Pengikut

Jumaat, 27 Mac 2015

Apakah hukum jika kita mendapatkan khidmat perubatan dan berimamkan mereka yang bukan sealiran dengan kita?




Apakah hukum jika kita mendapatkan khidmat perubatan dan berimamkan mereka yang bukan sealiran dengan kita?
1. Pok Nik tidak jelas dengan soalan tuan.
Tetapi jika dimaksudkan bolehkah kita berubat (secara tradisional atau moden) atau berimamkan dengan mereka yang 'tidak mempunyai sanad'? (Jika itulah maksud sebenar tuan) (penanya itu menjawab 'Ya')
Soalan ini sangat popular di kalangan kita. Inilah antara penyebab ramai antara kita mengalami penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi, stroke dsb. - kerana pendapat dangkal yang tidak mahu berubat malah mendakwa penyakit-penyakit ini adalah penyakit 'mistik' tanpa penerangan/bukti yang jelas mengenainya - inilah silapnya orang-orang kita hari ini!
Izinkan Pok Nik memberi pendapat peribadi :
a. Mengenai hukum berubat.
Bergantung kepada keadaan - pertama - jumhur ulama telah sepakat bahawa hukum berubat bergantung kepada keadaan maka hukumnya adalah 'harus' dan 'sunat'
Rawi Abu Darda' dalam hadis - Seorang Arab badwi bertanya kepada baginda :
'Wahai Rasulullah bolehkah kita berubat ?
Lalu baginda S.A.W. bersabda :
تداووا ، فإن الله لم يضع داء إلا وضع له شفاء إلا داء واحد
قالوا : يا رسول الله وما هو ؟ قال : الهرم
"Berubatlah, kerana Allah telah menetapkan ubat bagi setiap penyakit yang diturunkan-Nya, kecuali satu penyakit!" Para sahabat bertanya: "Penyakit apa itu wahai Rasulullah?" Beliau menjawab: "Penyakit tua." [Riwayat al-Tirmidzi]
dan dalam keadaan lain (mubah), boleh juga menjadi 'haram'. Ini kerana kita langsung tidak mahu berubat walaupun kita berkemampuan dan hanya bertawakkal/berdoa semata-mata.
(Sabda Rasulullah S.A.W.
لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ
"Tidak boleh mendedahkan diri kepada mudharat dan melakukan kemudharatan." [Riwayat Malik, Ibn Majah dll]
Berubat juga perlu mengikut kemampuan. Jika terlalu habis duit ke sana ke mari - masih tidak sembuh-sembuh maka sebaiknya pesakit itu banyakkan bertaubat dan banyakkanlah bersedekah/kerja-kerja amal/kebajikan. Selain itu, jika tidak mampu untuk mengeluarkan duit, maka berubatlah mengikut kemampuan.
Soalnya sekarang, seandainya Pok Nik berubat dengan doktor hospital yang beragama lain, selagi Pok Nik tidak mengikut aqidahnya, maka hukumnya tetap 'harus'.
Ini kerana 'Harus'nya hukum berkenaan ialah kerana Pok Nik bertaklid kepada Madzhab Shafie. Maka tidak menjadi sebarang masalah jika kita ingin berubat dengan mereka yang bukan sealiran dengan kita sekalipun kerana bertaklid kepada hukum wadii/taklifi yang dirajihkan oleh Madzhab Shafie di mana sanadnya sampai kepada Rasulullah S.A.W.
(melainkan perkhidmatan itu menggunakan cara-cara dan bahan ubat-ubatan yang hukumnya haram atau suasana yang menimbulkan fitnah seperti disebutkan di bawah bertanda **)
Sabda Rasulullah s.a.w , rawi Abu Darda’ :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan penyakit dan ubatnya dan dijadikan bagi setiap penyakit itu ubatnya, maka berubatlah kamu dan JANGAN SEKALI-KALI BERUBAT DENGAN SESUATU YANG HARAM"
Dalam jawapan Tuan kemudiannya, tuan sebenarnya silap sikit menggunakan dalil.
Di sini Pok Nik letakkan dalilnya yang betul dan asbabul wurudnya :
Dari Ibn Abbas RA - seorang wanita berkulit hitam yang menghidap penyakit sawan.
Kemudian wanita itu pun mengadu kepada baginda Rasulullah S.A.W. dan baginda pun bersabda ;
إِنْ شِئْتِِ صَبَرْتِ ولكِ الجنةُ، وإن شئتِ دعوتُ اللهَ أن يعافِيَكِ
'Jika kamu mahu bersabar maka bagi kamu itu syurga dan jika kamu mahu aku berdoa maka aku akan berdoa agar Allah menyembuhkan kamu.' Lalu perempuan itu memilih untuk sabar.' [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Hadis ini tidak sekali-kali membawa maksud tidak perlu berubat - tetapi lebih kepada bersabar terhadap ujian Allah SWT kerana segala musibah itu datang dariNya.
Dalam hadis-hadis yang mirip, Wanita ini sering mengadu kepada Rasulullah S.A.W. kerana dia sentiasa terbuka auratnya setiap kali dia mengalami penyakit sawan, maka Rasulullah S.A.W. mendoakan wanita berkenaan semoga Allah SWT menjaga auratnya apabila dia mengalami penyakit sawan.
Islam juga bersifat preventif (pencegahan) contohnya kita mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. dari segi cara pemakanan Baginda S.A.W. cara riadhah Baginda S.A.W., dan semua gayahidup baginda S.A.W. dengan niat mencegah penyakit, maka hukumnya adalah sunat malah telah terbukti mempunyai nilai-nilai perubatan/kesihatan.
b. Hal ini samalah dengan soal Berimam - contohnya Pok Nik bertaklid kepada Madzhab Shafie dalam soal solat berjemaah dan yakin bahawa majoriti Imam di Malaysia ini adalah beri'tiqad AhlusSunnah Wal Jamaah (yang bersanad sehingga Rasulullah S.A.W.) walaupun imam itu tidak 'seguru' dengan Pok Nik (namun semazhab dengan Pok Nik)
(melainkan jelas Imam berkenaan nampak tanda-tandanya dia adalah seorang bukan beri'tiqad ahlussunnah waljamaah - tetapi jika Pok Nik tidak tahu dan mengetahuinya kemudian, maka solat Pok Nik sebagai makmum masih sah)
Jadi, bagi Pok Nik - berdasarkan kefahaman/penerangan yang dhaif Pok Nik ini - tanpa was-was/syak/zhan/waham - tidak timbul lagi soal tidak boleh berubat atau berimamkan orang yang tidak 'sealiran' dengan kita
**Soal kita berubat secara tradisional - kena lihatlah cara perubatan itu, sekiranya melibatkan
i) 'menurun' (tanasikhul arwah) atau
ii) ada unsur-unsur 'nikah batin' untuk pengubat tradisional itu mengambil peluang untuk berzina dengan pesakit kononnya atas tujuan berubat atau membuang sial dsb.
iii) 'berubat pesakit wanita tanpa muhrimnya' atau
iv) mana-mana keadaan-keadaan yang boleh menimbulkan fitnah atau
v) pengubat itu memberikan pendapat yang jelas bertentangan dengan aqidah dll seumpamanya,
maka sudah jelaslah, hukumnya adalah 'haram' (makruh, syubhah yang mendekati dengan 'haram' kerana banyak fitnah yang timbul) untuk berubat dengan golongan seumpama ini.
Soal lain yang perlu disentuh ialah mengambil upah, yuran perundingan perubatan* dll adalah dikiaskan kepada 'workmanship' atau 'mutu/tahap pekerjaan' - contohnya jika pengubat tradisional itu membeli peralatan-peralatan atau mencari akar-akar kayu di hutan untuk tujuan perubatan dll, maka dibolehkan dia meletakkan harga ke atasnya atas susah payahnya atau letihnya mengubati orangramai. (ini kita kena ada sedikit timbangrasa kerana kos yang ditanggung oleh si pengubat yang nak kena isikan minyak kereta, makan dan minum dll)
Begitulah juga jika kita berubat/mendapat khidmat nasihat dengan perunding perubatan, maka sudah tentu kita perlu membayar yuran khidmat nasihat professional berkenaan.
Dinasihatkan saudara dan rakan-rakan di sini, agar tidak mudah mengeluarkan "fatwa" 'tidak boleh berubat dengan mereka yang 'tidak bersanad' tanpa taklid yang betul atau tidak faham apa yang disebutkan itu atau tidak merujuk kepada mereka yang tahu mengenai hal hukum.
Sikap ini berpotensi membawa kepada putusnya silaturrahim, pecah-belah masyarakat, kekeliruan, ketaksuban/fanatik yang melulu, menyendiri dan tidak mahu bergaul dengan orangramai (anti-sosial) dll. Kita sepatutnya ada unsur/contoh 'rahmatul aalamiin' dan 'pemati hujjah/penyelesai masalah' (yang bukan disebut pada lisan sahaja) dan bukanlah sebaliknya
Wallahualam, wassalam

Sabtu, 7 Mac 2015

Hukum Binaan Di Atas Kubur


Hukum Binaan Di Atas Kubur

Artikel ini dipetik dari pelbagai sumber dan kitab. Pendapat Pok Nik ini adalah pendapat awam, sila rujuk kepada mereka yang bertauliah dalam hal ini.


Tentang hadis larangan binaan di atas kubur, Imam Syafie menerangkan hukum dan sebab larangan tersebut di dalam kitab Ummnya (bab jenazah):

” ورأيت من الولاة (بمكة) من يهدم ما يبنى فيها ولم أر فقهاء يعيبون عليه ذلك ولأن في ذلك تضييقا على الناس “

Ertinya: “ Aku melihat pembesar di Mekah meruntuhkan binaan-binaan kubur yang ada padanya dan aku tidak melihat para Fuqaha yang mencela perbuatan pembesar tersebut dan kerana pada binaan itu menyempitkan tanah perkuburan ke atas orang ramai.”

Keterangan :

"Binaan yang menyempitkan tanah perkuburan ke atas orang lain" - bererti binaan yang sampai menghalang jenazah lain untuk dimaqamkan"

Di sesetengah negara termasuk Malaysia, hal ini boleh diselesaikan dengan penggunaan kubur bertingkat - di mana ianya telah difatwakan pada 15 - 17 Disember 2010 bahawa kaedah ini tidak bertentangan dengna syariat kerana dalam keadaan mendesak dan kekurangan kawasan tanah perkuburan.

Kata Imam Shafie r.a. lagi: ” فان كانت القبور في الأرض يملكها الموتى في حياتهم أو ورثتهم بعدهم , لم يهدم شىء يبنى منها وانما يهدم ان هدم ما لا يملكه أحد فهدمه لئلا يحجر على الناس “

Ertinya: “ Maka jika adalah perkuburan di dalam tanah yang dimiliki oleh orang-orang mati semasa hidup mereka atau diwarisi oleh pewaris selepas kematian mereka, nescaya tidak boleh diruntuhi sesuatu binaan di dalamnya. Hanya diruntuhi sesuatu binaan di dalam tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa pun maka hendaklah diruntuhinya supaya tidak menegah orang ramai untuk tanam mayat yang lain.”

Bila ditanyakan fatwa kepada Ibnu Hajar Haitami tentang suatu binaan, beliau menghukumkan haram binaan itu dan menyatakan sebab ( ألعلة ) pengharaman tersebut dengan katanya (Fatawa Kubra, bab jenazah):

” ولوجود علة تحريم البناء في ذلك وهى تحجير الأرض على من يدفن بعد بلاء الميت اذ الغالب أن البناء يمكث الى ما بعد البلى وأن الناس يهابون فتح القبر المبني فكان في البناء تضييق للمقبرة ومنع الناس من الانتفاع بها فحرم “

Ertinya: “Kerana terdapat sebab pengharaman binaan pada binaan yang berkenaan iaitu menegah tanah kubur daripada ditanamkan mayat lain selepas hancur mayat di dalam kubur itu. Ini kerana, kebiasaannya binaan di atas kubur menjadi kekal sehinggakan selepas masa hancurnya mayat, dan orang ramai takut hendak membuka kubur yang dibinakan di atasnya. Maka binaan itu menyempitkan tanah perkuburan dan menegah orang ramai daripada mengambil manfaat dengannya lalu ia menjadi haram.”

Beberapa perkara yang difahami daripada huraian Imam Syafie adalah:-

1) Binaan di dalam tanah perkuburan milik sendiri

2) Binaan di dalam tanah perkuburan disabilkan

3) Binaan yang menyebabkan:

a) terhalang daripada ditanamkan mayat lain (bila berlaku kesesakan)

b) menyempitkan tanah perkuburan dengan perkara yang berlebih-lebihan

Para ulama yang mengikuti Imam Syafie menghuraikan maksud sebenar perkataan Imam mereka tentang Hukum Binaan tersebut, adalah seperti berikut:-

Maksud sebenar Binaan tersebut dan dimakruhkan di tanah perkuburan milik sendiri. (Makruh atas sebab-sebab tertentu)

Binaan yang di maksudkan itu ialah binaan yang sama betul dengan liang lahad mayat (tidak memakan ruang yang terlebih luas) dan juga binaan yang memakan ruang yang terlebih luas daripada itu seperti kubah, masjid, bilik dan lain-lain. Binaan tersebut dimakruhkan di dalam kawasan tanah kubur milik persendirian. Ini adalah pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafie.
-----------------------------------

Tetapi dalam kes Maqam Rasulullah S.A.W. ada sedikit perbezaan. Semasa kumpulan anti-sunni dahulu cuba untuk meruntuhkan maqam dan melarang membina kembali replika rumah kediaman Nabi S.A.W.yang diruntuhkan. 

Binaan seperti kubah, bilik, masjid dan lain-lain, tiada haram serta tiada makruh sekiranya dibina di atas kubur para nabi, wali, ulama dan syuhada di dalam tanah perkuburan milik sendiri. Tujuan didirikan binaan tersebut adalah untuk menggalakkan orang ramai datang menziarahi kubur mereka dan sempena mengambil tabarruk.

Berkata Ibnu Hajar di dalam Tuhfahnya, bab jenazah (jilid 3, m/s 226):

” قال بعضهم الا في صحابي ومشهور الولاية فلا يجوز وان انمحق ويؤيده تصريحهم بجواز الوصية بعمارة قبور الصلحاء أي في غير المسبلة على ما يأتي في الوصية لما فيه من احياء الزيارة والتبرك “

Ertinya: “ Sesetengah ulama syafie berkata: “ Melainkan pada kubur sahabat dan mereka yang masyhur dengan kewalian maka tiada harus membongkarkan kuburnya, sekalipun telah hancur jasadnya. Pendapat mereka dikuatkan dengan kenyataan fuqaha bahawa diharuskan berwasiat supaya dibangunkan binaan di atas kubur orang yang soleh, iaitu di dalam tanah perkuburan yang bukan disabilkan, mengikut keterangan yang akan datang pada bab wasiat. Keharusan itu bertujuan memakmurkan kubur mereka dengan ziarah dan sempena mengambil berkat.”

Pada suatu masa pertengahan tahun 70-an, terdapat ramai ulama ketika itu dan Pok Nik diberitahu oleh seorang rakan ayah Pok Nik, bahawa ayah Pok Nik sendiri antara yang kebetulan hadir di situ dan dia terdengar perbualan dalam Bahasa Arab seolah-olah ingin meruntuhkan binaan maqam Nabi S.A.W. 

Diberitahu bahawa - Ayah (baba) Pok Nik tiba-tiba bangkit berhujjah dengan dalil yang lengkap di hadapan ramai dengan seorang ilmuwan yang memfatwakan bahawa maqam itu perlu diruntuhkan untuk mengelakkan perbuatan syirik - ketika itu disertai oleh beberapa orang ilmuwan dari Madinatul Munawwarah. Ramai yang menyaksikan peristiwa itu termasuk beberapa ulama dari Malaysia pada awalnya menyangka bahawa ayah Pok Nik (masih hidup) adalah seorang ulama dari Malaysia tetapi sebenarnya ayah Pok Nik sendiri memberitahu bahawa dia orang awam sahaja (ayah Pok Nik tidak tahu pun bahawa orang yang dia berhujjah itu adalah seorang ilmuwan - mungkin sudah ditakdirkan)

Perkara ini sudah tidak disangkal oleh mana-mana kerabat diraja dan Pemerintah Arab Saudi sendiri.

Antara lain sebab-sebab diperlukan binaan pada maqam Baginda s.a.w ialah kerana :

a) terdapat percubaan berkali untuk menggali dan mencuri jasad nabi samada dari ejen orientalis atau pun golongan zindiq/fasiq dan munafiq, maka perlu maqam berkenaan perlu dikunci :

i)  atas tujuan keselamatan,

ii)  untuk mengelakkan bentuk pemujaan dan kerja-kerja khurafat - tetapi jika hendak bertahlil - dibenarkan tetapi ada masa dan tempoh yang diberikan. Sesetengah pembesar dibenarkan masuk tetapi amat terhad - sebagaimana mereka yang dibenarkan memasuki Kaabah. 

iii) Rumah Rasulullah S.A.W. yang sebahagian besar itu sempat diruntuhkan akhirnya dibina kembali replikanya dengan syarat-syarat tertentu.

b) tidak dirupakan binaan berkenaan seperti agama lain, tidak ada sebarang berhala atau seumpamanya di dalamnya.

c) bagi menghormati baginda S.A.W. tetapi tidaklah ber i'tiqad sebagai 'binaan tersebut tempat kediaman ruh' atau 'itulah syurga' dll seperti i'tiqad agama lain kerana hal ruh itu adalah hal alam barzakh/alam ruh yang tidak ada kena mengena dengan binaan tersebut.

----------------------------------------------

Tersebut di dalam kitab Tuhfah bagi Ibnu Hajar Haitami ketika mensyarahkan matan Minhaj Imam Nawawi (bab jenazah) :

” (ويكره تجصيص القبر والبناء) عليه في حريمه وخارجه, نعم ان خشي نبش أو حفر سبع أو هدم سيل لم يكره “

Ertinya: “{Dimakruhkan (dalam tanah perkuburan milik sendiri) memutihkan kubur dengan kapur dan membuat binaan} di atas kubur pada permukaan liang lahadnya dan ruang yang terlebih luas daripada itu, sungguh pun begitu tiada makruh jika takut dibongkari (oleh pencuri kain kapan atau dibongkari untuk ditanam jenazah lain sebelum hancur jasadnya), digali binatang buas atau diruntuhi air banjir yang deras.”

--------------------------------
Hujjah ini mempunyai banyak khilaf - mengenai 'memutihkan kapur' (walaupun makruh) kerana ada di kalangan kita menandakan kubur berkenaan dengan nama, tarikh dsb. Tetapi jika ditandakan maqam dan dicatkan putih dan ditulis dalam warna gelap, bertujuan atau berniat memudahkan pakar sejarah, arkeologi atau saudara mara kemudian hari bagi menentukan genealogi (susur galur, nasab, keturunan dll), maka perkara mengecat dan menandakan kubur berkenaan dibenarkan. 
--------------------------------

As-Syarwani menjelaskan lagi perkataan Ibnu Hajar itu di dalam Hasyiahnya:

” أي ويكره على القبر في حريمه وهو ما قرب منه جدا وخارج الحريم هذا في غير المسبلة “

Ertinya: “ Iaitu dimakruhkan binaan di atas kubur pada permukaan liang kubur iaitu ruang atau tanah yang betul-betul hampir dengan liang lahad kubur dan dimakruhkan juga pada ruang atau tanah yang terlebih luas daripada liang kubur tersebut. Hukum makruh terbabit adalah di dalam tanah perkuburan yang bukan disabilkan

( iaitu tanah perkuburan milik sendiri).”

Terdapat Pendapat mazhab Syafie yang menyatakan bahawa dimakruhkan binaan yang tidak memakan ruang yang terlebih luas daripada permukaan liang lahad kubur dan diharamkan binaan yang memakan ruang yang terlebih luas daripadanya, sama ada binaan berkenaan di dalam tanah perkuburan milik sendiri atau tanah perkuburan yang disabilkan.

Di dalam kitab Murghni Muhtaj, bab jenazah:

“ Sesetengah ulama mazhab Syafie menyesuaikan perkataan Imam Nawawi di dalam matan Minhaj dan perkataannya di dalam Majmuk dan lain-lain, dengan memberi maksud bahawa dimakruhkan apabila dibina hanya di atas kubur, dengan makna adalah binaan itu berada sama betul dengan permukaan liang kubur.

Diharamkan binaan itu apabila didirikan di atas kubur kubah atau bilik yang didiami.

Pendapat yang muktamad adalah haram semata-mata (tanpa membezakan di antara binaan sama betul dengan liang lahad dan binaan yang terlebih luas daripada itu).”
------------------------------------
Binaan di atas kubur kubah - ada yang menyatakan 'kubah seperti masjid' atau 'kubur berkubah di dalam masjid' atau dibina kubur di dalam bilik (rumah) yang didiami (membina kubur di dalam rumah tempat kediaman)

Namun ada lagi khilaf mengenai kubur di kawasan masjid atau di dalam masjid - hanya pada ruang-ruang tertentu yang telah ditentukan sebagai kawasan perkuburan, maka ianya dibenarkan asalkan tidak menjadi 'sebahagian dari masjid'. Kes ini mirip dengan kes didirikan surau/madrasah atau masjid berdekatan dengan kubur.

Tersebut di dalam kitab Nihayah bagi Syeikh Ramli ketika mensyarahkan Minhaj Imam Nawawi, bab jenazah:

“( ولو بني في مقبرة مسبلة, هدم) البناء وجوبا لحرمته ولما فيه من تضييق على الناس وسواء أبني قبة أو بيتا أو مسجدا أم غيرها “

Ertinya: “ (Jika dibinakan di atas kubur di dalam kawasan perkuburan yang disabilkan nescaya mesti diruntuhkan) binaan itu sebagai hukum yang wajib. Ini kerana binaan tersebut adalah haram dan kerana terdapat padanya sebab (العلة) pengharaman iaitu menyempitkan (tanah perkuburan yang disabilkan). Hukumnya tetap seperti itu, sama ada dibinakan kubah, bilik (rumah), masjid atau lainnya.”

Diharamkan binaan tersebut walaupun di atas kubur para nabi, wali, ulama dan lain-lain di dalam tanah perkuburan yang disabilkan sebagaimana kenyataan Ibnu Hajar di dalam Tuhfahnya, bab jenazah (jilid 3, m/s 226) yang telah lalu mengikut beliau binaan seperti kubah, bilik, rumah dan masjid tidak dimakruhkan di atas kubur mereka sekiranya di dalam kawasan tanah perkuburan milik persendirian. Maka difahami daripada perkataan beliau bahawa binaan tersebut diharamkan di dalam tanah perkuburan yang disabilkan.

Binaan yang diharuskan di atas kubur para nabi, wali, ulama dan seumpamanya di dalam tanah perkuburan di sabilkan

Binaan yang diharuskan di atas kubur para nabi, wali, ulama dan seumpamanya di dalam tanah perkuburan di sabilkan ialah hanya binaan seperti simen, marmar dan lain-lain dimana binaan itu tidak memakan ruang yang terlebih luas daripada liang lahad kubur.

Ini ada dinyatakan di dalam Nihayah karangan Syeikh Ramli bab jenazah (jili 3, m/s 41,عند قول المتن لا للتكفين على الأصح ) ketika membahaskan larangan membongkar kubur sahabat dan wali setelah hancur jasad mereka untuk ditanam jenazah lain. Kerana larangan inilah, diharuskan binaan di atas liang lahad kubur mereka supaya tidak dibongkarkan untuk ditanam jenazah lain.Beliau menukilkan perkataan Muwaffiq bin Hamzah yang mengharuskan berwasiat untuk membina binaan di atas kubur sahabat dan wali bertujuan memakmurkan kubur mereka dengan menziarahi dan mengambil berkat.

Binaan yang dimaksudkan oleh nukilan Syeikh Ramli itu ialah hanya binaan di atas liang lahad kubur para nabi, wali, ulama dan seumpamanya sahaja seperti disimen dan dipasangkan marmar, bukan binaan yang memakan ruang lebih luas daripada itu, seperti kubah, bilik, rumah, masjid dan lain-lain. Ini sebagaimana yang telah diterangkan oleh Al-Allamah Ali Syabramalisi di dalam Hasyiah Nihayah (jilid 3 : m/s 41 bab jenazah) dengan katanya:

” والمراد بعمارة ذلك بناء محل الميت فقط لا بناء القباب ونحوها “
Ertinya: “ Dimaksudkan dengan mendirikan binaan tersebut ialah binaan di tempat liang lahad simati (nabi, wali, ulama dan seumpamanya) sahaja, bukannya binaan segala kubah dan seumpamanya.”

Al-Allamah Ali Syabramalisi di dalam Hasyiah Nihayah juga menegaskan:

“ Pendapat yang muktamad ialah apa yang dikatakan oleh Syeikh Ramli di dalam bab jenazah iaitu harus berwasiat untuk meratakan tanah kubur para nabi dan orang soleh serta membangunkan binaan (yakni binaan seperti simen, marmar) di atas kubur mereka di dalam tanah kubur yang disabilkan.”

(حاشية الشرواني على التحفة : كتاب الوصايا وما يتعلق به عند قول المتن واذا أوصى لجهة عامة فالشرط أن لا تكون معصية : ج 3/ ص 6)

Terdapat pendapat yang lemah di dalam mazhab syafie bahawa diharuskan binaan yang memakan ruang yang terlebih luas seperti kubah, bilik dan lain-lain di atas kubur para nabi, wali, ulama dan seumpamanya di dalam tanah perkuburan yang disabilkan sebagaimana yang tersebut di dalam kitab ‘Iaanah AtThalibin (Fasal : solat ke atas simati, jilid 2 : m/s120) :

” وقال البجيرمي : واستثنى بعضهم قبور الأنبياء والشهداء والصالحين ونحوها (برماوي) , وعبارة الرحماني : نعم قبور الصالحين يجوز بناؤها ولو قبة لاحياء الزيارة والتبرك , قال الحلبي : ولو في مسبلة وأفتى به وقد أمر به الشيخ الزيادي مع ولايته…”

Ertinya: “ Al-Bujairimi berkata: Sesetengah ulama mazhab syafie mengecualikan (daripada hukum haram) kubur para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan seumpamanya (nukilan Barmawi). Teks Ar-Rahmani menyebut: Sungguhpun begitu, kubur orang-orang soleh diharuskan membina di atasnya, sekalipun binaan kubah bertujuan memakmurkan dengan ziarah dan mengambil berkat. Al-Halabi berkata: Walaupun di dalam tanah perkuburan yang disabilkan dan beliau berfatwa sebegitu. Sesungguhnya Syeikh Ziyadi memerintahkan supaya didirikan binaan tersebut ketika beliau berkuasa…..”

Mengenai tahlil pula, telah Pok Nik berikan pendapat dalam artikel berikut :

http://www.box.net/shared/8kbjxjamc1

Wallahualam, wassalam

Isnin, 2 Mac 2015

Benarkah ? betulkah ? Hang Tuah dan Hikayatnya adalah metos Legenda semata-mata ?




Kredit untut Abjad Sabah

Tuesday, November 9, 2010


Benarkah ? betulkah ? Hang Tuah dan Hikayatnya adalah metos Legenda semata-mata ?

Semasa melayari internit untuk mencari Asas untuk diGoogle Translate bagi  mencari penyelasaian cerita yang boleh menafsir dari perkataan bahasa dusun   AKI NABALU, Tapi  pelayaran penulis terganggu oleh banyaknya capaian post yang  bertajuk dan ulasan mengenai Hikayat Hang Tuah,

Memang penulis telah bertahun-tahun tidak membaca Hikayat Hang Tuah ini, lepas zaman sekolah menangah macam dah tak sentuh cerita ini. Muncul pula keinginan penulis untuk cuba-cuba membuka dan membaca balik tajuk Hikayat Hang Tuah ini, terlebih-lebih lagi pada yang di forumkan, penulis mendapati terlalu banyak versi pemahaman dan penyampain dalam Mitos Hikayat Hang Tuah ini. Tulisan penulis yang barangkali Tarap merapu pun, Tapi tidalah yang ada semarapu-merapu begitu dan ada juga mungkin secara sengaja atau tidak sengaja mereka telah mempersenada Watak Hang Tuah Itu sendiri.

Demikianlah juga rasa penulis ketika melihat berleger-legarnya Viral Video dalam Facebook cerita Hang Tuah tak lulus Bahasa melayu SPM. kesian watak nama Hang Tuah dan lagi jelasnya orang yang dipinjamkan suara itu pun dah arwah, Tak Fikirkah halal haram ini.

Nama dan pewatak2 yang di gunakan pun ada tempatnya sendiri di hati rakyat Malaysia.kita berhati-hatilah, Maafkanlah penulis, Memang ada rakan yang tag penulis dalam klip tersebut. sememangnya tajuknya pun penulis dah tak minat, oleh kerana untuk mencari bahan ini, akhirnya penulis terpedaya tertontonnya juga dalam artikel bahan youtube.

( Penulis Copy paste artikel ini untuk kita kongsi bersama penulisnya bukan melayu
www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t66053-100.html - Cached
dr internet..
Hang Tuah: Satu Interpretasi Bukan Melayu
Kenny Chee
Pertama, terima kasih kepada Sdr Shahabudeen kerana menulis pandangannya Hang Tuah Berbangsa Cina.

Memang banyak diperkatakan tentang Hang Tuah berketurunan Cina, terutama setelah Wawasan 2020 diumumkan oleh seorang perdana menteri yang mengubah paradigmanya, dari pendukung ketuanan Melayu kepada pendukung meritokrasi, serta pendukung teori bahawa orang Melayu, berasal dari imigran Indonesia.

Walaupun Hang adalah satu nama keluarga Cina, Hang juga adalah satu gelaran kepada orang Melayu zaman dahulu, seperti Tuan, Wak dan Wan. Dalam loghat orang Melayu Kedah, Hang adalah satu panggilan yang sudah lama dipakai, dan perdana menteri kita juga menggunakannya bila berinteraksi dengan rakyat Kedah yang sering bergaul dengannya.

Dalam sejarah orang Melayu, Hang Tuah adalah anak kepada Hang Mahmud dan Dang Merduwati dari komuniti Orang Laut Bintan, satu daripada suku kaum Orang Melayu Asli, nenek-moyang kepada orang Melayu Deutero (Melayu "Melayu") seperti Sdr. Mahathir, Sdr. Anwar Ibrahim dan Sdr. Abdullah Ahmad Badawi yang kita hormati.

Ayah Hang Tuah adalah batin kepada Orang Laut Bintan, dan seorang panglima perang Sultan Iskandar Shah, sultan Melaka yang pertama (baginda yang bergelar Parameswara atau Permaisura sebelum beragama Islam). Hang Mahmud terlibat dalam pembukaan negeri Melaka oleh Sultan Iskandar, yang sebelum itu bersemayam di Kelang, Palembang, Singapura dan Muar, sebagai maharaja empayar Sri Vijaya atau Selangor Tua.

Empayar Sri Vijaya adalah negara yang merentasi Selat Melayu atau sekarang dipanggil Selat Melaka. Ia didirikan oleh Orang Laut Kelang seawal abad ke-2, dan berpusat di beberapa ibu negara, seperti Kelang, Kuala Selangor, Siak Sri Indrapura, Jambi, dan Palembang. Negara ini juga dipanggil Selang Ur (Selangor) iaitu negeri Orang Selang (atau Orang Selat). Orang Selat adalah orang yang memanggil dirinya sebagai Orang Melayu sempena bukit tempat istana raja mereka didirikan.

Hang Mahmud, selain berdarah Orang Laut Bintan, juga berdarah Orang Laut Sulawesi, iaitu Orang Bugis. Keluarga diraja Bugis selalu berdagang dengan keluarga diraja Melayu Sri Vijaya, dan putera raja Bugis berkahwin ke dalam keluarga batin Orang Laut Bintan, yang memimpin angkatan laut Sri Vijaya dan Melaka. Jadi, Hang Tuah melalui bapanya berdarah raja Bugis. Begitu juga sahabat karibnya Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Mereka adalah anak-anak saudara Hang Mahmud.

Orang Bugis adalah golongan Melayu Asli Borneo (nama betul pulau itu adalah Brunei sempena suku kaum Brunei yang paling berkuasa dan mendirikan negara mereka sendiri). Mereka dan juga orang Melayu Asli lain yang menghuni seluruh kepulauan Melayu asalnya tinggal di pulau Brunei. Orang Melayu Asli pulau Brunei pula, berhijrah dari tanah besar Asia Tenggara, tempat asal bangsa Melayu.

Mengenai Hang Li Po, puteri dinasti Ming di China itu adalah Li Po sahaja dan panggilan Hang diberi kepadanya oleh Sultan Mansur Shah, yang mengahwininya. Hang adalah panggilan rakyat jelata yang berkhidmat untuk Sultan Melaka menerusi sistem kerah. Ini melibatkan ketua-ketua orang Asli (Melayu Proto) dan orang bukan Melayu, termasuk yang menjadi isteri muda raja-raja Melayu. Anak Sultan Mansur dengan Li Po bergelar Paduka Tun Mamat kerana dilantik sebagai pembesar yang menjaga daerah Kelang (sekarang Selangor moden), satu daripada ibu negeri kedua Melaka, selain daerah Johor.

Hang Tuah bukan pengikut Hang Li Po kerana Hang Tuah adalah menteri pertahanan atau Laksamana Melaka semasa Sultan Mansur Shah melawat negara China untuk meminang puteri Li Po. Hang Tuah mengiringi Sultan Mansur Shah ketika melawat negara China kerana dia adalah Laksamana Melaka, yang anggota tenteranya adalah Orang Laut Bintan

Mengenai Hang Jebat, dia tidak menderhaka kepada raja dalam erti kata yang sebenar. Hang Jebat memberontak kerana Sultan Mansur Shah menghukum bunuh Hang Tuah, yang difitnah oleh ejen Siam, musuh tradisi Melayu Melaka. Bapa saudara Sultan Mansur, Bendahara (Ketua Menteri) Tun Perak, yang menjadi orang kuat Melaka yang sebenar, tahu bahawa Hang Tuah tidak berzina dengan isteri raja. Dia menyembunyikan Hang Tuah di Kelang. Tun Perak telah menasihati Sultan Mansur Shah berangkat bersama keluarganya dan pembesar lain ke Kelang semasa Hang Jebat menguasai Melaka. Di sana, Tun Perak telah membawa Hang Tuah mengadap sultan, dan sultan telah mengampunkan Hang Tuah.

Pengunduran sultan Melaka ke ibu negeri keduanya, Kelang, adalah satu taktik strategik yang dirancang oleh Tun Perak yang bijak. Tun Perak adalah pakar perang secara pengunduran strategik, satu taktik yang berjaya menangkis serangan Siam ke atas Melaka dan Johor. Dari Kelang, Tun Perak, Hang Tuah dan Sultan Mansur telah mengumpulkan tentera-tentera dari negeri-negeri naungan Melaka seperti Kedah, Kelantan, Siak, Minangkabau dan Mandahiling. Tentera ini telah mengalahkan Hang Jebat yang mentadbir Melaka sebagai "wakil raja". Hang Jebat telah ditangkap oleh Sultan Melaka dan dihukum bunuh. Tetapi Sultan Melaka telah membenarkan Hang Jebat, yang pernah berjasa kepadanya, memilih cara hukuman.

Hang Jebat telah meminta supaya orang yang paling kuat dan berani di empayar Melaka bertikam keris dengannya. Akibatnya, Hang Tuah, yang disangka mati, telah dihantar oleh sultan untuk bertarung dengan Hang Jebat.

Kita tidak akan tahu sama ada Hang Tuah benar-benar membunuh Hang Jebat. Atau adakah Hang Tuah membunuh seorang penjahat dan mengatakan kepada Sultan dan Bendahara bahawa Jebat telah mati. Disebabkan Hang Tuah adalah sahabat baik Tun Perak, dan Tun Perak adalah orang yang paling kuat di Melaka, Hang Tuah mungkin telah melepaskan Hang Jebat dan membunuh seorang penjahat.)


Bagi Penulis sendiri. mengalami beberapa proses pemahaman dan penerimaan metos Cerita Hikayat Legenda Hang Tuah ini. Pada Masa zaman kanak-kanak  beranggapan Hang Tuah ini sebagai hero, Bila meningkat  remaja masih beranggapan Hang Tuah sebagai hero, cuma masa mendewasa timbul was-was kerana merasakan Hang jabat adalah lebih hero, 

Pada pengalaman kehidupan menuju  kedewasaan ini, penulis menolah pada tulisan ini adalah perolehan terkini. dan mungkin sedikit tertambah oleh capaian pergaulan lapangan.

Pada hemat penulis hikayat Hang Tuah ini adalah milik kita bersama, menolaknya boleh , menyokongnya pun boleh. Namun bagi penulis Untuk menafikan bahawa watak Hang Tuah ini adalah metos semata-mata adalah kurang bijak. Manakala untuk mempertikai bentuk penghikayatan dan pengolahan watak Hang Tuah tersebut terpulanglah pada penerimaan pembaca itu sendiri untuk menilainya. Tepuk dada.. tanya Ilmu.

Pandanglah pada diri, Apakakah pada diri ada kelayakan untuk menafi dan Mendakwa watak Hang Tuah dan hikayatnya adalah Metos semata-mata? Cabarlah diri untuk cipta satu watak morden dan hikayatkanlah watak superhero itu sehingga mengatasi atau sekurang-kurangnya memberi saingan kepada hikayat Hang Tuah dan TUN SRI LANANG sendiri. ataupun kalahkan lah dulu watak kecil superkatun keluang men  atau kampong Boy. Sayang betul majalah UJANG bole pupus.. GILA-GILA.

Penulis lebih merasakan Hikayat Hang Tuah dari versi Salalatus Salatin menghampiri ketepatan kerana telah di olah oleh pengarangnya dari cerita rakyat menapati masa, keadaan dan situasi yang lebih dekat dan hampir pada Zaman nya.

Manakala untuk penulisan penulis seterusnya,masih di dasar dari versi SULALATUS SALATIN Cuma telah diulas dan di tambah dengan penulis mengolah mengikut kajian dan cerita lisan rakyat yang diwarisi dari mulut ke mulut.

Demikin juga nasibnya Legenda Hikayat Hang Tuah ini mengalami pengolahan untuk di sesuaikan boleh di ajar sebagai satu tajuk dalam subjek mata pelajaran sejarah pada tahap SEKOLAH RENDAH atau SEKAOLAH MENANGAH ATAS.

Ada juga Versi penghikayatan hikayat Hang Tuah berdasarkan ( rahsia ) ambilan milik keluarga dan cerita lisan dari mereka –mereka yang mengaku adalah dari keturunan Anak cucu pewaris Hang Tuah sendiri.

(24 Mac 2006 ... “Saya juga mempunyai bukti Hang Tuah mati di Palembang kerana sakit tua. “Kubur Hang Tuah yang ada di Tanjung Kling sekarang bukannya kubur ...
www.pgx.com.my/cucu-hang-tuah/ - Cached - Similar)

Penulis sendiri mewarisi satu bentuk pengkaisahan cerita Hang Tuah ini dari Cikgu Saidin Tasik Cempadak (Tok Ayah Tasik),dan Masih kuat dan segar dalam ingatan penulis Arwah Cikgu Aziz Tasik pernah Berkata “Hang Tuah Itu Wali Allah dan Kebiasaanya akan turun melawat Air Terjun Tasik Junjung (seberang prai selatan) pusat riadah. Beruntunglah mereka yang dapat berjumpa denganya di sana.”( Ketika ziarah di Sg.Bakap sekitar jun 2009 penulis sudah tidak mengenali arah jalan menuju ke Tasik junjung)

Dalam ingatan Penulis, kisah  ini didengar (pengkaisahan) ini Tok Ayah Tasik rasanya berlaku sekitar tahun 1992, Penulis antara orang bodoh di dunia ini dan biasanya akan adanya persoalan bodoh datang dari penulis. Malangnya Pada hari itu dan pada masa penceritaan ini dilafazkan, penulis jadi pandai dan macam tidak memahami penceritaan Tok Ayah Tasik ini. penulis jadi lidah kelu, fikiran tak mampu merawang mencapai apa-apa. Yang pasti, apa yang penulis buat akhirnya, rajin sangat berkunjung ke Pusat Riadah Air Terjun Tasik Junjung.

Pusat riadah ini tidak jauh dari rumah Tok Ayah Tasik sendiri dan sebenarnya penulis perlu mengikut dan melalui jalan yang berhadapan dengan rumah Tok Ayah Tasik ketika menuju kepusat riadah ini.

Berkemungkinan dan Tidaklah Mustahil Hang Tuah yang kita perkataan dan kita bicarakan adalah Hang Tuah yang ada pada berlainan zaman, keadan dan situasi. Masihkah ada Hang Tuah di tahun 1992? Macam mana pula di tahun 2010 ini?

Maaf  post tanpa izin  dari pewaris Ustaz Othman Saidin Al-Hafiz (Jan 2015)


Bagi mereka yang mengakui adanya Hang Tuah bersama Empat Sahabatnya Bertaraf HANG, dan LIMA HANG ini adalah berbangsa MELAYU belaka maka adalah juga mendatangkan Hujjahnya, dan ada pula mencadangkan lima HANG ini berbangsa CINA berdasarkan Nama dan pengikut HANG LI PO lah pula sebagai ambilan hujahnya.

Pada Penulis pula terfikir , tentu HANG LEE FOO ini Lelaki. HANG untuk lelaki manakala DANG untuk perempuan, tak peliklah ? ada Gelaran HANG pada perempuan. Mungkin perempuan ini menyerupai lelaki ..

Atau berkeras juga mahu kata juga HANG Li PO itu perempuan ???, ingat senangkah lepaskan anak dara pi jauh-jauh ? Anak dara kalau main paksa-paksa boleh jadi bunuh diri. Ini pula belum tentu kacak tu lelaki, sudalah berkemungkinan berambut putih salju. Dah lah, plesss…. plessss Aku tak suka dia,,,,,,, aku tak cintakan dia…… Alamat makan hati berulam Jantunglah ia……. Peduli apa!!! asal ada harta ??? titah Maharaja??? Demi tanah air tercinta????

Hang Tuah dan empat orang kawannya: Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang. Selesai menuntut ilmu, mereka berlima kembali ke kota Melaka. ms.wikipedia.org/wiki/Hang_Tuah - Cached - Similar

Penulis mula mencari-cari juga erti nama HANG BERLIMA itu, Pencarian penulis pada erti nama LIMA HANG ini di google translate hanya ada terjemahannya di bahasa URDU sahaja yang menarik perhatian penulis, berikut kita kongsikan bersama penemuan ini TUAH bererti Bawah, JABAT bererti disita, LEKIU bererti leku (lkyu tak cukup huruf lah pula), LEKIR bererti mula (LEKI bererti beruntung), KASTURI bererti JABAT. ( sila ambil perhatian dan tanyalah tuan guru sama ada HANG BERLIMA ini ada yang beramal dengan JABAT 14 atau semuanya beramal denganya?)

Penulis pun rasa-rasalah juga patutlah ada pengkaisahan juga yang HANG KASTURI lah yang dituduh menderhaka kepada sultan dan boleh jadi juga Watak HANG KASTURI ini adalah watak kedua bagi salah satu diantara EMPAT HANG-HANG tersebut. HANG BEREMPAT sajalah ? ada juga yang mendakwa HANG ini TUJUH orang ,dua lagi mana? Kenapa begitu?

Walaupun nama LIMA HANG ini boleh diterjemahkan dalam BAHASA URDU. Penulis tidaklah mendakwa atau ingin menyatakan watak LIMA HANG ini adalah Bangsa Urdu, Pakistan atau Bangsa India. semata-mata Kerana nama mereka mempunyai erti dalam BAHASA URDU,adalah dengan ini Penulis lebih cenderong dan suka menarik perhatian mencadangkan dan menyatakan HANG TUAH, HANG JABAT,HANG LEKIU,HANG LEKIR,HANG KASTURI. Ini adalah ANUGERAH PANGKAT SEBAGAI HULUBALANG BAGI SULTAN atas nasihat dan saranan dari Syekh Murabbi yang mendampingi SULTAN pada kurun tersebut.

Penulis berbesar hati mengolah perkara diatas ini bagi cerita nama Hang Tuah ini,dikeranakan baru-baru ini penulis menemui tulisan dalam bentuk kertas yang ditulis secara tulisan antaranya Oleh H FANSURI, Sistem Gelar di Melaka untuk direnung,dimenung dan ditenungkan bersama, katanya sebagai termaklum gelaran ‘ HANG’ itu adalah julukan bagi laksamana,hulubalang. Penulis boleh menerima idea ini kerana memang ada catatan juga bahawa bapa Hang Tuah iaitu Hang Mahmud pun pada suatu kita dulu adalah hulubalang diraja ( Pencen Kot?).

Ibu Hang Tuah pula bernama DANG Merdu Wati. Bapa Hang Tuah pernah menjadi hulubalang yang handal suatu ketika dulu, begitulah juga ibunya yang merupakan keturunan DAYANG di Istana. DANG adalah gelaran bagi wanita cantik kelas atasan atau perempuan Kelas Bangsawan (DAYANG).

Penulis sebenarnya berusaha mencari erti yang sesuai dengan perkataan AKI NABALU. Setakat pencarian awal penulis lebih berat merasakan perkataan dusun( Aki) tidak diambil pengertian erti Moyang atau datuk nenek dalam bahasa melayu Malaysia. Melainkan sebagai Gelaran Hormat seperti Tuan atau Encik. Contohnya , Tuan Nabalu, Encik Nabalu, Aki Nabalu penulis lebih suka menafsirkan perkataaan AKI ini di ambil dari perkataan pendek untuk gelaran Kiyai yang biasanya di amalkan di Negara indonosia. Jadi asalnya AKI Nabalu ini adalah dari perkataan Kiyai Nabalu.

Akhirnya dalam pencarian-pencarian erti nama HANG BERLIMA ini, penulis ada mencuba juga terjemahkan erti kata Aki Nabalu dalam bahasa urdu makan jadilah terjemahanya AKI adalah perdagang(Perdagangan Nabalu) berkemungkinan aki-aki KADAZANDUSUNMURUT (AKI nabalu,AKI meragang, AKI Rungus, AKI atau mana lagi aki-aki)yang didakwa oleh masyarakat kadazanduzunmurut yang mendiami penempatan NUNUK RAGANG sebagai asal keturunan adalah para pedagang-pedagang Cina? India?Arab?Bugis? Jawa? Dayak?Banjar?

Pada penulis daripada keturunan apa pun Hang Tuah bagi penulis tak kaisah lah, (penduduk Melaka pun pada ketika itu rata-rata adalah perantau, pengembara, pedagang, pelaut, pelanun pun ada dan istilah kaum atau Bangsa Melayu mungkin belum dizohirkan) kerana pada diri HANG TUAH itu sendiri yang tak terbantah,tidak boleh sesiapa boleh pertikai dan tak siapa boleh nafikan adalah Hang Tuah itu Beragama ISLAM dan Berkhidmat dengan Kesultanan Melayu Melaka.

Hang Tuah juga dikhabarkan telah melafazkan kata-kata yang penuh bersejerah, terpakai dan berguna sehingga kehari ini. “TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA”. Bagi penulis Kalau pun Hang Tuah Ini Bukan Melayu, Hang Tuah Telah menolong Berkata Bagi pihak Bangsa Melayu, dengan telah Menggambarkan betapa Kuatnya, betapa kukuhnya pendirian Pertahanan Bangsa Melayu sekira-kira berAgama Islam sehingga ke hari Qiamat.

ASAL USUL KETURUNAN MELAYU
(mengikut Buku PEMUDA TAUHID ms 18-23 Susunan Ustaz Haji Idris Bin Haji Mahmud Nasir Othmani)

Bahawa Asal usul kelompok Bangsa Keturunan Manusia Agong (MELAYU) adalah campuran dari Pelbagai Jenis Manusia Lelaki Dan Perempuan, yang berbagai-bagai kelompok Bangsa Manusia yang bersuku-puak supaya berkembang biak dalam tamadun masyarakat kehidupan manusia untuk mudah berkenalan antara satu dengan yang lain.
Kewujudan Bangsa Melayu bermula dari kelompok campuran yang berasal daripada pelbagai kelompok keturunan Bangsa Manusia terdahulu, mereka mendiami di wilayah Atas Angin dan Bawah Angin di negeri kalaha (kedah Tua), terdiri daripada keturunan umpama Manggol, Arab ,Parsi, Cina India dan lain-lain.

Mengikut sejarah (Nama Melayu) peristiwa kelahiran(penamaan) ini berlaku pada tahun 531 hijrah (1136 Masihi) di Istana Bukit Meriam Kota Kuala Muda Kepada Raja(sultan) pertama di Alam Melayu. Meletakan kepercayaan dan jaminan dalam hidup dan kehidupan kepada pendirian Asas Ilmu dan Amalan yang berpegang teguh kepada Agama Islam melalui Talqin Syahada kepada seoarang guru Mursyid Wasilah teguh kepada Tali Murabbi di kurun akhir zaman.

Lalu nama baginda ditukarkan kepada Raja Muzaffar Shah, kemudian baginda bersama Gurunya menyampaikan seruan kepada Pembesar Istana dan Rakyat jelata supaya meninggalkan dengan JAZAM yang putus segala keparcayaan asal keturunan Nenek Moyang mereka itu serta mengikut jejak langkah seumpama Baginda, kemudian Mengislamkan secara Massal bagi mereka itu menanggung beban Agama Islam yang terkandung dalam Kalimah Taqwa menjadi asas pendirian hidup dan kehidupan. Dengan yang demikin itu, maka terkumpul satu kelompok bangsa Keturunan Manusia Agong pada awalnya disebut sebagai Ahli Jawi Jadid.

Di atas kehendak Allah Yang Maha Esa telah mengurniakan petunjuk kepada hambanya Sayyid Sheikh Abdullah Al-Qumairi Guru Mursyid Baginda Tuanku Raja Muzaffar Shah lalu di ambil oleh Gurunya Kalimah Arab MILAYU diberinama kepada Ahli Jawi Jadid yang membawa maksud “kelompok Bangsa Keturunan Manusia Agong “ sekiranya dibaca mengikut nisbah bahasa arab ialah.(tulisan Arab)

Dan perkataan MILAYU yang dibangsakan kepada Melayu dengan baris di bawah huruf mim atau baris di atas dan baris depan hurup ya. Kalimah melayu di mana mereka menyebut mengikut bacaan huruf rumi kepada bangsa keturunan ini sahaja, setelah mereka menerima Agama Islam menjadi asas pendirian hidup dan kehidupan sehingga Qiamat.

Maka kalimah MELAYU ini jika ditujukan kepada individu dipanggil ORANG MELAYU jika kepada kumpulan dipanggil BANGSA MELAYU jika kepada raja dipanggil RAJA MELAYU jika kepada Negara dipanggil PERSEKUTUAN TANAH MELAYU jika kepada semananjung dipanggil SEMENANJUNG TANAH MELAYU jika kepada gugusan dipanggil gugusan SELAT KEPULAUAN MELAYU dan jika kepada dunia dipanggil ALAM MELAYU sehingga terbentuk di dunia sebuah empayer ALAM MELAYU yang kuat dan kukuh berkuasa lebih daripada 422 tahun dan hingga kini berusia lebih 930 tahun.

Bangsa melayu menjadikan huruf Jawi Arab yang ditambah titik pada huruf-huruf tertentu dan kekalkan bahasanya sebagai bahasa utama bagi loghat mereka itu disebut Bahasa Melayu,adalah satu bahasa yang paling ringan dan mudah daripada bahasa-bahasa penduduk wilayah Jawi Qadim, maka dengan sebab itu kebanyakan orang-orang Hijaj dan Arab dahulu menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua yang rasmi dalam pergaulan Dunia Antarabangsa.

WARGA MELAYU SABAH dinamakan juga WARGA MELAYU MALAYSIA,WARGA MELAYU