Pengikut

Sabtu, 11 Jun 2016

Melatih Anak solat berjamaah sebelum di bawah ke masjid

Terbaca viral anak-anak dihalau ke saf belakang teringat juga saya larangan membawa anak solat berjamaah di masjid.

Mengimbau kenangan lama semasa sedang mengaji pondok di peneng. Kebetulan tahun ini Ramadan berlangsung pada cuti pertengah penggal persekolahan.

Cuti persekolah biasanya kami keluar mencari kerja sementar. Tapi bila dah ada kawan-kawan yang sanggup ambil upah bertukang membaiki atau menambah saiz rumah.

Saya tidak ingat sudah nama tempat dan lokasi yang kami datangi untuk bertukang rumah. Tapi kawasan tersebut berada di pulau pinang menghadap laut. Dan bila bayu laut melanda saya akan turun ke luar rumah kerana takut rumah tersebut terangkat dibawa angin almaklum lah fesyen rumah disana rata-rata tiang tidak tertanam hanya bertengek diatas tiang semen separuh.

Seingat saya seminggu lebih kami duduk dalam rumah tersebut menunggu tuannya datang membawa dan menghantar perkakas peralatan rumah tersebut. Jadi kerja kami makan tidur je ler..

Rasanya bangunan rumah tersebut duduk dalam kawasan masjid. Sempatlah kami solat jumaat dan berjamaah bertarawih di situ.

Satu Hal yang menarik minat saya yang berlaku ketika solat jumaat ialah bila saya terpandang seorang lelaki datang dan solat tahiatul masjid hal dalam keadaan mengendong baby kecil. SubahanAllah dalam hati saya bercakap kuat sungguh bangsa lelaki ini mengangkat anaknya sambil menunaikan solat.

Bila sudah ada anak kecil sendiri saya cubalah berlatih untuk mengikut perbuatan lelaki tersebut. Mudah dan ringkas pula keadaanya sebenarnya. Cuma untuk menyediakan baby kecil dalam keadaan tidak berhadas memang sesuatu yang tidak mudah walaupun di rumah sendiri. Apa kan lagi di masjid yang peralatan kita mungkin tidak terbawa.

Untuk memastikan pakaian sendiri suci sudah satu hal. Memastikan baby kecil tidak menanggung hadas perkara kedua memang perlu rajin dan cermat kalau tidak. sia-sialah kerja solat kerana menanggung anak kecil yang berhadas.

Jadi kalau bawa anak berjamaah ke masjid sebaiknya ibubapa berlatih membawa awal sedari bayi lagi. Agar sentiasa beringat tentang anak yang mungkin menanggung hadas kecil. Supaya tidak menjejaskan jamaah lain.

Kalau kata RasulAllah bawa anak berjamaah ke Masjid memang macam tidak sesuai ceritanya. Sebab memang pun masjid itu adalah rumah kediaman RasulAllah sendiri.

Cuma harus diingat masjid adalah larangan bagi mereka yang berhadas besar. Jadi kebersihan dan kesucian cucu RasulAllah yang sedang bermain dirumah, diruang solat seterusnya menganggu perbuatan solat RasulAllah adalah terjamin kesuciannya. Tidak lah terbiar seperti anak-anak kita.

Memisahkan kanak-kanak dari jamaah dewasa adalah satu persediaan penting.

Kalau saya apakah tidak ada rasa bersalah bila sang anak menyebabkan seorang jamaah dewasa batal solatnya kerana bersentuhan dengan anak yang sedang menanggung hadas kecil.

Anak-anak memang bukan Najis. Macam juga ibu-ibu yang sedang Haid mereka bukan Najis. Cuma keadaan mereka berkemungkinan sama kerana sedang menanggung Hadas yang akan menganggu sah atau batal perlakuan ibadat

Tiada ulasan: