Pengikut

Selasa, 10 Julai 2018


Kredit untuk Penulis dan tajuk  Asal, cuma kita tak tau dah tagging sebab sampai arah kita atas jalan copy dan paste je..

"Memang betul bersilat, bergayung, jabat 14, jabat penimbul, jabat besi dan semua seni langkahan pertahanan diri itu yang ada nama atau tiada nama Nabi tak pernah buat dan tak ada dizamannya. Cuma Nabi memberitahu dosa dan pahala dalam amalan umatnya, samaada melalui perkataan, perbuatan atau denyutan lintasan hati, sentiasa dikira oleh Allah Taala dengan nama murtad, munafiq, zalim dan fasiq atau taat, patuh tunduk kepada Allah Taala.

Latihan Amalan Pusaka Khalifah Wali Agama Islam samada jabat 14 atau lainnya daripada wirid jampi dan doa semua diambil daripada Tuanguru yang ulama sufi diambil daripada Tuangurunya seorang ulama’ sufi yang masyhur ada untaian salasilah guru tempat ambilan, Tuanguru kata semua latihan jabat itu dan lain-lain cara langkahan masuk dalam kata doa jasmani (iaitu satu cara latihan menolak apa-apa juga rupa bentuk jahat yang nampak dengan mata atau sebaliknya menerpa kearahnya, T uanguru kata, tolak jahat maksudnya kufur & maksiat manakala menerima baik maknanya iman dan taat.

Dikehendaki latihan ini seseseorang diri atau ramai-ramai berzikir, berjampi, berwirid dan berdoa tujuannya melatih lidah berkata-kata yang baik lebih banyak daripada berkata-kata yang sia-sia atau berhenti terus dari berkata-kata yang jahat.

Sebab itulah, dalam Amalan Pusaka Khalifah Wali Agama Islam sebesar-besar wirid ialah membaca Al-Quran, solat sunat, puasa sunat dan lain-lain aurad yang telah disusun oleh ulama’ muktabar yang ahli pada babnya.

Setiap kalimah yang baik dijadikan bacaan wirid samada faham makna atau tiada, asalkan datang daripada ulama yang ahli pada babnya. Semuanya boleh jadi wirid, kerana ulama yang ahli pada babnya, semuanya tidak akan menjerut dengan kalimah atau wirid yang menyebabkan batal aqidah, syariat, akhlak. Begitu juga dengan langkahan jasmani yang dibuat sebagai doa jasmani, bertujuan menselarikan kerja buat anggota jasmani dengan rohani supaya tetap berada diatas agama Islam, sebelum, semasa, selepas mengadakan latihan pertahanan diri atau sebagainya.

Manakala hati pula, ditumpukan ingatan dan sebutan hanya kepada Allah dengan meletakkan Allah sebagai penumpuan ubudiyah diri dan memohon perlindungan dan pertolongan dalam apa jua suasana dan keadaaan sekalipun disemua tempat dan masa.

Mungkin seawal perjalanan atau ditengah perjalanan atau diakhir perjalanan menuju kepada baik seseorang itu akan dipamerkan pelbagai rupa yang menjadi kesukaan, kecenderungan, memberangsangkan keinginan menuju kepadanya mengikut langkahan lambat atau cepat yang akhirnya akan meninggalkan terus akan baiknya sesudah berada dengannya atau menjadi orang yang ragu-ragu, was-was dalam hati setelah berjaya dipujuk oleh syaitan, dunia atau mereka-mereka yang telah rosak aqidahnya datang menghiburkan atau bermimpi dan sebagainya.

Setelah difahamkan semua kerja buat berdasarkan kepada agama bertujuan seperti mana kehendak ma’na ma’ni Al-Quran menjadi tempat rujukan, sudah tentu tidak akan terjebak sama sekali dengan label, murtad, munafiq dan kufur dalam ilmu dan amalannya."
شيخ حاج أحمد جُنَيْدِيْن

Tiada ulasan: