ساي بوكنله سأورڠ يڠ اد باكت كڤميمڤينن، دان ساي جوڬ تيدق داتڠ دري كلوارڬ يڠ اد ڤڠاروه . ساي ڤون بوكن دري كتورونن يڠ اد سجره اونتوق د چانڠكن. ساي جوڬ بوكن دري كالڠن ڤرسونيليتي يڠ اد برجاوتن تيڠڬي. جوڬ تيدق ممڤوڽاءي ڤرسكولهن يڠ بوليه د بڠڬكن. تاڤي ساي مڠهارڤ بهاوا كادأن اين تيدق دأمبيل فاختور اونتوق منيلاي علميه يڠ ساي چتوسكن
Pengikut
Khamis, 6 September 2018
kembali merawat setalah sekian lama
Cuti Aidil Adha 1439 sekali lagi saya mengalami pengalaman saya ketinggalan Fery, yang amat merusingkan adalah time puncak yang mana amat sukar untuk mendapatkan tekit pelayaran dalam sehari dua yang penuh padat.
saya hanya diremehkan oleh terkejut tidak te off suis kipas yang menyebabkan saya kembali balik kerumah untuk menyaksikan keadaan sebenar. walau benarnya hanya satu gangguan. maka terlepasalah saya mesyurat yang patutnya akan saya pengerusikan sesampainya di kampung.
Alhamdulillah tanpa menunggu lama. melalui carian whatAsap saya memperolehi tekit untuk hari, esoknya saya dapat membeli tekit dari rakan kerja yang kebetulan baru membeli tekit orang lain yang akan berlepas sehari lebih awal.
saya hanya tertinggal sehari, petangnya saya bertolak dan berhenti di sebuah kampung bernama Kg. Berangkok, sebab saya memesan madu kelulut Asli dari seorang kawan sekampung yang telah berjodoh disana. tak sanggka pula yang kawan ini menahan saya untuk singgah terus kerumahnya. hampir saya terlupa simpangnya sebenarnya walaupun sebenarnya saya pernah singgah dirumahnya suatu waktu dahulu singgah madu kelulut dan melihat penyakit kulit Abang Ipar kawan tersebut.
malam tersebut saya melihat perkembangannya setelah lama berlalu ada kemajuan juga cuma belum sembuh sepenuhnya. malam ini saya melihat lagi seorang iparnya yang menghadapi gangguan anaknya sentiasa menangis diwaktu malam.
lepas dari itu kawan ini membawa lagi kesebuah rumah yang katanya imam, seorang pencen muis yang berpengalaman pernah bertugas di kota belud dan masjid bandaraya kota kinabalu. rupanya beliau mempunyai anak yang menghadapi masalah selapas balik bersekolah diseberang. katanya anaknya telah menghadapi sindrom ini lebih kurang enam tahun
dalam jam 10.00 malam akhirnya saya meneruskan perjalanan menuju kampung dan tiba dikampung pada jam 4.00 petang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan