Hairul Nizam berkongsi kiriman MD Ridzwan.
Singgah baca...
Pelajar yang dinisbahkan sebagai mahasiswa al-Azhar hari ini ada beberapa katagori:
1) pelajar yang begitu mengambil berat sistem pembelajaran di kuliah dan sistem menadah kitab-kitab turath daripada para masyaikh.
- Pada saya: kumpulan ini adalah yang paling terbaik kerana mereka adalah orang yang sedang membina kemampuan untuk menjadi para ulamak mendatang dalam keadaan mereka juga dijangka memiliki akademik keuniversitian yang hebat.
- Sangka saya: Kumpulan ini hanyalah sekitar mungkin 200 orang daripada 6 ribu mahasiswa al-Azhar. Kalaulah sangkaan saya adalah benar, ini bermakna kumpulan ini hanya mewakili 3.3% daripada seluruh mahasiswa al-Azhar.
2) Pelajar yang begitu meninikberatkan pertalaqqian kitab-kitab turath daripada para ulamak al-Azhar tetapi agak cuai dengan sistem perkuliahan rasmi di universiti.
- Pada saya: Kumpulan ini adalah harapan masyarakat dari sudut ilmu seperti kumpulan yang pertama kerana kesungguhan mereka bakal menobatkan mereka sebagai ulamak mahir dalam selok belok ilmu.
Walaupun begitu mereka mungkin tidak memiliki pencapaian akademik keuniversitian yang baik.
- Sangka saya: Kumpulan ini mungkin sekitar 200 orang pelajar juga daripada 6 ribu mahasiswa al-Azhar dari Malaysia. Kalaulah anggaran ini benar, ini bermakna kita mempunyai 3.3% pelajar bahagian ini.
3) Pelajar yang begitu menitikberatkan perkuliahan di universiti namun cuai dengan sistem tradisi pertalaqqian kitab-kitab turath.
- Pada saya, kumpulan ini akan dinobatkan oleh masyarakat sebagai ilmuan disebabkan mereka cemerlang di peringkat universiti. Mereka bakal memegang posisi-posisi rasmi yang berkaitan dengan akademik di Malaysia kelak.
Walaupun begitu, kumpulan ini adalah berbahaya kerana mereka sebenarnya lemah dalam penguasaan ilmu Islam yang sangat luas.
- Jangka saya: jumlah kumpulan ini adalah sekitar 2000 orang pelajar daripada 6000 orang pelajar al-Azhar dari Malaysia.
Kalaulah telahan saya adalah benar, ini bermakna kumpulan ini adalah 33.34% daripada keseluruhan mahasiswa al-Azhar.
4) Pelajar yang mencuaikan pendidikan di Mesir sama sekali. Mereka hanya menjadi masbuq di hari-hari akhir perkuliahan sebelum peperiksaan dan mereka sama sekali tidak menjengah kelas-kelas talaqqi dengan para syuyukh al-Azhar.
Pada saya, kumpulan inilah yang paling berbahaya sekali bagi masyarakat di Malaysia. Ini kerana kumpulan ini akan turut menyampaikan ilmu dan memberikan syarahan kepada masyarakat sedangkan mereka semasa di Mesir mencuaikan ilmu sama sekali. Masyarakat pula akan menyangka melalui skil penyampaian kuliah yang menarik bahawa kumpulan ini adalah kumpulan yang menadah ilmu di bumi al-Azhar.
- Sangka saya, daripada sekitar 6000 mahasiswa di Mesir, kumpulan ini berjumlah kira-kira 3600 mahasiswa. Kalaulah angka ini tepat, ini bermakna sekitar 60% mahasiswa al-Azhar hari ini culas dengan pengajian.
Kalaulah keadaan ini berterusan, 60% para pengkuliah dan penceramah daripada graduan universiti al-Azhar adalah diragui keilmuan mereka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan