Pengikut

Isnin, 28 Januari 2019

Jaga bersungguh sungguh
Kalu lawang ikut cara lawang
Kalu denai buat cara lalu denai
Buat molek molek
Lari kaedah jatuh akidah

Bersilat bukan sekadar dok beguling pating dalam gelanggang
Bukan serupa main hambat rimau kambing
Bukan dok bekira sapa kuat dia kudrat
Bukan dok hambat kemegah
Belajar sekadar nak tahu ja

Nak kuat lagumana
Kalu kuat ada lagi hat kuat

Nak hebat lagumana
Kalu hebat mati juga

Belajar sampai hilang sifat
Belajar sampai hilang perbuatan
Belajar sampai tak ingat

Bunuh sifat keakuan tu dulu
Tengok sapa ada dibalik cermin sifat kita

Tengok dengan ilmu perbuatan gerak diam dari sapa

Jangan dok ingat nak kehebatan
Jangan dok ingat nak jadi tok guru
Jangan dok ingat nak derhaka
Jangan dok ingat nak penaya kawan
Jangan dok ingat nak dikata pandai dari orang lain

Hapal buah buah silat
Bagi hadam molek
Buah yang ada cuma 20
Dari permulaan buah wujud
Sampai akhir buah kaunuhu mutakallimun

Kalah kan musuh dalam diri dulu
Kalu musuh mazmumah dalam diri dok bagi menang sokmo
Kena belatih lagi
Berdameh bagi kenal selok belok musuh dalam diri

Silat cuma nak menyatakan Dia ja
Bukan pasal warisan
Bukan pasai nak kalahkan orang
Bukan sebab nak nampak gah

Jadikan silat dan gayung wasilah tauhid
Kata dalam bahasa syahadah
Amal dalam bangsa mukmin
Berlatih dalam gelanggang mujahadah an nafs

*Kerambit Tunggal*
*Murid Selamanya*

1 ulasan:

Catatan kehidupan dari norma berkata...

Bila mau menulis lagi tuan.😎