Pengikut

Rabu, 18 September 2013

Kenapa letakan Jodoh terlalu jauh?

Akhir Zaman dikatakan antara fenomena yang berlaku Sebagai Tanda Kecil hari kiamat ialah  jumlah perempuan terlalu ramai dari lelaki. mungkin akan mencapai nisbah 9 : 1. atau mungkin lebih. sedangkan Allah swt izinkan hanya kekasihnya Muhammad saw beristeri lebih dari 4.

Kenapa nabi Muhammad boleh Beristeri lebih dari  4 ? Sedangkan umatnya pula hanya 4 atau 3 atau 2 atau hanya seorang. Mungkin ada lelaki yang nak sampai 10 juga?  itu gua tak mau kisah. Yang saya nak kaisahkan ialah Nabi diberi lebih dari 4 Isteri sebab Dia adalah Nabi. Mestilah ada keistemewaan berbanding dari orang biasa.

Sebagai Penganut Agama islam kita lelaki dibenarkan berkawin sampai 4 dalam tempo semasa. mengikut beberapa kesepakatan yang diperlukan. dan mengikut Peraturan Setempat Ada kebenaran dari Hakim Saryie'. jadi Bini Rela tak Rela. Adil atau Tak Adil Terpulanglah. Kerana Al-Quran Merakam Izin Allah Swt jadi  itu Namanya Martabat Iman.

Pada saya bersyukurlah perempuan yang telah dikhawini walaupun yang menjadi No. 2, No 3 dan apatah lagi yang bernasib menjadi isteri ke 4 pun. Berbanding Mereka yang  tak kawin-kawin lagi. Bahagia atau derita itu Soal lain pula. kerana ini bab diHati. dan kepada Bini no 2. no 3.dan no 4. ingat-ingatlah lah bini no 1, yang sudi menerima anda sama ada redha atau tidak berterima kasih lah...

Biasalah Naluri perempuan kalau bab poligami ini tentu banyak karenahnya.... jarang kita berjumpa yang redha dan yang sangat berlapang dada ketika dimadukan. sebab apa? in syah Allah mudah-mudahan saya ada masa untuk menyentuh bab ini.

Berbanding dengan lelaki kononya seronok sangat nak nambah-nambah lagi. kalau boleh yang lebih muda dan bergetah.  la laa bab kawin ingat Sunah. kalau bab hukum hakam ingat diri sendiri ja. biar pieee kat depa aku tak ada sangkut paut pun. biar depa sendiri jawab esok di akhirat.

sebagai tip awal kita ingatlah. terlalu ramainya penghuni di Neraka kelak adalah dari kalangan perempuan kenapa? itulah... salah satunya sanggup engkar perintah Allah swt kerana sanggup engkar jika nilai Naluri yang tidak berlandasakan Agama terganggu gugat.

Dewasa ini begitupun cabaran untuk bersaing untuk Berkhawin. kebanyakan orang tidak endah untuk berfikir secara pemikiran untuk memilih JODOH berdasarkan keterbukaan BerAgama. lelaki atau perempuan lebih kurang juga. bab pemilihnya. cadangan kawan-kawan dan orang Tua ada sahaja kurangnya. kekurang diri sendiri tidak terpandang.

Dan bab JODOH ini lah kebanyakan orang lelaki atau perempuan akan menjadi amat sentementel... pemilih! dan bersangka diri terlalu Baik, hingga orang ini tidak ngam untuk aku. orang ini jadi tak layaklah untuk aku orang ini telah melatakan  dirinya jauh dari orang lain. macam mana nak terjumpa Jodoh kalau demikian gayannya? maka bila umur bertambah maka masa bertemu jodoh makin Susah. Nak pandang-pandang orang yang jauh lebih muda? yang berumur.. rata-rata dah berpunya..  pandang diri. pandang diri.pandang diri. hingga orang lain tak nampak ada peluang.

Dikalangan Perempuan ber kerjaya lah yang paling susah menetapkan pilihannya kerana kebergantungannya kepada lelaki hanya kepada Kasih Sayang. jadi inilah keteriah yang dipentingkanya. berbanding dengan wanita zaman dulu-dulu kebergantunganya kepada lelaki adalah kerana sumber pendapatan untuk belanja kehidupan diri dan bakal anak-anak.

Perempuan berkerjaya ini pun berpontensi untuk bercerai. bercinta bagai nak rak macam mana sekalipun. perjalanan hidup berkeluarga pasti sukar dengan itu akan memilih bercerai.

Jadi kebanyakan orang akan memilih JODOH berdasarkan Perasaan sentementel Tersebut. akibat nya rasa perasaan tersebut maka bertambah- tambah banyaknya persoalan diri dan bila di tambah pengalaman dari peristiwa yang dipilih oleh individu tersebut untuk di jadikan sebagai bahan rujukan. maka makin menyulitkan diri. maka jauhlah lagi Jodoh itu.

Jadi pesanan saya Letakan lah JODOH anda berada di hadapan. pertama datang itulah yang berkat orang putih kata first come First out... In syah Allah Jodoh anda pasti mudah dan tidak akan tertunggu-tunggu lebih lama  semata-mata mahu memilih.

dan pililihlah KERANA ALLAH dan berasaskan ilmu Agama. jauhkan atau ketepikan nilai perasaan sentementel tersebut. letakkan Jodoh itu  di tangan. jangan letak di sudut hati, agar cinta itu boleh diberikan kepada sesiapa pun. kalau letak jauh disudut hati. membusuklah ia kerana orang mungkin tak mempu menyedarinya.

mandi bunga dah buat. jodoh tak kunjung tiba maka Redha dan Pasrah atas kehendak Allah swt pada apa yang berlaku hingga saat ini. Kalau masih tak tergerak-Gerak hati lagi itu. bermakna anda serupa diri berkhawin dengan hati sendiri. jadi tak kisah dengan orang lain kerana bahagia dengan diri dan hati sendiri. Tapi kalau  Begini istilah dulu-dulu kononya ada jin yang menjadikan diri kita sebagai pasangannya dan ia tidak rela kita berkawin dengan orang lain.

Termasuk khianat orang rasa serupa benda yang sama. jadi....  berilah peluang pada diri Anda. bersyukurlah jika ada yang masih sudi untuk menjadikan kita pasanganya.

Tiada ulasan: