setakat bulan April ini saya telah mengumpul 2 hari kursus, perlu mencari 5 lagi sebelum kontrak berakhir bulan september ni. kedua-dua kursus tersebut ada point topik mau dikongsi, malangnya saya tidak dapat melapangkan waktu untuk mencatat drafnya.
Bila cuba-cuba nak mencoret draf, saya ternampak ada catatan dari Saudara Carl Jafran menggunakan Blognya http://alqurankadazandusun.blogspot.com/2014/03/sura-al-humaza-mongingilimut.html
di catatan saya bertajuk Penduduk islam sabah perlu di Melayukan Jika ingin Bersatu. bukan seperti yang diulasnya sebagai, MEMELAYUKAN RUMPUAN MELAYU DISABAH.
Dan kalau rasa kesatuan Orang ISLAM Sabah dikalangan Etniknya dah ok. minta maaflah sebab saya ini ketingalan maklumat, sebab duduk di luar Sabah.
mulanya saya nak memasukan sahaja ulasan bersahaja seperti yang saya post dibawahnya. tapi gatal juga hati nak jawab. Sabab, terus terang saya cakap macam sada-sada saja saya kerjakan, ad de de macam ada pula rasa riak ni.
Rupanya ada keperluan untuk saya menambah-nambah juga, Sebenarnya memang yang saya catatkan dalam tajuk tersebut hanya intro. Nak bagi mudah Faham. ibarat SET INDUKSI sebelum memulakan sesi P & P.
Sebenarnya Kalau saya, Nak cari lebih pengatahuan, kena sendiri berusaha mencari.. Nyata bukan Tabiat saya untuk mempamerkan Fakta atau dalil, kerana saya tidak menghantar atau akan membentangkan untuk kerja Kursus untuk dinilai oleh pensyarah.
Saya suka melihat orang yang berbangga dengan Bangsanya. cuma suka saya ingatkan jangan terlupa Asabiah itu sangat dilarang. sebab itulah saya luangkan beberapa waktu menambah-nambah ini, agar membantu atau sedikit menafaat, jadi saya akan cuba membantu juga.
saya jawab dengan kemampuan ilmiah, mudah-mudahan membantu memberi jalan. tapi mungkin agak kasaq. Nasib bukan LIVE.. saya antara Allah bagi suara Besar.
mun demikian terima kasih jua. sebab bila ada persoalan macam maka akal mula berfungsi untuk berfikir
- Salam admin...
Carl Jafran Sebagai penganut KDM Islam, saya terpanggil untuk mengulas entry saudara berkait dengan isu “MEMELAYUKAN RUMPUN MELAYU DI SABAH” dan banyak-banyak kaum/suku di Sabah KDM Islam juga yang disebut untuk dimelayukan supaya pada masa akan datang adanya “MELAYU KADAZAN, MELAYU DUSUN DAN MELAYU MURUT”. - Admin. Tajuk enteri saya pun sudah dikelirukan, point Utama ( Jika ingin Bersatu) tak mau tak apa... ada aku kesah.
- ADMIN. Semasa perasmian Sabah Fiest era tahun 80an di karamungsing saya tertarik bila mendengar Penduduk sabah, lebih kurang terdiri dari 29 etnik yang akan mempersembahkan kesenian etnik mereka, manakala bahasa pertuturan pula melebihi 32 lahjah. terdetik di hati saya Kenapa Bahasa Terlebih Ini? saya percaya jumlah Etnik dan bahasa di SABAH makin bertambah, bermakna Etnik sabah yang mau di Melayukan untuk bersatu bukan sahaja Islam KDM, mau-mau ada lebih 30 etnik yang telah memeluk Islam.
- Orang Sabah terutama KDM yang menerima dan memeluk Islam sebelum tertubuh USIA atau MUIS, mau kira-kira jubli emas sudah ni. tidak terkira juga berapa NGOs yang wujud dan bergerak dari dulu dan Sekarang, jadi LEVEL manakah Sudah orang ISLAM di SABAH? terutama KHAS NYA yang KDM ISLAM ini?
- Ini baru satu soalan dari timbunan persoalan, lalu Tampilah atau ada Individu tidak berjawatan atau bila ada jawatan rela untuk membentangkan perolehanya secara ILMIAH.
- Pernah ambil tahu cerita Baba dan Nyona atau Serani di Melaka? atau Mungkin saudara Cal Jafran lebih berminat dengan NGO Mualaf sabah?
Cal Jafran Apakah kapasiti mufti untuk membuat kenyataan tersebut setelah diketahui oleh rakyat yang tidak mendapat hidayah, rakyat sabah yang tidak mencapai taraf ilmu bagi memahami isu ini dan rakyat sabah sebagai martabat awam yang tidak menjangkau isu ini, satu persoalan yang harus dilontarkan kepada admin,- ADMIN Minta Maaf kawan, Seperti yang saya sebut di Atas, SM Mufti ini BUKAN buat kenyataan dalam sidang Akhbar, ini Forum Majlis ILMU dan SM Mufti sedang membuat pembentangan Kertas Kerja depan bijak pandai, mufti-mufti Seluruh Malaysia serta dif jemputan.
- Kalau tidak setujuh boleh sanggah dengan kertas kerja juga. dan cuba panggil bijak pandai KDM ISLAM untuk dengar,
- Tajuk Kertas kerja beliau pun lain dari entri saya. entah macam mana tajuk seperti catatan saya yang dimasyhurkan untuk diperkatakan. saya pun menyibuk kerana terasa perlu untuk mencela ketidak mengertian point ini dan hal situasi sebenar.
- Dan saya tertanya-tanya tiadakah seorang pun Islam KDM pegun sabah yang ada dalam Forum ini? kalau ada syabas dan tahniah. kalau tiada cuba dan cuba lagi
- Cal Jafran DIMANAKAH PENJELASAN SANG MUFTI AKAN ISU INI BAGI MEMBERI KEFAHAMAN RAKYAT KHUSUSNYA KDM ISLAM DI SABAH? DAN MENGAPA PULA KETUA MENTERI SABAH YANG MEREDAKAN KEMARAHAN KDM DAN BUKAN BELIAU, MANA INTEGRITI BELIAU SEBAGAI MUFTI YG BERTANGGUNGJAWAB ATAS UCAPANNYA KEPADA ISLAM KDM DI SABAH?
- ADMIN. secara individu saya nyatakan KDM yang marah-marah ini sebab tak Faham Topik pun, dan perkara ini telah cuba dipolitikan, terutama oleh KDM NON M....... kononya ada KAN mahu membawa kes ini ke Mahkamah Adat,
- Kenap emosi dan marah-marah ini? dan kenapa nak marah dengan kertas kerja yang dibentangkan? Terima kasih kepada KM yang memahami ISU ini, dan telah membuat kenyataan menjawab kerana yang bising-bising ini kebanyakan nya berkepentingan politik.
- Dan saya melihat Kedudukan martabat SM Mufti dalam daulah Islamiah. Takut tak faham Fasal Istilah BUGAH kan? dan Saya sebenernya lebih mengharapkan TYT yang campur tangan dalam hal ini
- Cal Jafran Sekirannya kita berbincang hal level, martabat awam yang tidak menjangkau kefahaman isu tersebut maka dimanakah penjelasan yang sejelas-jelasnya akan ucapan beliau itu?
- ADMIN. saya pun tidak tahu apa lagi yang perlu dijelaskan. sekali dengar saya dah Faham dan mengerti. itulah yang saya berani kata kalau tak faham-faham itu memang Allah swt Tak Bagi HIDAYAH.
- Silakan Jemput SM Mufti ini membuat pembentangkan kertas kerja beliau ini, dan kalau ada pembentangkan kertas kerja yang menyanggah perkara ini, insyahallah saya berminat untuk datang.
- Persatuan Pendakwah Sabah dan Persatuan Mualaf sabah saya nampak antara yang sangat dan memang Sesuai untuk Pentas kita membentangkan kertas-kerts kerja. Kalau ngam tempat dan Tarikh nya. insya Allah saya ada kometmen untuk hadir bawa entri saya ini.
Cal Jafran Saya memahami dan tahu asal-usul perkataan Melayu. KDM juga termasuk dalam rumpun Melayu di mana ia tergolong dalam Malayo-polynesian dalam keluarga Austronesian, Namun perlu saya jelaskan di sini bahawa Bahasa Kadazan dan Dusun adalah termasuk dalam Malayu-polynesian Utara dan bahasa Melayu pula adalah termasuk dalam kelompok Malayo-polynesian Selatan.- ADMIN. Kalau saudara memahami dan tahu asal Muasal sebutan MELAYU versi (saya) kami, tentu saudara tidak akan mengaitkan Perkataan MELAYU dengan polyanasia atau Austronasian. mungkin kamu antara yang kebanyakan KDM yang beranggapan yang nenek moyang mereka berasal dari Cina. inilah kerisauan saya yang mana suatu hari nanti KDM disuruh balik ketempat nenek moyang di Sana?
- soalan Lazim yang saya temui untuk KDM, ialah Berapakah Usia kewujudan Bangsa KDM ini? dan kenapa sampai ke hari ini asal muasal KDM di cina itu tidak siapa yang telah meng AKUI atau meng SAH kan.
- Dan pernakah wujud Kesultanan Bangsa KDM?
- Dimana KDM ketika berkuasanya SULTAN SULU?
- Dan juga apa kah Hal KDM ketika Zaman Kegemilangan Sultan Berunai ?
- Cal Jafran Tetapi tidak bermakna kami menerima Melayu sebagai bangsa. Itu adalah fakta yang harus admin dan seangkatannya terima sebagaimana kamu menerima Melayu sebagai bangsa kalian, adakah admin dan seangkatan kalian tidak boleh menerima bahawa KDM Islam tidak mahu dimelayukan? sehingga dianggap asobiah?
- ADMIN kertas kerja dan point MEMELAYUKAN jika ingin bersatu etnik pelbagai di SABAH termasuk KDM dibentangkan selepas bertahun-tahun dan pelbagai berlaku di sabah. Idea ini baru Nak bermula. itu pun JIKA INGIN BERSATU! tak nak.. Tidak mau... ada siapa-siapa marah? pelegesen...
- JADI adakah Kamu selama bertahun-tahun itu KDM ISLAM tidak diterima atau dipinggirkan kerana tidak mahu di MELAYU Kan? saya sebut sekali lagi, ini hanya poin dalam kertas kerja, nak terima, terima kasih, tidak mau terima, tidak siapa yang marah-marah, Orang Melayu nak Kisah apa.. yang saya risau ini yang tak faham-faham poin topik itu, kalau tak nak cuba nak faham silakan... saya rugi apa.
- Memang kah KDM ISLAM tidak Mahu di MELAYU kan untuk Bersatu? Pernah buat kajian lapangan?
- pada saya kalau faham Kot! semudah Bahasa MELAYU yang diguna pakai sebagai bahasa pengantara komonikasi diantara etnik-etnik.
- Cal Jafran Bangga adalah nikmat yang diberikan oleh Allah swt, oleh itu salahkah kami mempunyai sikap bangga akan keturunan yang diberikan oleh kami? adakah ianya berdosa dan masuk neraka apabila kami menolak untuk dimelayukan?
- ADMIN. Bersyukurlah... tak tau pula saya BANGGA ini Nikmat Allah. terima kasih kerana sampaikan pengatahuan ini.
- ADMIN. Orang Yahudi terdahulu ditegur oleh Allah Kerana Ketaksuban mereka pada bangsa Mereka. hingga sanggup memandang hina bangsa lain. apa lagi bila nabi Akhir Zaman Muncul dari bangsa Arab. Salah atau tidak ikut ilmu masing-masing. berdosa atau tidak itu ikut nilai capaian ilmu sendiri. tapi yang saya pasti kejahilan itu wujud.
- ADMIN kalau saya ada dua sebab Islam KDM tak terima Maksud MELAYU
- 1. dari pengalaman saya, adanya kesukuan menebal dalam diri yang akan menyebabkan seseorang itu tidak menyedari itulah bentuk Asabiah. walau neraka dan Syurga hak milik Allah. kalau Hukum Asabiah pun tanya saya, suka saya sarankan pergi balik mengaji jangan buang masa membaca disini , tumpukan haq Fardu Ain. Fardu Kifayah je sini.. sebab tulah payah nak faham.
- 2. Tak Faham maksud MELAYU dalam Versi sepatutnya. fahamannya Melayu tu kat semananjung ja. yang Songkok hitam dengan Kopiah putih pun banyak ditiru oleh KDM Islam.
- Kerajaan Melayu Melaka kenapa di panggil MELAYU. pengasasnya Parameswara itu orang MELAYU Kah atau hindu? cuba Cek balik!
- Cal Jafran saudara perumpamaan anda dgn menghuraikan ansar dan muhajirin dengan isu memelayukan rumpun Melayu khususnya KDM Islam adalah jauh berbeza. ANSAR dan MUHAJIRIN masih lagi bangsa ARAB, isu ini hanya mempersaudarakan bagi kekuatan perpaduan islam zaman itu.
- ADMIN Saudara Cal Jafran. kamu anggap ANSAR dari bangsa Arab sebab ANSAR tinggal di Arab kan ? setahu saya, kebanyakan penduduk ANSAR ini dari suku-suku Pengambara dan suku atau puak yang terbanyak sekali dari Bangsa YAHUDI. Apakah YAHUDI ini orang ARAB ?
- demikian juga MUHAJIRIN, bukan semata-mata bangsa Arab. Ada Sahabat dari suku pengambara yang disuluh Iman mencari Islam. ada yahudi mekah, ada orang Parsi ada orang Rom dan pelbagai lagi suku bangsa pengambara. macam salaman al-farsi ra, Bilal bin Rabbah ra, dan pada Anggapan kamu adakah Golongan kekhalifahan Abasiah atau Khalifa Uthamaniah pun bukan bangsa Arab kerana berpusat di Turki dan di Bagdad?
- Jadi apa macam KDM islam tak mau bersatu dengan bangsa lain? Melayu mempersaudarakan (menyatukan) KDM ISLAM dengan Etnik ISLAM yang lain. tak boleh kah?
- Cal Jafran tetapi isu Memelayukan adalah menjadikan mereka MELAYU KADAZAN, MELAYU DUSUN DAN MELAYU MURUT. Hahahahaha… kami pun agak hairan dan pelik mengapa kaum Melayu ingin sangat memelayukan KDM Islam????.
- ADMIN. saudara perlu sedar, tidak pernah pun kaum melayu ingin memelayukan kan KDM atau etnik sabah yang lain. cuma inilah pendapat terkini bagi penyelasaian keadaan kepada apa yang berlaku dan dilalui oleh KDM ISLAM selama ini dan juga untuk pemancu hala tuju KDM ISLAM menempuh cabaran mendatang. tapi kalau itu pun KDM ISLAM rasa salah. terpulanglah. orang nak bantu tapi di salah mengertikan. Kalau KDM Non M..... tak heranlah saya. tapi ini yang mengaku ISLAM.
- Cal Jafran Terimalah kemahuan KDM bahawa mereka tidak mahu dimelayukan. Perpaduan Islam di Sabah amat baik ketika ini, sengketa agama tidak ada, isu perkauam juga tidak ada, kafir-mengkafir juga tidak ada kecuali di seberang sana. Jadi Memelayukn KDM adalah konsep yang harus ditolak tanpa ragu-ragu kerana menyalahi konsep yang dipegang oleh KDM Islam itu sendiri. Jika admin mengatakan kami asobiah, biarlah kami terima asalkan kami tahu bagaimana menjalin perpaduan, kefahaman, hormat-menghormati dan tolong menolong antara sesame Muslim khususnya dan seluruh rakyat di Sabah.
- ADMIN. segala bentuk bantuan Dakwah dan meterial dari NGOs banyaknya adalah dari Melayu Semananjung. sama ada politikal atau non politikal. adakah selama ini mereka bertanya kepad ISLAM KDM kalau kamu tidak masuk Melayu kami tidak akan beri bantuan?
- Apakah KDM ISLAM dipaksa menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa Pengantar? Siapa yang mengajar KDM ISLAM kefahaman untuk menjalin perpaduan dan tolong menolong sesama Manusia? adakah tiba-tiba pandai?
- tidakah pernahkah terfikir bahawa mereka-mereka yang terlibat dengan kerja-kerja Agama dan Dakwah ini di SABAH, merumus kerja-kerja dakwah mereka itu? bukan kah lahirnya gagasan dan Idea sebegini adalah pengalaman mereka? kenapa kita tidak berterima kasih pada idea mereka? bukan kah merekalah yang sangat-sangat membantu kita selama ini. tapi kalu dah pandai sangat tu.... no komen lah.
- Persoalan saya kepada rakan-rakan semua. Pada tahun bilakah KDM ISLAM Sabahan telah mula berdiri di kaki sendiri. atau selamanya berkokok nya lebih. saya memang tertunggu-tunggu moduel cara hidup Islam ala-ala KDM. yang mampu membezakan KDM Islam dan yang NON. tidalah saya berniat tapi kita ini kadang-kadang saya rasa banyak yang bertabiat lebih sudu dari kuah. tidak faham tapi berlagak pandai.
Cal Jafran Bersatulah kita atas bendera agama islam yang tercinta, berdakwahlah dengan tulus ikhlas serta jangan anggap kami ini Melayu tetapi angkap kami ini saudara kalian kerana beraqidah yang sama.
Dusun Islam mantad pogun do Sabah.- ADMIN. ko mau bagi tau begini kah sama diorang yang berdakwah sudah bertahun-tahun lama geng? kalau saya malu oooh mau sakap begini Ging.
- Pada saya Kesatuan dan bendera adalah bab yang berbeza,
- apa kata pendakwah? dan apa kata kilen dakwah? adalah dua pengalaman dan pengatahuan berbeza. siapa yang pandai? siapa yang Betul?
- Untuk kilen dakwah, pendakwah ingin bina kesatuan untuk mereka, dah ada kesatuan barulah mereka fikir-fikirkan bendera untuk mereka. walau saya bukan dari uslub dakwah, tapi saya menghormati kerja-kerja mereka. saya juga bukan dari Uslub fiqah untuk menentukan Bendera tapi saya ingin memahami mereka. kerana saya antara yang memenuhi ruang yang ada dari keduanya. kerja mengikut Amanah dan ketentuan kehendak Allah s.w.t. wallau 'alam,
- Agayoh kongsikahan diti rinaa'at (rina'it) nu ti ambalut. kerati om ailaan ku saralem ginovo isai-sai it memara'it tinan dau Dusun Suminilam, tei kepasih nepe nga silam ne,nekatanud tama em tapa dau Silam. it Pason ku kumaa dikayu ainsanan. neberes kune kada da tumanud temed dilo Buku Sejarah. em kada da epolitikan dengan nilai Kepartian. dan cuba juga selami Maksud MELAYU seperti mana yang Saya dan mereka katakan kerana sefaham saya MELAYU bukan setakat BANGSA.seperti sangkaan kamu di bawah ini. ( Saya memahami dan tahu asal-usul perkataan Melayu. KDM juga termasuk dalam rumpun Melayu di mana ia tergolong dalam Malayo-polynesian dalam keluarga Austronesian, Namun perlu saya jelaskan di sini bahawa Bahasa Kadazan dan Dusun adalah termasuk dalam Malayu-polynesian Utara dan bahasa Melayu pula adalah termasuk dalam kelompok Malayo-polynesian Selatan. Tetapi tidak bermakna kami menerima Melayu sebagai bangsa. Itu adalah fakta yang harus admin dan seangkatannya terima sebagaimana kamu menerima Melayu sebagai bangsa kalian, adakah admin dan seangkatan kalian tidak boleh menerima bahawa KDM Islam tidak mahu dimelayukan?)