Post ini hamba dapat dari Wan Pondok . hamba panjangkan mudahan berguna kepada mereka yang dapat petunjuk Amin. InsyaAllah
mudah2han harap sangat2 kembalikan yang dah lama tenggelam mengharap sangat2
diharap mohon semua guru tarbiah gurulatih jurulatih susun atur semula setiap gelanggang2 latihan men gempur mudah cakap (sparing je ramai2)
sebelum nak latih buah bunga langkah tari demo ke
buat pohon gerak rohani jasmani gempur beramai ramai dulu @ dua tiga orang gempur
sebab kita lama dah kita tinggal latihan gempur
kan wajib fardhu ain nak pertahan agama islam kesucian maruah diri keluarga harta tanah air islam
kita ajak sama2 men gempur berapa ramai yg sudi dan ingin benar2 gerak gempur ada je bila
sampai masa nak latihan gerak gempur ada bermacam ragam alasan sakit perut lah demam lah badan sejuk seram lah pening kepala lah ada hal nak beli barang rumah lah gas habis lah badan rasa macam kebas2lah baru je lepas makan nasi lah itulah diri kita sebenarnya
kita akan segera mari sungguh2 jika temu je alasan semua tu kita tak peduli tak hirau sebenarnya kita dah takda masa amat suntuk dah musuh alloh musuh kita tak peduli semua2 tu
berbekal zikir wirid selawat panjang2 @ pendek istiqamahlah lazimi
ambillah peluang dari sekarang segera perkemas langkahan tuan guru
jangan ikut langkah musuh2 yang sibuk main latihan olok acah acah diluar gah hebat tunjuk kuat dizaman para sahabat2 nabi muhammad ﷺ sia sia tiada nilai
janji ingin mengejar syahid bila kita berdepan yang lama @ yang baru serupa sesama ada sebenarnya sama sahaja cuma sedikit yang faham mahir reti tujuan
kita sama je kita serupa je usahlah berkira kira jangan dijadikan alasan umur tuha sudah lanjut dah lama hidup biarlah orang yang muda pulak teruskan perjuangan
cepat lambat tak perlu berkira sangat tergeliat terseliuh alah biasa luka bengkak benjol mainan betul niat tujuan pahala dinilai dikira jika mati latihan syahid pakaian utama
sungguh sedih sayu sangat2 bila ada majlis musabaqah yang jelas kita semua pakat lihat dengan mata kepala betapa bagaimana ber ia ia peserta bertungkus lumus mempamerkan tonton demo2 langkah silat yang dicedok dikutip dari pelbagai puak ad dholl lin dan maghdho bi 'alaihim sungguh memang kata tuan guru kita tak terikat sebarang langkahan tari dan tak terhenti di satu2 langkahan tetapi tak bermakna kita ambik bulat2 semua langkahannya untuk diserap guna dalam latihan padang
sungguh mudharat kita lebih beratkan menekan latihan tubi2 semata mata nak pamer demo di majlis2 tertentu
hingga kita dengan sengajanya kita meninggalkan latihan yang utama asas iaitu latihan pohon gerak rohani jasmani gempur beramai ramai
kita banyak utama lebihkan hebat megah pamir kemasyhuran dari nak buat latihan berubat nafsu jahat dan merawat penyakit dalaman hati nurani
gah dengan berpakaian hitam berbagai warna bertanjak segak mahkota berdiri anggun bak hulubalang
kita boleh berdiri lari melompat pusing memusing selama berjam jam pamer tonton kecekapan ketangkasan ligat
maha malang tiba2 bila bermain gempur rohani jasmani kita pancit menggah semput longlai tak bermaya baru je latih 3 ke 4 minit bomm dah jatuh
satu ketika masa arwah tuan guru ada cukup suka merenung dengan semangat sampai bertakbir dengan gah nya bila melihat persembahan anak2 murid didikannya gerak gempur tak putus menyebut kalimah alloh alloh alloh alloh
bila ditanya kepada tuan guru siapakah yang patut diberi kemenangan musabaqah tersebut maka jawab tuan guru
kumpulan geng yang saya takbir tadi
memang latihan seperti itu lah yang tuan guru inginkan
bukan menang dengan sebab pilih kasih @ kroni @ banyak percikan parang berapi
paling tak boleh tahan dalam gerak gempur tu ada lagi yang boleh dengan lenggang lenggoknya main tari2 susun langkah gempur seperti itu tiada markah dari tuan guru
ingatlah ingatlah ingatlah kembali zaman keadaan itu
setiap mulai latihan padang
dimulai dengan adab pandang murabbi naungi kerjabuat diikuti jabat 14 jabat penimbul jabat besi dan terus pohon gerak gempur beramai ramai
habis gempur je terus gempur lagi dan habis gempur je gempur lagi
terkadang kadang satu malam je paling kurang 3 ke 4 kali gerak gempur
kalau kita letak gajah ke singa ke harimau ke masuk gelanggang mau mati kena gerak gempur
dah lepas gempur silalah latih belajar buah tari tumbuk sepak atau melangkah dengan langkahan yang disusun agar ada juga satu susunan
perhatilah cuba tengok lihat sendiri betapa bagaimana dalam setiap latihan selama 2 ke 3 jam penuh seluruh masa diguna atas niat tujuan nak keluar dari kufur maksiat menuju iman ta'at lagi boleh berubat diri yang sakit berbagai penyakit rohani jasmani agar dapat penawar sihat 'afiat
bukan seronok suka nak buat latihan dengan nak pamer mazmumah
sedar ke tak sedar ke
berdiri malu tak malu nya hal teguh semua badal2 atau mereka yang mahir faham yang berlegar sekeliling kita yang ada ini kebanyakannya dah dilatih ajar lagi pernah lalui latihan pahit getir macam itu
maka janganlah kita pelik hairan kalau berlaku dimana ahli2 baru yang kita didik latih tak mau ingin lekat hampir dengan kita atau akan lari tinggal jemaah atau ada yang manja naik lemak berkrim gara cara didikan kita sendiri sedia suapkan dengan cerita2 dongeng syak dzon waham yang kita cedok kutip dari golongan sesat menyesatkan lagi dengan orang murtad zolim fasiq munafiq kafir maka marilah bersama sama kita duduk dalam ilmu serta amal rabitah wasilah melalui kebesaran kemuliaan mursyid kita syeikh ahmad muhyiddin al mala'u ahli jawi jadid saf khalaf disisi sultan aulia' saidi syeikh muhyiddin abdul qadir jailani disisi rasululloh ﷺ dihadrat alloh amin2 ya alloh ya rasululloh ﷺ....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan