hari ini, Hari Ahad, sudah enam hari saya berulang alik melawat orang rumah yang baru bersalin di Hospital Ranau. Baby yang lahir menghadapi masalah darah sensitif (G6PD). hari itu difahamkan masuk wad 5 hari ingatkan boleh keluar hari ini. rupanya belum sebab Doktor bertugas sibuk. jadi belum ada yang cek darah sama ada dah normal atau tidak.
Kadang-kadang kita pelangan memang ada rasa tidak puas hatilah kan? sebab kita fikir bab diri kita sahaja. saya pun ada rasa macam itu . tapi untuk hari ini saya bagi can dulu.
Orang Rumah Berhari raya di Wad. atomitik saya pun ampit samalah. saya tak berapa kisah pun suasana hari raya. dah nak tua macam ini raya tak masuk dalam perasaan pun. saya kseian dengan orang rumalah yang macam merasa sangat tak berhari raya padahal semua adik-berdik dah awal berkumpul dirumah orang tua. sampai baju raya yang dibeli terpaksa sangkut kat tingkap wad sahaja. untuk pameran kot.
Duduk-duduk menunggu bini ini. terfikir juga membandingkan tugasan dan pesonaliti kerjaya. Bab layanan memang diorang ini tidak bole chalangge perkhidmatan seperti yang selalu saya amalkan. bukan nak angkat bakul sendiri lah Geng tapi.. test sendirilah. kominakasi
Biasanya penghujung lawatan petugas Pengawal akan memaklumkan kepada pelawat akan masa lawatan yang telah tamat. ala orang kita pun. ada yang ngam dan ada yang perlu hantar kursus lagi.
sebelum balik rumah biasanya saya akan singgah solat magrib di surau an-nur. dari bulan puasa pun macam saya rimaslah solat disini. meremang bulu roma. issss air pun macam pasang ada orang sedang ambil wudhu. tapi tunggu punya tunggu tiada pula yang muncul. time solat pun macam ada yang nak ikut jamaah. isss isssss tak kanlah ada sesuatu kot...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan