Pengikut

Ahad, 8 Mei 2016

Perlakuan solat dan bacaan dalam solat yang betul

Kelmarin saya hadir kursus praktikal solat yang dikelolakan oleh Prof madya Dr Hasnan Kasan.
Malamnya saya sudah terniat nak hadir sampai tengahari kemudian balik rumah

Santai sangat peserta duduk di lantai dengan penyampaian prof yang bersahaja maka merialah majlis ilmu ini.

Pada sangkaan saya perlakuan solat saya antara yang tersusun dan sah sumbernya. Tapi saya menerima hakikat perlakuan solat saya ini saya timba lebih 20 tahun lalu kalau umur anak memang nak menimang cahaya mata hendaknya.

Saya akui hakikatnya lama masa berlalu dan tidak pernah diminta semak tatakelola perlakuan solat saya ini. Maka akhirnya oleh kerana alah bisa tagal biasa maka adalah dalan perbuatan perlakuan solat saya itu mula tergelincir.

Alhamdulillah.. Saya tidak sabar-sabar untuk berkongsi pendapatan dalam kursus praktikal solat ini insyah Allah pada kelapangan saya cuba up olah sedikit demi sedikit dalam penulisan ini.

saya masih tercari-cari di alam maya kitab rujukan Prof tersebut.  sebab ketika Prof slaid macam saya pun dapat ikut membaca tulisan Arab yang tidak berbaris itu.

yang kami guna untuk sembang-sembang ini buku dibawah.

Saya Beli RM 20.00 patutnya RM 22.00 sabah sarawak. tak teringat minta tanda tangan macam kawan-kawan lain

Tiada ulasan: