Pengikut

Sabtu, 2 April 2016

JB14 Rawat dan Rumah Tamu

Telah bermula sejak sebelum gempa. Tak tau bila nak siap. tapi awal-awal sudah fikir-fikirkan menampa Nama yang sesui dan mudah di ingati dan mudah meniti di bibir pendengar
26 tahun lalu sebelum ada tangungan dan tanggungjawab saya rela diusung sana sini. Merawat, mengurut, mengajar silat dan pernah wujudkan kelas Al-Quran dewasa dan kanak-kanak. Pernah juga adakan kelas bacaan kitab kuning.
Kerja ini keluar belanja sendiri adalah. Jauh sekali untuk menjana pendapatan. Akhirnya semuanya luput dimamah masa. Saya tidak menghentikannya tapi luput oleh masa.
Seingat saya kelas Al Quran dewasa individu dirumah ada pernah saya tinggalkan kerana masalah adab. Kesian jugalah tapi masa itu adalah masa darah muda.
Ada juga yang bertanya kenapa tidak merawat & mengurut sekarang?  Tentunya saya jawab sekarang ini sibuk untuk keluarga, adalah lebih baik saya sibukkan diri untuk cari reziki untuk belanja keluarga.
InsyaAllah Niat jika ada umur panjang dan luaskan Reziki  inilah perancangan saya. JB14 Rawat dan Rumah Tamu dengan pengurusan terkini dan tentunya dengan kadar kos yang sesuai mengikut keadaan semasa.

Tiada ulasan: