Apakah hukum jika kita mendapatkan khidmat perubatan dan berimamkan mereka yang bukan sealiran dengan kita?
1. Pok Nik tidak jelas dengan soalan tuan.
Tetapi jika dimaksudkan bolehkah kita berubat (secara tradisional atau moden) atau berimamkan dengan mereka yang 'tidak mempunyai sanad'? (Jika itulah maksud sebenar tuan) (penanya itu menjawab 'Ya')
Soalan ini sangat popular di kalangan kita. Inilah antara penyebab ramai antara kita mengalami penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi, stroke dsb. - kerana pendapat dangkal yang tidak mahu berubat malah mendakwa penyakit-penyakit ini adalah penyakit 'mistik' tanpa penerangan/bukti yang jelas mengenainya - inilah silapnya orang-orang kita hari ini!
Izinkan Pok Nik memberi pendapat peribadi :
a. Mengenai hukum berubat.
Bergantung kepada keadaan - pertama - jumhur ulama telah sepakat bahawa hukum berubat bergantung kepada keadaan maka hukumnya adalah 'harus' dan 'sunat'
Rawi Abu Darda' dalam hadis - Seorang Arab badwi bertanya kepada baginda :
'Wahai Rasulullah bolehkah kita berubat ?
Lalu baginda S.A.W. bersabda :
تداووا ، فإن الله لم يضع داء إلا وضع له شفاء إلا داء واحد
قالوا : يا رسول الله وما هو ؟ قال : الهرم
قالوا : يا رسول الله وما هو ؟ قال : الهرم
"Berubatlah, kerana Allah telah menetapkan ubat bagi setiap penyakit yang diturunkan-Nya, kecuali satu penyakit!" Para sahabat bertanya: "Penyakit apa itu wahai Rasulullah?" Beliau menjawab: "Penyakit tua." [Riwayat al-Tirmidzi]
dan dalam keadaan lain (mubah), boleh juga menjadi 'haram'. Ini kerana kita langsung tidak mahu berubat walaupun kita berkemampuan dan hanya bertawakkal/berdoa semata-mata.
(Sabda Rasulullah S.A.W.
لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ
"Tidak boleh mendedahkan diri kepada mudharat dan melakukan kemudharatan." [Riwayat Malik, Ibn Majah dll]
Berubat juga perlu mengikut kemampuan. Jika terlalu habis duit ke sana ke mari - masih tidak sembuh-sembuh maka sebaiknya pesakit itu banyakkan bertaubat dan banyakkanlah bersedekah/kerja-kerja amal/kebajikan. Selain itu, jika tidak mampu untuk mengeluarkan duit, maka berubatlah mengikut kemampuan.
Soalnya sekarang, seandainya Pok Nik berubat dengan doktor hospital yang beragama lain, selagi Pok Nik tidak mengikut aqidahnya, maka hukumnya tetap 'harus'.
Ini kerana 'Harus'nya hukum berkenaan ialah kerana Pok Nik bertaklid kepada Madzhab Shafie. Maka tidak menjadi sebarang masalah jika kita ingin berubat dengan mereka yang bukan sealiran dengan kita sekalipun kerana bertaklid kepada hukum wadii/taklifi yang dirajihkan oleh Madzhab Shafie di mana sanadnya sampai kepada Rasulullah S.A.W.
(melainkan perkhidmatan itu menggunakan cara-cara dan bahan ubat-ubatan yang hukumnya haram atau suasana yang menimbulkan fitnah seperti disebutkan di bawah bertanda **)
Sabda Rasulullah s.a.w , rawi Abu Darda’ :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan penyakit dan ubatnya dan dijadikan bagi setiap penyakit itu ubatnya, maka berubatlah kamu dan JANGAN SEKALI-KALI BERUBAT DENGAN SESUATU YANG HARAM"
Dalam jawapan Tuan kemudiannya, tuan sebenarnya silap sikit menggunakan dalil.
Di sini Pok Nik letakkan dalilnya yang betul dan asbabul wurudnya :
Dari Ibn Abbas RA - seorang wanita berkulit hitam yang menghidap penyakit sawan.
Kemudian wanita itu pun mengadu kepada baginda Rasulullah S.A.W. dan baginda pun bersabda ;
إِنْ شِئْتِِ صَبَرْتِ ولكِ الجنةُ، وإن شئتِ دعوتُ اللهَ أن يعافِيَكِ
'Jika kamu mahu bersabar maka bagi kamu itu syurga dan jika kamu mahu aku berdoa maka aku akan berdoa agar Allah menyembuhkan kamu.' Lalu perempuan itu memilih untuk sabar.' [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Hadis ini tidak sekali-kali membawa maksud tidak perlu berubat - tetapi lebih kepada bersabar terhadap ujian Allah SWT kerana segala musibah itu datang dariNya.
Dalam hadis-hadis yang mirip, Wanita ini sering mengadu kepada Rasulullah S.A.W. kerana dia sentiasa terbuka auratnya setiap kali dia mengalami penyakit sawan, maka Rasulullah S.A.W. mendoakan wanita berkenaan semoga Allah SWT menjaga auratnya apabila dia mengalami penyakit sawan.
Islam juga bersifat preventif (pencegahan) contohnya kita mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. dari segi cara pemakanan Baginda S.A.W. cara riadhah Baginda S.A.W., dan semua gayahidup baginda S.A.W. dengan niat mencegah penyakit, maka hukumnya adalah sunat malah telah terbukti mempunyai nilai-nilai perubatan/kesihatan.
b. Hal ini samalah dengan soal Berimam - contohnya Pok Nik bertaklid kepada Madzhab Shafie dalam soal solat berjemaah dan yakin bahawa majoriti Imam di Malaysia ini adalah beri'tiqad AhlusSunnah Wal Jamaah (yang bersanad sehingga Rasulullah S.A.W.) walaupun imam itu tidak 'seguru' dengan Pok Nik (namun semazhab dengan Pok Nik)
(melainkan jelas Imam berkenaan nampak tanda-tandanya dia adalah seorang bukan beri'tiqad ahlussunnah waljamaah - tetapi jika Pok Nik tidak tahu dan mengetahuinya kemudian, maka solat Pok Nik sebagai makmum masih sah)
Jadi, bagi Pok Nik - berdasarkan kefahaman/penerangan yang dhaif Pok Nik ini - tanpa was-was/syak/zhan/waham - tidak timbul lagi soal tidak boleh berubat atau berimamkan orang yang tidak 'sealiran' dengan kita
**Soal kita berubat secara tradisional - kena lihatlah cara perubatan itu, sekiranya melibatkan
i) 'menurun' (tanasikhul arwah) atau
ii) ada unsur-unsur 'nikah batin' untuk pengubat tradisional itu mengambil peluang untuk berzina dengan pesakit kononnya atas tujuan berubat atau membuang sial dsb.
iii) 'berubat pesakit wanita tanpa muhrimnya' atau
iv) mana-mana keadaan-keadaan yang boleh menimbulkan fitnah atau
v) pengubat itu memberikan pendapat yang jelas bertentangan dengan aqidah dll seumpamanya,
ii) ada unsur-unsur 'nikah batin' untuk pengubat tradisional itu mengambil peluang untuk berzina dengan pesakit kononnya atas tujuan berubat atau membuang sial dsb.
iii) 'berubat pesakit wanita tanpa muhrimnya' atau
iv) mana-mana keadaan-keadaan yang boleh menimbulkan fitnah atau
v) pengubat itu memberikan pendapat yang jelas bertentangan dengan aqidah dll seumpamanya,
maka sudah jelaslah, hukumnya adalah 'haram' (makruh, syubhah yang mendekati dengan 'haram' kerana banyak fitnah yang timbul) untuk berubat dengan golongan seumpama ini.
Soal lain yang perlu disentuh ialah mengambil upah, yuran perundingan perubatan* dll adalah dikiaskan kepada 'workmanship' atau 'mutu/tahap pekerjaan' - contohnya jika pengubat tradisional itu membeli peralatan-peralatan atau mencari akar-akar kayu di hutan untuk tujuan perubatan dll, maka dibolehkan dia meletakkan harga ke atasnya atas susah payahnya atau letihnya mengubati orangramai. (ini kita kena ada sedikit timbangrasa kerana kos yang ditanggung oleh si pengubat yang nak kena isikan minyak kereta, makan dan minum dll)
Begitulah juga jika kita berubat/mendapat khidmat nasihat dengan perunding perubatan, maka sudah tentu kita perlu membayar yuran khidmat nasihat professional berkenaan.
Dinasihatkan saudara dan rakan-rakan di sini, agar tidak mudah mengeluarkan "fatwa" 'tidak boleh berubat dengan mereka yang 'tidak bersanad' tanpa taklid yang betul atau tidak faham apa yang disebutkan itu atau tidak merujuk kepada mereka yang tahu mengenai hal hukum.
Sikap ini berpotensi membawa kepada putusnya silaturrahim, pecah-belah masyarakat, kekeliruan, ketaksuban/fanatik yang melulu, menyendiri dan tidak mahu bergaul dengan orangramai (anti-sosial) dll. Kita sepatutnya ada unsur/contoh 'rahmatul aalamiin' dan 'pemati hujjah/penyelesai masalah' (yang bukan disebut pada lisan sahaja) dan bukanlah sebaliknya
Wallahualam, wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan