Pengikut

Isnin, 28 Januari 2019

Silat Abjad

Silat bukan sebarang silat.
Silat Tauhid dan Makrifat.
Langkah memenuhi iman dan taat.
Serentak menolak kufur maksiat.

Awal permulaan baiah syahadah.
Tangan dihubung ahli an naubah.
Murshid murabbi pandang pasrah.
Kaifiat adab diri menyerah.

Langkah di atur jabat 14.
Rohani jasmani bergerak pantas.
Menerkam menerpa segala cantas.
Disambut dengan sekali kilas.

Solat hajat 12 rakaat.
Dilazim sebagai amalan sunat.
Salam syeikh mengambil berkat.
Agar berhubung dengan selamat.

Tajalli zat ke atas Rasul,
Tajalli sifat ke atas wushul,
Kita murid harap makbul.
Kesempurnaan aqidah segera tersimpul.

Talqin semula ahli an naubah,
Tanda murid bersama wushul
Itulah doa paling makbul.
Menepis helah segala masyghul.

Pandang hubungan setiap masa.
Pesanan murabbi menjadi pujangga.
Agar mati tetap sedia.
Mendapat nikmat dua syurga.

Ayah Su.

Tiada ulasan: