Pengikut

Jumaat, 3 Mei 2013

mau balik mengundi

esok aku dengan bini akan balik kampong untuk mengundi.. aku dengan bini pakat nak undi .... ta ta , oooooooiii mana boleh bagi tau. undi adalah rahsia. walau sokong siapa pun undi tak tentu lagi..

bila baca di facebook aku heran juga dengan perangai manusia yang berkempen hingga kalah-kalah lagi calon bertanding, ada habuan kot?

menang kalah siapa-siapalah,.. itu amanah dibahu di orang... yang mengundi pasti menerima tempias perbuatan buruk baik pemimpin yang dipilihnya.

yang siok sikit aku nampak pasal teori RAHMAN itu.  di dalam al -quran kebetulan berada di kedudukan 55 ialah surah AR-Rahman, macam cun pula tau 5hb mei,  lihat ayat 5 "matahari dan bulan bereder menurut perhitungan", ayat 55 pula " maka nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

pada 6hb mei in syaa Allah parti yang mendapat mejoriti akan membentuk kerajaan, mana kala surah 65 dalam al-quran bernama At-Talak (perpisahan/ cerai). tak taulah kan?

dalam sibuk berkempen ini macam-macam cerita yang ada... in syah allah kita sama -sama berdoa agar tidak ada apa benda yang tidak kita inginkan berlaku. Amin

kita mahukan negara yang aman walau siapa pun yang telah dipilih menang oleh rakyat jalata.. jauh-jauhkan cerita dalam surah 75.

Tiada ulasan: