tuan Guru tersebut ialah satu lembah yang sejuk, tanah rata di pergunungan dan ada awanan pada sekitarnya. Itulah makna khurasan pada bahasa arab. setelah 4 tahun berlalu perkataan inilah yang saya cuba bina Gosipnya
Khurasan adalah sebuah wilayah yang sejak 1400 tahun yang lalu bakal diprediksi sebagai tempat kemunculan para ikhwana imam Mahdi (kawan-kawan pendukung imam Mahdi).
Sabda Nabi SAW, “Panji-panji Hitam akan keluar dari arah Khurasan, dan sementara itu kawan-kawan al-Mahdi (pula) keluar menuju ke Baitulmaqdis.”
Sabda Nabi SAW, “Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salju. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk.” Maksudnya ialah al-Mahdi. (Ibnu Majah, Abu Nuaim & al-Hakim). [akhirzaman]
Khurasan satu tempat dan nama yang sering diperkatakan sebagai kelahiran Panji-panji Hitam di kurun Akhir. dan hanya sekadar dan sebagai ilmiah bukan ramalan saya. Kiranya kalimah Khurasan ini makna seperti kata Tuan guru. maka Kundasang juga berpontesi sebagai kelahiran Panji-panji hitam Akhir Zaman.
macam tersasar jauh ilmiah saya kan? perkataan Khurasan ada dalam hadis Nabi, begitu juga Perkatan Dusun ada dalam Hadis Nabi. bukan kah ini juga patutnya ada Rahsia yang perlu dikatahui? dan sepatutnya dikaji oleh mereka-mereka yang berkenaan. alaa.. kedapatan suda ada rahsia..
Percakapan Rasulullah dengan Seorang Arab Dusun
arbain1987.blogspot.com/.../percakapan-rasulu..
Anas ibn Malik meriwayatkan bahwa seorang Arab dusun datang kepada Rasulullah saw. dan mengucapkan salam kepadanya di masjid. Rasulullah bertanya kepada orang itu, dari mana dia berasal. Orang Arab dusun itu berkata, “Aku datang dari jauh untuk mencari jawaban terhadap beberapa pertanyaan.” Rasulullah mempersilahkan orang itu mengajukan pertanyaan-pertanyaannya.
“Aku ingin menjadi orang cerdas, apa yang harus aku lakukan?”
“Takutlah kepada Allah.”
“Aku ingin menjadi hamba yang taat kepada Allah dan mengerjakan apa yang diperintahkan-Nya atas diriku.”
“Bacalah Al-Quran.”
“Aku ingin dicerahkan dan diliputi rasa tentram di hati.”
“Ingatlah kematian.”
“Aku ingin dilindungi dari musuh.”
“Apa yang harus kulakukan agar Allah tidak merendahkan aku?”
“Bertawakallah kepada Allah.”
“Jangan turuti hawa nafsumu.”
“Aku ingin berumur panjang.”
“Puji dan bersyukurlah kepada Allah.”
“Aku ingin kaya.”
“Sering-seringlah berwudhu di setiap waktu.”
“Bagaimana agar aku dapat menyelamatkan diriku dari api neraka?”
“Jaga matamu, lidahmu, tanganmu, dan apa yang berada di bawah perutmu dari keburukan.”
“Bagaimana caranya agar aku dapat membersihkan diri dari dosa?”
“Menangislah atas apa yang telah kaulakukan dan bertobatlah dengan tidak mengulangi kesalahan yang pernah kaulakukan.”
“Aku ingin menjadi orang yang dihargai.”
“Maka, janganlah engkau meminta sesuatu dari siapa pun.”
“Aku ingin dihormati.”
“Janganlah mengungkit-ungkit kesalahan orang lain.”
“Apa yang harus kulakukan untuk melindungi diriku dari siksa kubur?”
“Bacalah surah al-Mulk.”
“Apa yang harus dilakukan seseorang jika dia ingin kaya?”
“Bacalah surah al-Muzzammil.”
“Bagaimana caranya agar aku dapat meredakan rasa takutku terhadap hari kiamat?”
“Ingatlah Allah sebelum engkau makan sesuatu dan sebelum tidur.”
“Apa yang harus kulakukan agar aku dapat merasakan kehadiran Allah di dalam shalatku?”
“Sempurnakanlah wudhumu, kebersihan, dan kesucianmu.”
“Sempurnakanlah wudhumu, kebersihan, dan kesucianmu.”
Sampai di Kawasan Pekan Lama Temperuli, saya ceritalah kononya tempat ini di panggil di timpa lori,Tuan Guru sekali lagi menyanggah cerita saya, Kerana menurut cerita Beliau suatu masa dulu tempat ini adalah kawasan lombong bijih, dan taukehnya orang cina, bila lombong dah nak tutup, Taukeh cina ini pun kata tanpa lori, tak boleh nak buat apa-apa. Habislah tak tau lagi cam mana mau kerja. kalau Tanpa Lori.
Sepanjang perjalanan TUAN GURU amat seronok bercerita, saya dah pesan awal dengan pemandu kereta yang kami naiki ( proton saya juga bah ini) jangan melebihi kelajuan 70km/j. kita tak tergesa-gesa nak sampai ke Ranau, Cerita Tuan Guru dari rumahnya di Lanai Kedah ke rumah TUAN GURU HJ. ZAINAL di Sintok Kedah jaraknya lebih kurang 120 km, biasnaya beliau hanya mengambil masa 40 minit untuk sampai, wuiii kasi banding kota kinabalu – ranau 100km saya ambila masa 3 jam untuk sampai, TUAN GURU HJ. IDRIS kata biasa memandu pada kelajuan 180km/j. saya kata kereta apa itu ? jangan main-main. Tuan Guru Hj. Idris pakai Keretanya mercedis bah. KONTRAKTOR SUPER A + . Jeles aku tau. Saya Cuma pakai pinjam Proton iswara 1.3 milik bank ccm 6 tahun lagi.pun kepayahan nak menyelasai…
Sampai di PEKAN NABALU, berehat sambil-sambil mencari itu namanya KERUPOK BAYAM,.masa di pasar filipin di Kota Kinabalu, Tuan Guru dah tanya-tanya. Rupanya inilah rupa bentuk kerupok bayam keluaran dari kampung kundasang. Selama ini saya pun Cuma dengar-dengar saja. Esok bila nak balik ke semananjung nak masukan dalam kotak katanya,nak bagi dengan anak, dulu katanya Saya beli tapi habis semuanya hancur dalam kapalterbang. Tak dan sampai rumah.
Mana pula pengiring Tuan Guru HJ. ZAINAL ini? main laju-laju juga kamu, bawalah sembang tuan guru tu mana nak tau dapat sepatah dua ilmu di dada. Zaman dah ada HP ini mudah bertanya. rupanya geng depa ini dah sampai MASJID JAMIK KUNDASANG, jauh jarak ini. tak apalah... saya minta mereka tunggu kami sana.
Sebenarnya masih ada satu lagi Proton ISWARA mengikut di belakang kami. Geng sebagai pengiring untuk USTAZ ZAINUDDIN. oleh kerana USTAZ DIN tak sampat bersama-sama kali ini. Pengiring ini mengikut di belakang Geng Saya saja.
TUAN GURU HJ. IDERIS sedang giat MEMPERMOSIKAN NGO WARGA MELAYU. Dan dengan kedatanganya Merasmikan Cawangan Abjad Sabah, juga tertubuh sudalah Penaja untuk WARGA MELAYU SABAH. cuma biasalah kan.. susah payah untuk menerangkanya kepada kawan-kawan. sudah susah merubah persepsi mereka terhadap kalimah MELAYU ini sejak zaman sekolah,
Dalam perjalanan Kota Kinabalu – Ranau beliau dah ada ceritakan mengenai Warga Melayu ini secara terperinci. Saya sebenarnya pun ada memiliki mitos dan cerita dongeng mengenai erti Melayu ini yang telah biasa saya ceritakan dengan orang sekeliling Dan Seperti yang yang Catatkan dalam Entri ASAL MUASAL DUSUN RANAU. Saya mula berfikir. Terutama berdasarkan bersumberkan cerita kanak-kanak hikayat Dato Merpati.yang saya terbaca di pusat sumber Sek. Keb. Perancangan Ranau Sabah.(1996) semasa saya masih bertugas sebagai Guru Sandaran Agama Pada waktu itu.
Masyarakat Dusun Sabah Terutama KG. Lohan, Juga mempunyai mitos sendiri yang beranggapan berasal dari Yunan China,tidak di ketahui pula siapakah yang membawakan mitos ini. Kononya ada suku kaum di China yang bertutur sama dengan bahasa Dusun.
Cuma saya lalu akhirnya terperasan dan lebih tertarik dengan nenek moyang di Sosondoton Ranau yang tinggal dalam satu rumah panjang. Dan adanya tradisi mengayau dengan di buktikan dengan adanya longgokan tengkorak kepala (kinedou) dan parang panjang (gayang) berambut serta berkulit kepala Mangsa.Inilah yang menarik minat saya dan sehingga kini masih bersangka Tradisi dan Budaya yang diwarisi ini adalah ASLI. dan Patutnya Bersumber dari Satu Tamadun Bangsa yang musnah dalam banjir Besar.
Penumpuan saya dengan penulisan serta Ilmiah Hj. Ideris agak lambat kerana kekurangan Sumber serta jarang berkesempatan menghadiri Kuliah Mingguan Di Sungai Petani Kedah. Dari Buah tangan yang ditinggal kan Dalam Tamrin itu. saya cuba mengorak langkah untuk lebih memahaminya dan memperbanyakan ilmiah.
Saya tidak sempat bercerita dua tiga patah dengan Tok Ayah Tuan Guru Hj. Zainal Abidin B. Haron, Memang Saya biasa Mendengar Nama Ini dari Mulut Arwah Cikgu Saidin Tasik Peneng. Dan Saya dah merasai sentuhan Nadi 10 darinya, Syukran wa sukrilillah. Insyah Allah dikesempatan nanti saya bercadang menawarakan Khidmat ini kepada masyarakat sekeliling. Cumanya tidak lagi perkhidmatan percuma ini masanya berkongsi susah payahnya menuntut Ilmu.
Dan Sebagai ilmiah dari bahan-bahan yang dilupakan
MELAYU* RANAU* LOHAN
1) MAKNA WARGA MELAYU Rujuk dalam buku Pemuda Tauhid Susunan Tuan Guru Hj. Idris
2) RANAU
Huruf RA di eja dengan huruf arab yang berbaris atas alif tidak berbaris dan hamzah baris atas
= dengan maksud lihat
NAU 2- di eja dengan huruf arab alif lam, nun baris depan (nu ) – ra berbaris depan wakaf (r)
= dengan maksud cahaya اَلنًّورٍ
Dengan Bunyi Ra a anur, iaitu maksud bagi terlihat Cahaya. biasanya lidah orang tampatan biasa akan mudah tergeliat menyebut perkataan baharu hingga merubah bunyi dari sepatutnya. walaupun ilmiah saya tidak lengkap. tetapi jika dibandingkan dengan PENAMAAN Asal Ranau KONONYA dari panggilan Aktiviti MELUMPUR (RANA HEN) Tanah untuk disediakan untuk Menanam Padi ( lageb) dia kasi phasa membesau itu Rana sampai ebulutak)
Saya merasakan PeNamaan ini sedikit Tertinggal kerana Sawah Padi yang muncul di RANAU hanya baru di populerkan oleh Lambaga Padi Sabah Agensi yang ditubuhkan oleh Kerajaan Sabah lepas Merdeka. Sebagai contoh SKIM 1, 2 dan 3 Lohan. Penanaman Percubaan Stesyen Sawah Padi Lohan hanya wujud pada dipenghujung 60an.
Walaupun saya menerima PADI adalah tanaman Asal Nusantara, tapi sawah ini bab lain
ManaKala peNamaan Panggilan Ranau telah Berlaku Mungkin lebih Awal dari abad ke 18 lagi. dan Makanan Ruji utama masyarakat Ranau pada masa itu. seperti kasau, gue'el, dan Bengelen., Tawaran dan Wagas adalah makanan orang Bangsawan. Kenduri kandara baru rukut-rukut Wagas dimasak baru dapat makan Lutdak Nasi.
Sumber hasil utama masyarakat Ranau pada masa itu adalah Sigup. Ranau sudah Terkenal sebagai Penanam dan penjual Sigup pada waktu itu. Di sikut berjalan kaki untuk diniagakan di Sondot. sama ada di Api-api atau di Kuta.
Ps. saya juga berAnggapan Sigup berasal Asli di Nusantara, Orang tempatan Isap Tabaga, orang Eropah panggil Tabacco/ Spanyol sebut Tabaga untuk Sigupan ini.
3 )LOHAN
Asal nama Lohan kononya dari Sungai Lohan. tapi saya nak tanya balik siapa kasi nama itu Sungai sebagai Sungai Lohan?
![]() |
| Gambar ini mungkin tahun 70an |
LOH 1- di eja dengan hurup lam berbaris atas (la) –wau berbaris mati (u)
- ha nifis berbaris depan wakaf (h) لَوح
= dengan maksud suratan tulisan
HAN 2- di eja dengan huruf ha nifis dan alif baris atas (haa) – nun berbaris dua di depan wakaf (n)
= dengan maksud yang rindu atau suka- ria حَا نٌ
walaupun sebenarnya saya melihat Panggilah LOHAN ini berasal dari Keadaan perkataan LAHAN . Apakah itu situasi LAHAN? mungkin LAHAN ini hampir kepada keadaan perkataan perbuatan ketika (mengurak), kerja-kerja yang dilakukan untuk persediaaan untuk menanam padi, mungkin itulah keadaan LAHAN.mungkin Padi ini yang dipanggil LAHAN.
Mohon restu…..


1 ulasan:
hahaha! sejak bila pula Odu' Mastija Karal@Duraim jadi Melayu ni???? lucu jua tp inda apalah kayo kan.... masing2 punya kesukaan.
Catat Ulasan