https://www.facebook.com/abjad.malaysia
Artikel berikut adalah kajian Pok Nik dan gabungan lain-lain kajian
"Betapa payahnya malaikat-malaikat meminta tanah dari bumi untuk menjadikan nabi Adam A.S (Abul Basyar/Bapa segala manusia)".
Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukan kemungkaran kepada Allah S.W.T.. Lalu Jibril kembali ke hadhirat Allah S.W.T. memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.
Setelah itu, Allah S.W.T. memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak. Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.
Akhirnya, Allah S.W.T. menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Firman Allah S.W.T.: "Hai Izrail Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu."
Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah S.W.T. kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah S.W.T.
Lalu Allah S.W.T. berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia."
Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.
Lalu Allah S.W.T. berfirman lagi:
"Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya."
Jenis tanah yang digunakan:
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Eden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10.Tanah India
11.Tanah syurga
12.Tanah Tha'if
Menurut Ibnu Abbas:-
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana di situlah berada otak manusia, dan di situlah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar,tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar,tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama, sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon. Di situlah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Kaki kanannya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Kaki kirinya juga dari tanah India, tempat berdiri dan berjalan
13. Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana di situlah iman,keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.
14 .Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat,bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.
-----------------
1. Ketika Allah S.W.T. jadikan Adam,tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur(cahaya) kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam den...gan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan di dalam "Alam Malakut".
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".
4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal". Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
5. Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah S.W.T. menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.
Menurut riwayat ketika Nabi Allah Adam a.s. masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Nabi Allah Adam a.s. telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai pengetahuan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.
Dijadikan pada tubuh Nabi Allah Adam a.s. ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.
Tujuh buah letaknya adalah :
1. Di Kepala ialad Dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Di bawah ialah Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.
Dijadikan pula lima pancaindera:
A. Mata alat penglihatan
B. Hidung alat penciuman
C. Telinga alat pendengaran
D. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
E. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.
Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.
Demikianlah Allah S.W.T. memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik ke kiri, ke kanan dan ke bawah di mana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai ke hidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah S.W.T. ajarkan padanya ucapan 'Alhamdulillah' Itulah ucapan Adam pertama kalinya ke hadhirat Allah S.W.T. Lalu Allah berkata Yarhamukallah" yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika seseorang itu bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya disunatkan pula mengucapkan "Yarhamukallah". Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:
"Dan adalah manusia itu suka tergesa-gesa".(Al-Israk:II)
Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.
Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah ke langit tujuh sebelum dibawa ke Syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.
Berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis, kajian sains telah menunjukkan bahawa elemen tanah pada tubuh manusia terdiri daripada :
1) Karbon
2) Oksigen
3) Hidrogen
4) Fosforus
5) Sulfur
6) Azote
7) Kalsium
8) Pottasium
9) Sodium
10) Klorat
11) Magnesium
12) Ferum
13) Manganese
14) Kuprum
15) Iodin
16) Klorin
17) Kobalt
18) Zink
19) Silicon
20) Alumunium
Kandungan kimia manusia pula terdiri daripada :
1) Oksigen 45,000 gram
2) Hidrogen 8,000 gram
3) Kalsium 1,000 gram
4) Kabrit 175 gram
5) Sodium 105 gram
6) Magnesium 35 gram
7) Kuprum 0.1 gram
8) Karbon 12,000 gram
9) Azote (nitrogen) 2,000 gram
10) Fosforus 140 gram
11) Klorin 105 gram
12) Ferum (besi) 4 gram
13) Iodin 0.03 gram
14) Manganese 0.02 gram
Terdapat beberapa teori yang boleh diperbuat di sini :
Oksigen 45000 gram bukanlah maksudnya pengambilan oksigen pada manusia kerana kajian ini melibatkan kajian kejadian manusia yang asal(kecuali semasa aktiviti lasak - pengambilan oksigen adalah tinggi) -Mungkin keperluan oksigen (dari belasan tanah asal kejadian) yang dikamilkan sehingga menjadi anggota tubuh manusia. (Begitu juga dengan lain-lain itu berasaskan apa yang kita panggil dari elemen tanah air api dan angin)
Nabi Adam tubuhnya sangat besar dengan tinggi 60 hasta seperti di jelaskan oleh Rasullulah.
Sabda Rasuullulah
“Allah menciptakan adam dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam, makhluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini“ (HR.Bukhari), hadis ini juga ditemukan dalam riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad, namun dalam sanad yg berbeza.1 hasta = 45,72 cm. maka dengan begitu tinggi nabi adam adalah 27,432 meter
Ukuran ketinggian ini juga munasabah kerana satu rawi menyatakan lautan yang paling dalam adalah hanya di paras tumit kaki Nabi Allah Adam a.s.
Dari sini mungkin saintis membuat agakan purata pengambilan oksigen oleh Nabi Allah Adam A.S. (mungkin 45kg seminit? sesaat? Wallahualam)
Dalam konteks kajian saintis Islam purba telah mengasaskan teori mereka ini pada beberapa hadis/riwayat dan firman Allah...contohnya 'setitis' diukur (agakan) dalam bentuk gram - juga lain-lain seperti 'segumpal', dsb. di samping yang disebutkan.
--------------------
Di dalam Al-Qur'an dan hadis ada disebut pelbagai kategori tanah seperti 'tanah hitam' (tanah yang dibakar (Ar-Rahman:14)
Dia (Allah) menjadikan manusia seperti TEMBIKAR, (tanah yg dibakar)." Kata - "Shal-shal" ini bermaksud : Tanah kering atau setengah kering yakni "ejen (zat) pembakar" atau apa yang kita kenali kini sebagai Oksigen. Selain itu "Fakhkhar," - "Zat Arang" atau Karbonium.
atau 'tanah kering & lumpur hitam yang berbentuk' (Al-Hijr:28) yang bermaksud pembentukan 'mould'
Di surat Al Hijr, ayat 28: juga menyebut - "shal-shal," telah diterangkan, sedangkan kata "Hamaa-in" di ayat tersebut ialah "Zat Lemas" atau Nitrogenium.
AsSaffat:11 - "Sesungguhnya Aku (Allah) menjadikan manusia dari pada TANAH LIAT." "lazib" adalah tanah liat iaitu "Zat besi" atau ferum.
Ali Imran: 59: "Dia (Allah) menjadikan Adam dari TANAH kemudian Allah berfirman kpd...nya 'jadilah engkau,' lalu berbentuk manusia." "turab" (tanah) bermaksud: "Unsur-unsur zat asli yg terdapat di dlm tanah" atau "ZAT-ZAT ANORGANIS"
Al Hijr :ayat 28: "Maka setelah Aku (Allah) sempurnakan (bentuknya), lalu Kutiupkan RUH-KU kpdnya (Ruh daripada-Ku)."
Ke dalam tubuh rohani dan jasmani.
Turab ialah zat-zat asli anorganis (pengamilan fakkhar - carbonium (zat arang) dengan 'shal-shal' iaitu Oksigenium (zat pembakar) dan "hamaa-in" iaitu Nitrogenium (zat lemas) dan Thiin iaitu Hidrogenium (zat air) kemudiannya Ferum (zat besi) dll zat-zat anorganis - laazib - spt kalium, yodium, silkum dan mangaan akhirnya terbentuklah asid amino dan protein (the building block that we call 'life)
Turab meletakkan zat kalium sebagai zat utama anorganis - iaitu paling banyak dalam otot-otot dan jaringan tubuh manusia - ianya adalah untuk proses 'hayat' - pembentukan jisim halus.
Apa yang menarik ialah kita kini (selepas Adam) dijadikan dari H20, sperma, darah, daging dll
Tetapi Adam a.s. dicipta menerusi pengamilan oksigenum, carbonium, nitrogenium, hidrogenium, ferum, zat-zat anargonik dan akhirnya ditiupkan ruh.
Wallahualam, wassalam
---------------------
Dari : 'Ulama Umara' - S. Ahmad Naziruddin
Firman Allah SWT :
Sesudah itu Adam terima beberapa kalimat*dari Tuhannya lalu Dia ampunkannya kerana Allah itu Maha Pengampun MahaPenyayang. ( Ayat 37 : Surah al-Baqarah )
Jalaluddin As-Suyuthi dalam tafsirnya Ad-Durrul Mantsur ketika menafsirkan ayat ini, mengatakan: Ibn Abbas pernah bertanya kepada Rasulullah saw tentang “Kalimat-kalimat yang diterima oleh Adam dari Tuhannya lalu Dia menerima taubatnya”.
Rasulullah saw bersabda: “Adam memohon kepada Allah dengan hak Muhammad, Ali, Fatimah, Al-Hasan dan Al-Husein (sa), kemudian Allah menerima taubatnya.” (Kanzul Ummal 1: 234).
Imam Ali bin Abi Thalib (sa) pernah bertanya kepada Rasulullah saw tentang firman Allah “Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya “(Al-Baqara: 36).
Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya Allah menurunkan Adam di India, Hawa’ di Jeddah, Iblis di Misan, dan ular di Ashbahan, ular itu berkaki seperti kaki unta. Adam tinggal di India selama seratus tahun menangisi kesalahannya sehingga Allah mengutus Jibril kepadanya dan berfirman: “Wahai Adam, bukankah Aku menciptakanmu dengan tangan-Ku? Bukankah Aku meniupkan ruh-Ku ke dalam dirimu? Bukankah para malaikat-Ku telah sujud kepadamu? Bukankah Aku telah menjadikan Hawa sebagai isterimu? Adam menjawab: Semua itu benar. Kemudian Allah swt bertanya: Mengapa kamu menangis? Adam menjawab: Bagaimana aku tidak menangis sementara aku dikeluarkan dari sisi Yang Maha Pengasih. Kemudian Allah swt berfirman: “Hendaknya kamu bertaubat dengan kalimat-kalimat ini, sesungguhnya Allah akan menerima taubatmu dan mengampuni dosamu. Ucapkan olehmu:
اللّهم إني أسالك بحق محمّد وآل محمّد، سبُحانك لا إله إلاّ أنت، عملت سوءاً وظلمت نفسي، فتب عليّ إنك أنت التواب الرحيم،اللّهم إني أسألك بحق محمّد وآل محمّد، عملت سوءاً وظلمتُ نفسي فتُب عليّ إنك أنت التواب الرحيم
Ya Allah, aku memohon pada-Mu dengan hak Muhammad dan keluarga Muhammad. Maha Suci Engkau tiada Tuhan kecuali Engkau, aku telah melakukan kesalahan dan menzalimi diriku, maka terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat dan Maha Menyayangi. Ya Allah, aku memohon pada-Mu dengan hak Muhammad dan keluarga Muhammad, aku telah melakukan kesalahan dan menzalimi diriku, maka terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Menerima taubat dan Maha Menyayangi. Kemudian Rasulullah saw bersabda: “kalimat-kalimat inilah yang diterima oleh Adam.” (Kanzul ‘Ummal 1: 234, hadis ke 4237)
(Ada satu pendapat saya lupa dari kitab mana, Adam a.s. mengucap dua kalimah syahadah terlebih dahulu sebelum membaca doa di atas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan