*Tips jadi baik.*
1. Hati kena kuat, Niat kena tepat
Bila sebut nak jadi baik, kita kenalah semangat. Tanam di hati dan pandang cermin, sampai bila aku nak macam ni ? Kemudian segala amal bermula dari niat. Kalau niat sekadar hangat-hangat tahi ayam, rasanya tempoh nak jadi baik tu takkan lama.
2. Doa senjata orang mukmin
Yang ni tak boleh tinggal. Sebab apa ? Sebab ia adalah 'senjata'. Rujuk Surah Al-Mu'min ayat: 60. Percayalah, doa ni akan buat kita jadi kuat. KIta selalu dengar orang kata doa senjata orang mukmin tapi kita buat dunno. Sebab apa ? Sebab kita malas dan sombong pada Tuhan. Padahal belum ada lagi direkodkan dalam berita, sesiapa yang berdoa akan 'berkudis' mulutnya.
3. Sahabat yang soleh.
Kenapa ? Kerna ia mencerminkan akhlak kita. Jangan semata-mata kita berdamping dengan sahabat yang poket tebal, cantik, lawa, bijak pandai tapi mengabaikan hak-hak kepada Allah SWT. Biar sahabat kita tak pandai, tak kaya, tak cun. Tapi dia selalu mengingatkan kita kepada Allah. Hatta nampak kelibatnya pun, buat kita rasa 'gerun' nak buat dosa.
4. Tidak berkira-kira melakukan kebaikan.
Ya. Memang kita semua sibuk dengan hal masing-masing. Ada yang kerja, ada yang study, ada yang berniaga, dan macam-macam lagi kerja kita. Ya, itu saya faham. Tapi apa salahnya kita berkorban masa untuk mengisi jiwa yang kontang-kanting ? Orang yang nak jadi baik selalunya 'excited' nak mencari-cari majlis ilmu. Kerana apa ? Kerana perasaan 'kehausan' ilmu itu membuak-buak. So sepatutnya bila orang ajak terus tanya bila ? di mana ? kemudian usahakan 'cancel' beberapa aktiviti yang tak berfaedah.
Bukannya urm tengoklah nanti dan pelbagai alasan lain yang beraneka bentuk dan jenis biskut raya. Ya, ada yang faktor segan, tidak biasa, tidak berani, dan sebagainya. Tapi apa yang pasti orang yang buat kerana Allah, keterujaan dia akan mengatasi segala faktor yang boleh menghalang dia menjadi baik.
5. Cari suasana tarbiyah.
Kadang ada yang tewas nak jadi baik, sebab sekelilingnya tiada biah solehah. Maka itu tugas kita untuk cari suasana atau bina suasana. Allah sengaja bagi kita tercari-cari sampai keletihan. Sebab Allah nak bagi kita rasa, betapa indahnya sabar, betapa manisnya beroleh ilmu, betapa bahagianya berjuang dalam jalan Allah. Islam datang dalam keadaan asing dan kembali dalam keadaan asing. Maka beruntunglah orang yang asing. Kalau dulu suka layan kpop, cuba layan zikrullah pula. Kalau dulu suka update laman sosial asyik cerita nak ke keyell, keyell, keyell, bubuh pic dan kata no edit. cari ilham nak troll orang maka cuba gunakan media untuk cakap perkara baik-baik dan tak sia-sia.
6. Banyakkan baca bahan ilmiah.
Rasulullah ketika terima wahyu, Jibrail kata "bacalah. . ."
Di awal penerimaan islam pun Nabi dah kena suruh baca. Takkan kita ni umat yang tak maksum pun malas nak baca ? Rajinkan lah membeli kitab-kitab yang sohih, dan rujuklah pada yang ahli buku yang sepatutnya kita gunakan untuk sesuatu bidang. Kenapa perlu solat ? kenapa perlu tutup aurat ? Kenapa perlu taat mak ayah ? kenapa perlu tarbiyah ? kenapa perlu itu ini ? Cari jawapannya dalam pembacaan ilmiah dan paling penting secara berguru.
7. Tidak bertangguh.
Bab ni ramai spesis manusia di bumi terlepas pandang. Bila malamnya dah nangis-nangis taubat, esok pagi hidup cara yang sama dengan dosa yang sama. Sebab apa ? Sebab bertangguh. Tiada kejayaan bagi orang yang bertangguh. Hari ni dah taubat nak tutup aurat, esok patutnya dah test pakai tudung step by step. Tapi kita duk kata, esok esok dan akhirnya siapa tahu esok ajal kita ? Ingat, Syaitan tak pernah bertangguh melalaikan dan menyesatkan manusia. Dia nak ada geng ramai-ramai dalam neraka jahanam. Ayuh ! Hati kena kuat !
8. Belajar dan mengajar.
Bila kita dah belajar sesuatu ilmu. Ajar pula orang di sekeliling kita. Tak kira siapapun mereka dan walau sekecil mana pun ilmu yang diajar. Ini peluang untuk kita mengenali dakwah. Jika kita memerlukan sentuhan jiwa, kita juga kena menyentuh jiwa orang lain dengan cara mengajar. Sebab apa ? Ia juga akan meningkatkan ingatan kita terhadap sesuatu ilmu. Ilmu yang hanya disimpan, belum tentu kita akan mengigatinya di kemudian hari.
9. Tidak memegang statement "Aku taknak jadi jahil macam kawan aku"
Kawan, beringatlah. Kita semua ni macam dalam perlumbaan 800 meter atau mungkin lebih dari itu. Ada yang terus memecut laju setelah tembakan pistol dilepaskan, ada juga yang berlepas perlahan. Kemudian kita tak jangka pun siapa yang akan pergi ke penamat dulu. Mungkin ada yang kaku pengsan, di pertengahan. Mungkin ada yang kekejangan otot atau mungkin ada yang langsung tak dapat teruskan sampai ke penamat. Begitulah jua dengan hidup. Jangan pernah pandang rendah pada siapa-siapa. Tugas kita adalah terus berjuang bukan terusan menghakimi.
10. Istiqamah.
Ramai yang tersungkur dan terjatuh sebab tak istiqamah. Akhirnya menjadi futur dan putus asa dalam jalan Allah. Dah tidak seperti berada dalam suasana beragama, tidak lagi rindukan majlis ilmu, bahkan dah malas mengisi jiwa. Sebab tu pentingnya cari suasana. Berubah itu memang payah tapi istiqamah itu lagi payah. Tapi pernahkah kita dengar mujahadah itu pahit kerna syurga itu manis ? Apa guna dapat syurga senang lenang ? Kenalah ada sesuatu usaha untuk menuju ke arahnya.
Kawan, hati manusia ni berbolak-balik.
Ulang, berbolak-balik. Minta dan mohonlah pada Allah agar terus diberikan hidayah untuk berada dalam keadaan menikmati kehidupan seorang mukmin yang beriman.
Hakikatnya kita suka mengeluh kerana 'tidak berusaha'
Kita asyik letih kerana 'suka bertangguh'
Dan kita merasai tak cukup kerna 'tak pernah bersyukur'
Maka mana mungkin kita dapat 'rasakan' Allah ?
All praise is to ALLAH.
~ by Eliza.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan