ساي بوكنله سأورڠ يڠ اد باكت كڤميمڤينن، دان ساي جوڬ تيدق داتڠ دري كلوارڬ يڠ اد ڤڠاروه . ساي ڤون بوكن دري كتورونن يڠ اد سجره اونتوق د چانڠكن. ساي جوڬ بوكن دري كالڠن ڤرسونيليتي يڠ اد برجاوتن تيڠڬي. جوڬ تيدق ممڤوڽاءي ڤرسكولهن يڠ بوليه د بڠڬكن. تاڤي ساي مڠهارڤ بهاوا كادأن اين تيدق دأمبيل فاختور اونتوق منيلاي علميه يڠ ساي چتوسكن
Pengikut
Selasa, 22 November 2016
Nak kongsi sama dgn sahabat2 dan diri saya sendiri.Renung-renungkanlah.
*Kebergantungan Sesama Manusia*
Syurga *lelaki* pada perempuan iaitu ibu.
Syurga *perempuan* pada lelaki iaitu *suami.*
Sehebat-hebat *suami* kena patuh pada *ibu.*
Sehebat-hebat *ibu* kena patuh pada *suami.*
Masa *hidup* anak perlukan *doa ibubapa.* Masa *mati* ibubapa perlukan *doa anak.*
Di *dunia* nasab itu pada *lelaki.*
Di *akhirat* nasab itu pada *perempuan.*
*Sehebat-hebat manusia*, bila mati dia tetap *perlukan orang lain* untuk *kebumi jenazahnya.*
*Setinggi-tinggi ilmu* yang manusia ada. Dia tetap perlu *belajar* daripada seorang *guru.*
Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara. Pasti yang dirindu adalah *keluarga.*
Walau *sekaya* manapun seorang manusia. Dia tetap perlu *berurusan* dengan *orang lain...*
Seorang *General Manager* tidak akan mampu menguruskan perjalanan premis tanpa *general worker.*
Seorang *raja* tidak berkuasa tanpa ada *rakyat jelata.*
Inilah manusia... *Lemah.* Walau sehebat mana pun kita didunia. Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi. Taraf kita hanya seorang *"Hamba".*
Lalu kenapa mahu rasakan kita adalah yang *terbaik* dan *terhebat*???
Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada taraf *ujub, riak, sombong dan hina.*
Ingatlah wahai diriku dan yang sedang membaca. Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat. Iaitu *sombong dan merasa dia lebih baik.*
Alangkah baiknya jika dunia yang sementara ini kita isi dengan kebahagian. Bahagia lihat orang lain bahagia. Derita bila lihat orang lain derita.
Mahu yang terbaik buat diri sendiri dan orang lain.
Ingatlah...
Dunia untuk dikongsi bersama. Jika tidak, pasti Allah beri setiap seorang manusia itu sebuah bumi untuknya sendiri..
Sesungguhnya Allah tidak pernah salah merencana sesuatu.. Pasti ada hikmahnya..
Insyaa Allah..
Syekhthanauddin.blogsport.my/2011/08/ penghuraian- misteri-alam-melayu.html
PENGHUARAIAN MISTERI ALAM MELAYU
Nota: Segala tulisan di bawah adalah hasil rujukan dan ilmu pengarang Hj. Ahmad b. Hj. Che Din dan tidak ada kena-mengena dengan saya. Ianya dimuatkan di sini sebagai tatapan umum untuk menambahkan ilmu pengetahuan, beroleh penjelasan tentang kemusykilan mengenai makhluk Jin di mukabumi dan menjawab persoalan kita mengenai makhluk halus. Tiada perubahan dilakukan daripada teks asalnya kecuali perenggan-perenggan tulisan untuk disesuaikan ke dalam blog ini.
PERUTUSAN
Segala puji-puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Tuhan yang Maha mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Sesungguhnya Dialah yang menguasai sekian makhluknya daripada Jin, Malaikat dan manusia serta lain-lain lagi, dan Dia jugalah yang berkuasa ke atas sekian mereka itu. Dialah yang mengatur dan mentakbir alam ini dan Dialah yang Maha Pelulus dan Maha Penentu atas sekelian mahluknya.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi dan Mursalin Nabi Muhammad s.a.w, ahli-ahli bait serta para sahabat baginda serta pengikut sahabat dan ulama-ulama yang menegakkan agama Allah s.a.w serta yang berhubung dengan mereka itu sehingga kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Sidang pembaca yang dirahmati;
Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya dapat disiapkan sebuah tulisan yang serba kekurangan ini bagi tatapan sidang pembaca yang ingin mencari pengalaman baru dan di harap dapat menjadi pengetahuan yang berguna berhubung dengan Perubatan Tradisional Melayu, Adat Resam masyarakat Melayu Islam, Latihan pertahanan diri Melayu, perkara-perkara Khurafat dan ajaran-ajaran sesat.
Tulisan ini di susun semula hasil dari pengalaman penulis sendiri dan beberapa orang sahabat yang terlibat secara langsung dengan ahli masyarakat yang malang dan memerlukan pertolongan, juga ilmu dari guru-guru yang alim dan dari rujukan kitab-kitab.
Tujuan tulisan ini diperkenalkan supaya ahli masyarakat Melayu Islam tidak terkeliru di antara adat dan agama supaya jangan nanti ada yang mengatakan adat yang bercanggah dengan Islam itu adalah salah satu daripada tradisi agama Islam. Orang-orang Melayu yang sebahagian besarnya banyak yang terkeliru di antara adat dan agama ; antara karamah dengan Istidraj; antara mau’nah dengan sihir atau silap mata. Sehingga kini ramai yang mudah terpengaruh dengan perkara-perkara pelik umpamanya " Bomoh Budak " di Baling sehingga berpusu-pusu mereka pergi untuk mendapatkan rawatan tanpa menyelidiki terlebih dahulu.
Adalah diharapkan setelah membaca tulisan ini anda akan dapat membeza dan menilai kesesatan yang berlaku dalam perbomohan, adat-resam dan latihan pertahanan diri Melayu meskipun faktanya masih banyak yang kekurangan.
Sebarang kesilapan atau kekurangan fakta adalah disebabkan oleh kelemahan diri penulis sendiri samada dari sudut keilmuan maupun dari pengalaman.
Wallahu’alam.
Hj. Ahmad b. Hj. Che Din Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. 1hb Ogos 1997.
SEJARAH RINGKAS NUSANTARA
Sebelum kedatangan Islam di Nusantara, penduduk di Asia Tenggara adalah terdiri daripada penganut fahaman Buddha Syinrawath ( Buddha Puja Dewa ). Pada ketika itu penganut-penganutnya sudah pun sedia mengamalkan perkara-perkara luar biasa yang menyalahi kebiasaan iaitu " Mencarik adat " yang lahir hasil daripada pemujaan ‘ dewa-dewi’, jampi serapah atau yang seumpamanya.
Keadaan ini berlaku adalah hasil daripada pertolongan jembalang-jembalang yang terdiri daripada Jin samada dengan menjelma ke dalam diri pemujanya ( Tanasukh Aruah ), Istidraj, Sihir atau silap mata. Semua amalan ini amat kuat pengaruhnya dalam kehidupan seharian mereka pada waktu itu. Mereka mengabdikan diri hanya kepada Dewa-Dewi semata-mata. Dalam konteks ini pegangan fahaman beragama adalah bersumberkan daripada Rahib-rahib yang dikatakan mendapat ilham dari tuhan dewa-dewi samada Dewa Rama, Dewa Sita, Dewa Siva dan yang seumpamanya.
Ketika Islam tersebar luas di Semenanjung Arab hingga ke Eropah dan juga ke Asia, maka banyaklah mubaligh-mubaligh Islam
Isnin, 21 November 2016
Apa Yang Kita Tidak Perasan Tentang Manuskrip Melayu
Jika bangsa ini diberikan 10 orang yang punya semangat dan obsesi seperti mendiang Dr. Liaw Yock Fang dan seumpamanya, sudah pasti akan bergegar gegak gempita perpustakaan dan arkib negara dan roboh papan di Leiden dan Vatikan.
Bagaimana nak melahirkan pakar-pakar sejarah dan kesusasteraan tulen dan benar-benar bekerja dari kalangan anak-anak Melayu? Kerja banyak, berlambak manuskrip belum ditransliterasi dan dikaji. Beribu-ribu, bukan main-main. Ditukarhuruf itu satu hal, nak dikaji dan digali pelajaran di dalamnya tu satu hal pula.
Kita tak memerlukan lagi ahli sejarah yang hanya memetik satu nama dari Sulalatus Salatin lalu berbincang-bincang untuk memitoskannya. Kita tak perlukan lagi sasterawan yang hanya buang masa memetik kisah raja dan pembesar minum arak dan kaki perempuan, sebabnya setiap bangsa ada 'darkside' masing-masing. Nothing special.
Kita perlukan seorang wira yang mentransliterasi, mengkaji dan menggali pengetahuan dan pelajaran dari manuskrip-manuskrip ini. Dr. Liaw Yock Fang fokus dalam bab perundangan, seorang ambil satu manuskrip bidang perubatan pula, seorang ambil manuskrip bidang ilmu logam keris (metallurgy), seorang ambil bidang pembuatan meriam, seorang kaji manuskrip ilmu pelayaran, seorang kaji manuskrip ilmu pentadbiran dan politik, seorang kaji manuskrip senibina dan pertukangan, malah boleh kaji industri penterjemahan dan adaptasi karya luar pada zaman dahulu dan senarai ini berterusan lagi dan lagi.
Kumpulkan semua manuskrip-manuskrip ini dan buat pengkelasan bidang. Buat galeri dan pamerkan. Bangunkan ilmu-ilmu baru dari timbunan manuskrip itu dan sailang semua usaha pegawai kolonial yang memilih-milih hanya hikayat, fiksyen dan penglipurlara sahaja dari manuskrip-manuskrip itu untuk dipopularkan dan diulas. Sekarang kaji dan ulas semua sekali.
Tidaklah ahli sejarah dan sastera kerjanya masing-masing hanya ulas versi-versi Sulalatus Salatin sahaja. Versi itu versi ini. Hukum Kanun Melaka sahaja ada lebih 50 versi. Lepas ulas sekian banyak versi tu, stuck tang situ, berpusing-pusing tang situ, buat polemik, bergaduh, last-last kita semua jadi mitos, jadi dongeng. Last-last kita pulak dituduh pendatang asing. Damn!
Kita boleh memilih dari kisah manuskrip-manuskrip ini, untuk menjadi Melayu yang kasihan atau Melayu yang berilmu pengetahuan.
link : https://goo.gl/Fg0Wvf
~Srikandi
"luhur sejarahku abadi
"luhur sejarahku abadi
Undang-undang Laut Melayu dan Pakar Sastera Melayu
Adakah bila disebut 'pakar sastera Melayu' maka kita berfikir dia terlibat sekadar dalam pantun, syair, guridam, seloka dan hikayat-hikayat?
Pernah dengar tentang kitab Undang-undang Melaka dan Undang-undang Laut? Perpustakaan Vatikan ada menyimpan salah satu versi kitab ini yakni versi Bilioteca Apostolica Vaticana (VAT.IND.IV). Soalannya, siapakah yang telah mengkaji versi di Perpustakaan Vatikan ini dan mengusahakannya kedalam naskah yang dapat kita baca dengan mudah pada hari ini?
Memperkenalkan Dr Liaw Yock Fang. Beliau telah memperolehi gelar Drs. dari University of Leiden pada 1971 dan pada 1976 memperolehi gelar Doktor Sastera dari universiti yang sama, dengan mempertahankan disertasinya yang berjudul Undang-undang Melaka.
Beliau pernah mengajar di Jabatan Pengajian Melayu Universiti Nanyang (Nantah) dan di Jabatan Pengajian Melayu Universiti Singapura (kemudian Universiti Nasional Singapura).
Kepakarannya menyerlah dalam bidang linguistik dan kesusasteraan Melayu klasik.Beliau fasih Mandarin, Inggeris, bahasa Melayu dan mengetahui bahasa Arab.
Beliau walau bagaimanapun baru sahaja meninggalkan kita semua pada 23 April 2016 yang lalu.
Persoalan yang harus difikirkan, bagaimanakah caranya untuk melahirkan pelapis bagi bidang sastera Melayu, linguistik dan sejarah dari kalangan pemuda-pemudi Melayu kita? Orang yang mampu mengkaji manuskrip-manuskrip Melayu dan fasih dalam pengajian kesusasteraan dan hikayat Melayu? Yang boleh mentafsirkan sejarah Melayu dari aspek historiografi tempatan dan bijakpandai istana?
Ketika sesetengah orang kita yang bebal menuduh aliran historiografi tempatan ini sebagai 'pseudo-history' kerana tidak mengikut pandangan pegawai tadbir kolonial yang cuba menunjukkan bakat terpendam mengarang sejarah kita, anak-anak bukan-Melayu belajar sejarah Melayu dengan gigih, betul-betul dan menyeluruh sehingga mendapat gelaran profesor.
You ask a Malay student what is your history, and they have no knowledge of their earlier generations, or their past to speak, nor are they interested
(Eddin Khoo)
(Eddin Khoo)
~Srikandi
The History of Thy Beloved
The History of Thy Beloved
kredit: Berita Harian Singapura
updateMF : http://goo.gl/eInJzI
Jumaat, 18 November 2016
Ulasan tajuk “Subjek Sejarah Di Bunuh Senyap”
Sesuatu isu sejarah menjadi menarik apabila pandangan yang dilemparkan itu datang dari tokoh tersohor negara. Apa yang hendak diulas ni sekadar pandangan peribadi saya semata-mata sebagai orang di jalanan sejarah pendek kata marhaen sejarah berkenaan isu viral dari fb Berita Harian tentang penjelasan Prof Emeritus KKK.
1. Pendidikan di Malaysia berdasarkan gred/pointer/cgpa bukan menumpukan aspek minat pelajar itu sendiri. Maksud saya pelajar yang betul-betul minat diberi peluang secara bebas membuat penyelidikan dan kajian mengikut tajuk pilihannya sendiri namun masih dalam seliaan pegawai penyelia. Kerja dengan minat hasilnya pasti membanggakan. Simple.
2. Kebenaran dalam sejarah. Ya. Ini isu paling hebat dalam sejarah mana-mana negara. Sejujurnya para pemerintah akan cuba menutup apa juga kebenaran sejarah supaya mereka terus kekal dimana mereka berada. Dah senang lenang sapa nak susah?. Kita pula di Malaysia yang menjadi masalah ialah kita tidak boleh menerangkan fakta yang boleh menyebabkan ketegangan kaum. Kita tuan tanah tapi atas kertas saja. Korang berani ke lawan pemerintah? hehe
3. Sumber sejarah. Saya dah bertahun-tahun cakap isu ini. Tapi sayangnya semua pihak berkewajipan dalam hal sejarah tidak begitu menitikberatkan perkara ini. Kerja sekadar kerja, makan gaji dan buat muka garang. Saya setuju apa yang Prof Emeritus KKK cakap sejarah kita luas dan bukan bangsa kita ni makan orang atau terpencil cuma tiada siapa yang betul-betul hendak menlihat bahan-bahan asing disebabkan masalah bahasa. Saya nak cari bahan Thai pun jenuh dan sedang cari jalan nak belajar tulisan Thai. Jadi soalan saya apa fungsi fakulti bahasa asing di University sebenarnya? Lepasan-lepasan fakulti ini kemana pergi selepas tamat pengajian?.
4. Disebabkan masalah bahasa orang yang patut berusaha menjejak hanya sekadar berbual-bual tentang sejarah Melayu. Maka rakyat biasa macam saya terpaksa guna google translate untuk baca kajian sejarah dari negara luar. Bila kajian mereka ini (marhaen sejarah) semua sudah siap. Soalan biasa yang akan ditanya “ Apa kelayakan anda?”. Agaknya orang macam saya pendemo sejarah ni rasa malu dan rendah diri tak?
5. Maaf cakap, Prof-prof ni nak layan ke pendapat kita? Saya jumpa beberapa Prof yang terbuka dalam bincang isu sejarah dengan rakyat yang bukan pelajar sejarah. Tapi yang lain tu.. emm..
6. Pseudo Historian. Yang ini semua dah tahu tak perlu cerita panjang. Sepatutnya mereka yang gedik berjuang sejarah haruslah bekerjasama dengan ahli akademik sebab bila seorang ahli akademik/pengkaji sepenuh masa melakukan kajian dia akan menghadapi masalah di alam maya iaitu :
i. Takda masa nak update status
ii. Plagiarism
iii. Bahasa mereka kadangkala terlalu akademik.
Jadi tugas peminat sejarah yang advance ini ialah memudahkan pembacaan yang dikaji oleh ahli sejarah dan letak la kredit nama. Bukannya susah pun. Jadi masyarakat massa tahu bahawa ahli akademik ni buat kerja. Bukan dok melengko beso bontot macam korang cakap tu dan takyahla bergaduh sesama sendiri. Same je bangangnye.. rentikalah tunjuk hebat.. bukan ada faedah pun. Allah je pandai semua.
7. Sejarah diperingkat sekolah tak sama macam dewasa/umum. Jawapannya mudah. Budak darjah 4 tahu 4x2=8 takkan ko nak suruh dia pahamkan 4-2+3-1x4 = 8. Otak budak ni bukan pembelit macam korang. Pemikirannya telus. Jadinya hanya point saja yang dipaparkan dan menjurus kepada bagaimana hendak memahamkan sejarah. Maka tak perlulah tanya persoalan sama bertahun-tahun. Nak betulkan pemikiran kanak-kanak, pemikiran korang tu betul kan dulu.
8. Guru bukan bidang, bukan dalam bidang pendidikan saja tapi masalah ini berlaku disemua cabang sektor sejarah. Bayangkan lulusan akauntan jadi pegawai muzium. Ada rasa sakit jiwa tak?. Jadi berkait semula dengan no 1. Kerja sekadar kerja dan sistem pemilihan pekerja atas sebab yang tidak diketahui. Bukan diperingkat kumpulan C saja malah sampai ke kumpulan tertinggi. Rezki
Mohd H Roslan 13/11/2016
MHR
Khamis, 17 November 2016
KHIDMAT SEORANG MURID
"Apabila kita berguru, kita bukan hanya belajar kitab sahaja dengan dia. Murid juga bersuhbah dengan dia, kita bermusafir dengan dia, kita berkhidmat dengan dia. Angkat barang dia, jaga keperluan dia dan jangan tunggu disuruh."
"Khidmat adalah pembuka kepada ilmu, khidmat itu pembuka pintu kepada murid. Kalau alim sahaja, ilmu ada. Khidmat tak ada, akhirnya lahir ulama yang tak beradab. Khidmat ini penting, belajar adab. Kalau kamu boleh khidmat, khidmatlah habis-habisan. Suhbah dengan guru, dan hendaklah kamu bersama dengan orang-orang siddiqin."
"Ada satu kisah, di sebuah pondok pengajian. Ada seorang sheikh yang alim, tetapi sudah tua. Dihujung hayatnya, dia inginkan seorang penganti dirinya, daripada kalangan anak muridnya. Agar, boleh mengantikannya mengajar dan membimbing, anak-muridnya yang lain."
"Sheikh belum nampak lagi ada di kalangan, anak muridnya yang boleh mengantikannya. Ada sebatang pen yang amat disayangi oleh sheikh tersebut. Suatu hari, pen itu dicampakkan kedalam jamban di tempat pengajian tersebut."
"Kemudian, di dalam pengajian, sheikh berkata kepada anak muridnya; "Pen yang amat saya sukai telah jatuh di jamban. Adakah ada di antara kamu yang boleh ambilkannya untukku?"
Yang sorang, selalu duduk depan, anak muridnya buat tak tahu. Yang sorang, buat baca kitab. Yang sorang, buat-buat menghafal."
"Diulang sampai tiga kali oleh sheikh. Ada sesiapa yang boleh ambilkan?"
Tiba-tiba, ada seorang yang menyahut daripada luar; "Sheikh, saya boleh sheikh." Dia ini, selalu khidmat. Selalu sapu sampah, selalu susun selipar pelajar, bersihkan madrasah, khidmat tanpa disuruh. Kalau datang pengajian pon, di belakang."
"Kemudian, anak murid yang selalu berkhidmat ni terjun ke dalam jamban. Dicari sampai jumpa pen syeikh. Kemudian, dibersihkan dan dicuci diberi minyak wangi kasi wangi. Keesokannya, pen itu dipulangkan kepada sheikhnya."
"Sheikh berkata; "Kau yang ambilkan pen ini?" Kata pemuda yang selalu berkhidmat itu; "Ya, sheikh.
Mengalir airmata sheikh. Masya Allah. Kemudian, dia berkata; "Kemarilah." Dekat kepadaku. Dan didoakan oleh sheikh; "Ya Allah, aku redha dia, sebagai anak muridku. Ya Allah. Ya Allah, kau turunkanlah ilmu yang Kau berikan padaku, mengalir kepadanya."
"Terus kabul doa sheikh. Begitulah, Berkat berkhidmat dengan orang-orang soleh. "Khidmat adalah pembuka kepada ilmu, khidmat itu pembuka pintu kepada murid. Kalau kamu boleh khidmat, khidmatlah habis-habisan. Itulah keberkatan. Suhbah dengan guru, bersama dengan orang-orang siddiqin."
Ahbul hadramaut
via: Raudhatul Muhibbin
@nota_tasawwuf
Langgan:
Catatan (Atom)