ساي بوكنله سأورڠ يڠ اد باكت كڤميمڤينن، دان ساي جوڬ تيدق داتڠ دري كلوارڬ يڠ اد ڤڠاروه . ساي ڤون بوكن دري كتورونن يڠ اد سجره اونتوق د چانڠكن. ساي جوڬ بوكن دري كالڠن ڤرسونيليتي يڠ اد برجاوتن تيڠڬي. جوڬ تيدق ممڤوڽاءي ڤرسكولهن يڠ بوليه د بڠڬكن. تاڤي ساي مڠهارڤ بهاوا كادأن اين تيدق دأمبيل فاختور اونتوق منيلاي علميه يڠ ساي چتوسكن
Pengikut
Jumaat, 7 Februari 2014
Asam garam berpersatuan
akhirnya dapatlah juga saya dan keluarga balik bercuti di kampong halaman sempena cuti tahun baru cina. terima kasih kepada saudara Md. Ridzwan kerana sanggup mengambil menjemput saya di terminal menumbuk.
walau pun saya agak lama menunggu kedatanganya. serasa saya itu sangat berbaloi. terima kasih sekali lagi. mudah-mudahan allah menilainya dengan kebajikan.
selama empat hari bercuti di kampong, saya hanya duduk-duduk dirumah. hanya dapat bergerak kalau ada yang sudi mengambil. cadangan ke kinabatangan tidak menjadi kerana sahabat-sahabat baru di sana belum bersedia. insyah allah kita akan cuba lagi rancang bersama aktiviti riadah cuti bulan mac nanti.
begitu juga dengan rancangan hendek ke sandakan, juga tidak menjadi, apa pun di samping hal peribadi. kehadiran saya dalam mini mesyuarat cadangan perlaksanaan aktiviti sepanjang tahun. dapat bertukar-tukar hasrat dan keinginan.
Demikianlah asam garam dalam berpersatuan. tidak boleh simpan dalam hati. hak ahli dalam menyuarakan hasrat hati. bila mana saya sendiri berhasrat untuk meminta RM150.00 kepada mana-mana ahli baru yang berkemampuan. RM50 untuk yuran ahli pertubuhan, RM50 kepada pembimbing dan RM50 sebagai sumbangan kenduri kesyukuran.lambat, terpulang sama ada ini boleh diterima atau tidak, sebab Timbalan pengerusi telah jelaskan akan kerisauan dan kebimbangan yang akan berlaku dengan yuran setinggi ini.
saya juga ada menyebut pasal IBU GAYONG. menyentuh maksud IBU dan GAYUNG barang mana yang tercapai oleh pengatahuan saya yang serba kekurangan ini. duka cita saya nayatakan amat malang bagi mana-mana perawat jika tidak mencapai maksud mana-mana tahap ke GAYONG an. tapi menawarkan khidmat merawat. lebih-lebih lagi bagi mereka yang menawarkan perkidmatan merawat ganguan MAKHLUK HALUS. SIHIR, SAKA dan seumpamanya.
juga maklum balas Sudara Tasrif mengenai post perawatan Peralih SAKA. meminta cuba disertakan ciri-ciri juga orang yang bersaka. in syah allah mudah-mudahan saya dipermudahkan untuk menyentuh kedua-dua topik tersebut. IBU GAYUNG dan Ciri-ciri orang yang mempunyai SAKA terutama orang Dusun Ranau.
yang mana saya jangkakan antara yang perlu di ketahuai asasnya. dan dicari-cari orang di alam internit ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan