Pengikut

Rabu, 22 Julai 2015

Sundaland Asal-usul Melayu Dari Kajian Mitochondrial DNA Srikandi




Asal-usul Melayu Dari Kajian Mitochondrial DNA
Pernah tak anda membaca tulisan mereka yang cemburu dengan orang Melayu,dengan merepek mengatakan bahawa sekumpulan pengkaji dari Eropah,Jepun,Amerika bla..bla... datang menyiasat tulang Hang Tuah bla...bla...tup-tup...kata result dia..orang Melayu pendatang pulak.
Tapi senarai nama pengkaji,saintis dan ahli arkeologi tu tidak dinyatakan pulak.Jurnal dia pun takde sepatah haram pun.Melayu apologedik terus percaya bulat-bulat macam kambing;terus percaya keturunan dia dari entah mana-mana entah.
Sekarang saya nak educate kamu semua,lepas raya ni patut lebih cerdik sebab dah kena training dalam bulan puasa untuk jadi lebih baik,better than yesterday,supaya tak jadi orang Islam yang bodoh piang,selalu kena kencing.Orang Islam ni sepatutnya tak jatuh dalam satu lubang dua kali.
Orang Melayu yang mengaku Islam kena lebih akademik dan berpandangan jauh,cerdik,pintar,berwawasan dan maju ke hadapan.Jadi,baca sini:
Pada tahun 2008 yang lalu,sekumpulan penyelidik antarabangsa yang terdiri dari Pedro Soares,Jean Alain Trejaut,Jun-Hun Loo,Catherine Hill,Maru Mormina,Chien-Liang Lee,Yao-Ming Chen,Georgi Hudjashov dan lain-lain telah mengemukakan hasil kajian mereka yang mendapati bahawa terdapat migrasi berlaku dari kawasan Kepulauan Asia Tenggara ke tempat-tempat lain,yang lebih tua dari mana-mana migrasi manusia di China mahupun Taiwan.Ini disokong oleh pemerhatian kepada perubahan dalam mitochondrial DNA,kajian perubahan iklim dan mitos Banjir Besar (flood myths) yang tersebar lebih banyak di kalangan bangsa-bangsa di Asia Tenggara berbanding wilayah lain di dunia.
Semua penyelidik ini datang dari pelbagai institusi tersohor dunia seperti,University of Leeds,University of Cambridge,University of Glasgow,The Australian National University dan University of Oxford.Kajian ini ditaja oleh The Bradshaw Foundation and Kesatuan Eropah.
Apa yang menariknya,dalam kajian yang 'real' ini,misteri kepada kewujudan orang Melayu di Asia Tenggara telah mampu dipetakan dengan kukuh dengan bukti DNA;bahawa mereka sebenarnya adalah pribumi tertua di Asia Tenggara.
Kajian mendapati bahawa pergerakan populasi orang China adalah lebih muda,yakni berlaku pada 2000 hingga ke 3000 tahun yang lalu manakala pergerakan manusia di kawasan Pentas Sunda berlaku lebih 10000 tahun yang lalu.
Adakah sebelum Banjir Besar,nenek moyang orang Melayu atau Proto-Austronesia telah sedia ada di Pentas Sunda?
Adakah saya mereka-reka cerita?Bertuahnya tidak.Ini real research bukan kata-kata nak menyedapkan hati atau riak banggakan diri.Sila muat turun kertas laporan mereka di akhir artikel di pautan tersebut.
~Srikandi
"Luhur Sejarahku Abadi"

Ahad, 19 Julai 2015

Lintas hati di eidilfitry

Tahun 2015 saya menumpang dan tinggal seterusnya menyambut eidilfitry di rumah mentua.

Ini disebabkan  isteri menunggu kelahiran seterusnya berpantang. Terpaksalah menumpang kerana memerlukann bantuan time2 berpantang- pantang begini.

Tinggal di rumah mentua ini  memang saya kekok dan terbatas pergerakan.

Jangankan anak-anak ipar. Karenah anak-anak sendiri pun tidak terlayan. Namun yang amat menguji adalah perbelanjaan makan dan minum ketika semua keluarga berkumpul. Kalaulah Allah swt bukakan  hati dengan tanggungjawab masing-masing

Time kepulangan adik-beradik menerbitkan bermacam-macam karenah kerana bermacam anutan dan kepercayaan.

Lalu saya terpikir apa gunanya kita gah bercerita tentang capaian ilmu pengatahuan dan amalan keagamaan tapi kehidupan kita tidak teratur.

Bukankah tujuan keberagaman ini untuk Mengharmonikan suasana kehidupan seharian penganutnya?

Miskin atau kaya adalah ujian dari Allah swt. 

Harmoni kehidupan bermaksud diri kita tidak menganggu  hidup orang sekeliling kehidupan kita.

Sembang dakwah ilmu mencapai tahap langit tapi terlepas pandang perbelanjaan makan minum menganggu perbelanjaan orang lain.

Maknanya. Capaian pengatahuan bersangka ilmu tinggi tidak memacu hidup harmoni seisi keluarga semacam keciciran dari kelengkapan pengatahuan dan tujuann keberagama itu sendiri.

Rabu, 8 Julai 2015

Alhamdulillah biar modal encit-encit dan kawan tukang yang bole runding




    baik daa....  kalau ada yang prhitin. sumbang moral.. dan meterial...
mengharap Rezeki orang berkhawin serta rezeki anak-anak.










Selasa, 7 Julai 2015

Legacy Wushul Pusaka Khalifah Agama Islam

Wushul2 kita sebelum ini meninggalkan beberapa legacy:-

1. Syeikh Wan Ahmad b Wan Ahmad Al Fathoni meninggalkan legacy ulama'2... Maka banyaklah menunggalkan karangan kitab2 muktabar sebagai penzahiran Pesaka Khalifah Wali yg beliau bawak.

2. Tok Kenali

Meninggalkan jugak legacy ulama' namun terkenal dengan wirid2 dan doa2 Tok Kenali

3. Tok Guru Hj Mahmud

Meninggalkan legacy pendekar2 sebagai menterjemah Pesaka Khalifah Wali yg beliau bawak.

4. Abuya

Meninggalkan legacy kefahaman kerohanian maka badal2 abuya majority mengambil pendekatan kefahaman kerohanian dalam semua bab. Selain berbomoh dan peralih saka.

Semua hasil daripada apa yg mereka tinggal adalah penterjemahan kepada Pesaka Khalifah Wali Agama Islam yg mereka warisi.

Maka faham pengikut mereka, kefahaman itu telah sempurna jika zahir apa yg dibawak dan menjadi legacy itu.

Namun tidak terkecuali kefahaman tadi melekat kuat sebagai panduan, jika tak dapat seperti legacy yg di bawa wushul makanya ahli masih lagi tak KEMAS dalam kerana tak boleh jadi ulama', tidak makbul doa, tidak jadi pendekar ( tak mencarik adat), tak faham kaifiat adab dan tak boleh berbomoh.

Kita tak tahu apa masalah besar umat di malaysia sekarang dan apa solution penyelesaian dan apa tugas wushul sebenarnya untuk menjnggalkan legacy yg orang lain tak boleh cipta...

Jika nak kata ilmu dan amal, badal sekarang memang jahil dan malas dalam semua bab, jika nak kata doa, badal2 sekarang memang tak boleh nak tumpang untuk hal2 yg besar, nak kata pendekar, bolehlah berdekar cuma dalam gelanggang, jika nak kata kerohanian, badal sekarang cuma rohani dibibir mulut....

Copy dari whataspp kiriman hj. Mat jusuh

Jumaat, 29 Mei 2015

untuk renungan sepintas lalu




Singgah baca...

Pelajar yang dinisbahkan sebagai mahasiswa al-Azhar hari ini ada beberapa katagori:
1) pelajar yang begitu mengambil berat sistem pembelajaran di kuliah dan sistem menadah kitab-kitab turath daripada para masyaikh.
- Pada saya: kumpulan ini adalah yang paling terbaik kerana mereka adalah orang yang sedang membina kemampuan untuk menjadi para ulamak mendatang dalam keadaan mereka juga dijangka memiliki akademik keuniversitian yang hebat.
- Sangka saya: Kumpulan ini hanyalah sekitar mungkin 200 orang daripada 6 ribu mahasiswa al-Azhar. Kalaulah sangkaan saya adalah benar, ini bermakna kumpulan ini hanya mewakili 3.3% daripada seluruh mahasiswa al-Azhar.
2) Pelajar yang begitu meninikberatkan pertalaqqian kitab-kitab turath daripada para ulamak al-Azhar tetapi agak cuai dengan sistem perkuliahan rasmi di universiti.
- Pada saya: Kumpulan ini adalah harapan masyarakat dari sudut ilmu seperti kumpulan yang pertama kerana kesungguhan mereka bakal menobatkan mereka sebagai ulamak mahir dalam selok belok ilmu.
Walaupun begitu mereka mungkin tidak memiliki pencapaian akademik keuniversitian yang baik.
- Sangka saya: Kumpulan ini mungkin sekitar 200 orang pelajar juga daripada 6 ribu mahasiswa al-Azhar dari Malaysia. Kalaulah anggaran ini benar, ini bermakna kita mempunyai 3.3% pelajar bahagian ini.
3) Pelajar yang begitu menitikberatkan perkuliahan di universiti namun cuai dengan sistem tradisi pertalaqqian kitab-kitab turath.
- Pada saya, kumpulan ini akan dinobatkan oleh masyarakat sebagai ilmuan disebabkan mereka cemerlang di peringkat universiti. Mereka bakal memegang posisi-posisi rasmi yang berkaitan dengan akademik di Malaysia kelak.
Walaupun begitu, kumpulan ini adalah berbahaya kerana mereka sebenarnya lemah dalam penguasaan ilmu Islam yang sangat luas.
- Jangka saya: jumlah kumpulan ini adalah sekitar 2000 orang pelajar daripada 6000 orang pelajar al-Azhar dari Malaysia.
Kalaulah telahan saya adalah benar, ini bermakna kumpulan ini adalah 33.34% daripada keseluruhan mahasiswa al-Azhar.
4) Pelajar yang mencuaikan pendidikan di Mesir sama sekali. Mereka hanya menjadi masbuq di hari-hari akhir perkuliahan sebelum peperiksaan dan mereka sama sekali tidak menjengah kelas-kelas talaqqi dengan para syuyukh al-Azhar.
Pada saya, kumpulan inilah yang paling berbahaya sekali bagi masyarakat di Malaysia. Ini kerana kumpulan ini akan turut menyampaikan ilmu dan memberikan syarahan kepada masyarakat sedangkan mereka semasa di Mesir mencuaikan ilmu sama sekali. Masyarakat pula akan menyangka melalui skil penyampaian kuliah yang menarik bahawa kumpulan ini adalah kumpulan yang menadah ilmu di bumi al-Azhar.
- Sangka saya, daripada sekitar 6000 mahasiswa di Mesir, kumpulan ini berjumlah kira-kira 3600 mahasiswa. Kalaulah angka ini tepat, ini bermakna sekitar 60% mahasiswa al-Azhar hari ini culas dengan pengajian.
Kalaulah keadaan ini berterusan, 60% para pengkuliah dan penceramah daripada graduan universiti al-Azhar adalah diragui keilmuan mereka

Jumaat, 22 Mei 2015

Sambutan Hari Guru bersamaan di Isyrak dan Mikraj



16 Mei Seminggu sudah tarikh sambutan hari guru yang disambut bersamaan dengan Israk dan mikraj. macam ada poin-point bah yang saya mau kongsikan beberapa hari lalu. tapi bila ada sedikit masa untuk curi-curi mendraf ini ingatan itu sudah berkurangan.

Sambutan hari guru tidak banyak bezanya setiap tahun, cuma bagi penerima Anugerah itu ada perasaan lain, dan mereka yang sepatutnya layak menerima Anugerah tersisih dari senarai menyimpan perasaan sendiri sesudah beberapa lama.

Demikian juga Peristiwa Israk dan mikraj ini diolah dan diulas sama dari dulu dan sekarang  dari sudut yang sama mungkin kalau ada sedikit pengalaman maka adalah sedikit penambah baikan cerita yang disampaikan.

Saya pula teringat yang pada tahap Rasul Israk dan Mikraj ini berlaku sekali dengan jasad RasulAllah yang di Akui Benar Oleh Baginda Sahabat Khalifah yang pertama Abu Bakar AsSidiq.

Bagi mereka-mereka yang tidak pernah mengalami pengambaraan Kerohanian tentu sekali menolak  dan ada rasa was-was mengenai peristiwa ini.

Perkaitan Israk dan mikraj pada saya  ada hubung kait dengan hal-hal kehoranian ini. Apa perlunya israk dan mikraj ini RasulAllah hebohkan kepada umum.

Rabu, 13 Mei 2015

7 Senior Abjad


Bila melihat pic ini saya terkenang kembali peristiwa yang saya lalui bertahun yang lalu. atas ujian hidayah yang Allah swt telah ditimpakan keatas diri saya maka takdir menemukan saya dengan Almarhum Tuan Guru Che Din bin Yaakob. Ayah Kepada Almarhum Tuan Guru Ahmad Junaidin pengasas dan pendiri Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad ASLI Jabat Kilat Malaysia 2090pk..

Saya Pernah berubat dengan Almarhum Tuan Guru Hj. Che Din ini sekitar 1993, lokasi rumah beliau saya tidak ingat sudah. Mungkin Mahang. Dan suatu ketika dulu ada madrasah pengajian disekitarnya.

Baru-baru ini saya dimaklumkan rupanya Almarhum Tuan Guru Hj. Che Din ini  Punyai Kaedah BUANG SAKA asli dari Tuan Guru Hj. Nasir Osmani. Jadi bertuah sungguh sesiapa yang ada mewarisinya. Padahal masa datang berubat saya keliru dengan kaedah yang beliau pamerkan pada masa itu.

Atas takdir yang sama juga saya bertemu dan berkenalan dengan Almarhum Tuan Guru Ahmad Junaidin.  Atas asbab Padoman dan Jasa bakti Syekh Kadir Sulaiman (Sg. Bakap) yang kini menatap di Kemahang Pahang.

Mungkin apa yang saya catat ini tidak ada dalam pembicaraan Asal, tapi sekadar sebagai ilmiah untuk mengenang jasa dan memanjangkan silaturahim kepada rakan dan saudara-saudara murid bagi mereka-mereka yang Terdahulu dari  saya. maka dengan ini Saya komentarkan  Adanya 7 senior Abjad yang perlu kita ketahui dan ingati.

7 Senior yang saya maksudkan adalah mereka yang menjadi Badal kepada Almarhum Tuan Guru Syekh Nasir Osmani semasa hayatNya.


Ramai yang beranggapan dan mungkin akan menyanggah topik  ini  sebab Abjad ini mana ada dikira Senior? Tak pa kalau nak layan bole terus baca... dan kalau tak ngam bole blah..

Nama dan Pertubuhan Abjad Malaysia semestinya sangat Sinonim dengan Almarhum Tuan Guru Ahmad Junaidin, dan memang 100%  Penubuhan dan Pendaftaran Abjad Malaysia usaha dan titik peluh beliau dengan bantuan mereka-meraka yang bersungguh. Maka ketahuilah Abjad Malaysia tiada kaitan dengan Syekh Nasir Othmani melainkan menerusi salasilah talqin syahadatain dan salasilah wirid yang berkaitan. Dan selagi akan datang InsyahAllah saya datangkan hujjah saya.

Manakala untuk Nama Abjad sahaja. Memang mula meniti di bibir pencintanya bila diperkenalkan oleh Almarhum Tuan Guru Hj. Nasir Osmani.

 Maka datanglah orang untuk belajar, menuntut, berubat, berbakiti dan bermacam-macam lagi sebagai Asbab kehadiran untuk bersua dengan Almarhum Syek Nasir Othmani termasuk Almarhum Tuan Guru Ahmad Junaidin sendiri. Dan 6 lagi senior tersebut.

Maka meratalah anak-anak didiknya dari berbagai kalangan latar Belakang pendidikan, sosio budaya. tarap hidup dan macam-macam ada gaya. Hatta Samsing taik kucing. Samsing Tamil termasuk mat-mat pit.

Sesuatu mula melanda peminat lapangan ini yang tidak alang jumlahnya bila mana taqdir Allah swt menjemput Almaruhum Tuan Guru Syekh Nasir Osman ke Alam yang memisahkan Alam Dunia dan Alam Akhirat.

Kewafatan Almarhum Tuan Guru Hj. Nasir Osmani ini. Membina fenomena...

PENGGANTI

Siapa PENGGANTI?
Dan Siapa-Siapa yang Telah menerima Amanah dan Amanat sebelum atau ketika saat akan  kewafatan Nya Beliau?

Kalau tak silap Disinilah munculnya Istilah 7 Senior Abjad ini. 7 Badal Almarhum Syekh Nasir Othmani. 

Almarhum Tuan Guru Ahmad Junaidin antar yang ada dalam senior 7. Yang mana pada masa itu tersangat muda dikalangan Senior yang 7. dan tidak ada penzahiran Rohaniah yang nyata berbanding dengan Senior yang 6. di masa hidup Almarhum Syekh Nasir Othmani.

Setalah lebih kurang tujuh lapan tahun kemudian. Akhirnya taqdir Allah swt yang menZahirkan  pertunjuk yang Almarhum Ahmad junaidin sebagi Pengganti dan penerus Amanah dan Amanat yang dibawakan oleh Almarhum Tuan Guru Hj. Nasir Osmani.

Siap-siapa 7 Senoir Abjad ini?

Kalangan pencinta lapangan InsyahAllah mengatahui siapa-siapa 7 Senior Abjad ini. saya tidak dapat menyentuh secara langsung Profil mereka-mereka  ini sebab kekurangan malumat yang Sahihain. 

Khabarnya Almarhum Cikgu Saidin Tasik Junjung yang menjadi saksi penzahiran Almarhum Tuan Guru Ahmad Junaidin. Maka menang mejorti 2 vs 1 vs 1 vs 1 vs 1 vs 1.

Selain itu Almarhum Tuan Guru Ahmad Junaidin menunjukan bukti Fizikal yang Alami Dari Syekh Muhiyyidin.

Sangat-sangat beruntunglah bagi mereka yang pernah Bersua dan berguru 6 daripadanya atau  5 daripadanya atau 4 daripadanya  atau 3 daripadanya atau 2 daripadanya atau sekurang-kurangnya 1 daripadanya.

Kewafatan Tuan Guru Hj. Ahmad Junaidin (hari demi hari Berlalu) berulang kembali  komplik dan fenomena yang berlaku semasa kewafatan Tuan Guru Hj. Nasir Osmani. Siapa PENGGANT? Siapa yang menerima Amanah dan Amanat?

Saya secara Tidak langsung Menyentuhnya untuk sedikit pendapatan dari Renungan pengalaman Silam. Tidak niat menidakan sesiapa...  tidak berniat untuk mengusik sesiapa. setakat cerita kita-kita sahaja.

Almarhum Tuan Guru Hj. Ahmad Junaidin dikalangan 7 Senior Abjad. Memang cukup muda dan tambahan pula tidak meninggalkan Uzlahnya ketika kepemergian Almarhum Syekh Nasir osmani. juga di kata  beberapa Lemah yang dipamer  masa mulanya. Tapi Allah Swt memilihnya atas dasar Rahmahnya juga.

Saya pula melihat Rasional utama keteria Sebagai Asbab Terpilih adalah dari atas latar belakang Asasnya Ilmu dan Pengatahuan  Agamanya. jadi inilah untuk kita sebagai Renungan Pertimbangkanlah Mereka yang Latar Belakang Agama nya Mantap dan pertimbanganlah Kebersuaanya mereka Bertemu dengan mana-mana 7 Senior Tersebut..

Walaupun nyata talqin syahadatain, wirid dan amalan yang dibawakan oleh Almarhum Ahmad junaidin melalui salasilah dan berguru dengan Almarhum Tuan Guru syekh Nasir Othmani. Tapi kita kena terima fikir juga bila mana Almarhum telah terima balik talqin syahadatain itu dari RasulAllah maka telah adalah sedikit penambah baikan dari semasa kesemasa keatas segala sesuatu itu. 

KeMungkinan  ini bermakna Almarhum Tuan Guru Ahmad Junaidin mujadid dan boleh mentajdid Talqin syahadatain pada zamanya.

Dengan menerima terus Almarhum Tuan Guru Ahmad Junaidin dari RasulAllah maka telah shortcut salasilah ini. 

Boleh Jadi juga salasilah rabitah dengan Almarhum syekh Nadir Othmani sebagai satu penghormatan bukan lagi satu kemestian bagi mereka-mereka yang telah menerima terus dari RasulAllah saw. 

Juga seruan kembali tajdid baiah salasilah syahadatain bersalasilah kepada Tuan Guru Syekh Nasir Othmani  sebagai mujadid salasilah pada pada zaman nya. 

setalah terbit dan zahirnya Almarhum Tuan Guru Ahmad Junaidin sebagai mujadid syahadatain pada zamannya dan masyhur sebagai pengganti maka adalah tidak begitu tepat untuk seruan balik tajdid kembali ke zaman mujadid syahadatain kurun sebelumnya. 

Demikianlah pada renungan hamba sekalipun dengan kewafatan Tuan Guru Ahmad Junaidin seruan Tajdid Salasilah syahadatain dengan bersalasilah kembali dengan Tuan Guru Syekh Nasir Othmani saya tidak nampak sangat rasionalnya. Kalau nak Tajdid Tunggulah Tajdid kepada mujadid zaman ini pula.

Atas asbab seruan tajdid bersalasilah ini. Maka bermakna seruan Tajdid kembali  kepada salasilah Tok kenali pula  pun boleh mengambil peluang menyeru  kerana Tajdid Salasilah dengan mereka lah terlebih  Afdal.

 Demikin lagi mereka-mereka yang ada salasilah lebih awal dari mereka ini pun bisa mengambil peluang menyeruh Tajdid dengan mereka.

Hamba Memohon maaf atas tutur bicara yang kurang sopan ini. Kalau ada titik untuk mula berfikir maka mudahan ada kebaikan. 

Tapi bila terbaca dan  terasa tulisan ini bagai bahang yang  mengulit rasa hati, maka ingatlah mungkin itulah asbab yang memandu kepada pertikaian yang dicipta dari awal.


Selasa, 28 April 2015

KEPERLUAN ETNIK DUSUN ISLAM UNTUK MENCIPTA SATU PERSEPSI MODEN DAN KETAMADUNAN SEBAGAI ORANG ISLAM COPY DARI ABJAD SABAH


7 comments:

  1. tidak perlu berdiri atas nama melayu sabah. saya tidak bersetuju. dusun islam dusun isam lah, "tuhan jadikan berbangsa-bangsa agar kita mengenali antara satu sama lain" lebih kuranglah terjemahan.... kenapa pula perlu berdiri atas nama melayu sabah??????????
    Reply

    Replies







    1. terjemahan penuh. (sekadar membantu)

      firman Allah:

      Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

      Surat Al-Ĥujurāt (49:31)

  2. Kenapa perlu tukar kpd melayu sabah...malayu is melayu. Dusun is dusun.. agama kita boleh tukar tapi bangsa d tidak boleh ditukar walaupun tukar bangsa d I.c kad tapi tetap darah kita berbangsa dusun. Nabi tidak melarang kita berbangga dengan bangsa. Kerana nabi pun berbangga dengan bangsa arab. Tapi jangan mengangkat bangsa mengatasi agama. Itu yg salah.
    Reply
  3. salam semua dan juga kpd penulis, kepada penulis..kita urang dusun islam tidak perlu untuk mengubah siapa kita...Islam itu universal (untuk semua) dan islam itu bukan melayu, sebagai urang dusun islam saya berbanga dengan siapa saya..jangan kerana terlalu ikutkan sesuatu kita sanggup mengubah siapa kita..islam hanya satu cuma identiti saja yang berbeza.
    Reply
  4. pertubuhan baru thelah ditubuhkan lihat facebook Pertubuhan Dusun islam Sabah...
    Reply
  5. saya amat2 tak setuju..cadangan tukar bangsa apabila memeluk islam..itu namanya lupa daratan..melayu itu ialah bangsa bukan agama..pleaselah buka minda jgn lupa asal usul...
    Reply
  6. Saya nak tanya sekiranya Dusun Islam di Sabah menukar kepada Melayu Dusun (beragama Islam) sebagai bangsa, secara jujur apakah terma saudara maranya yang masih menganut agama Kristian?

    adakah mereka ini dipanggil Melayu Dusun juga?
    Reply
  7. Catatan penulis
  8. Kesibukan tugasan  dan kehadiran orang baru dalam keluarga, membataskan dan meminimakan perbelanjaan untuk capaian internit bulanan. yang  menyebabkan saya gagal mengupdate blog dan hilang modal cerita untuk terus menulis, mencatat, berkongsi apa-apa  sebagaimana yang sering saya lakukan sebelum ini. setiap minggu ada catatan..

  9. kekadang saya tergugah kerana merasa Kebebasan untuk mencurahkan pandangan dan isi fikiran, meskipun untuk tujuan bersantai cuma, apakah yang demikian itu  sudah mati di negara ini?  Apa sahaja yang kita lakukan sering mencetuskan pertelingkahan dan rasa tidak puas hati orang lain, termasuk dari kalangan rakan-rakan mahupun anggota keluarga sendiri.

  10. Ramai yang sebenarnya berjiwa penakluk, mahu menguasai orang lain untuk bersetuju dengan apa yang mereka sendiri persetujui sahaja.. fikiran mereka, rasa mereka, bahawa  merekalah yang lebih pakar dan lebih mahir pada tajuk dan bab tersebut.. 
  11. Untuk kawan yang datangkan surah 41 ayat 31 tolong nyatakan asbabul nuzulnya sekali baru lah pembaca lain tidak  tergantung pencerehan.
  1. Selalu saya ambil keputusan untuk tidak menjawab, apalagi untuk menulis  kerana, seperti yang saya pernah luangkan untuk menjawab ia amat membuang masa lapang saya . sedangkan masa itu $$$$$,  juga untuk  sebagai jalan selamat supaya saya terhindar daripada sebarang masalah dengan sesiapa pada masa akan datang. Juga sebagai jalan selamat untuk saya lebih memberi tumpuan terhadap diri sendiri, keluarga juga urusan hubungan saya dengan tuhan. dan menyumbang kepada NGOs yang saya sertai dan memerlukan Khidmat saya. 
pada saya Belajarlah..bila dah pandai, gunakanlah kepandaian itu untuk membantu diri, keluarga dan kalau terlebih masa masuklah mana-mana  NGO beri sumbangan atau lebih bagus buat NGO sendiri. jadi mana-mana NGO yang dah ada teruskan... mengikut acuan jalan anda. 

  1. Saya memohon maaf kepada semua pembaca  andai perkongsian minda di alam   maya ini, mengugah persepsi diri pembaca.  saya pernah tersilap, biadab dan melukakan hati kalian. 
     TAPI seperti saya nyatakan, saya komited  untuk hadir sebarang, debat, dailog dan pembentangan atas jemputan RASMI dari mana-mana pihak atas sebarang tajuk yang dipost dalam blog.ini.
  2. Dan terima kasih juga kepada kalian yang sudi menghabiskan baca dan meletak kan komenter. pada penulisan yang tidak seberapa ini. maklumlah Free lainlah kalau sudah jadi ebook, 
  3. saranan untuk Muslim Dusun Khasnya layarilah http://www.wargamelayu.com.  moga ada sebesar zarah ruang dihati tergugah yang akan  membuka ruang fikiran menjangkau yang tidak terfikir oleh sembarangan orang Dusun

  1. seperti catatan saya dalam tulisan lain, saya pun sedang mencari-cari catatan mengenai Raja-Raja Dusun, pandu dan Tunjukan (tag) saya Penulisan penemuan yang  ada dicatat. sama ada untuk di Blog atau untuk Degree dan U mana dibuat sebagai kemudahan untuk mencari rujukan. 


Tuesday, August 16, 2011


KEPERLUAN ETNIK DUSUN ISLAM UNTUK MENCIPTA SATU PERSEPSI MODEN DAN KETAMADUNAN SEBAGAI ORANG ISLAM


Perkampungan Ratau Yang Terletak Di Daerah Ranau Sabah, Telah Di Huni Penduduk Sekitar Penghijraan Selapas Wabak Taun Melanda Perkampungan Legenda Nunuk Ragang. Di Ceritakan Mulanya Penduduk Perkampungan Ratau Tinggal Dalam Beberapa Buah Rumah Panjang. Yang Mana Rumah Penjang Ini Di Huni Oleh Beberapa Keluarga Dan Rumah Panjang Ini Mungkin Di Ketuai Oleh Seorang Dabus.(Labuz/Kadus)

Sebelum Kepulangan Bapa Ali (nama setelah memeluk agama Islam) Dan Bapa Samad (nama setelah memeluk Islam) Yang Berkelana Untuk Mencari Pekerjaan,  Dikatakan Tradisi Masyarakat Perkampungan Ratau Berpegang Dengan Agama Labuz (Dabus). Ini Dapat Dibuktikan Oleh Sebuah Batu Besar Yang Terbelah Dua (Pampang) sebagai (patod/ penunubakan) Dan terdapat Juga Medan Pengumpulan Kepala Manusia (Kinedau) Yang Tewas Dalam Ekspedisi Mangayau (Senggerib/Menengerib).

Secara Peribadi Penulis Tidak Mengatahui Apakah Sebenarnya Agama Labuz Ini. Penulis Tidak Mengambil Kisah Pembacaan Awal Mengenai Dabus/Labuz/Kadus) Penulisan Dan Pendengaran saya Mengenai Agama Labuz Ini. tidak tergugah tergugah sehingga  ketemu dengan   Ustaz Haji Ideris Nasir

Berkongsi Pengalamannya Ketika Berkunjung Di Rumah Tuan Haji Mian Bin Mohd Ali. (Anak Bapa Ali) sekitar Perasmian Cawangan ,Pusat tarbiah dan tapak latihan pedang Abjad Sabah.

Jadi Penulis Sarankan Sesiapa Yang Ingin Membuat Sarjana Atau Master Atas Tajuk Perkembangan Agama Islam Di Ranau Atau Berkaitan Dengan Ajaran Mandur Sarif Atau Atas Tajuk Amalan Lama Agama Labuz. Rasanya Tidak Rugi Untuk Berkongsi Dengan Tuan Haji Mian Ini. Dan Tidak Lupa Juga Dengan Saudara Ustaz Aziz Muji Yang Pernah Menawarkan Kesudiannya Berkongsi Cerita Pasal Bapa Mandur Sarif Ini.

Sependengaran penulis Bapa Ali Dan Bapa Samad sebelum bertemu dan berguru dengan Mandur Sarip semasa berkerja di kebun getah British Labau Inanam, mereka berdua ini adalah juga anak murid Pak Mausa kerena telah pernah juga berguru Dengan Pak Mausa, (tidak diketahuai dengan jelas ciri-ciri Ajaran Pak Mausa ini.) Dan penulis berkepercayaan sebelum merantau semestinya bapa Ali dan Bapa Samad ini ber Agama tradisi Masyarakat perkampungan Ratau. Mungkin Labuz/mungkin dabus/mungkin kadus atau. (mungkin Pagan).

Sebagai sumber pengkongsian penulis sertakan sesuatu mengenai Agama Labus Berdasarkan (Sumber: Momogunology Research Centre) By Nikh J
Pitas, Sabah

Agama Labus mempunyai kalender tersendiri. Dalam tahun Agama Labus, bulan pertama bermula selepas Upacara Kaamatan. Selepas Pesta KAAMATAN maka bermulalah bulan Pertama Agama Lzabus. Bulan pertama biasanya di sambut dengan pesta serta Magahau. Pada bulan kedua, ketiga dan keempat biasanya aktiviti utama adalah di kawasan laut iaitu MUSIM MAGASIN. Musim itu adalah masa menangkap ikan dan membuat GARAM BATU dengan memasak air laut di tempat yang mereka sediakan.

Jadi jelaslah bahawa Pesta KAAMATAN adalah tahun baru pada asalnya bagi bangsa Momogun jika menurut kalender Agama Lzabus.

Tahun ini iaitu 2006 ialah tahun ke-11 dalam Agama Labus. Kitaran tahun mereka adalah 100 tahun. Selepas selesai 100 tahun maka kiraan akan bermula lagi ke tahun ke-1 dan demikianlah pusingan tahun mereka seterusnya. Setiap kali selesai tahun 100 maka akan dimula kiraan tahun ke-1 lagi sebagai penggal seterusnya.

Dalam pusingan 100 tahun itu ada dua perkara yg penting yang mereka rayakan secara RITUAL dan WAJIB. Upacara agama Labus itu ialah UPACARA MAMASI dan UPACARA MANAGAS.

Setelah tumpasnya Sistem Pemerintahan Kesukuan Momogun Laut di bawah kuasa British dengan penangkapan Aki Tumanggung Karantud dan di buang daerah (Aki Tumanggung adalah di kenal sebagai Raja Momogun Rungus terakhir. Aki Tumanggung dibawah British ke Elopura Sandakan sebagai tahanan seumur hidup dalam pembuangan), maka UPACARA MANAGAS sudah 200 tahun lebih tidak di jalankan.

Ini berikutan penangkapan British terhadap Aki Tumanggung Karantud di Kudat. Upacara itu di halang pihak British kerana upacara itu tidak di setujui Undang-Undang British. MANAGAS adalah satu "upacara penyucian TANAH MOMOGUN yg di lakukan oleh nenek moyang sejak di Nunuk Ragang lagi pada zaman purba. Ia adalah satu upacara korban penyucian dan pembebasan baik kuasa asing mahupun segala penyakit. MANAGAS ini juga bertujuan menyucikan segala dosa manusia dan sesiapa yg berlaku jahat iaitu tidak tunduk kepada HUKUM AGAMA LZABVUS akan ditimpa penyakit wabak dan pelbagai malapetaka.

Berikutan gagalnya Upacara Managas oleh Aki Tumanggung Karantud maka British terpaksa berpindah di Sandakan kerana penyakit wabak dan pelbagai masalah menimpa pihak British. Menurut kepercayaan mereka itu berlaku kerana Upacara Managas di halang oleh pihak British.

Penyakit wabak menyerang Kudat dengan luar biasa pada masa itu kerana upacara yg sewajarnya gagal di jalankan. Ramai menjadi mangsa dgn penyakit itu termasuk penguasa British.

Pada hari ini Agama Labus terus di ANUTI oleh sebahagian orang kampung bagi menghormati semangat Kinoringan Mamangun, Mamasi dan Lzumaag yang menjaga bangsa Momogun sejak turun temurun.

Menurut agama ini apabila bangsa momogun di aniaya atau di jajah oleh bangsa lain maka akan berlaku malapetaka yg tidak pernah terjadi di serangan penyakit dan fenomena alam kepada sesiapa yg melakukannya terhadap momogun. Hal ini di katakan oleh Bobohizan Guraumanuk sebagai wasiatnya.

Untuk memanggil semangat Lumaag yg menjaga gunung kinabalu maka di perlukan upacara memalu gong 40 hari 40 malam utk tujuan membawa kesejahteraan kepada bangsa momogun. Upacara MIAGUNG / Mitogunggu ini dilakukan dalam kes-kes darurat sahaja sama ada darurat politik, ekonomi atau sebagainya.

Upacara miagung ini dilakukan oleh lelaki iaitu memalu gong selama 40 hari secara berterusan dan upacara komburongoh dijalankan oleh wanita dgn membakar komburongoh dalam dupa persembahan. Seorang bobohizan / bobolzizan ROVUSAN yg layak akan kendalikan upacara ini. Upacara ini adalah satu cara DEMONSTRASI PURBA MOMOGUN yang menurut mereka mampu mengubah keadaan. Upacara ini juga merupakan satu aktiviti "pengundangan semangat-semangat nenek moyang yang bersemadi di TANAH MOMOGUN".


Dan ini pula martabat Ilmu yang ada pada Agama Labuz Mengikut William_D'Conquer wrote:
bushido wrote:Bukan perbincangan agama dan di larang bersoal jawap berkaitan agama di sini!!!)

Saya tertarik dgn Ilmu-ilmu orang Kadus (Labuz/Pagan) seperti yang Tompinai bushido utarakan:

1. SINDAAT RAGANAI = hanya mampu di lakukan apabila di persetujui selepas sesi MAGADANG (mesyurat dgn semangat2 di kalangan Bobohizan Rovusan yg paling berkuasa.) Sindaat ini adalah tidak membawa apa-apa penyakit dan wabak tetapi ia akan menyerang sasaran dgn pelbagai keadaan masalah iaitu perang saudara, bunuh sesama saudara, danpertumpahan darah sesama saudara akan berlaku.)

2. SINDAAT MOGKORUDU = sindaat ini pertama kali di lancarkan pada zaman Aki Sook sebagai ketua Bobohizan Rovusan bagi agama lzabvus. Sindaat ini adalah asal-usul nama KOTA MARUDU (MOGKORUDU) yg dulunya di kenali bandau (MONDOU). Mondou ini di jumpai oleh AkiRungsud pada masa baru membuka kawasan itu dari Nunuk Ragang. Mondou adalah sejenis haiwan yang sebesar musang tetapi amat pelik kerana imejnya bukan dalam bentuk suasana realititi (imejnya seperti imej 2 dimensi atau 1 dimensi) dan paling di takuti jarang sekali di muncul. Menurut mereka hanya ada masalah yg paling besar atau paling menggembirakan baru mondou akan muncul. Sindaat MOGKORUDU adalah sindaat di mana sesiapa yg berkabung atas kematian ke atas keluarga akan menyebabkan kematian secara berantai termasuk haiwan ternak dan tanaman akan layu. MOGKORUDU = berkabung atau ratapan atau kesedihan.

3. SINDAAT SARAGUNTING = sindaat ini di lakukan dgn membuat satu objek lalu membuat satu upacara tertentu dgn menetapkan bahawa objek itu sebagai orang yg menjadi mangsa sindaat. Jika objek itu di simpan dalam api maka orang yg di tetapkan tersebut akan di serang cacar atau terbakar badannya.

4. ILMU KEBAL - ini macam biasalah..pengamal ini akan diuji dgn menjadikan kedua-dua kaki dari tapak kaki sampai di paha sebagai sebahagian dari kayu api dan di bakar selama yg ditentukan oleh Vozoon (ketua rumah panjang). Ini ujian api dan ada lagi ujian seperti mencabut pokok kayu yg besar atau mengangkat seekor kerbau dgnsebelah tangan..

5. PURINAIT - purinait adalah satu ilmu khusus yg menjadi asas utk meloncat bagi menjadi Bobohizan. Purinait adalah yg paling asas dalam agama lzabvus. Apabila masuk dlm peringkat Purinait ini makaorang itu sudah di "ikat" utk menjadi pengikut lzabus. Ini kerana apabila termasuk dalam zon purinait ini maka ia berkenalan atau perlu mempersembahkan korban kepada ketua-ketua semangat. Tugasnya ialah belajar berkomunikasi dgn semua ketua-ketua semangat.

6. LIMPONOZ - ini adalah tahap paling rendah iaitu belajar ayat-ayat mantera. Limponoz = mantera yg di hafal utk memanggil semangat... tahap ini biasanya di lakukan budak-budak belasan tahun. Selagi perlu membaca mantera ia disebut limponoz kerana ia memanggil semangat yg tidak ada GELARAN. Bacaan mantera ini adalah dari semangat yg tidak ada kawasan pemerintahan dan terdiri dari semangat jenis pelarian dan tidak banyak peraturan yg di buat. ini kerana semangat jenis ini adalah tiada kawasannya sendiri.


Barangkali Ada Lagi Martabat Ilmu Yang Belum Tercatat Dan Belum Dipamerkan.

Oleh Kerana Penulisan Penulis ini Hanya Bertaraf  Blog Maka Isinya Pun Bertaraf Menolog. Semestinya Dari Penulis Lain Versinya Pula. Bukan Untuk Menunjuk Pandai Dan Penulis Tidak Juga Untuk Bercanggah Atau Mereka-Reka, Atau Meremeh- Temeh Perolehan Orang Lain, Penulis Cuba Persembahkan Sebagai Tambahan Perbandingan Ilmiah. Lainlah Kalau Nak Buat PHD. Penulis Kena Wajib Turun Kelapangan Untuk Mengkajinya. Apa Yang Ada Ini Hanya Mukadimah Untuk Pembuka Jalan Orang Lain Nak Sambung Untuk Fakta Yang Lebih Bersesuaian. Dipersilakan.

Penulis Hanya Pewaris Dari Waris Asal Dari Kampung Ratau, Penulis Tidak Pernah Tinggal Di Sana. Dan Penulis Dalam Umur 40an Ini Belum Kalah Jari Tangan Ini Untuk Menghitung Kehadiran Ziarah Di Asal Muasal Keturunan sendiri . Tak Ada peningalan Harta Pusaka Yang Hendak diziarah dan tidak ada hasil bumi untuk di Agih-Agih. Macam Mana Nak Datang?

Generasi Perkampungan Ratau akhirnya didapati telah berkelana  ke merata-rata tempat. hingga hampir padam lokasinya.,  Penulis  berkesempatan hidup dan terasuh oleh generasi Awal  kerana membesar bersama nenek moyang yang di katakan Beragama Pagan ini dan berasal dari Perkampungan Ratau. Nenek moyang yang masih mewarisi tradisi Asal Muasal dari Perkampungan Ratau. iaitu Ritual Memerina'it dan mengemborengeh

Sedikit ingatan curahan pengelaman dengan aki (Tok Wan/ Atok) dan edu yang sememangnya penulis terlalu rapat dan mesra dengan mereka, tentunya penulis teramat manja dengan mereka. Penulis selalu minta di angkat masuk dalam Wakid.

Dan perkongsian kehidupan yang dikenang mengusik kalbu, bila mana  satu ketika   penulis mengikut si edu pigi tabasan mengukad kasau ( korek Ubi Manis di Kebun) inilah makanan ruji utama ketika masa itu, Penulis membesar pada kehidupan makan Kasau dan gu'el. ada kenduri baru jumpa Nasi dan Lauk Ayam (tinamba atau luntak tulang Ayam).


Nak jadi cerita maka pada hari peristiwa itu sehingga ke hari ini penulis tidak dapat penulis lupakan. Si Edu (Tok/ Nenek)rupanya lupa membawa bekalan Air. Penulis sudah tercekik tekak bagaikan di padang pasir sahara menangis-nangis. (Buduh kan … kalau aku suruh tadah air mata tu jadi air minum,) ala tambah-tambalahlah lagi kering tekak cucu tersayang ini.

Dengan penuh kasih sayang susah payah Si Edu mengayakan satu kemahiran hidupnya yang unik, mula-mula si edu kutip dan beri penulis koyakan daun pisang buat macam gelas katanya. Tercengan penulis maka Terhenti penulis menangis.

penulis melihat Si edu dengan kudrat tuanya memecah dan memulas batang tebuh untuk mengeluarkan airnya. biarpun sedikit Cepat-cepat aku mendahnya. Minum nyaman sekali sehingga penulis tidak meninggalkan walau sedikit untuk Si Edu terima kasih Edu. Rahmat Allah swt kepada kamu semua.

Alhamdulillah. Sehingga kini bila melihat batang tebu dan penjual Air tebu hati penulis jadi sedu sedih tersentuh. Sebab Arwah neneklah penjual Air tebu sekarang kaya-kaya.

walaupun penulis tidak dapat mencatat dan menghafal segala rinaait dalam sesuatu ritual. Penulis masih berkeyakinan mentera-mentera pantun yang berunsur ritual itu dituturkan pada sesuatu acara adalah seratu peratus dalam bahasa yang penulis amat memahaminya dan pasti penulis boleh menirunya dalam bahasa moden sakalipun,tidak seperti Amalan mandur Sharif yang penghujungnya sahaja penulis memahaminya dan dapat menyebutnya.

Sedar tak sedar setujuh tak setujuh, percaya atau tidak. penulis mewarisi segalanya. Penulis Memang seorang yang berbakat besar, sesuai untuk mewarisi warisan ,.

Penulis Nampak apa yang orang lain Tidak Nampak. Penulis dapat berbicara dengan sesuatu yang orang tidak Nampak. Penulis di ikuti oleh sesuatu yang orang lain tidak Nampak. Dengan Susah Payahnya penulis Cuba Peralihkan Semuanya. Adakah Penulis Berjaya?


ADAKAH AGAMA LABUZ DI KAMPONG RATAU INI TERGOLONG SEBAGAI ANISME? ATAU TERGOLONG SEBAGAI AGAMA PAGAN?

Tidak Mungkin Dan Tidak Boleh Diterima Yang Mana Moyang Kita Yang Berhijrah Ke Nunuk Ragang Itu Kononya TIDAK BERAGAMA(PAGAN). Kiranya Nenek Moyang Kita Berasal Dari Utara Borneo Maka Semestinya Mereka menganut Falsafah Kung FU TZE atau Falsafah Lao Tze . Dan Demikian Juga Lah Kiranya Nenek Moyangnya Yang Berasal Dari Selatan Borneo Maka Semestinya Anutan Mereka Adalah Agama Hindu. Dari Gutama BUDDHA.

Sebelum Islam Tiba Ke Alam Nusantara, Agama Hindu Dan Buddha Menyebati Dalam Jiwa Masyarakat Di Ratau Ini. Amalan Kerohonian Yang Masih Membekas Di Jiwa Dan Lidah Masyarakat Adalah Kalimah Sembahayang Dan Puasa. Ini Bermaksud Masyarakat Awal Sudah Berpuasa Ketika Masih Beragama Hindu Dan Buddha.

Buddha Tokoh Penegak Agama Hindu Yang Tidak Dikenali. Bangsa Yahudi Umat Nabi Musa As, Dan Nasrani Pengikut Nabi Isa As Pernah Berpuasa. Amalan Berpuasa Juga Masih Tercantum Di Dalam Kitab-Kitab Agama Purba.

Timbul persoalan Baru, dari mana Buddha mengetahui amalan berpuasa ini adalah laluan menemukan Pencerahan?
*(Tidak Mustahil, di bulan Ramdhan Ini pastinya adanya berulang mereka-mereka yang di anugerahkan oleh Allah Swt pencerahan dengan menemukan Iman Islam dan ihsan contohnya Si Dia Insyahallah taalah amin)

Satu Fakta Mengatakan Perkelanaan I Ching Dari Tanah Besar Cina Dilaporkan Mula Berguru Kepada Pendita Buddha Melayu Sriwijaya. Ajaran Buddha Kemudian Dikembangkan Di Cina Yang Sebelum Ini Sudah Arkab Dengan Falsafah Lao Tze, Kung Fu Tze Dan Lain-Lain Lagi.

Lalu Terbentuk Sebuah Aliran Buddha Yang Terjalin Dengan Falsafah-Falsafah Itu. Semua Ini Tidak Menolak Hakikat Bahawa Orang Nusantara Adalah Bangsa Guru Kepada China Dalam Ajaran Budha Sebelum Islam Itu Tiba Di Rantau Ini. penulis petikan dari penulisan H Fansuri

VERSI CERITA ASAL MUASAL PADI MASYARAKAT DUSUN SABAH SAMA SEPERTI JUGA VERSI CERITA ASAL MUASAL PADI MASYARAKAT DAYAK DAN HINDU.

Perayaan Gawai secara umumnya merujuk kepada beberapa perayaan masyarakat Sarawak, tetapi pada kebiasaannya merujuk kepada pesta menuai Gawai Dayak yang disambut oleh masyarakat Iban, Bidayuh, dan Orang Ulu di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun.
Jenis-jenis Hari Gawai yang lain termasuk Gawai Burung, Gawai Batu, Gawai Kenyalang, Gawai Mangkung Tiang, Gawai Manang dan Gawai Antu.

Gawai Batu (permulaan musim menanam padi), Gawai Burung (perayaan berkaitan dengan sesuatu tanda atau mimpi yang tidak baik), Gawai Bersimpan (kesyukuran setelah selesai menuai) dan Gawai Antu (perayaan untuk roh orang-orang yang sudah meninggal dunia). Antara yang paling penting ialah Gawai Kenyalang dan Gawai Antu.


Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.

Thaiponggol merupakan perayaan menuai yang diraikan mengikut kalender Hindu. Disebabkan hari perayaan Thaiponggol ditetapkan dalam kalender Hindu, hari Thaiponggol disambut berbeza dengan tempoh menuai yang sebenar. Pada kebiasaannya, orang-orang Tamil akan meraikan perayaan menuai Thaiponggol pada minggu kedua bulan Januari.
Pada subuh pagi Thaiponggol, para petani akan bangun dan memasak bijiran yang baru dituai yang dikenali sebagai Ponggol. Masakan Ponggol ini merupakan masakan hasil tuaian baru yang akan dipersembahkan kepada matahari pada waktu pagi.

Pesta Thaiponggol merupakan hari bagi memuliakan Dewa Matahari yang penting kepada semua tanaman. Upacara penyembahan juga diadakan di kuil secara besar-besaran, dan di rumah secara kecil-kecilan.

Bagi perayaan di rumah, seluruh keluarga akan bangun awal dan mandi dan berpakaian cantik sebelum subuh. Semua ini dilakukan tanpa menggunakan cahaya. Apabila semua ahli keluarga telah bersedia, mereka berkumpul mengelilingi gubahan buah dan bunga. Hanya ketika itu lampu akan di gunakan. Gambaran kecantikan alam semulajadi mesti merupakan gambaran pertama dilihat pada waktu pagi. Pada pagi hari, makanan pagi dari tumbuhan sepenuhnya "vegetarian" akan dihidangkan kepada semua ahli keluarga.

SECARA NALURINYA SEMESTINYA KITA AKAN MENOLAK KEWUJUDAN MASYARAKAT YANG TIDAK SAMPAI PADANYA AGAMA

Mana mungkin boleh diterima oleh akal wujud satu Masyarakat yang Tidak Mempunyai Pegangan Agama. Telah Allah Swt Utuskan Para Utusanya beratus ribu Para Rasul Dan berpuluh Para Nabi Bermula Dari Nabi Adam hinggalah kepada Nabi Muhammad saw. Mana Mungkin Ada Lagi Manusia Yang Tidak Beragama. Mustahil Ada Kaum Yang Tidak Beragama.
Apa Erti Agama Pada Bahasa? Dan Apa Erti Agama Pada Istillah?

Nabi Muhammad Membawa Ajaran Semawi Yang Memansuhkan Segala Jenis Agama Semawi Sebelumnya. Al-Quran di Wahyukan sebagai Mujizat Nabi Muhammad Saw. Dan Al-Quran juga memansukan jenis-jenis kitab agama sebelumnya.

Allah Swt Telah Berfirman Dan Telah Dibukukan Dan Tertulis Dalam Kitab Al-Quran Al Karim Bahawa Agama Yang Ada Di Sisinya Adalah Agama Islam

Seperti Yang Penulis Telah Nyatakan Dalam Penulisan Lepas Memang Penulis Gemar Nyatakan Agama Yang Di Bawa Bersama Dari Asal Muasal Orang Dusun Ranau adalah Pagan Hindu (agama Keharingan Dayak).

Dan Ada Juga Penulis Yang Mana Penulis Membaca Penulisan Mereka Yang Mereka Menamakan Amalan Ini Sebagai Anisme

Rata-Rata Juga Penulisan yang Penulis Baca Beranggapan Dan Menyatakan Fahaman Ini Sebagai Fahaman Pagan (Tidak Beragama) Atau Mungkin Pagan Ini Bererti Fahaman Agama Yang Tidak Berkaitan Dengan Agama Samawi.

BAGAIMANA KITA MENGATAKAN FAHAMAN PAGAN ITU SEBAGAI TIDAK BERAGAMA PULA SEDANGKAN ADA FAKTA INI ?
(Penulis secara Peribadi memohon maaf kiranya pautan yang penulis copy ini menimbulkan kurang senang setengah pihak)

PAGANISME Adalah Sebuah Kepercayaan/Praktek Spiritual Penyembahan Terhadap Berhala Yang Pengikutnya Disebut Pagan. (Http://Id.Wikipedia.Org/Wiki/Paganisme), Jadi Tentunya Sudah Jelas: Punya Banyak Tuhan/ Sesuatu Yang Dikultuskan

Sekarang Mari Kita Beralih Ke Hari Kelahiran Yesus Yaitu Natal. Secara Umum Yesus
Dianggap Oleh Umat Kristian Lahir Pada Tanggal 25 Desember. Tetapi, Para Sarjana
Kristian Yang Cerdas Tahu Benar Bahwa Sebenarnya Yesus Tidak Lahir Di HarIni i. Sejarah
Mencatat Bahwa Gereja Kristian Awal Merayakan Di BULAN MEI, April, Atau Januari.

Beberapa Kalangan Kristian Percaya Bahwa Yesus Lahir 20 Tahun Sebelum Tanggal Yang Kini Diterima (25 Desember 1). Jadi Mengapa 25 Desember Dipilih Sebagai Hari KelahiranYesus?

DEWA PAGAN BUDDHA Dipercaya Lahir Pada 25 Desember Ketika ‘Roh Kudus’ Turun Pada Ibunya Yang Masih Perawan Bernama Maya. Kristus Atau Mesias Terbesar Dan Tuhan
Orang-Orang Persia, Yaitu Mithras, Juga Dipercaya Lahir Pada Tanggal 25 Desember Jauh Sebelum Kedatangan Yesus

Penulis-Penulis Kristian Yang Beraliran Sepihan Dari Arus Perdana Seperti JW, Twoness. Menurut Dakwaan Kumpulan Ini , Sesetengah Ajaran Agama Kristian Seperti Trinity, Kristmas, Easter Terutamanya Elemen-Elemen Yang Selalu Dikaitkan Dengan Gereja Katholik Adalah Dicedok Dari AGAMA PAGAN.

Sebagai kesimpulan keharaman Orang Islam dusun Menyambut dan merayakan Sambutan Tadau kamatan kerana berlandaskan Kesucian Akidah.

Biarpun Kita mengatahui banyak lagi Adik beradik,saudara mara, sahabat handai. Dan rakan-rakan kita dalam Bangsa Dusun untuk kita cuba dapat meraptkan ukhwah dalam usaha berdakwah. Itu bukan Alasan, kerana kita wajib dan perlu Untuk mencipta satu persepsi moden dan ketamadunan Sebagai Orang Dusun Islam.

Gelaran sebagai Mualaf itu tidak manis, tetapi berbanggalah sebagai Mualaf kerana sumbangan Orang Mualaf dalam perkembangan dan penyebaran Agama Islam Adalah tidak ada Tolak bandingnya Bermula Dengan Khalifah Ar- Rasyidin yang pertama Syaidina Abu Bakar As- Siddiq ra sehinggalah ke Generasi ini.

Maka sekali lagi penulis panjangkan laungan dan war-warkan kepada orang dusun Islam agar kita berdiri atas Nama Bangsa Melayu Sabah. Seperti mana Orang Banjar Menamakan Bangsa Mereka Selapas Memeluk Agama Islam dari Bangsa Asal meraka Dayak.

HANTARKAN KOMENTAR DAN PANDANGAN ANDA DI FEACBOOK WARGA MELAYU SABAH. SEBUAH NGO YANG BERDAFTAR DENGAN PENDAFTAR PERTUBUHAN.

Khamis, 23 April 2015

Inilah post pertama saya di blog Abjad Sabah, kalau ada masa saya buat penambahan




bicara awal badal sabah

Salam perkenalan dan salam untuk warga Abjad,warga bangsa Melayu Jawi. Syukur Allhamdullilah segala puja dan puji kehadratnya jua.Pada masa ini telah di sah kan lah sudah cawangan Pertubuhan Seni Silat Abjad Jabat Jilat Malaysia. ke Sabah Negeri di bawah bayu oleh pejabat Pendaftaran Pertubuhan. Terletak di Lembah Kinabalu menuju ke Air Panas Poring. KG. LOHAN SATU RANAU SABAH. Tempat kelahiran saya.Terima kasih saya kepada kedua ibu bapa yang amat memahami saya,keluarga seterusnya,saudara mara dan saudara-saudara mereka yang tak serik dan tak berbelah kepercayaan, memberi sokongan moral kepada diri saya. Tanpa anda semua apalah yang boleh saya lakukan,Saya akan berkongsi dengan pemilik bloger untuk menghias dan melayan emosi tetamu yang hadir ke halaman kami... dipersilakan.... Segala hormatnya bloger-bloger semua di alu-alukan melontaran mutiara mutiara yang berkilau-kilauan..... bukan saya tidak beradat tapi saya sering tercarik adat .....

Sekitar april 1990 kami seramai 9 0rang, iaitu 4 lelaki dan 5 perempuan atas usaha ABIM daerah Ranau.kami dari Ranau ke Kota Kinabalu dan bertolak ke kuala lumpur mengikuti penerbangan MAS yang mana tiket penarbangan kami di biayai sepenuhnya olah Tan Sri Kasitah Gadam *Menteri ketika itu terima kasih Tan Sri.*saya tidak lupa, panggil saja bila-bila... Jasamu saya kenang. Dari kuala lumpur kami bertolak pula menuju ke Peneng Bukit mertajam ke sekolah yayasan mesiriyah. pagi tu, sesampai saja terus ditemuduga oleh Tuan Mudir untuk penentuan kelas.oleh kerana saya yang ditemuduga,maka jadinya dimasuklah kami ke kelas ikdadi *pemulihan lah ni... pagi tu juga. wah....! alangkah terkejutnya saya. bila melangkah ke dalam bilik darjah dan dipilihkan pula tempat duduk di hadapan sekali.Adik-adik di belakang kata abang, abang tolong tunduk sikit tak nampaklah.... malu juga bah saya. apa tidaknya adik-adik di belakang tu masih rendah-rendah belaka. saya pula ni sudah lepasan SPM.

Seminggu kemudian dengan bantuan kak sakinah *lama saya tak dengar berita juga dia ini *kami pakat-pakat pindah ke madrasah Irshadiah al-asraf al-wataniah SG.Bakap sebarang prai selatan Peneng.jaraknya taklah jauh sangat dari Bukit Mertajam rm20.00 ketika itu sewa teksi.setibannya di sekolah ini satu lagi kekaguman muncul bah. wah...... begini rupanya yang dinamakan sekolah pondok.Asramahnya sebiji macam pondok pondok.orang-orangnya yang ada disekolah ni pun, ada yang dah berumur 80 tahun keatas pun ada.jadi.. ngamlah betul orang seperti macam saya berada di sini.

Beberapa bulan kemudian tiba-tiba saya jatuh sakit pula, adoi.... seksa juga sakit ditempat orang ni...mimpi pun macam-macam juga dirasa.sedang sakit ni tiba-tiba ada seorang kawan datang melawat dan mengsyorkan lalu membawa saya kehospital. alhamdullilah.. lebih seminggu jaga saya mengidap demam kura kata orang sana.bergilir pula kami jatuh sakit lepas seorang seorang. kira 4 orang semua kenalah.salam perkenalan barangkali. kawan yang melawat tu terus jadi pelawat harian kami, cepat mesrah dan tak berapa kekok mendengar cara kami bercakap. serasilah tu kan.. *Ust.Hasnan Bin Hassan khabarnya dia bertugas di Jabatan Agama Islam Peneng sekarang.rupanya dia ni adik kepada pengetua sekolah pada ketika itu.

Lepas tu berkenalan saya dengan Abang Jamil,Ust.Rashid Man *khabarnya dia ni salah seorang Badal Penang bagi aliran mufarakah dengan Ustat Mat Janggut ketika ni,.juga ada Abang Kadir yang tak putus-putus menghantar saya berubat, saya pun sakit teruk oh..buatan orang konon* tang man hang la ni abang kadir * merekalah yang memperkenalkan saya dengan Tok Ayah Tasik Cikgu saidin pesarah Cikgu berangkali dan selapas itu saya sering berziarah kerumahnya *Cuma saya tidak mendapat maklumat sebanar tentang keluarga dan diri Allahyaraham ini. Jadi sudilah kiranya waris atau sesiapa yang mengatahui biodata beliau mengirim kepada saya untuk pengatahuan saya.secara tidak langsung saya terus menerima tarbiah dan pendidikan Abjad ini terus dari beliau kali pertama saya bertemu dengan Tok Ayah Tasik. Hati saya dah berbisik macam pernah jumpa tapi dimana ya… sambil saling berkenal-kenalan saya nampak beliau menggunakan kemahiran mengira kekuatan nama saya wau... Apa ada pada nama…? tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu……?.beliau tak setujuh bila saya kata saya dari suku kaum dusun sabah. Katanya sepatutnya Saya adalah dari suku kaum Bugis,orang dusun ni mana ada.katanya.Jadi bolehlah kali saya mengaku saya dari suku bugis…? lama berkenalan, berziarah dan mengikuti aktiviti Abjad terbukalah sudah hati untuk berguru dan berbai’ah dengan Tok Ayah Tasik Cikgu Saidin * Tasik Junjung guru Selindang Mereh time Jepun. Belum bagi lagi. Tok ayah tasik suruh solat hajat istikorah 40 hari, tak apalah rasa masih mudah dilaksanakan, cuba kalau disuruhnya puasa seminggu, mungkin tak sanggup la… . ala… nak seribu daya tak nak berjuta dalih..dapatlah juga saya berbai’ah dengan tok ayah tasik dan membuat kenduri asas, Ust.Hasnan Bin Hasan minta emaknya masakan ayam empat warna ,saya ketika itu digelar si bodoh.dan memang pun barangkali saya ni bodoh.Alhamdulillah untuk naik ketahap seterusnya . saya tak ambil masa yang begitu lama. Tiga bulan aja dah mula berubah… heee..tak sampai ke bulan pun.


Pengambaraan Saya baru bermula…Pesan Tok Ayah Tentang apa yang saya akan hadapi disabah ini BANYAKAN BERSABAR, *Begitu jugalah pesan Ustaz Mat Pada kami Di majlis Kuliah Mingguan di Amanjaya SG Petani ketika kami berkunjung ke sana pada JUN 2009.

Saya berkenalan pula dengan ustaz Din guru dispilin sekolah, la ni ustaz Zainuddin Bin Osman ni SETIAUSAHA AGUNG PUSAT. Ustaz din ajar saya cara mengurut. Wah. Bab ni ramai orang kampung ku minat bah. Sekarang ni cara mengurut ini saya panggil Jabat Urat. alaa…. Nak bagi sedap nama ja bah. Di sekolah Irshadiah ini Selain ustaz Din ada juga ustaz Pak long Wahab saya kenal melalui abang Jamil* orang ni pun dah mufarakah dengan Ustaz Mat subahanallah.jasa-jasa mereka ketika aku bersekolah dulu aku tak pernah lupa. Pak long Wahab masih baca Kitab Umumi . Ustaz Din ni dah kami bawa sampai ke tampat kami.Dan sempat juga kawan-kawan bawa dia naik jembatan diatas pokok ke pokok tinggi tak tinggi mari datang cuba…. kami tak tinggal pun di atas pokok… Dan ada ura-ura ustaz Pak long Wahab ni pun mau di import juga ke tempat kami dalam masa terdekat. Kebetulan pula kami dalam 4 orang pelajar lelaki tu adalah seorang yang berjodoh dengan orang sana, anak tuan guru pula tu. ni depa nak mari makan belanja kat kampong kami la …. Tinggallah saya seorang lagi yang belum bertemu jodoh….. ibu- ibu ,bapa-bapa. Siapa yang…… aiya… lagu indon

Pernah juga Tok Ayah Tasik cerita pada saya, di halaman rumahnya suatu masa dahulu ramai berlatih latihan padang dan pernah satu ketika dahulu Syekh Nasir Osmani melihat persembahan latihan padang antara Tok Ayah Tasik dan Ustaz Mat ,tuan-tuan, puan-puan encik-encik dan cik-cik, mereka berdua ini saling tikam menikam didalam sehalai kain sarung, sehinggalah habis koyak rabak kain sarung tersebut. Alhamdulillah tak ada apa-apa.. tuan guru pun berlatih bah…. Ini sebut ja latihan gelanggang .. ada yang sakit perut dan ada yang konon tak berminat …

Dan seingatan saya, ada saya pernah mengutarakan tentang mimpi saya yang aneh, saya bermimpi ,saya berbai’ah dengan Tok Ayah dengan tangan bersilang……

Masa sekolah menangah dulu saya minat betul baca cerita bersiri dalam Varisari Bercakap Dengan Jin oleh Tamar Jalis dan ada buku dijual atas nama Berkelahi Dengan Syaitan oleh Tok Awang Ngah. Aku rasa mereka ni lain daripada yang lain, dan teringin sekali saya mau berkenalan dengan mereka ini, siapa sebanarnya Tamar Jalis dan Tok Awang Ngah ini…. *sudi-sudilah berkenalan dengan saya…yang amat menarik hati saya, suasana yang berlaku pada mereka ini dalam buku itu sentiasa ada dan pernah berlaku pada Masyarakat kami…apa tah lagi dengan saya dari dulu dan sampai sekarang pun, tak larat nak tanggung…, *dulu sepatah ayat al-quran pun aku tak pandai baca . Ustaz dalam cerita berkalahi dengan syaitan banyak menggunakan ayat al-quran dalam kaedahnya dan ada ditulis dalam tulisan rumi tapi aku tak mampu bunyikanya dengan betul, manakala watak datuk dalam bercakap dengan jin lebih banyak menggunakan petua-petua dan pantang larang masyarakat melayu pada ketika itu. wui… dulu-dulu aku orang muda memang berminat tau bab-bab begini dan ada juga aku ikut kawan menuntut ilmu…..

Cara aku berguru dengan Tok Ayah Tasik tidak sama berguru yang dulu-dulu.saya perlu menolak dan membuang semua yang terdahulu. Aku bermula dengan mengosongan segala-galanya ,sanggup tak sanggup!.?. Dan ada sedikit kejutan, percaya atau tidak percaya sedar atau tidak sedar. rupanya masyarakat kita ini memang mempunyai pendinding, kita mewarisi sesuatu dari nenek moyang yang telah membuat perjanjian dan persembahan kepada selain Allah s.w.t. dan yang jadi masalahnya sekarang, pendinding kita ini sering menuntut sesuatu, dahlah tidak sesuai dan tidak menapati syarak’...masyarakat kita pula terasa sayang akan benda-benda seperti begitu.. dan proses untuk memisahkanya pula sesuatu yang tak mampu digambarkan…kerana mereka mengatahui keturunan darah yang pernah mereka makan sejak dahulu lagi..BENARKAH INI BERLAKU ? rupanya saka yang saya bawa boleh dilihat sejauh jaraknya oleh pengamal kerohanian.. saka boleh diwarisi dengan mudah manakala membuangnya pula terpaksa melalui proses yang sukar…..entah dari mana saya warisi….

Saya beramal dengan Jabat 14 dan Jabat Penimbul Versi Tok Ayah Tasik sampai ke hari ini.. Saya juga maklum dengan beberapa versi Jabat 14 dan Jabat Penimbul lain.Dengan kawan-kawan pernah saya pamerkan Jabat 14 Versi Tok Ayah Tasik. Cuma saya lebih menggalakan mereka memakai Jabat 14 Versi Kabangsaan yang telah dipersembahkan oleh saudara Setiusahaa Agung Pusat. Manakala untuk Versi Jabat Penimbul Tok Ayah Tasik tidak pernah lagi saya persembahkan kepada sesiapa dan saya amat berharap juga dapat berlatih dengan pewaris Jabat Penimbul Versi Tok AyahTasik, kerana saya pernah mempunya rekod membuat kesilapan pada Versi Tok Ayah Tasik, Nasib ketika itu sempat lagi saya mempersembahkanya dihadapan Tok Ayah Tasik dan membuat pembetulan.

Sekitar 1995 selapas mengambil 4 Thanawi dan STA di Titi Serong Perak akhirnya saya mengambil keputusan untuk kembali ke kampong halaman.sambil cuba-cuba applay kerja dengan kerajaan dan.terpaksalah juga kerja-kerja kampong untuk cari duit saku. Lama juga menganggur, nasib ada juga yang sudi tolong jadilah saya guru sandaran ,3 tahun jadi guru sandaran . Nasib tak berapa baik, julai 1999 jawatan guru sandaran di berhentikan saya tak layak pula masuk maktab menganggurlah lagi. Alamak…. apa nak buat ni…tak ada tersimpan apa-apa..

Dalam tempoh menganggur kali kedua ini lebih banyak cerita dan pengalaman….
Sabtu 11.03.2001, pada hari kelahiran saya Ayah saya menghembuskan nafas yang terakhir setelah sekian lama menghidap penyakit alaf baru. SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MATI.. masa ayah saya meninggal dunia, saya hanya ada rm 29.00.mana nak cari duit.. ah….aku ada motor RG kira nak jualah motor tu.Alamak.. motor ni orang lain yang pakai pula . Subahanallah ini semua kehendak allah swt . Setelah kematian ayah. barulah saya tahu didalam dompetnya, ayah ada menyimpan gambar saya ,Allahu Akbar,.menjunjung kasih seorang ayah, Al- Fatihah untuknya..Ayah saya ini, pernah mengikut orang berbai’ah dengan saya. Ketika itu saya membai’ah orang tanpa izin dari Pusat. Lagi pun Orang yang datang, saya tak pernah ada bagi tau walau seorang pun yang saya ini beramal dengan Seni Silat Abjad. Ingat senangakah mau korek ilmu saya….aku susah payah belajar senang-senang mau kutipkah.. Macam mana mereka tahu… wallahuallam…

Satu hari, entah macam mana dimintalah aku oleh Balai Polis Ranau untuk memberi ketarangan konon ada budak-budak buat laporan saya Mengajar silat dan mengutip bayaran. Aku tak marahlah polis panggil saya.sebab ada jugalah tau sedikit tu peraturan , cuba bayangkan manalah saya mau bahayakan diri saya. dahlah Mengajar silat tu memenatkan, menganggu kerja dan memang tak dapat apa-apa income pun..buat apa nak buat juga..lebih baik tanam sayur atau tanam candawan dapat juga duit minum-minum kopi. Ya lah..kan .. Budak-budak ni lapor sebab saya tak mau Mengajar barangkali atau memang ada yang merasa di hati…. Sehingga aku mencari kerja pun diganggunya, cari punya cari kerja .. dan halangan demi halangan ,Alhamdulillah orang tolong dapatlah saya kerja di Labuan.

Julai 2004 saya mula bertugas sebagai guru agama di Sekolah Rendah Agama Islam Abu Bakar Bebuluh Wilayah Persekutuan Labuan. Alaa…. Mula-mula dulu pun, aku ingatkan labuan ni maju dan sejeterah. Labuan bukan macam seperti dulu syurga membeli-belah. Tidak ada lagi yang menyeronokan tentang labuan melainkan bagi mereka yang lemah imanya.apa tah lagi bagi orang yang tidak beriman. kepada macam kami. Alahai.. kepada siapalah boleh disuarakan..dah lebih sepuluh tahun Elaun bulanan RM470.35, layak, pula menerima bantuan baitulmal RM250.00 jadilah RM667.35 sebulan. Sewa rumah, bil air ,bil letrik, belanja dapur.dan tambah lagi Penolong Pengarah yang ada sekarang banyak mewajibkan kehadiran aktiviti yang tiada kaitan langsung. tak datang, dapat surat amaran bila datang, terpaksalah keluar duit belanja tambang menambang kenderaan .kalau dikira-kira tak mampulah ustaz dan ustazah ni membesarkan anak-anak mereka dalam situasi begini, syabas., gua Tabik hormat lu semua Alhamdullilah mereka boleh bertahan sehingga kehari ini.sabarlah, dah dapat bertahan selama 23 tahun, apa saja kalau dua tiga tahun kehadapan lagi sabar. Dan banyakan bersabar.

Baru-baru ini yang ada SPM dapatlah tawaran DGA29 Kontrak 2 tahun. termasuklah juga saya. Lumayan… sehingga ada yang cemburu. Yang peliknya kami terpaksa turun pagi 7:30 Pagi - 11:30 Pagi dan petang1:30 petang - 5:30 petang,kalah-kalah time pejabat bah.di tambah lagi kena bergilir pula menolong tugasan kepejabat ,dan ayat powernya tak habis-habislah pula kami dikata tak layak tak layak. Kamu tak layak! Tapi disuruh kerja macam-macam. sapa tak sakit hati .Macamlah dia yang urus semua,sehingga habis dibantainya Penolong Pangarah yang lepas-lapas tak pandai buat kerja katanya. Wwho… nasib saya bukan ultramen fire….. terus bah…. Wah! main sedap hati aja…tuuu laaaa tak layak jadi ultraa…. Menn…. Inilah lumrah kita makan gajikan?, saparuh gaji itu memang untuk kita dimarah,tak tahan, baik letak jawatan saja. Barangkali itulah jawapannya untuk diri saya supaya dapat berkhidmat sepenuh masa sebagai Badal Negeri Sabah?
. Sekian wassalam

BADAL SABAH