Pengikut

Isnin, 30 Mei 2016

Butia @ Mutiara Ikan Sungai

Tadi masa bawa keluarga ziarah mentua. Menyinggah kami di rumah nenek orang rumah saya.

Kebetulan Ibu orang rumah saya ada sana mengurus orang tuanya lelaki yang di khabarkan di jumpai orang pengsan dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Kesempatan ini saya mencuri melawat tapak rumah sepupuh orang rumah saya. Rupanya sudah mula dalam pembinaan.

Orang tua mentua perempuan saya sedang tidak ada dirumah kerana telah dibawah balik kerumah oleh adik perempuanya.

Dikesempatan ini mentua saya menceritakan sungguh pun orang  tuanya tidak larat dan sakit tapi masih mengenangkan Butia atau mutiara yang disimpanya dan disoroknya di kebunnya.

Dua tiga hari terbaring akhirnya Bapa  kepada mentua saya meminta pertolongan emak mentua saya untuk mengambil barangnya yang berharga yang ada disimpan  di kebun.

Dengan pesanan bapa tirinya emak mentua saya pun mengambil benda tersebut. Bila telah dibawa pulang kerumahnya Anak-anak dan cucu adik mentua saya menilai dan bertukar meragakan benda tersebut.

mujurlah atok mereka ini telah dibawa balik berihat dirumah adik emak mertua saya. Jadi senanglah mengambil dan melihat benda tersebut.

Tak sangka pula emak mentua saya sudi membawa benda tersebut untuk saya melihat dan menilainya.

Terjerit saya masa mula memegangnya. Orang rumah saya pun agak hairan kenapa saya terjerit.. Saya ingatkan benda itu lembut seperti obor-obor seperti ibu mut-mut yang pernah ssya bawa dari peneng.

Selama ini saya ingatkan Dragon Ball itu cerita bikinan semata-mata. Kini saya sedang bermain dengan sebiji fish Ball saiz ukuran besar lontar peluru ketogori C.

Bapa mentua saya cerita ada orang tawarkan bapa mentuanya itu untuk membeli RM3k tapi Bapa mentuanya hendakan pada harga Rm1juta.

Mungkin Bapa tiri emak mentua saya telah memuja batu tersebut supaya dapat digunakan untuk sesuatu upacara. 

Selama mungkin dalam lebih sepuluh tahun memiliki benda tersebut Bapa tiri emak mertua saya tidak dapat petunjuk apa-apa. Bercerai dengan bini adalah.

Saya pula berharaf dapat mewarisi benda ini secara beradab tapi untuk apa? 

Jumaat, 20 Mei 2016

Mutalaah Sabilul Muhtadin merujuk bab Solat

Balik dari Kursus Smat Solat kelolaan Prof madya Dr Hasnan Kasan saya mutalaah balik kitab Feqah Sabilul muhtadin mudah rujuk sebab saya mengaji talaqi kitab ini dari kulit ke kulit bukan cedok punya ini berlaku 26 tahun yang lalu. kitab masih utuh cuma pandangan mata yang mula menipu 

Selasa, 17 Mei 2016

Manisnya mengaji pondok

MANISNYA DI PONDOK.

Mereka yang tidak pernah belajar pondok sudah tentu tidak dapat merasainya.

Aliran pondok kekdahnya belajar dari kulit ke kulit. Satu demi satu, merangkak2, teliti, cermat dari nama2 kitab hinggalah kesudahan.

Mereka menadah dengan penuh sabar, mendobit satu demi satu butiran penting.

Zahirnya nampak serba kekurangan sebab belajar di atas tanah seolah tidak ada tempat yang lain lebih selesa tetapi itulah realiti suasana di pondok, kurang pada zahir tetapi batinnya melimpah ruah dengan mahabbah antara pelajar dan guru dan permulaan kepada kerinduan.

Benteng akidah menerusi ilmu ahli sunnah wjamah hanya terdapat di pondok melalui kitab turath tinggalan ulamak yang masih suci tidak diresapi ideologi penjajah, tatkala institusi pengajian agama yang lain sudah bercampur aduk tanpa mengira jantina dan lubuk pelbagai fahaman yang berpunca dari pembawaan guru2 yang diterima mengajar berfahaman mujassimah, musyabbihah dan lain2.

Alhamdulillah pelajar pondok dapat belajar kitab2 turath secara bersanad menerusi guru2 aliran pondok dalam apa jua subjek ilmu, bukan celup2, tebuk sana sini atau semata2 kerana peperiksaan.

Kesan dari tradisi yang dipertahankan, maka tidak hairanlah mereka yang bukan aliran pondok sukar memahami dan mengajar teks kitab turath pondok samada jawi atau arab kerana perbezaan fikrah, aliran dan asuhan.

Pendokong pondok sejati tidak menerima dasar pengajian yang lain kerana ada antara mereka sudah merasai perbezaan ketara sebelum memasuki pondok di institusi lain.

Tok Fakir mengkajinya selumat-lumat mungkin agar dapat difahami ilmu yang diterima dengan baik dan diamalkan dengan tepat.

Tanggungjawab umat Islam seterusnya memelihara tradisi ini supaya Islam itu dikenal dgn penuh tanggungjawab.

Usah memperlekehkan guru pondok dan pelajar pondok menerusi apa jua media kerana Allah Amat Memelihara dan Maha Penyayang kepada hambaNya yang ikhlas memperjuangkan agama tanpa mengenakan bayaran.

Kerana kesucian dan siqoh ilmu di pondok, berapa ramai yang datang celup ilmu di pondok, sekurangnya setahun kemudian menjaja kepada awam kononnya beliau aliran pondok. Walhal tempoh setahun nama2 kitab pon masih tak ingat.

Yang menyedihkan dan patut diberi perhatian ialah mutakhir ini ramai menggunakan nama pusat pengajian yang mereka dirikan, sekolah arab atau tahfiz dengan nama PONDOK supaya mudah meraih simpati awam ketika mencari dana walhal hakikatnya bukan PONDOK yang mereka dirikan.

Di pondok, pelajar bukan sekadar belajar kitab turath tetapi melalui proses peningkatan faham dan amal dari tuan guru.

Mereka Khidmat, Mereka Taat, Mereka Hormat.

Tiga prinsip ini ditekankan supaya mereka mudah mendepani masyarakat ketika mana upahan menjadi pertaruhan di abad ini, mereka di asuh mendidik masyarakat mentaati Allah dan Rasul, saling menghormati, bersedia berkhidmat tanpa mengharapkan imbuhan.

DARI ALLAH KEPADA ALLAH.
Sekian.

#aku_bdk_pondok
#penghias_agama

Ahad, 8 Mei 2016

Perlakuan solat dan bacaan dalam solat yang betul

Kelmarin saya hadir kursus praktikal solat yang dikelolakan oleh Prof madya Dr Hasnan Kasan.
Malamnya saya sudah terniat nak hadir sampai tengahari kemudian balik rumah

Santai sangat peserta duduk di lantai dengan penyampaian prof yang bersahaja maka merialah majlis ilmu ini.

Pada sangkaan saya perlakuan solat saya antara yang tersusun dan sah sumbernya. Tapi saya menerima hakikat perlakuan solat saya ini saya timba lebih 20 tahun lalu kalau umur anak memang nak menimang cahaya mata hendaknya.

Saya akui hakikatnya lama masa berlalu dan tidak pernah diminta semak tatakelola perlakuan solat saya ini. Maka akhirnya oleh kerana alah bisa tagal biasa maka adalah dalan perbuatan perlakuan solat saya itu mula tergelincir.

Alhamdulillah.. Saya tidak sabar-sabar untuk berkongsi pendapatan dalam kursus praktikal solat ini insyah Allah pada kelapangan saya cuba up olah sedikit demi sedikit dalam penulisan ini.

saya masih tercari-cari di alam maya kitab rujukan Prof tersebut.  sebab ketika Prof slaid macam saya pun dapat ikut membaca tulisan Arab yang tidak berbaris itu.

yang kami guna untuk sembang-sembang ini buku dibawah.

Saya Beli RM 20.00 patutnya RM 22.00 sabah sarawak. tak teringat minta tanda tangan macam kawan-kawan lain

Rabu, 4 Mei 2016

Guna Kaedah Baqdadi Atau Nak guna Iqra'.




















Ada kawan saya cakap kaedah iqra ini bawa masalah kepada penguasaan celik jawi budak sekolah.  jadi lama dah ada niat nak buat nota ini tapi masa yang sesuai untuk draf tak kunjung tiba. keupayaan masa terluang saya hanya ada pada time free bekerja jadi takut pula dipanggil makan gaji buta.

jadi semalam semasa menonton majlis tilawah antarabngsa kali kebarapa tidak ingat.. cuma  peserta yang memperdegarkan bacaan bukan dari kalangan negara yang mengutamakan penekenan bacaan bertaranum.. cuma kalau mereka tandingan saya.. kompom mereka meneng la. saya lagilah tidak faham itu tingkatan Taranum.

 malam in kebetulan anak-anak yang sedang selesma awal tertidur. kami  suami isteri dapatlah bercerita hal  pengalaman mengajar. saya masuk Guru Sandaran Agama tahun 1996 terus pula hadir kursus peringkat Daerah korikulam untuk pendidikan islam tahun 2 barangkalai kalau tidak silap. 

Bila Tuan penyelia  Tanya siapa mengajar guna Kaedah buku bagdadi? dan siapa Guna buku Kaedah
Iqra'.?   jadi kalau bukan guna buku bagdadi atau buku Iqra kamu pakai buku Apa? Tuan PPD bahagian Pantai barat utara (nama gabungan Daerah zaman lama2)   perasan saya tidak angkat tangan. mana mana soalan. tapi saya tetap pura-pura mengaris buku kehadiran Kursus. kebetulan buku tu melintas dihadapan saya.

Saya tidak ingat sudah apa yang berlaku selapas itu. jujurnya saya tidak faham apa itu bagdadi dan Apa itu Iqra. saya pandai baca Al-quran dengan kaedah sendiri saya .  sempat hadir Kursus cara mengajar dan menulis rancanga pengajaran harian dan seumpamanya pada tahun-tahun berikutnya dan tahun berikutnya hinggalah saya ditamatkan perkidmatan separuh dari Kontrak yang ditawarkan. pada tahun tersebut.  

semasa ketiadaan pekerjaan ini saya cuba pula berjinak-jinak untuk buka kelas Al-quran guna kaedah Iqra inilah.  malangnya kelas tidak berjaya bertahan lama. b

bertahun menganggur saya dapat syor seorang sahabat untuk ke labuan kerana katanya ada kawan disana yang boleh menolong. Alhamdulillah dapat walau incom tidalah seberapa. Alhamdulillah sebagai Guru mengajar Kelas Kafa saya berkesempatan untuk berkursus cara pengunaan Buku Iqra. dalam kelas kafa

Alhamdulillah sebelum ditamatkan kelas kafa saya ini. saya berkesempatan menerima dan membimbing seorang murid yang sangat-sangat  berbakat. Kerana semasa umur tadikaNya  saya katamkan dia membaca buku Iqra dalam tempoh kurang dari enam bulan. dan Qatam Quran 30 Juz bersama atau mengikut bacaan saya tiga tahun kemudian hanya dalam Kelas Kafa.

Mengenai kaedah bagdadi pula. bila  umur makin meningkat dan pergaulan dan perbincangan saya dengan rakan-rakan. saya terkenang kembali Zaman kanak-kanak bahawa saya pernah dibawa oleh ibu saya ke kelas Dewasanya Rupanya Alunan Nyanyian semasa menyebut huruf hijaiyah itu adalah kaedah belajar buku mukadam al baqdadi. sampai sekarang saya belum berjumpa pengajar yang mahir mengajar seumpama itu dalam kaedah Al-Baqdadi ini..