Pengikut

Selasa, 17 Julai 2012

awal: apa kaitan abjad dengan tok kenali



awal: Kembalilah kepangkal jalan ...Taubatlah ....Jumaat tak sembahyang macam mana ni....
11 Jun 12, 04:32 AM
awal: Tok Kenali tu belajar dengan Tok Khurasan ..... ayahda Tok Guru Nik azziz juga berguru dengan Tok Khurasan (orang arab) ...Tok Khurasan ulamak Hadis yang serius dah tentunya beraliran ibnu Taimiyyah..
11 Jun 12, 04:28 AM
awal: apa kaitan abjad dengan tok kenali........meleset ni...

saya copy semula komenter seorang pelawat dalam bicara sufi. saya sebenarnya amat malas untuk melayan cerita-cerita remeh begini. saya kata remeh sebab benda ini tidak termasuk pun dalam silibus tarbiah pertubuhan.

saya juga tidak memahami apa sebenarnya maksud oleh empunya diri untuk tag ayat yang demikian ini.kalau di tujukan kepada pertubuhan macam bodohlah lah pula budak ini. itu pun kalau budak. kalau bapa budak alangkah sangat malangnya.

kalau kisah ini di tujukan kepada saya. lagi-lagilah jahil sangat budak ini.kenal dengan saya kah? pernah serumah dengan saya kah.

kita tidak nafikan situasi ini melanda mana-mana pun aliran, jangan tidak mengakulah kan? fardu takdirnya. ada ahli atau saya sendiri yang tidak bersembahayang atau tidak sembahayang jumaat, salah kah? berdosakah? haramkah? bukan orang islamkah?

setakat yang saya tahu hanya orang yang menafikan dan ingkar dengan kefarduan solat sahaja yang akan di hukum. kalau setakat malas dan apa lagi kalau orang itu ada maslaha keujuran syarak. masih ada pertimbang syarak.

proses tarbiah bukan dua tiga hari dan ada yang tidak berjaya langsung pun. nak hairan apa? hidayah itu di milik allah. samalah dengan budak ini. Allah s.w.t letakan dalam hantinya benda sebegini dan melatah tah ia.

sekalipun kamu lahir dan membesar dengan asuhan ibubapa agar tidak meninggalkan solat, dan alhamdulillah sampai sekarang masih istiqama untuk menambah solat fardu dengan amalan sunat yang lain.

jangan cuba ada rasa mempertikaikan adanya mereka yang sangat pemalas ini, rasa ini namanya takbur. nauzubillah. dan kalau di ucapkan maka namanya adalah ria'k. tahukah apakah ganjaran bagi mereka yang ada sifat demikian? nauzubillah

sangat beruntung juga orang-orang yang ada sifat malas ini. kerana kemalasan itulah akan menerbitkan kelebihan ganjaran dari amalan mereka ini asalkan niat kerana allah taalah .

nauzubillah kerana orang yang membesar dengan solat ini juga. akan ada yang beribadat kerana kebiasaan nya untuk bersolat. dan ada pula itu bab solatnya sahaja terjaga... bab hati.. dan Akhalknya masih jauh.. apa pun itu hidayah Allah.

baik jaga diri sendiri dari menjaga orang lain. fikrkan yang terbaik untuk diri sendiri. insayahallah jika dah ada cahaya dalam diri, orang akan datang bertanya. tidak susah payah usung benda kesana kemari kalau demikian benci orang makin ada bertambah-tambah.

11 Jun 12, 04:32 AM
awal: Tok Kenali tu belajar dengan Tok Khurasan ..... ayahda Tok Guru Nik azziz juga berguru dengan Tok Khurasan (orang arab) ...Tok Khurasan ulamak Hadis yang serius dah tentunya beraliran ibnu Taimiyyah..

saya tidak sempat belajar mana satu bentuk aliran Ibnu Taimiyyah.. dari pembacaan adalah sikit-sikit asas untuk diri. secara peribadi saya mengkagumi Ibnu Taimiyyah.. lebih-lebih lagi bila saya bandingakan Ibnu Taimiyyah dengan Awal. begitulah juga dengan Ayahanda Tok Guru Nik Aziz rasa kagum saya berlebihan berbanading dengan saudara Awal.

demikian juga dengan Tok Khurasan....(yang mana satu ini? hidup tahun berapa yaa?) siapa pun Tok Khurasan ini... tentu ramai sekali anak muridnya. sedangkan saya ini pun ehemm ehem.... anak murid saya tidaklah kurang dari seribu orang. yang pandainya ada. yang kurang pandainya ada, yang manja-manja pun ada. Pilihan Allah pun ada.

saudara Awal belajarlah dan ngajilah..... selagi ada masa. Ibnu Taimiah tidak beraliran Ibnu Taimiah. hanya orang yang belajar dengan lontaran ilmu dari Ibnu Taimiah sahaja yang menyatakan demikian.

Tok Khurasan pun tidak mengajarkan Aliran melainkan ilmu Agama Islam. jangan buang masa.... ajaran Mazhab pun tidak ada dalam islam. wujud mazhab hanya memudahkan penyelasiana dispilin ilmu. kalau ada perbalahan itu adalah kerana kejahilan.



awal: apa kaitan abjad dengan tok kenali........meleset ni...

apa kaitan saudara awal dengan Tok Kenali? anak murid? berapa ribu anak murid Tok kenali yang saudara Awal tahu?

kalau dengan Abjad Malaysia memang tidak ada kaitan dengan Tok Kenali.
kalau dengan Tuan YDP Abjad malaysia pun tiada kaitan dengan Tok Kenali.
kalau dengan Syekh Nasir Osmani pula. adalah beliau sempat berguru dengan Tok Kenali.
kalau dengan saya pula. Tok Kenali dengan saya tiada kaitan langsung. cuma saya ada Rabitah sanad dan salasilah yang tidak terputus dengan beliau.












Tiada ulasan: