Pengikut

Selasa, 18 Februari 2014

IBU GAYONG VERSI KAMPONG-KAMPONG.




Selapas Menyentuh Sepintas Lalu  Perkataan @ Kalimah  IBU dan GAYONG Dalam Mesyuarat Cadangan Aktiviti Tahunan 2014. Barulah Saya tergerak untuk mencari Maksud perkatan GAYONG . Dulu masa belajar di semananjung ingat macam pernah dengar benda ini, tapi sekarang dah tak melekat  dalam fikiran. Jadi abang Google lah jadi tumpuan. Mungkin Telah lama Dibincang Di Alam Google. Bila melayarinya, maka Terbukti memang banyak sangat hikayatnya hingga hilang minat saya untuk membaca. Bah... kamu rajin-rajinlah cari-cari di sana kioh.

Mulanya Saya Tertegah Untuk Menyentuh Perkataan Gayong Ini Kerana Risau Yang Nama Itu Telah Di Peten Untuk Hak Milik Oleh Pertubuhan Yang Telah Mendaftarkannya Sebagai Nama Mereka. Bila Terbaca Ada Blog Yang Sudah Menulis Bahawa Nama GAYONG Ini Tidak Bermaksud Milik Pertubuhan Itu Sendiri. Maka senanglah hati Saya untuk Cuba berfikir  mengolah dan Menyusun bait-bait Ayat untuk menceritakan dalam Versi saya dengan  Bermaksud Untuk Memperkayakan Lagi Perbincangan Mengenai kalimah dan perkataan GAYONG Itu di Alam google ini.

Jadi Bermaksud juga. Apa sahaja  Yang Saya Tulis Ini Tidak Bermakna Inilah Tafsiran IBU  dan GAYONG Itu Dalam Aliran Penulis. Kerana Kerahsiaan adalah cara penjagaan kazanah yang amat berharga ini. Cuma Mudah-Mudahan Ini Sebagai Pemudah Faham Dan Penarik Minat Masyarakat Islam Yang Semakin Alfa. Yang rata-rata Hanya Tertarik Dan Ketagih Dengan Permainan Game Alam Maya Sahaja. 

Mungkin Sekali sekala menganggu penglihatan carian  alamat abang Google ini dalam  maka ini akhirnya maka mungkin  suatu hari nanti ada keinginannya untuk membacanya. dan timbul pula keinginan untuk ambil tahu lebih lanjut.

Tidakah? permainan Alam Maya itu mensia-siakan masa dan memanjakan kecergasan badan? Sedangkan dalam Islam itu sendiri ada Amalan yang bertaraf Sunah yang lebih menarik dan berpahala ketika berlatih dengannya,  contoh Sukan Memanah,  berolahraga dan kalau mampu berlatih menunggang Kuda. AKAL yang SIHAT tentunya dari badan yang Sihat.

Anak muda Genarasi Dahulu sangat berminat dengan Silat. Sebut saja silat wah macam-macam cerita pengalamannya, Lelaki tidak lengkap untuk merantau kalau tidak ada ilmu di dada. Koman-koman pun adalah juga asas silatnya. maka kampung-kampung ada seni silatnya masing-masing.  semacam jadi Tred Mark. sukar mengurat kalau tidak reti bersilat. 

 Agama Islam Itu Sendiri Ada Sumber Kekuatannya , Agama Islam Tidak Tersebar Dengan Mudah. Mereka yang menyebarkannya Menempuh Penuh Duri Dan Ranjau. Oleh Kerana Mereka Memiliki Sumber kekuatan Ini Maka Mereka Amat Bersabar Dan Dapat Berdakwah Dengan Penuh Hikmah. Mereka Yang Masih Ada Sifat Amarah Dilatih Dan Berlatih Hingga Ada Sifat Mahmudah. Penyebar dan penyayang.

Mereka-Mereka Yang Masih Ada Sifat Amarah Inilah Yang Banyak Menimbulkan Kekecohan, perbalahan sana dan sini. Itu ini tidak ada. Bida’ah dan bermacam-macam ragam lagi. Yang Penipu Dan Munafik Itu Belakang Ceritalah. Kerana Kita Sedia Maklum Iblis Akan Ada Dimana-Mana. 

Demikian juga sumber kekutan Agama ini, Setelah melalui jalan panjang dan diwarisi oleh seganap pelusuk manusia. maka  telah mustahil  telah diserap oleh beberapa Virus sama ada dalam  bentuk Akidah, Perbuatan, pengucapan atau seumpamanya, jadi ada keperluan bertanyakan mereka yang memang duduk dalam babnya. 

Ada Blog Yang Menceritakan Asal Kalimah Gayong Ini Sebenarnya Dari Kalimah Asmaul Husnah Al-Gayyum. Cuma Padah Saya Kalau Orang Sabah Terutama Masyarakat Saya Ini, Saya Percaya Sungguh Mereka Akan mudah Tergeliat Lidah Menyebutnya. Pasti Bunyi Berlainan. mungkin bunyinya setakat Kayum.Tapi Itulah kalau Qayum ke Gayong macam terSangat Jauh Bunyinya  orang melayu Tersasul. Tak Apalah Ini Tidak Mencacatkan Penceritaan Mereka. Dan Itu Hak Mereka Dalam Ilmiah.

Dalam masyarakat kita Sinonim sangat yang ada mereka-mereka yang dipanggil sebagai Gila Isim. Terutama kononnya mereka-mereka yang tersalah langkah atau telah melangar pantang larang semasa menuntut atau ketika  beramal. Harus difahami kalimah Isim bermaksud kata mufrad bagi NAMA Dan Asamul bermaksud jama’  sebagai NAMA-NAMA.

 Jadi Asamaul Husna bermaksud nama-nama yang indah. Dan sepatutnya tidak timbul masalah gelaran GILA ISIM kerana asmaul husnah ini disusun oleh Ulama terdahulu untuk memudahkan kita (mentauhidkan) atau meng ESA kan Allah s.w.t  dengan memperkenalkan sukatan pelajaran asmul husnah ini untuk  mudah mempelajari  dan mengenal nama-nama Allah S.w.t. agar iman berterusan  teguh.

"AWAL TARIQAT ITU GILA".  kita biasa juga mendengar ayat ini di dendangkan  dikalangan mereka-mereka yang berkenaan. tapi Gilanya bukan GILA ISIM. Gilanya sebab mula terbuka hijab...

Jadi amat menduakcitakan jika nama-nama ini hanya dijadikan bahan nyanyian. Bahkan rugi lagi teramat mereka-mereka yang hafal pun tidak Asmaul husnah ini. Tidak menjadi larangan dan Kesalahan menyanyaikan atau mewiridkan mana-mana NAMA  ALLAH s.w.t.  ini. Tapi hendaklah BerGuru dan bertalqilah dengan mereka-mereka yang jelas sanadnya. Jauhkan berguru dengan syekh Google atau tuan guru Facebook.

Walau Apa Pun Tafsiran Dan Asal Muasal Kalimah GAYONG Ini . Itu Adalah Pendapatan Dan Harta Bagi Mereka Yang Telah Mendapatkanya. Cuma Tidak Terhad Dan Tiada Terhingga dan tidak salah barangkali Untuk Kita Berkarya Mengikut Tahap Capaian Kita masing-masing.

Untuk Tahap macam Saya Yang Masih Belajar belajar, belajar dan terus belajar. Saya Boleh Juga Menerima Kiranya GAYONG Yang Dimaksudkan Ini Adalah Memang GAYONG Yang Digunakan Untuk  Pencedok Air Itu Sendiri. Kenapa Saya Boleh Menerimanya? Kerana Saya Merenung Dan Melihat Dari Pergerakan Mencedok  Air Itu. Ada Pergerakan mencedok Air. Tentu ada yang menggerakan pergerekan tersebut.

Zaman orang tua-tua kita dulu mana ada binatang Gayong Air ini. Cebok yang digunakan untuk mengambil air diperbuat dari daya Inovasi masing-masing. contoh dari upih pinang. dari tempurung kelapa, batang bambu  dan bagi mereka yang dari keluarga yang berkedudukan mungkin menggunakan arca dari tembaga.


Teringat saya masa mula-mula menimba air Dalam Telaga (perigi). kalau time perigi ini penuh tak lah sesukar mana. tapi bila airnya surut matailah mau tercebok Air memenuhkan timba tersebut.  Tak ada Ilmu Gayung jangan harap dapat menimba Air....  Akhirnya berkat tunjuk ajar dan latihan. Insyah allah setiap kali cedokan Timba tersebut pasti penuh dengan air. ilmu ini pun kami warisi dan kami wariskan juga kepada generasi Lain.


Baru-baru ini saya berkesempatan membaca Artikel Di Well  Abjad Johor. lalu saya dwonload dua artikel. saya terjumpa dalam salah satu artikelnya di muka surat 16 yang menceritakan asal usul Gayong.

Sebelum dihuraikan  perkataan „silat‟, terlebih dahulu dihuraikan perkataan
"gayung‟. Perkataan "gayung‟   asalnya daripada perkataan Melayu Kuno.  Asal
perkataannya terbit daripada perkataan "gawang‟.   Sebagai  contoh gawang tangan,
gawang siku, gawang kepala, gawang badan, gawang lutut, gawang kaki, menolak,
menyepak, menepis sesuatu kejahatan yang datang pada diri. 

Perkataan "gawang‟ ertinya satu sifat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada 
semua jenis bernyawa yang  terdiri daripada manusia dan binatang bagi menolak jahat
dan menerima baik sama ada secara tiba-tiba  ataupun melalui susunan latihan.
Daripada perkataan „gawang‟ inilah terbitnya perkataan „gayung‟. 

Perkataan  „gayung‟ pula  kalau   diterjemahkan   ke  dalam  bahasa kita 
sekarang ertinya susunan langkahan pertahanan diri iaitu setiap satu susunan
langkahan yang disertakan dengan tumbuk-menumbuk, sepak-menyepak, terajang, 
tepis- menepis, lompat-melompat, elak-mengelak dan sebagainya, kaedah ini memang

ada pada setiap bangsa di dunia.

PS. untuk makluman dan pengatahuan Tuan-tuan dan puan-puan sekelian yang kalimah ini "Gawang" lebih secocok dan sangat dengan dekat dengan bahasa Tempatan kami. dan sampai sekarang kami tidak tergeliat atau tersasul lidah menyebutnya. Bahasa Melayu Kuno rupanya. wuuhhh... Tak sangka Zahir lagi satu bahasa kami yang pernah dituturkan  pada Zaman Melayu Kuno.Siap lah kamu orang yang bersangka Kadazan Dusun Murut ini tidak pernah ada Kesultanan (Kerajaan).

GERAK ALAMAT HIDUP, DIAM ALAMAT MATI. Inilah cokang kata yang sering di perkatakan dalam aliaran penulis.  Jadi GERAK sebenar GERAK inilah yang sering dilatih cuba. Mudah-mudahan terzahir. Bukan GERAK yang Menyeru JIN.

Adakah IBU GAYONG Dan IBU GERAK Ini Berlainan Atau Sama Sebenarnya? Terpulanglah kepada pembaca untuk membuat dan menilainya. Cuma Jangan Menilai Dari Pembacaan Di Alam Google Ini Semata-Mata. Sebaik-baiknya Sila Dan Tolong Rujuklah kepada Jurulatih Atau Perguruan Yang Berkaitan. Usah Berbincang Sesama Kawan-Kawan Sahaja.

Sebelum Saya Mendalami SILAT ABJAD MALAYSIA. Saya Telah Mempelajari  Beberapa Asas Seni Persilatan Yang Berleger Dalam Masyarakat kami . Dan Yang Saya Tahu Berlatih, Berlatih, Berlatih Sehingga Tamat Dan Mencari Lagi Dan Tamat Dan Mencari Dan Tamat Dan Demikianlah Sehingga-Hingga tidak terhingga.

Cuma bila difikirkan kembali,sudah meyakinkan dan patutnya orang menerima pakai bahawa  langakan persilatan ini sebagai Asasnya pada sesetangah bab. Bila TAMAT tuntutan gelanggang maka bermulalah pembelajaran peringkat lain pula.

Bagi mereka-mereka yang  berminat dan berkehendakannya atau  Bagi mereka yang berbakat kebiasaanya akan mendapat tawaran atau disyorkan oleh tuan Guru untuk mendalamkan lagi pengetahuan atau memilih jurusan atau pengkhususan tertentu pula.

Kerana itulah Orang dulu-dulu JARANG kita temui sebagai seorang Perawat tetapi bukan GURU SILAT.  Tidaklah menghairankan kalau ada GURU SILAT tapi  bukan PERAWAT. Tapi kalau seseorang itu PERAWAT tapi bukan GURU SILAT maka tedapat  sedikit kekurangan dan mungkin berlaku beberapa masalah.

Soalan yang sedikit membantah, Jadi tidak bolekah orang yang tidak berlatih langkahan silat melompat terus sebagai perawat?  Kalau saya yang tolong menjawab. Jawapan saya ialah betul. Tidak sesuai orang yang tidak berlatih silat sebagai Perawat.  Atas alasan yang terlalu banyak.  Tapi Tak kisah pun, kalau tidak ambil peduli saranan dan nasihat begini terpulanglah…

Berlatih dan belajar Silat Akan Membuka Panca Indra Yang Lain. Sebab  Itulah “EBIWAKAS” Kata Orang Dulu-Dulu. Perkataan Ini Dalam Dailik  Bahasa Masyarakat Saya. Kurang Pastilah Apa Istilahnya Dalam Bahasa Melayu. Kelakuan Tersebut Lebih Kepada Latah Bersilat. Bila Terkejut Pasti Akan Membuka Langkahan Bersilat.

 Seingat Saya. Semasa Zaman  Kecil-Kecil Dahulu pun. Ala-Laa Lelaki Memang Liat Nak Bangun Kan?. Lebih-Lebih sebab Sejuk Perkampungan Kami Ini Macam Di New Zealand. Walau Masih Dalam Tidur Saya Boleh Bezakan Langkahan Berjalan Siapa Yang Datang Membangunkan saya Ini. Kalau Langkahan Ayah Awal-Awal Lagi Saya Dah Standbay. Kalau Langkahan Ibu. Oooooohh Pasti Sempat Bermanja.

Dan Lagi Jangan Cuba Menyentuh Atau Cuba Mengusik Saya Ketika Saya Sedang Tertidur, Kalau Saya Terkejut Anda Pasti Akan Lebih Terkejut Kerana Mata Saya Masih Tertutup.  Belum berlatih Umar umayah lagi ini.

Dan timbulah dan Inilah Juga Persoalan saya dan Orang-Orang Pada Masa Itu.  Apa Ceritanya bila dah ada Anak Kecil Kita Yang Tidur Bersama? Kena Lambung Kot?  Bini Masih boleh tahan! Baby kecil  ini yang tak tau lagi, tentu nahas.

Yang PANAS BARAN!!! ini yang tak tahan ini tau. Rata-Rata Panas Baran, kenapa itu ahh? bayangkanlah anak kecil yang di debuk bak dengan tangan tak haru kah? ini bukan apa tuan-tuan dan Puan-puan. JIN Tengah bina rumah dalam badan. kalau dah JIN itu mudah keluar masuk dirumahnya sebelah hati. kompom perangainya  lupa diri sebagai manusia, Tapi yang lebih dashyatnya bila JIN sudah bersarang dihati.


Bila saya  BerBai’ah dengan ABJAD MALAYSIA atas  saranan dan disyorkan oleh Tuan Guru. Maka Dengan penuh Ikhlas saya telah berniat mengosongkan  dan lepaskan diri dari semua yang ada dan yang telah saya pelajari terdahulu.

 Kenapa perlu demikian?  Saya tidak pernah ambil kisah pun perkara ini, dan saya tidak tergerak hati pun nak  untuk berTanya. Kenapa? dan mengapa?

 Alhamdulillah cerita ini telah berlaku  20 tahun yang lalu. Sedar tak sedar seMakin dimamah Usia pula  saya ini… jangut dah 90% putih...  Dan pengalaman 20 tahun inilah yang saya pertaruhkan bila berada dilapangan..

Kini Saya amat bersyukur dan sepatutnya amat saya selesa untuk tidak menonjolkan diri bahpakan menyibuk-mmenyibuk? walau memang sudah dikenali dan sering mengelakan diri.. cuma ini jugalah yang saya cuba kongsikan pada anda-anda dan kepada  masyarakat saya khususnya. walau pun mereka  dan anda-anda pembaca tidak pandang sebelah mata pun  pada saya. kalau  ada seorang dalam dalam sejuta sudah memandai. ilmu ini Allah swt yang jaga. jadi sudah memandai seadanya kerana juga Syurga  ini Tidak ramai Penghuninya.

“AKU POHON MENZAHIRKAN SENI SILAT ABJAD ASLI IBU GAYONG ROHANI JASMANI” Demikianlah Antara Rantaian Bait-Bait Kata Doa Latihan Pohon Gerak Dalam Aliran Penulis. Saya Dikhabarkan  bahawa dengan latihan Doa Ini pun, selayaknya boleh Dapat Menzahirkan Langkahan Silat Yang Mana-Mana Tergerak Di Hati. Walau Tidak Pernah Dipelajari Langkahnya sebelum ini.

Sebagai catatan pengalaman, doa pohon gerak ini mudah zahir dengan budak-budak, mungkin sebab hati nurani mereka ini suci bersih lagi. Pernah saya praktikan doa ini kepada murid-murid sekolah rendah yang bukan beragama Islam. Maka hairanlah budak-budak ini kerana tangan mereka bergerak laju dengan sendirinya. Budak-budak ini boleh  lagi berkata Ustaz… tangan kami bergerak sendiri. Ini baru pendidikan Jasmani dalam bilik darjah. Kalau buat PJK ditengah padang  pasti lagi Best..kan?

Aliran Latihan Doa Ini Juga Boleh Dan Mampu Digunakan Untuk Penyembuhan Rawatan  Kesembuhaan Penyakit, Dan Mampu Memerangkap  Jin ketika  Rawatan Kerasukan. Cuma Saya Tidak Boleh Menyatakan Berapa Ramai Yang Telah Mampu Dan Sampai Kepada Pengguanaan Seperti Yang Dinyatakan Ini. Mudah-Mudahan Ramai Kerana Semuanya Amat Berahsia.

Walaupun Saya Telah Berniat Mengosongkan Diri Dan Berlepas Diri Dari Amalan Terdahulu. Rupanya Perkara Itu tidak semudah itu…. Jadi percayalah rakan-rakan di luar sana. Anda pun berpontesi seperti saya.. Insyah Allah mungkin dapat saya panjangkan dalam Tajuk lain Ciri-ciri ber SAKA.

Niat mengosongkan diri setidak-tidaknya telah memudahkan saya dalam  Proses Pengisian Selanjutnya, Berjalan Dengan Pantas Dan Cepat  Biarpun Berhadapan Dengan Beberapa Kesukaran. Alhamdulillah saya antara yang dimudahkan perjalannya.

Langkahan Jasmani Dan Pengisian Rohani Berjalan Dengan Berkesan.  Saya Pernah Melihat Beberapa Rakan orang lama Berlatih Langkahan Mata Bertutup.  Dan Saya juga antara bakat-bakat yang menonjol dalam latihan padang.

Selang  Masa Berlalu,  Saya Dengan Beberapa Rakan Telah Di Cadangkan oleh GuruLatih untuk Berlatih UMAR UMAIYAH.  Dan Saya Bersangka Ini Segmen Untuk Latihan padang Mata Bertutup itu.

Khabarnya Rakan-Rakan Lain Mula Berlatih Mengguanakan Kayu. Disebabkan Agak Lama Saya terkandas  Dikampong Halaman Di Negeri kelahiran saya Sabah.  Maka Cadangan persembahan Latihan Padang Yang Akan Meletakan Saya  Melawan 9 Orang. sebagai kemuncak persembahan dari cawangan masing-masing.

ketika ini kami akan meWakili cawangan Sg. Bakap SPS. Peneng, ke  Acara Musabaqah Peringkat Kebangsaan di SELAMA perak (kalau tidak salah ingatan saya) . Majlis makin menghampir, oleh kerana saya belum hadir  berlatih, maka tempat saya itu digantikan oleh Saudara Hasnan Hassan. yang khabarnya sekarang bertugas di jabatan agama Peneng. 


Kalau tidak silap Geng 9 ini Rasanya tinggal Ustaz Ridwan (Wan Pondok) yang aktif.  Bertampat di Pucung atau rawang Selangor. yang mana sekarang ini. juga sebagai Wakil Guru (Badal).

Walaupun ketika terkandas ini saya Mengalami Kecederaan Rohani Jasmani. Saya Masih Sempat Menghadiri Musabaqah Ini Sebagai Pemerhati Dan Pendorong Pada Rakan-Rakan.  Jadi Pemain Simpanan.
  
lebih kurang beginilah gayanya (2011)

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=R7HU47rKRO0


jangan kamu cuba nak lekehkan pak aji ini tau.

Selama 20 tahun Saya Tidak Mengetahuai Selain Latihan yang diberi nama Umar Umaiya. Masih  Ada Lagi Latihan Yang Diberi Nama IBU GAYONG DALAM. Dan Saya Tidak Menyangka Kedua-Dua Latihan Ini Boleh Dicuba Dalam Perawatan Ganguan MAKHLUK HALUS dan Perawatan Per Alih SAKA. 

Hingga ke hari ini, saya belum menguasainya salah satu darinya. Cuma saya ada mendengar  khabar kononya salah satu darinya Bolah digunakan untuk Merentas  MASA atau pengambaraan Masa.  Oo oooo jadi benarlah cerita wayang orang Putih yang boleh merentas masa itu memang  ada Alasanya. Lagi satu Kamu Ingat lagi dengan Wayang MATRIK atau AVATAR ? lebih kurang  ala-ala Gitu gayanya. 

Minta maaflah.. kawan-kawan jika timbul keinginan tahu kamu dengan kedua topic ini. Sila lah merujuk kepad Guru-guru yang bertauliah.

 Pembacaan saya semasa zaman kanak-kanak terhadap BUKU BERKELAHI DENGAN SYAITAN, yang mana watak Ustaz yang melakukan Rawatan  menggunakan kaedah tidur atau ditidurkan,   kadang-kadang Watak Ustaz ini  tidur dipandukan oleh Atuknya yang tidak kurang hebatnya. penceritaan cerita ini sangat mempengaruhi saya.


Begitu juga, Saya tercari-cari  kaedah yang digunakan oleh Atuk Tamar Jalis dalam buku BERCAKAP DENGAN JIN. yang mana tiba-tiba ia dapat mengalihkan pandangan menjadi Fenomena yang tidak tergambar oleh orang lain. kalau Bab inikan wayang Indon dan wayang Cina lah yang Best. boleh nampak powernya menyala-nyala.

Dalam porgrem Seminar Perubatan Islam dan Rawatan SAKA anjuran Angkatan Bina Diri yang Di kelolakan oleh Cikgu Mazlan Atin. Bertempat Di SG. Biru tahun lepas. Saya berkesempatan  menyaksikan beberapa Aksi menggunakan GAYONG DALAM.  Seperti Tangan boleh diolah menjadi pedang sepanjang mungkin. Ma syaa Allah.   Yaa…. Ala ala Macam Tundercat kata Ustaz  Zainuddin.

 Terbayang dalam hayalan saya cerita katun TunderCat yang memiliki pedang Ajaib yang boleh memanjang dan disimpan dalam ulu pedang. Jadi Mereka yang mahir menggunakan Gayong Dalam ini pastinya tidak kisah sangat bertemu lawan menggunakan parang kot?

Jadi Siapa Kata dalam ABJAD ini tiada  pukulan jarak jauh?  SAH lah orang ABJAD pun boleh membuat pukulan jarak jauh dengan Izin ALLAH s.w.t.

Tak menghairankanlah pedang-pedang yang boleh diterbangan  atau berterbangan, begitu juga bab Jurus- menjurus pukulan yang dilepaskan dari jauh ini. Tapi kamu-kamu pasti hairan yang saya tidak diberati atau Aliran saya tidak mempunyai pantang larang yang bukan-bukan atau pantang larang yang serupa atau meminjam  Hukum dan Perintah ALLAH s.w.t. untuk mencapai ketahap itu.

Mungkin Tidak Salah  Kalau Saya Nyatakan Maksud Dan Makna IBU Itu Tersorok Dalam Diri Setiap Individu Makhluk tapi mau kena Zahirkan. Bukanya pemasuk dari luar serupa seru Arwah atau seru JIN.

Mungkin Sentuhan  talaqi Talqin Bai’ah Syahadataain yang bersalasilah dapat Menghidupkan IBU ini. Gayong pula Jika Bermaksud Gerak Maka Akan Terpandu Dengan Betul Dengan Latihan JABAT 14. Ber Adab dengan GURU sebagai wasilah pembimbing rohani jasmani.

Sering kita war-warkan dan peringatkan sesetengah GERAK yang dipohon SERU adalah dengan bantuan dan ganguan JIN. Berhati-hati dengan kaedah marah dimarah.  hilang kawalan bila berlatih langkahan kerana semuanya dan  seterusnya bisa menjadi Faktor SAKA BAKA.  

Jadi untuk menyedarinya kenalah Teruskan Pengajian Dan Pembelajaran AGAMA. mudah-mudahan diberi HIDAYAH ALLAH s.w.t Untuk Memahaminya seterusnya menghindarinya.

Walaupun keturunan manusia ini dinisbahkan Kepada Bapa Atau Ber BIN kan Bapa. Tapi Dalam Seni Pembelajaran HIKMAH . Sumber Kekuatan Dan Pengenalan Keupayaan Seseorang Adalah Berdasarkan Nama nisbah IBU nya.  Jadi sebagai Ilmiah namakanlah Anak-anak perempuan kamu dengan nama yang kuat pada kiraan Nisbah hisabnya.



Wa Allahu ‘alam.

Sabtu, 15 Februari 2014

ANTARA PENANGAN IBU GAYONG DALAM



.
Pada Mesyuarat Cadangan Akiviti Tahunan Sepanjang Tahun 2014, Yang Dilangsungkan Di Gerai JB14 Semasa Tahun Baharu Cina Lalu. Dengan Tidak   Terancang Saya Telah  Cuba Menyentuh Hal Berkaitan Ibu Gayong.  Tanpa Rujukan Yang Jitu Menampakan Penyampaian Saya Seakan-Akan Hanyalah Bersifat Menumpang Lalu.

Disebabkan Diantara Buah Tangan Ustaz Zaindddin Semasa Porgrem  Di Sungai Biru Tahun Lepas Adalah Meminjamkan Serba Sedikit Penggunakan Ibu Gayong.  Jadi Saya Pun Sebenarnya Baharu Mengetahui Ibu Gayong Pun Diguna pakai Ketika Merawat mengalihkan Saka. Tidak semata-mata digunakan dalam seni bermain Pedang.

contoh dari rakan



Selaku Penumpang Sebagai Urusetia, Saya Hanya Akan Menunggu Dan Akan Meniru Apa-Apa Buah Tangan Yang Diberikan Oleh Ustaz Zainuddin. Seperti Pada Masa-Masa Yang Lepas Saya Tidak Terlibat Sangat Dengan Perawatan Peralih Saka Yang Di Kelolakan Oleh Ustaz Zainuddin Ini. 

Alhamdulillah Tahun Ini Peralih Saka Dijalankan Secara Sekeluarga Maka Saya Berpeluang Dan Di Beri Peranan Ikut Serta.

Pada Malam Tersebut Rombongan Kami Sedikit Lewat Kerana, Set Makan Malam Yang Dipesan Terlalu Lambat Untuk Sampai. Sekitar Jam 9.00 Malam. Secara Peribadi Saya Sangat-Sangat Bermohon Maaf Kepada Ustaz Zainuddin Sekeluarga Kerana Atas Kelamahan Bersifat Asas Ini. Set Makan Yang Tiba Jam Sembilan Malam Memang Agak Mendukacitakan. Kebiasaan Makan Malam Adalah Jam 6.00 Malam.

Sekitar Jam 10.00 Malam Barulah Rombongan Kami Berada Di Rumah Keluarga En. Sharul. Memang Suasana 10.00 Malam Bagi Orang Dewasa Di Kampong Ini Dikira Lewat. Serasa Saya Memang Sudah Bertahun Lamanya Saya Tidak Berziarah Kekawasan Perumahan Mereka Ini. Agak Berlainan Dan Saya Gagal Mengenal Pasti Mereka Yang Sepatutanya Saya Memang Kenali.

Dirumah Berkenaan Rombongan Kami Dan Hanya Ahli Keluarga Yang Dirawat Sahaja Yang Ada. Tanpa Melengahkan Masa. Ustaz  Zainudddin Bertanyakan Barang-Barang Yang Telah Dimaklumkan. Rupanya Barang-Barang Yang Disediakan Itu Masih Tertinggal Satu Perkara. Iaitu Buah Kundur!! Malam-Malam Begini Mana Nak Cari Buah Kundur.  Kami Cuba-Cuba Mendail Peraih Buah Kundur Malangnya Tidak Berangkat Langsung.

Nasib.. Lah Rupanya Buah Kundur Boleh Diganti Dengan Periuk Nasi, Dan Harus Diingat Ada Sedikit Salah Faham Tentang Istilah Periuk. Kerana Akan Keliru Sebab Bahasa Orang Sini Periuk Ini Yang Gunanya Goring-Mengoreng (Kuali).

Ustaz Zainuddin Mengarahkan Saya Mengetuai Majlis Qatam Quran. Manakala Beliau Pula Terus Menunaikan Dan Mendirikan Solat Hajat. Selasai Sahaja Doa Qatam Quran Dilafazkan. Saya Terperasan Ustaz Zainuddin Sudah Duduk Dihadapan Barang-Barang Yang Telah Disediakan.  Ustaz Zainuddin Pun Mengarahkan Semua Barang Tersebut Dibalut Dibungkus Dan Dimasukan Dalam Periuk.

Semasa Dipersilakan Mengadap Hidangan Mee Goring Kampong. Saya Melihat Ada Jiran Yang Telah Masuk Kedalam Rumah. Yang Mana Sedang Berbual Dengan Ustaz Jululian. Saya Memang Maklum Yang Ustaz Jululian Bertanyakan Lokasi Kami Kerana Beliau Hendak Berjumpa Dengan Ustaz Zainuddin. 

Semasa Kami Bersekolah Pondok Di Pulau Pinang Ustaz Zainuddin Ini Salah Seorang Tenaga Pengajarnya.
Selasai Menghadap Hidangan Kami Pun Bergesa Bergerak Untuk Menuju Ke Satu Lagi Rumah. Dikalangan Kami Memang Tidak Ada Dikalangan Kami Yang Arif Mengenai Jalan Menuju Kerumah Seterusnya Ini.
Dalam Ketergesaan Bertolak Ini, Rombongan Kami Tertinggal Seorang Yang Sedang Berada Ditandas Rumah Tersebut. Dan Perkara Ini Tidak Mendatangkan Apa-Apa Kerana Kami Tidak Terikat Sangat Dengan Adat Muadat.

Sampai Kami Dirumah Kedua Ini, Nampaknya Mereka Sudah Tidak Sanggup Menunggu. Beberapa Sms Dan Dailan Tidak Berangkat Sudah. Alhamdulillah Rombongan Kami Tidak Lama Menunggu. Keluar Juga Pemilik Rumah Menjemput Kami Naik Kedalam Rumah.

Bertanyakan Barang-Barang Yang Disediakan. Saya Sendiri Sedikit Keliru. Buah Kundur Pula Yang Digunakan. Sepengatahuan Saya Labu Lah Yang Selalu Digunakan. Adakah Lagi Kesilapan Istilah?
Menolong Menyediakan Peralatan Barangan Yang Diperlukan, Memang Banyak Barangan Yang Tidak Ada Pada Upacara Pertama Tadi. Seusai Saya Mengetuai Qatam Quran, Sekali Lagi Saya Melihat Ustaz Zainuddin Yang Telah Selasai Dengan Solat Hajat Dan Wiridnya. Mengarahkan Membungkus Dan Beberapa Perkara Yang Memang Tidak Ada Pada  Upacara Dirumah Pertama Tadi.

Aiii…….  Dah Selasai!! . Sekali Lagi Saya Ternanti-Nanti Mana Dia Adegen-Adegen  Yang Biasa Kita Lihat Dan Tonton Seperti Yang Digambarkan Dalam Tv. Yang tergambar dibaca  dari pembacaan buku cerita pun tidak berlaku.

Lebih Kurang Dalam Jam 12.00 Tengah Malam Selasailah Aktiviti Untuk Malam Ini. Rombongan Kami Kembali Ke Tapak Perkemahan Sg. Biru. Walaupun Dah Larut Pagi Saya Masih Ikut Serta Bersengkang Mata, Semata-Mata Merasa Mungkin Ada Buah Tangan Yang Akan Dipersembahkan Oleh Ustaz Zainuddin Kepada Anak-Anak Buahnya Pada Sedikit Masa Lagi. seperti yang selalu dilakukanya

Sekitar Jam 3.00 Pagi, Ustaz Zainuddin Memilih Mereka-Mereka Yang Akan Dijadikan Teras dari Dikalangan  Yang Telah Berlatih Ibu Gayong Untuk Menikmati Dan Merasai Sedikit Gaya Penangan Ibu GAYONG DALAM Tersebut. Dengan Saudara Cikgu Asrul Mencuba Untuk Ziarah Kembali keRumah Pertama Tadi. Dengan Soalan Rutin, Dari Arah Mana? Berapa Jumlah? Seterusnya Pagarlah Rumah Tersebut.

Saudara Mohd. Ridwan Pula Ziarah Kembali Rumah Kedua. Juga Dengan Beberapa Soalan Lazim tersebut. Saudara Cikgu Mazlan Balik Ke Rumah Sendiri. Saudara Keneddy Melawat Sekitar Sg. Biru.
Perlu Jadi Sampadan Dan Ingatan Semua Yang Berlaku Dan Gambaran Yang Dinyatakan Adalah Semata-Mata Panduan. Walau kita seakan berani nyatakan Benar kerana respon pelanggan esoknya sangat positif, insyah allah ada kesembuhan. Tapi jangan lupa keSalahan tetap mendatang. Hanya semua itu Dimilik Allah Swt.


 Apa Yang Kita Selak Ini Menjadi Tegahan Disebar Luas Kerana Akan Menyebabkan Menjadi Fitnah Memfitnah. Disinilah Perlu Peri  Pentingnya Kemantapan  Ada Dan penguasai Ilmu Agama. Kalau tidak Hanyut.. memperaga diri kerana Iblis akan sentiasa mengambil peluang 

Wallahu’alam

Ahad, 9 Februari 2014

Kumpulan dan Kerajaan-kerajaan JIN


kredet kepada Cikgu





Kumpulan-kumpulan Jin.
Jin juga seperti manusia yang inginkan
keturunan dan hidup berpuak-puak. Puak
dan kumpulan Jin terlalu banyak dan
bercakap dalam berbagai-bagai loghat dan
bahasa. Ada sesetengah ulama
membahagikan Jin kepada beberapa
kumpulan, antaranya kumpulan yang
menunggu kubur, kumpulan yang
menunggu gua, kumpulan yang menunggu
mayat manusia, kumpulan yang menunggu
hutan rimba, kumpulan yang menunggu
bukit bukau, kumpulan yang menunggu air
mata air, kumpulan yang menunggu tasik,
kolam, teluk, kuala, pulau dan sebagainya.

Jenis-jenis Jin

Sama seperti manusia Jin juga terdiri dari
pada berbagai jenis atau bangsa, antara
yang tersohor ialah :-

1. Iblis Bapa dan pujaan kepada semua jenis
Jin, Iblis dan Syaitan..
2. Asy-Syaitan Syaitan-syaitan
3. Al-Maraddah Peragu-peragu ( pewas-
was )
4. Al-Afrit Penipu-penipu
5. Al-A’waan Pelayan-pelayan
6. Al-Tayyaaruun Penerbang-penerbang
7. Al-Ghawwaasuun Penyelam-penyelam
8. At-Tawaabi Pengikut-pengikut
( pengekor )
9. Al-Qurana Pengawan-pengawan
10. Al-Ummaar Pemakmur.

Gelaran-gelaran Jin dalam istilah orang-
orang Melayu.

Jin menurut orang-orang kita mempunyai
beberapa nama dan gelaran menurut
perwatakkan dan rupa bentuk penjelmaan
mereka. Kebanyakan nama Jin-Jin itu dimulai
dengan hantu. Hantu-hantu tersebut
sebenarnya adalah terdiri daripada
golongan Jin, cuma di kalangan orang kita,
menganggap hantu itu adalah makhluk
yang berbeza daripada Jin


jom kongsi sikit ...pengetahuan..

Kerajaan-kerajaan Jin.
Jin juga mempunyai pemimpin dan
kerajaannya yang tersendiri. Antara Raja Jin
alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab,
Marrah, Ahmar, Burkhan, Syamhurash,
Zubai’ah dan Maimon. Empat raja Jin Ifrit
( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai
kerajaan yang besar yang menjadi menteri
kepada Nabi Allah Sulaiman a.s ialah
Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.
Manakala Raja Jin Alam atas yang Islam pula
ialah Rukiyaail, Jibriyaail, Samsamaail,
Mikiyaail, Sarifiyaail, ‘Ainyaail dan Kasfiyaail.
Raja Jin yang mengusai kesemua Jin
tersebut bernama THOTHAMGHI YAM YA LI..
Manakala Malaikat yang mengawal kesemua
Jin-Jin di atas bernama Maithotorun yang
bergelar QUTBUL JALALAH.

Anak-anak Iblis juga mempunyai kerajaan
yang besar antaranya :-
1. Thubar Merasuk manusia yang di timpa
musibah dan bala
2. Daasim Merasuk manusia untuk
menceraikan ikatan silatulrahim, rumah
tangga, keluarga, sahabat handai, jemaah
dan sebagainya.
3. Al-‘Awar Merasuk manusia supaya
meruntuhkan akhlak, berzina, minum arak,
liwat, berjudi dan sebagainya
4. Zalanbuur Merasuk manusia dengan api
permusuhan dan pembunuhan.
Antara Jin, Ifrit dan Syaitan serta Iblis.
Jin, Ifrit, Syaitan dan Iblis adalah merupakan
sebahagian daripada golongan Jin, cuma
tugas dan fungsi mereka sahaja yang
berbeza.

Jin sebagaimana yang telah
diterangkan di atas ialah sejenis mahkluk
Allah yang tersembunyi dan tidak kelihatan
oleh manusia. Pengetahuan mereka lebih
luas dan sangat panjang usianya. Manakala
Ifrit pula adalah daripada golongan Jin yang
sangat kuat dan bijak menipu serta sangat
busuk hati terhadap manusia. Golongan ini
tersangat sombong lagi amat durhaka
kepada Allah.

Iblis dan Syaitan juga terdiri daripada
golongan Jin dan mereka merupakan
golongan Jin yang sangat sombong lagi
durhaka, pengacau dan menjadi musuh
utama manusia dan mendapat kutukan Allah
sehingga ke hari kiamat. Sebagaimana
Firman Allah yang bermaksud :
" Iblis menjawab : Sebab engkau telah
menghukum saya dengan tersesat, saya
akan menghalang halangi mereka dari jalan
Mu yang lurus. Kemudian saya akan
mendatangani mereka dari depan dan dari
belakang mereka, dari kanan dan kiri
mereka. Engkau tak akan mendapati
kebanyakan dari mereka bersyukur ( taat )."
Sesetengah ulama berpendapat bahawa
Azazil itu bukanlah moyang Jin, sebenarnya
beliau merupakan satu Jin yang paling abid
dan alim di kalangan Jin yang di angkat
menjadi ketua ahli-ahli ibadat kepada Jin
dan Malaikat. Dia menjadi angkuh dan
takbur di atas keilmuan, ketakwaan dan
banyak beribadat serta asal usul
kejadiannya berbanding dengan manusia
( Adam ).

 Maka dengan sifat beliau yang
sombong itu Allah telah melaknatnya
menjadi kafir dengan nama Iblis.
Bermula dari saat itulah Iblis melancarkan
gerakan permusuhan dengan manusia
sehingga ke hari kiamat. Allah telah
menjelaskan bahawa terdapat tiga jenis
permusuhan dilakukan oleh Jin ke atas
manusia iaitu :-

1. Melalui Kejahatan ( As-Suu’ ) : iaitu
berkenan dan gemar kepada dosa-dosa dan
maksiat hati dan segala anggota tubuh
badan.
2. Kekejian ( Al-Fahsyaa’ ) : iaitu kejahatan
yang lebih buruk dan jahat lagi. Kekejian ini
adalah sebahagian daripada perkara yang
membawa kepada kedurhakaan dan
maksiat kepada Allah.
3. Melalui pembohongan dan menipu Allah
melalui perbuatan, perkataan dan nawaitu.
Bersahabat dengan Jin.
Ramai di kalangan orang-orang kita yang
bersahabat dan menjadikan Jin sebagai
pembantu dan Khadam mereka dalam
membantu mereka melaksanakan tugas-
tugas yang tertentu. Contohnya seperti Tok
Bomoh, Tok Pawang, Tok Dukun, Tok
Mudim, Mak Bidan, Mak Andam, Tukang Urut,
Panglima, Hulubalang, Tok Guru latihan
pertahanan diri dan sebagainya. Walaupun
begitu tidak semua golongan di atas yang
menggunakan Jin dalam kerja-kerja harian
mereka. Tidak dinafikan terdapat juga
golongan tersebut yang benar-benar
mempunyai kemahiran semulajadi tanpa
pertolongan dari Jin


Untuk pengetahuan

Manusia yang selamat dari ganguaan Jin ,
Iblis dan Syaitan adalah manusia yang
sentiasa berada dalam Tauhid
( mengesakan ) Allah, melalui lidah, anggota
dan hati, mereka juga berakhlak dengan
akhlak Rasulullah serta beramal dengan
syariat Islam.
 Jalan paling dekat untuk
berada dalam tauhid Allah ialah dengan kita
mengambil contoh perbuatan dan kelakuan
mereka yang setiap waktu dan masa berada
dalam tauhid Allah, seperti Nabi Muhammad,
sahabat-sahabat baginda, para ulama dan
sebagainya.
 Dengan itu Insyaalah akan
menyampaikan diri kita zahir dan batin
berada dalam tauhid Allah di semua tempat,
waktu dan masa melalui anggota, lidah dan
hati sebagaimana mereka, iaitu selamat
daripada gangguan para Jin, Iblis dan
Syaitan atau seumpamanya.
" Kun Ma’Allah fain lam takun
ma’Allah, fakun Ma’a man ma’Allah fainnahu
yusiluka illallaah "

Maksudnya : " Hendaklah jadikan diri kamu
bersama Allah, maka jika kamu tidak boleh
jadikan diri kamu bersama Allah hendaklah
kamu jadikan diri kamu bersama dengan
mereka yang telah beserta dengan Allah,
maka sesungguhnya yang demikian itu akan
menyampaikan diri kamu kepada Allah "
Diri manusia mukmin yang menjadi kekasih
Allah itu adalah seumpama kalbu Alam atau
jantung alam atau pusat alam yang
dikurniakan oleh Allah daya atau kuasa
graviti mengikut darjah ketinggian imam,
ilmu dan amalan mereka di sisi Allah. Diri-diri
yang lain hanyalah di bawah atau di dalam
kuasa atau graviti mereka.

Jumaat, 7 Februari 2014

Asam garam berpersatuan


akhirnya dapatlah juga saya dan keluarga balik bercuti  di kampong halaman sempena cuti tahun baru cina. terima kasih kepada saudara Md. Ridzwan kerana sanggup mengambil menjemput saya di terminal menumbuk.

 walau pun saya agak lama menunggu kedatanganya. serasa saya itu sangat berbaloi. terima kasih sekali lagi. mudah-mudahan allah menilainya dengan kebajikan.

selama empat hari bercuti di kampong, saya hanya duduk-duduk dirumah. hanya dapat bergerak kalau ada yang sudi mengambil. cadangan ke kinabatangan tidak menjadi kerana sahabat-sahabat baru di sana belum bersedia. insyah allah kita akan cuba lagi rancang bersama aktiviti riadah cuti bulan mac nanti.

begitu juga dengan  rancangan hendek ke sandakan, juga tidak menjadi, apa pun di samping hal peribadi. kehadiran saya dalam mini mesyuarat cadangan perlaksanaan aktiviti sepanjang tahun. dapat bertukar-tukar hasrat dan keinginan.

Demikianlah asam garam dalam berpersatuan. tidak boleh simpan dalam hati. hak ahli dalam menyuarakan hasrat hati. bila mana saya sendiri berhasrat untuk meminta RM150.00 kepada mana-mana ahli baru yang berkemampuan. RM50 untuk yuran ahli pertubuhan, RM50 kepada pembimbing dan RM50 sebagai sumbangan kenduri kesyukuran.lambat, terpulang sama ada ini boleh diterima atau tidak, sebab Timbalan pengerusi telah jelaskan akan kerisauan dan kebimbangan yang akan berlaku dengan yuran setinggi ini.

saya juga ada menyebut pasal IBU GAYONG.  menyentuh maksud IBU dan GAYUNG barang mana yang tercapai oleh pengatahuan saya yang serba kekurangan ini. duka cita saya nayatakan amat malang bagi mana-mana perawat jika tidak mencapai maksud mana-mana tahap ke GAYONG an. tapi menawarkan khidmat merawat. lebih-lebih lagi bagi mereka yang menawarkan perkidmatan merawat ganguan MAKHLUK HALUS. SIHIR, SAKA dan seumpamanya.

juga maklum balas Sudara Tasrif mengenai post perawatan Peralih SAKA. meminta cuba disertakan ciri-ciri juga orang yang bersaka. in syah allah mudah-mudahan saya dipermudahkan untuk menyentuh kedua-dua topik tersebut. IBU GAYUNG dan Ciri-ciri orang yang mempunyai SAKA terutama orang Dusun Ranau.

  yang mana saya jangkakan antara yang perlu di ketahuai asasnya. dan dicari-cari orang di alam internit ini.


Rabu, 29 Januari 2014

menuju untuk kerja sosial

 Cuti tahun baru cina 2014 untuk sekolah di labuan ini akan mula bercuti esok. 30hb januari. jadi adalah 6 hari cuti kesemuanya. mulanya mengikut kelender cuti raya cina ini bagi wilayah persekutuan ada 4 hari sahaja.

cuti 4 hari tidak berbaloi untuk balik kampong sebab saya tidak sempat membeli tekit fery yang kononya telah mula di jual nov tahun lepas. keluar boleh diurusakan tapi untuk masuk balik sedikit masaalah, kalau bujang tak apa juga.

hati meronta-ronta nak balik sebab nak Ziarah Ibu. rindu sangat lah ini.  dapat juga meneruskan agenda peribadi mencangkul meratakan tapak yang dicadangkan nak bina  pondok berteduh. planing dan azam sahaja lah maklumlah dalam kertas memang tidak mampu.

manakala untuk kerja-kerja kemasyarakatan @ sosial  pula insyahallah mana tau mungkin berpeluang menziarah sahabat baru di  sandakan atau beluaran. dan terlebih  baik lagi kalau dapat menuju ke dua-dua tempat.

Esok En Md Ridzuan dan En. Muhammad Ramdhan akan menjemput saya di Menumbuk.  mudah-mudahan Allah swt akan memberkati anda sekalian Amin

Isnin, 20 Januari 2014

SEDIKIT MENGENAI KEJADIAN MANUSIA - MENGIKUT ISLAM DAN TAFSIRAN SAINS pada 17hb Oktober 2010 pukul 10.58 ptg


https://www.facebook.com/abjad.malaysia

Artikel berikut adalah kajian Pok Nik dan gabungan lain-lain kajian

"Betapa payahnya malaikat-malaikat meminta tanah dari bumi untuk menjadikan nabi Adam A.S (Abul Basyar/Bapa segala manusia)".

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukan kemungkaran kepada Allah S.W.T.. Lalu Jibril kembali ke hadhirat Allah S.W.T. memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah S.W.T. memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak. Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.

Akhirnya, Allah S.W.T. menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Firman Allah S.W.T.: "Hai Izrail Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu."

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah S.W.T. kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah S.W.T.

Lalu Allah S.W.T. berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia."

Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.

Lalu Allah S.W.T. berfirman lagi:

"Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya."

Jenis tanah yang digunakan:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Eden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10.Tanah India
11.Tanah syurga
12.Tanah Tha'if

Menurut Ibnu Abbas:-

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana di situlah berada otak manusia, dan di situlah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar,tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar,tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama, sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon. Di situlah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Kaki kanannya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Kaki kirinya juga dari tanah India, tempat berdiri dan berjalan
13. Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana di situlah iman,keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.
14 .Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat,bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.
-----------------

1. Ketika Allah S.W.T. jadikan Adam,tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur(cahaya) kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam den...gan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan di dalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal". Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5. Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah S.W.T. menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Nabi Allah Adam a.s. masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Nabi Allah Adam a.s. telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai pengetahuan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Nabi Allah Adam a.s. ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah :

1. Di Kepala ialad Dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Di bawah ialah Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima pancaindera:

A. Mata alat penglihatan
B. Hidung alat penciuman
C. Telinga alat pendengaran
D. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
E. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.
Demikianlah Allah S.W.T. memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik ke kiri, ke kanan dan ke bawah di mana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai ke hidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah S.W.T. ajarkan padanya ucapan 'Alhamdulillah' Itulah ucapan Adam pertama kalinya ke hadhirat Allah S.W.T. Lalu Allah berkata Yarhamukallah" yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika seseorang itu bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya disunatkan pula mengucapkan "Yarhamukallah". Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:

"Dan adalah manusia itu suka tergesa-gesa".(Al-Israk:II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah ke langit tujuh sebelum dibawa ke Syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

Berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis, kajian sains telah menunjukkan bahawa elemen tanah pada tubuh manusia terdiri daripada :

1) Karbon
2) Oksigen
3) Hidrogen
4) Fosforus
5) Sulfur
6) Azote
7) Kalsium
8) Pottasium
9) Sodium
10) Klorat
11) Magnesium
12) Ferum
13) Manganese
14) Kuprum
15) Iodin
16) Klorin
17) Kobalt
18) Zink
19) Silicon
20) Alumunium

Kandungan kimia manusia pula terdiri daripada :

1) Oksigen 45,000 gram
2) Hidrogen 8,000 gram
3) Kalsium 1,000 gram
4) Kabrit 175 gram
5) Sodium 105 gram
6) Magnesium 35 gram
7) Kuprum 0.1 gram
8) Karbon 12,000 gram
9) Azote (nitrogen) 2,000 gram
10) Fosforus 140 gram
11) Klorin 105 gram
12) Ferum (besi) 4 gram
13) Iodin 0.03 gram
14) Manganese 0.02 gram

Terdapat beberapa teori yang boleh diperbuat di sini :

Oksigen 45000 gram bukanlah maksudnya pengambilan oksigen pada manusia kerana kajian ini melibatkan kajian kejadian manusia yang asal(kecuali semasa aktiviti lasak - pengambilan oksigen adalah tinggi) -Mungkin keperluan oksigen (dari belasan tanah asal kejadian) yang dikamilkan sehingga menjadi anggota tubuh manusia. (Begitu juga dengan lain-lain itu berasaskan apa yang kita panggil dari elemen tanah air api dan angin)

Nabi Adam tubuhnya sangat besar dengan tinggi 60 hasta seperti di jelaskan oleh Rasullulah.

Sabda Rasuullulah

“Allah menciptakan adam dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam, makhluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini“ (HR.Bukhari), hadis ini juga ditemukan dalam riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad, namun dalam sanad yg berbeza.1 hasta = 45,72 cm. maka dengan begitu tinggi nabi adam adalah 27,432 meter

Ukuran ketinggian ini juga munasabah kerana satu rawi menyatakan lautan yang paling dalam adalah hanya di paras tumit kaki Nabi Allah Adam a.s.

Dari sini mungkin saintis membuat agakan purata pengambilan oksigen oleh Nabi Allah Adam A.S. (mungkin 45kg seminit? sesaat? Wallahualam)

Dalam konteks kajian saintis Islam purba telah mengasaskan teori mereka ini pada beberapa hadis/riwayat dan firman Allah...contohnya 'setitis' diukur (agakan) dalam bentuk gram - juga lain-lain seperti 'segumpal', dsb. di samping yang disebutkan.

--------------------
Di dalam Al-Qur'an dan hadis ada disebut pelbagai kategori tanah seperti 'tanah hitam' (tanah yang dibakar (Ar-Rahman:14)

Dia (Allah) menjadikan manusia seperti TEMBIKAR, (tanah yg dibakar)." Kata - "Shal-shal" ini bermaksud : Tanah kering atau setengah kering yakni "ejen (zat) pembakar" atau apa yang kita kenali kini sebagai Oksigen. Selain itu "Fakhkhar," - "Zat Arang" atau Karbonium.
atau 'tanah kering & lumpur hitam yang berbentuk' (Al-Hijr:28) yang bermaksud pembentukan 'mould'

Di surat Al Hijr, ayat 28: juga menyebut - "shal-shal," telah diterangkan, sedangkan kata "Hamaa-in" di ayat tersebut ialah "Zat Lemas" atau Nitrogenium.

AsSaffat:11 - "Sesungguhnya Aku (Allah) menjadikan manusia dari pada TANAH LIAT." "lazib" adalah tanah liat iaitu "Zat besi" atau ferum.

Ali Imran: 59: "Dia (Allah) menjadikan Adam dari TANAH kemudian Allah berfirman kpd...nya 'jadilah engkau,' lalu berbentuk manusia." "turab" (tanah) bermaksud: "Unsur-unsur zat asli yg terdapat di dlm tanah" atau "ZAT-ZAT ANORGANIS"

Al Hijr :ayat 28: "Maka setelah Aku (Allah) sempurnakan (bentuknya), lalu Kutiupkan RUH-KU kpdnya (Ruh daripada-Ku)."
Ke dalam tubuh rohani dan jasmani.

Turab ialah zat-zat asli anorganis (pengamilan fakkhar - carbonium (zat arang) dengan 'shal-shal' iaitu Oksigenium (zat pembakar) dan "hamaa-in" iaitu Nitrogenium (zat lemas) dan Thiin iaitu Hidrogenium (zat air) kemudiannya Ferum (zat besi) dll zat-zat anorganis - laazib - spt kalium, yodium, silkum dan mangaan akhirnya terbentuklah asid amino dan protein (the building block that we call 'life)

Turab meletakkan zat kalium sebagai zat utama anorganis - iaitu paling banyak dalam otot-otot dan jaringan tubuh manusia - ianya adalah untuk proses 'hayat' - pembentukan jisim halus.

Apa yang menarik ialah kita kini (selepas Adam) dijadikan dari H20, sperma, darah, daging dll

Tetapi Adam a.s. dicipta menerusi pengamilan oksigenum, carbonium, nitrogenium, hidrogenium, ferum, zat-zat anargonik dan akhirnya ditiupkan ruh.

Wallahualam, wassalam
---------------------

Dari : 'Ulama Umara' - S. Ahmad Naziruddin

Firman Allah SWT :

Sesudah itu Adam terima beberapa kalimat*dari Tuhannya lalu Dia ampunkannya kerana Allah itu Maha Pengampun MahaPenyayang. ( Ayat 37 : Surah al-Baqarah )

Jalaluddin As-Suyuthi dalam tafsirnya Ad-Durrul Mantsur ketika menafsirkan ayat ini, mengatakan: Ibn Abbas pernah bertanya kepada Rasulullah saw tentang “Kalimat-kalimat yang diterima oleh Adam dari Tuhannya lalu Dia menerima taubatnya”.

Rasulullah saw bersabda: “Adam memohon kepada Allah dengan hak Muhammad, Ali, Fatimah, Al-Hasan dan Al-Husein (sa), kemudian Allah menerima taubatnya.” (Kanzul Ummal 1: 234).

Imam Ali bin Abi Thalib (sa) pernah bertanya kepada Rasulullah saw tentang firman Allah “Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya “(Al-Baqara: 36).

Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya Allah menurunkan Adam di India, Hawa’ di Jeddah, Iblis di Misan, dan ular di Ashbahan, ular itu berkaki seperti kaki unta. Adam tinggal di India selama seratus tahun menangisi kesalahannya sehingga Allah mengutus Jibril kepadanya dan berfirman: “Wahai Adam, bukankah Aku menciptakanmu dengan tangan-Ku? Bukankah Aku meniupkan ruh-Ku ke dalam dirimu? Bukankah para malaikat-Ku telah sujud kepadamu? Bukankah Aku telah menjadikan Hawa sebagai isterimu? Adam menjawab: Semua itu benar. Kemudian Allah swt bertanya: Mengapa kamu menangis? Adam menjawab: Bagaimana aku tidak menangis sementara aku dikeluarkan dari sisi Yang Maha Pengasih. Kemudian Allah swt berfirman: “Hendaknya kamu bertaubat dengan kalimat-kalimat ini, sesungguhnya Allah akan menerima taubatmu dan mengampuni dosamu. Ucapkan olehmu:

اللّهم إني أسالك بحق محمّد وآل محمّد، سبُحانك لا إله إلاّ أنت، عملت سوءاً وظلمت نفسي، فتب عليّ إنك أنت التواب الرحيم،اللّهم إني أسألك بحق محمّد وآل محمّد، عملت سوءاً وظلمتُ نفسي فتُب عليّ إنك أنت التواب الرحيم

Ya Allah, aku memohon pada-Mu dengan hak Muhammad dan keluarga Muhammad. Maha Suci Engkau tiada Tuhan kecuali Engkau, aku telah melakukan kesalahan dan menzalimi diriku, maka terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat dan Maha Menyayangi. Ya Allah, aku memohon pada-Mu dengan hak Muhammad dan keluarga Muhammad, aku telah melakukan kesalahan dan menzalimi diriku, maka terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Menerima taubat dan Maha Menyayangi. Kemudian Rasulullah saw bersabda: “kalimat-kalimat inilah yang diterima oleh Adam.” (Kanzul ‘Ummal 1: 234, hadis ke 4237)

(Ada satu pendapat saya lupa dari kitab mana, Adam a.s. mengucap dua kalimah syahadah terlebih dahulu sebelum membaca doa di atas





Isnin, 6 Januari 2014

The Patriots.



CHI TU, TAMADUN EMAS MELAYU YANG HILANG DI BUMI KELANTAN Chi Tu, sebuah kerajaan Melayu terawal, antara yang terawal pernah wujud di muka bumi ini selain daripada Langkasuka, Funan, dan Champa. Kenapa tajuk artikel ini berbunyi Chi Tu, Ibu Kepada Empayar Srivijaya? Itu akan kita bincangkan nanti dalam perbincangan kita. Menurut catatan sejarah, Chi Tu dijangka wujud sejak awal abad pertama sebelum masihi, kira-kira 100 tahun sebelum Masihi. Boleh dikatakan kewujudan Chi Tu ini berdiri dalam lingkungan 100 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa A.S [1] Bercakap mengenai Chi Tu, sebenarnya ada misteri yang besar yang masih menyelubungi kerajaan yang merupakan antara yang terawal milik bangsa Melayu. Kewujudan Chi Tu sekaligus menidakkan dakwaan mereka yang mengatakan bahawa orang Melayu asalnya daripada Sumtera dan Indonesia kerana terbukti bahawa Chi Tu lebih lama daripada mana-mana kerajaan orang Melayu di Sumatera dan Indochina (jika kita mengambil teori yang mengatakan orang Melayu asal dari Yunnan, China walaupun teori ini kemudiannya tertolak dalam bidang kajian sejarah Melayu) Dari mana ya saya mahu mulakan penceritaaan saya mengenai Chi Tu ini ya? Hmmm… oh ya apa kata saya menceritakan mengenai sejarah awal kerajaan ini? Terdapat rekod sejarah yang mengatakan bahawa Chi Tu ini merupakan sebuah kerajaan yang pernah berada di bawah jajahan sebuah lagi kerajaan Melayu di Indochina yang bernama Funan. [2] Apa yang menariknya mengenai Chi Tu kenapa kerajaan ini menjadi sangat misteri ialah ianya hanya pernah disebut di dalam rekod China, zaman Dinasti Sui, dan selepas itu, ianya seolah-olah terus lenyap dari lipatan sejarah. Chi Tu mula dikenali oleh dunia ketika dalam catatan Dinasti Sui di mana dalam catatan tersebut mengatakan mengenai hubungan pertama yang dibuat oleh negara kota Melayu ini dengan kerajaan China Dinasti Sui pada lingkungan 581-618 Masihi. Untuk membalas serta menunjukkan rasa hormat Empayar China ketika itu, seorang utusan ataupun duta telah dihantar oleh kerajaan China ke Chi Tu. Rekod tersebut merupakan antara rekod terawal yang bercerita mengenai Chi Tu [3] Menurut catatan China, diceritakan bahawa raja kerajaan Chihtu ini bersemayam di sebuah kota yang bernama Seng-Chih yang dimana kekayaan dan kehebatan kota ini dikatakan mempunyai tiga buah pintu gerbang, di mana setiap pintu gerbang itu luasnya dikatakan sejauh 100 langkah kaki. Di setiap pintu gerbang dikatakan terdapat ukiran indah mengenai pari-pari yang sedang terbang, beberapa elemen agama Buddha, dan juga setiap pintu gerbang dihiaskan dengan bunga emas yang merupakan sumber kekayaan Chi Tu. Juga digantungkan sebuah loceng kecil pada setiap pintu gerbang. Diceritakan juga bagaimana kerajaan ini tidak lekang dengan emas, sebagai contoh sebuah kuil kecil yang dikelilingi dengan emas, atau hiasan utama bagi kerajaan Chi Tu ini adalah bunga emas, di mana bunga emas boleh dilihat merata-rata di sekitar istana dan negara kota. [4] Diceritakan lagi dalam catatan China tentang Istana Chihtu yang dikatakan bahawa kesemua pintu yang terdapat pada bangunan istana adalah menghadap kearah utara. Takhta sang raja dibina tiga lapis tingginya dan setiap hari sang raja akan jubbah berwarna merah mawar dan baginda memakai pelbagai kalung dan perhiasan dari emas. Mahkotanya dihiasi dengan pelbagai bunga-bungaan yang terbuat dari emas dan bertatahkan pelbagai hiasan daripada batu-batu permata. Di sisi kanan dan kirinya ada empat orang wanita. Dikatakan juga pengawal yang terdapat di dalam balai tersebut adalah lebih dari seratus orang. Di belakang takhta tempat sang raja bersemayam pula wujud pintu gerbang yang dibina daripada lima jenis kayuan wangi yang bercampur baur dengan emas dan perak, serta dibelakang gerbang tersebut terdapat sebuah relung logam yang berbentuk seperti api yang menyala yang turut diperbuat dari emas yang berkilauan. [5] Makanan utama masyarakat Chi tu adalah nasi dan catatan China ada menyebut semasa majlis keraian dijalankan terhadap rombongan Maharaja Sui, mereka dihidangkan dengan kek atau kuih yang berwarna kuning, merah, putih dan ungu ( mungkin prototaip awal kuih lapis?) bersama-sama dengan daging lembu, daging kambing, ikan, penyu, dan kerbau pendek. Putera Raja Chih tu Na ya jia atau Nayaka kemudiannya mengiringi rombongan Maharaja Sui kembali ke China dengan membawa hadiah-hadiah berupa barangan hasil keluaran tempatan dan ini termasuklah mahkota emas berbetuk bunga raya dan kapur barus sebagai ufti kepada Maharaja. Hadiah ini sebagai balasan kepada pemberian Maharaja Sui kepada Raja Chih tu dan tanda bermulanya hubungan diplomatik dengan Maharaja China tersebut.[6] Sebenarnya tidak banyak yang boleh diceritakan mengenai Chi Tu ini, tetapi ianya sangat penting untuk diperkatakan untuk menidakkan hujah seorang cina kiasu yang mengatakan bahawa kerajaan ini adalah milik bangsa cina. Antara hujah yang menyokong mengenai Chi Tu ini adalah milik etnik Melayu ialah pendapat seorang pengkaji daripada Jepun iaitu Tatsuo Hatsuno. Menurut beliau, nama Chi Tu ini sebenarnya telah dingati sejak zaman Dinasti Tang lagi. Taiping Huanyu Ji, sebuah eksiklopedia yang terkenal pada zaman China dahulu dikatakan bahawa jarak antara Chi Tu dan sebuah lagi empayar Melayu ketika itu, iaitu Srivijaya dikatakan dalam lingkungan 1500 li. Menurut Hatsuno lagi, kerajaan Chi Tu dikaitkan dengan Srivijaya atas alasan ianya mempunyai hubungan rapat dengan Srivijaya kerana merupakan etnik yang sama yang menubuhkan Srivijaya iaitu milik bangsa Melayu. Bahkan dikatakan bahawa Srivijaya itu adalah pewaris kepada raja-raja yang pernah memerintah Chi Tu suatu masa dahulu. Tambah mengejutkan di katakan bahawa permulaan kepada Empayar Melayu Srivijaya adalah bermula di Chi Tu. [7] Kesimpulannya di sini, Chi Tu ialah lambang kepada kekayaan orang Melayu suatu ketika dahulu dalam membina kerajaan. Emas adalah permaianan orang Melayu ketika itu. Bayangkanlah bagaimana bangsa Cina sendiri menceritakan kisah Chih Tu dengan penuh kekaguman, bagaimana sebuah tamadun di Tanah Melayu ketika itu yang menggunakan emas secara berleluasa. Sayangnya, kisah seperti ini tidak langsung diceritakan bahkan dikaitkan dengan Melayu pun sehinggakan orang Melayu berfikir bahawa sebelum Melaka, bangsa mereka adalah bangsa bercawat di hutan, memburu binatang laksana orang zaman batu. Rujukan: 1. Faridah Abdul Rashid. Research on the Early Malay Doctors 1900-1957 Malaya and Singapore. pp 25 2. Paul Wheatley. Chih Tu. Journal Malayan Branch [Volume XXX, part 1, 1957] Royal Asiatic Society. pp 123. 3. Micheal Jacq-Hergoualc'h. The Malay Peninsula: Crossroads of the Maritime Silk-Road (100 Bc-1300 Ad). pp [229] 4. Paul Wheatley. Chih Tu. Journal Malayan Branch [Volume XXX, part 1, 1957] Royal Asiatic Society. pp 124. 5. Paul Wheatley. Chih Tu. Journal Malayan Branch [Volume XXX, part 1, 1957] Royal Asiatic Society. pp 124 (paragraph 2). 6. Al Semantani. Blog:http://lokalgenius.blogspot.com/2012/12/ada-apa-dengan-chih-tu.html 7. Tatsuo Hoshino. The Kingdom of Red Earth (Chitu Guo) in Cambodia and Vietnam from the Sixth to the Eighth Centuries. pp 70. -HE dan Al-Semantani- [Segmen Nusantara Kita