Pengikut

Rabu, 25 Januari 2017



SOLAT

... Apabila engkau anggap solat itu hanya sebagai kewajiban, maka kau akan terburu-buru mengerjakannya & tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya.

... Anggaplah solat itu pertemuan yg kau nanti dgn Tuhanmu ... Allahuakbar.

... Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah ... Allahuakbar.

... Anggaplah solat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau mengadu segala keluh kesah dgn Allah SWT ... Allahuakbar.

..Anggaplah solat itu sebagai spt mana seriusnya kau dlm bermimpi ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika "Azan berkumandang," Allah melambai-lambai kepadamu utk mengajak kau lebih dekat dengan-Nya ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau "Takbir," Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah berbangga dengan mu ... Allahuakbar.

... Bayangkanlah ketika "Rukuk," Allah menampung badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau merasakan damai dalam sentuhan-Nya ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika "Sujud," Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua-dua telingamu: "Aku mencintaimu wahai hamba-Ku." ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau "Duduk di antara 2 sujud," Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila orang mengusikmu." ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau memberi "Salam," Allah menjawabnya, lalu kau jadi manusia berhati bersih ... Subhanallah.

Masya Allah ... sungguh nikmat solat yg kita lakukan. Tak akan sia-sia orang yang menyebarkannya.

Maka sebarkanlah wahai teman-temanku. Allahuma, saksikanlah ...

#Ingatan dan muhasabah buat diriku sendiri, saudara-saudaraku dan sahabat-sahabatku. Kita insan biasa yg sering terleka dek urusan dunia yg sentiasa menghambat kita,  dan kita pula mengejar dunia...

salinan Asal ini mungkin
Bayangkan ketika #sujud , Allah mengelus kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut dikedua telingamu: "Aku Mencintaimu hambaKu"
Remaja Masjid Ash-Shabirin
SURAT CINTA TENTANG SHOLAT:
✏ Bila engkau anggap sholat itu hanya penggugur kewajiban, maka kau akan terburu-buru mengerjakannya.
✏ Bila kau anggap sholat hanya sebuah kewajiban, maka kau tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya.
✏ Anggaplah sholat itu pertemuan yang kau nanti dengan Tuhanmu.
✏ Anggaplah sholat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah.
✏ Anggaplah sholat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau berkeluh kesah dengan Allah.
✏ Anggaplah sholat itu sebagai seriusnya kamu dalam bermimpi.
✏ Bayangkan ketika "adzan berkumandang", tangan Allah melambai ke depanmu untuk mengajak kau lebih dekat denganNya.
✏ Bayangkan ketika kau "takbir", Allah melihatmu, Allah senyum untukmu dan Allah bangga terhadapmu.
✏ Bayangkanlah ketika "rukuk", Allah menopang badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau rasakan damai dalam sentuhanNya.
✏ Bayangkan ketika "sujud", Allah mengelus kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut dikedua telingamu: "Aku Mencintaimu hambaKu".
✏ Bayangkan ketika kau "duduk diantara dua sujud", Allah berdiri gagah didepanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam bila ada yang mengusikmu".
✏ Bayangkan ketika kau "Salam", Allah menjawabnya, kau seperti manusia berhati bersih setelah itu...
Subhanallah sungguh nikmat shalat yang kita lakukan... Aamiin ya rabb

# Ada beberapa perkara diatas yang menjadi subjek perhatian saya. Tapi hendaknya mudah-mudahan saya berkelapangan untuk memperkatakanya walau pun secara incit-incit kata orang sini. jadi rajin-rajinlah folow mana tau ada penambahbaikan dari semasa kesemasa.


AWAL UGAMA MENGENAL ALLAH..

Bagaimana hendak mengenal Allah?

Didalam soal ini kita boleh mengambil iktibar pengajarandaripada firman Allah

79.Surah An-Nāzi`āt (Verse 15)
‎هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ مُوسَىٰ

Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?

79.Surah An-Nāzi`āt (Verse 16)

‎إِذْ نَادَاهُ رَبُّهُ بِالْوَادِ الْمُقَدَّسِ طُوًى

Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci; -

79.Surah An-Nāzi`āt (Verse 17)
‎اذْهَبْ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَىٰ

(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);

79.Surah An-Nāzi`āt (Verse 18)
‎فَقُلْ هَل لَّكَ إِلَىٰ أَن تَزَكَّىٰ

"Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?

79.Surah An-Nāzi`āt (Verse 19)
‎وَأَهْدِيَكَ إِلَىٰ رَبِّكَ فَتَخْشَىٰ

`Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)?

Sebenarnya kita semua sudahpun membuat penyaksian dan pengakuan bahawa Allah adalah Tuhan sejak daripada mula dijadikan kita.

Ini telah dijelaskan oleh Allah seperti didalam firmanNya

7.Surah Al-'A`rāf (Verse 172)
‎وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْۖ قَالُوا بَلَىٰۛ شَهِدْنَاۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai
(tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

DARI AYAT INI MENERANGKAN TELAH BERLAKU PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN BAHAWA ALLAH ADALAH TUHAN KITA

PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN INI TERUS BERLAKU SEHINGGALAH KITA DILAHIRKAN KEDUNIA INI DAN IANYA KEKAL SEHINGGALAH KITA SEMUA MULA BERAKAL..

SETELAH KITA MULA BERAKAL, BERMULALAH ERA KITA MULA MERASAKAN SEGALA SIFAT KETUHANAN YANG ADA PADA DIRI KITA SEBAGAI SIFAT BADAN DIRI KITA SENDIRI..

TETAPI ALLAH TELAH MENJELASKAN DIDALAM FIRMANNYA

34.Surah Saba' (Verse 27)
‎قُلْ أَرُونِيَ الَّذِينَ أَلْحَقْتُم بِهِ شُرَكَاءَۖ كَلَّاۚ بَلْ هُوَ اللَّهُ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Katakanlah lagi:

"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.  (Sedang merasakan sifat ketuhanan sebagai sifat diri sendiri dan sebagai sifat makhlok selain dari Allah)

Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,

bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

Setelah kita mula berakal sifat ketuhanan yang ternyata kepada diri kita mula dirasakan sebagai sifat badan diri kita sendiri. Seterusnya semakin kita membesar segala sifat ketuhanan yang ternyata kepada makhlok yang lain juga mula dirasakan sebagai sifat makhlok tersebut.

Semasa kita membaca firman Allah seperti diatas seperti didalam Surah Saba' (Ayat 27) khasnya dan banyak lagi keterangan didalam surah dan ayat-ayat yang lain amnya.  Akan lahirlah didalam ilmu dan pengetahuan kita yang "SEGALA SIFAT KETUHANAN YANG ADA PADA BADAN DIRI SENDIRI DAN YANG TERNYATA KEPADA MAKHLOK YANG LAIN, ITU ADALAH SIFAT KETUHANAN ALLAH"

Dengan ilmu dan pengetahuan yang demikian, tidak akan menghilangkan rasa keberadaan atau keakuan kepada badan diri sendiri dan kepada makhlok yang lain..

Ini telah ditegaskan oleh Allah didalam firmanNya didalam Surah Saba' (Ayat 27)

" TUNJUKKANLAH KEPADAKU SIFAT-SIFAT KETUHANAN YANG ADA PADA MAKHLOK-MAKHLOK YANG KAMU HUBUNGKAN DENGAN ALLAH SEBAGAI SEKUTU-SEKUTUNYA"

 Untuk mengajak manusia kembali kepada "HAKIKAT TAUHID YANG TELAH DITINGGALKAN" sejak dari manusia mula berakal, Allah telah mengu


ILMU AL-SYATAR
RISALAH MENGENAI ILMU AL-SYATAR
Salinan Perkataan Almarhum Ayahanda Tuan Guru Haji Mahmud Nasri Othmani Mengenai Ilmu Al-Syatar Dan Cara Mencapai Darjat Wali. Bertarikh: 17 Rabiul Awal 1388H

[Iman Al Makhda Al Makhda Al Makhda] Darjat Iman Yang Keenam Ialah Tangga Wali Ali Lagi Azom. [As-Sidiquun]
Maka menuntuti wali itu daripada tangga pertama hingga keenam dan ketujuh kesempurnaan bagi wali itu darjat imannya. Tangga keenam pada bab iman dengan itu tahkiklah segala wali itu dengan ilmu dan makrifatnya akan haqiqah al-haqiqatul haqaiq dan haqiqatul al ashya dengan sekira-kiranya wali dan mertabatnya.
Maka mereka yang menuntuti menjadi wali pada zahir dan batin itu hendaklah melazimkan dengan babnya supaya tiada mardud [tiada rasukan] tiada bersusah payah dengan ilmu dan amal yang banyak dan jauh-jauh.
1. Mengaku menjadi murid syeikh wali yang ali lagi azim.
2. Mempernamakan dirinya pada zahir dan batin dengan nama syeikhnya seumpama oleh syeikh abdul razak [ syeikh yusuf] anak sulung bagi syeikh muhyiddin abdul qadir jailani dengan nama baginya dengan cara demikian jadilah dia menerima pusaka wali agama islam di atas makna sekeliannya juzuknya pada zahir dan batin daripada bapanya. Kemudian dikuburkan bapanya 3 hari iaitu dia pergi pada hujung kaki bapanya serta memberi salam dan menuntuti pusaka itu daripada bapanya.
3. Maka menjawab oleh bapanya, hendaklah kamu berhenti seberapa masa kerana mengambil pusaka wali agama islam daripada aku. Maka aku pohonkan kepada allah mengurniakan pusaka wali agama islam itu kepada engkau di atas makna sekeliannya dan juzuk-juzuknya selapis ke selapisan hingga hari qiamat. Dan hendaklah melazimi pada bab aku berkhalwat dengan menuntuti pusaka wali agama islam daripada aku. Aku wasiat akan dikau bahawa hendaklah engkau menyampaikan kepada tiap-tiap mereka yang hendak mengambil pusaka wali agama islam daripada aku hendaklah melazimkan bab khlawat pada bab aku mengaku murid bagi aku hingga seberapa banyak dosa dan kesalahan sekalipun nescaya aku menerima akan dia.
Maka setengah daripada adab melazimkan pada bab aku hendaklah berhadap kiblat mengucap dua kalimah syahadat beberapa kali pohon menerima iman islam ihsan daripada allah.
Beralih ke pihak masyrik, mengucap syahadat beberapa kali, pohon menerima segala rezeki rohani jasmani, banyak dan seberapa banyak mudah dan seberapa mudah., luas dan seberapa luas daripada segala pihak alam allah dengan tiada galangan dan halangan.
Beralih semula ke pihak maghrib mengucap syahadat beberapa kali, pohonkan ibu terima, bapa terima, aku terima [syeikh muhiyydin], allah dan rasul terima, kemudian pohonlah apa-apa hajat daripada allah dengan berkata aku sekira-kira pada pandanganmu bahawa aku pada pihak kanan atau hadapanmu di al pabatul arasil alazim. Rasulullah di hadapan aku, nabi allah khidir dan mereka yang menjadi murid bersama-sama denganmu atau di belakangmu. Atas nama aku pada zahir dan batin. Kemudian hilangkan sekeliannya itu pada ahadiah allah. Dan kekalkanlah di atas kelakuan itu selama-lamanya di antara aku dan rasulullah itu seperti mana antara mata putih dan mata hitam. Maka adab dengan murid seperti tersebutlah boleh mencapai darjat wali yang istiqamah dan nyata beberapa keramat dan kelebihan yang menyamai mukjizat rasulullah s.a.w.
Adapun menuntuti wali dengan jalan berusaha membanyakkan ibadat yang sunat seperti sembahyang, sunat rawatib dan seumpamanya dan juga memperbanyak serta memperluaskan ilmu fardu kifayah itu walhal dengan tidak melazimkan bab tersebut hanya ibadat dan ilmu inilah sahaja atau terus maju ke dalam istiraj daripada allah. Dan mereka yang beribadat sedikit atau banyak, sedikit ilmu atau banyak ilmu tetapi melazimkan bab guru wali seperti tersebut nescaya dapat jadi wali dengan kemudahan. Terlindung daripada pandangan awam dan ahli-ahli ilmu bersembang dengan banyak ilmu dan amal. Dan menggantikan guru yang wali itu pada menyertakan alam allah sekira-kira ketinggian maqam walinya di sisi allah dengan

Selasa, 24 Januari 2017

Surau bypass Kg. Bongol- Kota Belud



lebih kurang jam lima petang. kabus memang tebal sedikit kalau ada Asma payah sikit
.

\Dalam perjalanan kembali ke tempat kerja. kerana  kurang bersedia untuk menghadapi anak-anak yang kurang sihat. Bila menghampir pekan nabalu anak bongsu dah buang air besar, orang rumah suruh berhenti dan meminjam tandas dimana-mana gerai yang ada. sambil berbual itu saya terlepas peluang untuk berhenti kerana saya risau kereta dibelakang mengekori terlalu rapat.

tercari-cari tandas untuk membersikan anak. teringat gerai-gerai sinalau bakas yang ada disepanjang jalan kawasan ini. rupanya saya tidak ada kekuatan untuk berhenti di sana. lalu saya teringat ada sighboard penunjuk ada surau berhampiran di simpang  by pas ke Kota Belud.

Nak dijadikan cerita sehari masa untuk balik bertolak,  kami sekeluarga anak beranak  keracunan makanan, Anak yang sulung memang kurang sihat dari awal kerana penangan memakan beramai-beramai buah lemon dengan para sepupuhnya,  saudara sepupunya itu taklah ada apa-apa maklumlah diorang itu orang kampung sebenar yang memang kebal dan tahan lasak. anak saya belum capai tahapnya


bila jumpa sighbord tersebut saya hentikan kenderaan dan berjalan menunju arahan petunjuk bagi meninjau jauhkah surau tersebut dari simpang dan yang paling penting AIR ada atau tiada. bila dipastikan paip air berfungsi saya berjalan kembali ke kenderaan.

Semasa orang rumah sibuk mengurus anak-anak. saya berkeliaraan disekitar surau, memang nampak ada tanda memang digunakan. oleh kerana tidak pasti masuk waktu Zohor jam berapa. saya juga berharap ada ahli qariah untuk mengumandangkan laungan Azan.

Saya hanya solat sunat. dan berniat mudahan tempat ini adalah berkah dan jamaahnya Ramai.

Beberapa ketika berada ditempat kerja tergerak hati untuk mencatat kembali, lalu saya melayari internit untuk mendapatkan sedikit gambaran mengenai surau tersebut. rupanya memang ada cerita tapi bukan rezeki mereka.



Tapak Tahfiz ini kini berada di Tempies Ranau




Sabtu, 14 Januari 2017

lama tidak berjumpa


Pertemuan tidak disangka Dengan kenalan lama bersama seleberiti juga pengasas seni bela diri Betakom


pic peribadi
Foto Poknik Jebeng.

Pautan ini saya copy dari Facebook untuk melihat gambar berkaitan

 BETAKOS "menyerang" T.U.D.M Labuan....