Oleh kerana kekurangan pengatahuan untuk mentadbir laman sesawang maka cadangan saya berlalu begitu sahaja. Walau macam mana sekalipun azam saya akan cuba untuk mencipta laman Blog sendiri terus disimpan. Dalam blog sendiri tidaklah sangat terikat menerbitkan apa-apa catatan.
Walaupun ada juga risiko berhadapan dengan serangan para hecker… virus dan juga para pelayar yang lebih bijaksana… ap-apa pun saya mencuba untuk menciptanya juga. Tidak kisalah kalau jangka hayatnya hanya seketika.
Dalam kegiarahan saya cuba mencuba untuk mencipta Blog sendiri, terbina pula dua Blog yang saling berkait. Terpampang sama… aiiiiii yaaaaaa. Ini pun tidak menyeronokan kerana dua minat kecendorongan yang sama sekali sangat berbeza. Seperti langit dan bumi.Maka sekali lagi saya rasakan ianya perlu di pisahkan.
Saya sangat suka untuk terus mengekalkan penggunakan nama sirungnabalu, gabungan nama dua benda yang ada nilai dalam kehidupan saya.
Tak kenal maka tidaklah ada cinta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan