MANISNYA DI PONDOK.
Mereka yang tidak pernah belajar pondok sudah tentu tidak dapat merasainya.
Aliran pondok kekdahnya belajar dari kulit ke kulit. Satu demi satu, merangkak2, teliti, cermat dari nama2 kitab hinggalah kesudahan.
Mereka menadah dengan penuh sabar, mendobit satu demi satu butiran penting.
Zahirnya nampak serba kekurangan sebab belajar di atas tanah seolah tidak ada tempat yang lain lebih selesa tetapi itulah realiti suasana di pondok, kurang pada zahir tetapi batinnya melimpah ruah dengan mahabbah antara pelajar dan guru dan permulaan kepada kerinduan.
Benteng akidah menerusi ilmu ahli sunnah wjamah hanya terdapat di pondok melalui kitab turath tinggalan ulamak yang masih suci tidak diresapi ideologi penjajah, tatkala institusi pengajian agama yang lain sudah bercampur aduk tanpa mengira jantina dan lubuk pelbagai fahaman yang berpunca dari pembawaan guru2 yang diterima mengajar berfahaman mujassimah, musyabbihah dan lain2.
Alhamdulillah pelajar pondok dapat belajar kitab2 turath secara bersanad menerusi guru2 aliran pondok dalam apa jua subjek ilmu, bukan celup2, tebuk sana sini atau semata2 kerana peperiksaan.
Kesan dari tradisi yang dipertahankan, maka tidak hairanlah mereka yang bukan aliran pondok sukar memahami dan mengajar teks kitab turath pondok samada jawi atau arab kerana perbezaan fikrah, aliran dan asuhan.
Pendokong pondok sejati tidak menerima dasar pengajian yang lain kerana ada antara mereka sudah merasai perbezaan ketara sebelum memasuki pondok di institusi lain.
Tok Fakir mengkajinya selumat-lumat mungkin agar dapat difahami ilmu yang diterima dengan baik dan diamalkan dengan tepat.
Tanggungjawab umat Islam seterusnya memelihara tradisi ini supaya Islam itu dikenal dgn penuh tanggungjawab.
Usah memperlekehkan guru pondok dan pelajar pondok menerusi apa jua media kerana Allah Amat Memelihara dan Maha Penyayang kepada hambaNya yang ikhlas memperjuangkan agama tanpa mengenakan bayaran.
Kerana kesucian dan siqoh ilmu di pondok, berapa ramai yang datang celup ilmu di pondok, sekurangnya setahun kemudian menjaja kepada awam kononnya beliau aliran pondok. Walhal tempoh setahun nama2 kitab pon masih tak ingat.
Yang menyedihkan dan patut diberi perhatian ialah mutakhir ini ramai menggunakan nama pusat pengajian yang mereka dirikan, sekolah arab atau tahfiz dengan nama PONDOK supaya mudah meraih simpati awam ketika mencari dana walhal hakikatnya bukan PONDOK yang mereka dirikan.
Di pondok, pelajar bukan sekadar belajar kitab turath tetapi melalui proses peningkatan faham dan amal dari tuan guru.
Mereka Khidmat, Mereka Taat, Mereka Hormat.
Tiga prinsip ini ditekankan supaya mereka mudah mendepani masyarakat ketika mana upahan menjadi pertaruhan di abad ini, mereka di asuh mendidik masyarakat mentaati Allah dan Rasul, saling menghormati, bersedia berkhidmat tanpa mengharapkan imbuhan.
DARI ALLAH KEPADA ALLAH.
Sekian.
#aku_bdk_pondok
#penghias_agama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan