Bercuti hujung tahun 2015 saya hanya duduk di rumah. Tidak ada aktiviti pertubuhan dan majlis tahunan peralih saka tahun ini tidak dapat diadakan sebab Dana tidak mencukupi. Tidak ada sambutan masyarakat dan ahli pertubuhan.
|
pokok mangga boleh nampak dari arah ini |
Aktiviti saya duduk rumah dengan anak isteri. saya juga dapat melayan kawan yang datang membantu menolong bertukang menyiapkan rumah.. setakat ini sudah mula susun bata pada rangka sekeliling rumah. Cuma mampu beli empat flat bata jenis pasir. Modal buat rumah tidak ada. Cuma Mengharap simpanan berhema berbelanja setiap bulan.
Sebelum bercuti Ada budak bilang nak jumpa dengan saya, tapi bila saya dah ada dok kampung, bila saya whataspp dok tanya saya ni sapa pula dah? jadi saya abaikanlah no hp tu. lagi pun saya terfikir selapas ini kalau ada budak nak baiah saya suruh isi borang keahlian dan bayar yurannya baru boleh bawa dalam mesyuarat ajk nak terima baiah atau tidak atau duduk ahli pertubuhan aja.
Dalam menunggu kawan datang bertukang rumah, gatal juga tangan membuat aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. maklumlah umur-umur begini tekanan darah dah meningkat naik. Saya cuba menabas-nebas sekitar kawasan rumah terutama bekas saya menanam ubi kayu sebelah tapak rumah,
Aktiviti menabas ini lah yang sering kali saya lakukan setiap kali balik kampong. bersih juga pandangan mata dan juga saya berharap ayam-ayam ada ruang mengais-ngais mencari cacing juga lebih selamat untuk melarikan diri dari pemangsa terutama biawak. dengan ibu kucing pemakan anak ayam memang tidak dapat di elakan kasihan melampau dengan kucing-kucing pemangsa anak ayam ini.
Sambi menabas merata-rata ini, terlihat nunu disana ada pokok mangga yang berbuah masih muda. Jadi pandang mata saya terus ke pokok mangga tersebut. terliur teringat isteri makan mangga muda dibuat sambal.
Saya menabas sambil merantis membina laluan kearah pokok mangga tersebut. saya luaskan kawasan merantis sebab nanti luas juga pandangan. Cuma bila sehampir pokok mangga tersebut perasaan dan bauan menganggu destenasi saya. mulanya saya ingatkan benda ini cuma lintasan biasalah hutan yang jauh dari usikan orang ramai.
Saya gagahi untuk mengharungi dan melawan situasi yang dirasa. Laluan yang saya bina macam makin menyukarkan dan gangguan yang di rasa makin memuncak. pengalaman saya fahamlah saya mungkin ada gangguan la ni.
Dengan jarak lima ke enam kaki dari pokok mangga tersebut keadaan saya makin sulit. Seumpama diharungi sekumpulan lebah. Lantas sepantas apa saya buru-buru saya melaksanakan ritual seadanya untuk menjauhkan gangguan ini. tapi macam buas sangat benda ini kenalah saya mempertahankan diri dan perlahan-lahan saya meninggalkan kawasan tersebut.
Semasa berundur meninggalkan kawasan tersebut saya agak gelisah kerana risau gangguan ini akan mengikut sampai ke kawasan rumah. Juga terlintas dihati kisah seumpama ini dalam buku cerita tamar jalis yang mana mangsa jarang begini jarang tidak ditimpa musibah besar.
memang saya agak terleka sebab Pokok mangga ini tidaklah jauh dari tapak rumah dan memang tempat ini tidak asing dengan saya. kebiasaan saya menghampiri pokok ini sebelum-sebelum ini. Mungkin Masa berlalu kawasan pun makin berubah.
Terfikir juga saya anak kecil dirumah anak sendiri , anak-anak buah yang sama-sama balik bercuti menziarahi nenek mereka. Kegelisahan memeng sangat mencengkam.Demam saya juga belum reda terkena hujan semasa menebas rumput disebalah bekas tapak rumah sepupuh mama.
Kalau Kawasan tinggalan bekas rumah sepupu emak saya ini saya tidak hairanlah sebab saya pernah dan lama tinggal dirumah tersebut sebelum dirobohkan. kalau masyarakat kami tidak asinglah dengan benda-benda macam ini.
Tapak rumah kami dan tapak bangsal candawan saya adalah saya pagarkan dengan kaedah paku empat inci. Tapi bila tapak rumah saya ini tanahnya ditolak saya tidak pasti lagi adakah pagar paku tersebut masih berguna pakai kafiatnya.
Malam-malam seterusnya anak-anak saya tidurnya dan kesihatanya memang bermasalah. Saya hanya mampu berdoa mudahan saya mampu menempuhinya dengan sabar. tangisan dan teriakan anak-anak ditengah malam memang mengugat iman. sifat panas baran itu keluar juga. terpaksalah layan karenah anak-anak ini sampai mereka tertidur. mata halus mereka memang kita orang tua ini tak faham.
Alhamdulillah anak-anak buah tidaklah bermasalah sangat seperti anak saya. cuma risau juga sebab keluarga saya yang akan dahulu meninggalkan rumah kampung ini untuk kembali ke tempat kerja.
Di dalam mengabaikan benda-benda seumpama ini tiba tergerak hati saya bila berkesempatan hadir majlis qatam Quran dengan kawan-kawan. saya selitkan air untuk niat dibuat penawar. dan dikesempatan itu. malam itu juga saya ritualkan menawar kawasan tapak rumah saya dengan air Kaedah Qatam quran. Lama saya berniat nak buat tapi tidak tercapai.
Memang Emak saya balik-balik cakap dan ingatkan untuk ritual tapak rumah tersebut memandangkan semanjak dua menjak ini saya asyik-asyik kurang sihat bila membuat bebarapa aktiviti di kawasan tapak rumah sendiri apa lagi bila memasuki tapak tinggalan jiran dan kawasan rizab hutan milik badan kerajaan.
Hari-hari berikutnya pandangan saya pada pokok mangga tersebut memang penuh menyeramkan. Apa lagi bila saya terkeluar dari kawasan sampadan tapak rumah saya. Keadaan ini tidak amat tidak menyenangkan saya. jadi teringin saya untuk melakukan sesuatu menanganinya.
Setelah saya melaksanakan dua lagi kaedah ritual tapi keadaan tetap sama. Walau saya sudah dijauh-jauh ini keadaan masih sama terasa bila terkenangkan benda tersebut. InsyaAllah kalau pada kesempatan bercuti rasanya akan saya ritualkan yang sepatutnya.
[: Saka adalah suatu penyakit yang tak dapat kita selesaikan dengan timbunan kitab...
Biarpun kita arif dalam bab feqah, tauhid dan tasauf, ia tidak mampu merawat jiwa yg bersaka.