Pengikut

Jumaat, 29 Mei 2015

untuk renungan sepintas lalu




Singgah baca...

Pelajar yang dinisbahkan sebagai mahasiswa al-Azhar hari ini ada beberapa katagori:
1) pelajar yang begitu mengambil berat sistem pembelajaran di kuliah dan sistem menadah kitab-kitab turath daripada para masyaikh.
- Pada saya: kumpulan ini adalah yang paling terbaik kerana mereka adalah orang yang sedang membina kemampuan untuk menjadi para ulamak mendatang dalam keadaan mereka juga dijangka memiliki akademik keuniversitian yang hebat.
- Sangka saya: Kumpulan ini hanyalah sekitar mungkin 200 orang daripada 6 ribu mahasiswa al-Azhar. Kalaulah sangkaan saya adalah benar, ini bermakna kumpulan ini hanya mewakili 3.3% daripada seluruh mahasiswa al-Azhar.
2) Pelajar yang begitu meninikberatkan pertalaqqian kitab-kitab turath daripada para ulamak al-Azhar tetapi agak cuai dengan sistem perkuliahan rasmi di universiti.
- Pada saya: Kumpulan ini adalah harapan masyarakat dari sudut ilmu seperti kumpulan yang pertama kerana kesungguhan mereka bakal menobatkan mereka sebagai ulamak mahir dalam selok belok ilmu.
Walaupun begitu mereka mungkin tidak memiliki pencapaian akademik keuniversitian yang baik.
- Sangka saya: Kumpulan ini mungkin sekitar 200 orang pelajar juga daripada 6 ribu mahasiswa al-Azhar dari Malaysia. Kalaulah anggaran ini benar, ini bermakna kita mempunyai 3.3% pelajar bahagian ini.
3) Pelajar yang begitu menitikberatkan perkuliahan di universiti namun cuai dengan sistem tradisi pertalaqqian kitab-kitab turath.
- Pada saya, kumpulan ini akan dinobatkan oleh masyarakat sebagai ilmuan disebabkan mereka cemerlang di peringkat universiti. Mereka bakal memegang posisi-posisi rasmi yang berkaitan dengan akademik di Malaysia kelak.
Walaupun begitu, kumpulan ini adalah berbahaya kerana mereka sebenarnya lemah dalam penguasaan ilmu Islam yang sangat luas.
- Jangka saya: jumlah kumpulan ini adalah sekitar 2000 orang pelajar daripada 6000 orang pelajar al-Azhar dari Malaysia.
Kalaulah telahan saya adalah benar, ini bermakna kumpulan ini adalah 33.34% daripada keseluruhan mahasiswa al-Azhar.
4) Pelajar yang mencuaikan pendidikan di Mesir sama sekali. Mereka hanya menjadi masbuq di hari-hari akhir perkuliahan sebelum peperiksaan dan mereka sama sekali tidak menjengah kelas-kelas talaqqi dengan para syuyukh al-Azhar.
Pada saya, kumpulan inilah yang paling berbahaya sekali bagi masyarakat di Malaysia. Ini kerana kumpulan ini akan turut menyampaikan ilmu dan memberikan syarahan kepada masyarakat sedangkan mereka semasa di Mesir mencuaikan ilmu sama sekali. Masyarakat pula akan menyangka melalui skil penyampaian kuliah yang menarik bahawa kumpulan ini adalah kumpulan yang menadah ilmu di bumi al-Azhar.
- Sangka saya, daripada sekitar 6000 mahasiswa di Mesir, kumpulan ini berjumlah kira-kira 3600 mahasiswa. Kalaulah angka ini tepat, ini bermakna sekitar 60% mahasiswa al-Azhar hari ini culas dengan pengajian.
Kalaulah keadaan ini berterusan, 60% para pengkuliah dan penceramah daripada graduan universiti al-Azhar adalah diragui keilmuan mereka

Jumaat, 22 Mei 2015

Sambutan Hari Guru bersamaan di Isyrak dan Mikraj



16 Mei Seminggu sudah tarikh sambutan hari guru yang disambut bersamaan dengan Israk dan mikraj. macam ada poin-point bah yang saya mau kongsikan beberapa hari lalu. tapi bila ada sedikit masa untuk curi-curi mendraf ini ingatan itu sudah berkurangan.

Sambutan hari guru tidak banyak bezanya setiap tahun, cuma bagi penerima Anugerah itu ada perasaan lain, dan mereka yang sepatutnya layak menerima Anugerah tersisih dari senarai menyimpan perasaan sendiri sesudah beberapa lama.

Demikian juga Peristiwa Israk dan mikraj ini diolah dan diulas sama dari dulu dan sekarang  dari sudut yang sama mungkin kalau ada sedikit pengalaman maka adalah sedikit penambah baikan cerita yang disampaikan.

Saya pula teringat yang pada tahap Rasul Israk dan Mikraj ini berlaku sekali dengan jasad RasulAllah yang di Akui Benar Oleh Baginda Sahabat Khalifah yang pertama Abu Bakar AsSidiq.

Bagi mereka-mereka yang tidak pernah mengalami pengambaraan Kerohanian tentu sekali menolak  dan ada rasa was-was mengenai peristiwa ini.

Perkaitan Israk dan mikraj pada saya  ada hubung kait dengan hal-hal kehoranian ini. Apa perlunya israk dan mikraj ini RasulAllah hebohkan kepada umum.

Rabu, 13 Mei 2015

7 Senior Abjad


Bila melihat pic ini saya terkenang kembali peristiwa yang saya lalui bertahun yang lalu. atas ujian hidayah yang Allah swt telah ditimpakan keatas diri saya maka takdir menemukan saya dengan Almarhum Tuan Guru Che Din bin Yaakob. Ayah Kepada Almarhum Tuan Guru Ahmad Junaidin pengasas dan pendiri Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad ASLI Jabat Kilat Malaysia 2090pk..

Saya Pernah berubat dengan Almarhum Tuan Guru Hj. Che Din ini sekitar 1993, lokasi rumah beliau saya tidak ingat sudah. Mungkin Mahang. Dan suatu ketika dulu ada madrasah pengajian disekitarnya.

Baru-baru ini saya dimaklumkan rupanya Almarhum Tuan Guru Hj. Che Din ini  Punyai Kaedah BUANG SAKA asli dari Tuan Guru Hj. Nasir Osmani. Jadi bertuah sungguh sesiapa yang ada mewarisinya. Padahal masa datang berubat saya keliru dengan kaedah yang beliau pamerkan pada masa itu.

Atas takdir yang sama juga saya bertemu dan berkenalan dengan Almarhum Tuan Guru Ahmad Junaidin.  Atas asbab Padoman dan Jasa bakti Syekh Kadir Sulaiman (Sg. Bakap) yang kini menatap di Kemahang Pahang.

Mungkin apa yang saya catat ini tidak ada dalam pembicaraan Asal, tapi sekadar sebagai ilmiah untuk mengenang jasa dan memanjangkan silaturahim kepada rakan dan saudara-saudara murid bagi mereka-mereka yang Terdahulu dari  saya. maka dengan ini Saya komentarkan  Adanya 7 senior Abjad yang perlu kita ketahui dan ingati.

7 Senior yang saya maksudkan adalah mereka yang menjadi Badal kepada Almarhum Tuan Guru Syekh Nasir Osmani semasa hayatNya.


Ramai yang beranggapan dan mungkin akan menyanggah topik  ini  sebab Abjad ini mana ada dikira Senior? Tak pa kalau nak layan bole terus baca... dan kalau tak ngam bole blah..

Nama dan Pertubuhan Abjad Malaysia semestinya sangat Sinonim dengan Almarhum Tuan Guru Ahmad Junaidin, dan memang 100%  Penubuhan dan Pendaftaran Abjad Malaysia usaha dan titik peluh beliau dengan bantuan mereka-meraka yang bersungguh. Maka ketahuilah Abjad Malaysia tiada kaitan dengan Syekh Nasir Othmani melainkan menerusi salasilah talqin syahadatain dan salasilah wirid yang berkaitan. Dan selagi akan datang InsyahAllah saya datangkan hujjah saya.

Manakala untuk Nama Abjad sahaja. Memang mula meniti di bibir pencintanya bila diperkenalkan oleh Almarhum Tuan Guru Hj. Nasir Osmani.

 Maka datanglah orang untuk belajar, menuntut, berubat, berbakiti dan bermacam-macam lagi sebagai Asbab kehadiran untuk bersua dengan Almarhum Syek Nasir Othmani termasuk Almarhum Tuan Guru Ahmad Junaidin sendiri. Dan 6 lagi senior tersebut.

Maka meratalah anak-anak didiknya dari berbagai kalangan latar Belakang pendidikan, sosio budaya. tarap hidup dan macam-macam ada gaya. Hatta Samsing taik kucing. Samsing Tamil termasuk mat-mat pit.

Sesuatu mula melanda peminat lapangan ini yang tidak alang jumlahnya bila mana taqdir Allah swt menjemput Almaruhum Tuan Guru Syekh Nasir Osman ke Alam yang memisahkan Alam Dunia dan Alam Akhirat.

Kewafatan Almarhum Tuan Guru Hj. Nasir Osmani ini. Membina fenomena...

PENGGANTI

Siapa PENGGANTI?
Dan Siapa-Siapa yang Telah menerima Amanah dan Amanat sebelum atau ketika saat akan  kewafatan Nya Beliau?

Kalau tak silap Disinilah munculnya Istilah 7 Senior Abjad ini. 7 Badal Almarhum Syekh Nasir Othmani. 

Almarhum Tuan Guru Ahmad Junaidin antar yang ada dalam senior 7. Yang mana pada masa itu tersangat muda dikalangan Senior yang 7. dan tidak ada penzahiran Rohaniah yang nyata berbanding dengan Senior yang 6. di masa hidup Almarhum Syekh Nasir Othmani.

Setalah lebih kurang tujuh lapan tahun kemudian. Akhirnya taqdir Allah swt yang menZahirkan  pertunjuk yang Almarhum Ahmad junaidin sebagi Pengganti dan penerus Amanah dan Amanat yang dibawakan oleh Almarhum Tuan Guru Hj. Nasir Osmani.

Siap-siapa 7 Senoir Abjad ini?

Kalangan pencinta lapangan InsyahAllah mengatahui siapa-siapa 7 Senior Abjad ini. saya tidak dapat menyentuh secara langsung Profil mereka-mereka  ini sebab kekurangan malumat yang Sahihain. 

Khabarnya Almarhum Cikgu Saidin Tasik Junjung yang menjadi saksi penzahiran Almarhum Tuan Guru Ahmad Junaidin. Maka menang mejorti 2 vs 1 vs 1 vs 1 vs 1 vs 1.

Selain itu Almarhum Tuan Guru Ahmad Junaidin menunjukan bukti Fizikal yang Alami Dari Syekh Muhiyyidin.

Sangat-sangat beruntunglah bagi mereka yang pernah Bersua dan berguru 6 daripadanya atau  5 daripadanya atau 4 daripadanya  atau 3 daripadanya atau 2 daripadanya atau sekurang-kurangnya 1 daripadanya.

Kewafatan Tuan Guru Hj. Ahmad Junaidin (hari demi hari Berlalu) berulang kembali  komplik dan fenomena yang berlaku semasa kewafatan Tuan Guru Hj. Nasir Osmani. Siapa PENGGANT? Siapa yang menerima Amanah dan Amanat?

Saya secara Tidak langsung Menyentuhnya untuk sedikit pendapatan dari Renungan pengalaman Silam. Tidak niat menidakan sesiapa...  tidak berniat untuk mengusik sesiapa. setakat cerita kita-kita sahaja.

Almarhum Tuan Guru Hj. Ahmad Junaidin dikalangan 7 Senior Abjad. Memang cukup muda dan tambahan pula tidak meninggalkan Uzlahnya ketika kepemergian Almarhum Syekh Nasir osmani. juga di kata  beberapa Lemah yang dipamer  masa mulanya. Tapi Allah Swt memilihnya atas dasar Rahmahnya juga.

Saya pula melihat Rasional utama keteria Sebagai Asbab Terpilih adalah dari atas latar belakang Asasnya Ilmu dan Pengatahuan  Agamanya. jadi inilah untuk kita sebagai Renungan Pertimbangkanlah Mereka yang Latar Belakang Agama nya Mantap dan pertimbanganlah Kebersuaanya mereka Bertemu dengan mana-mana 7 Senior Tersebut..

Walaupun nyata talqin syahadatain, wirid dan amalan yang dibawakan oleh Almarhum Ahmad junaidin melalui salasilah dan berguru dengan Almarhum Tuan Guru syekh Nasir Othmani. Tapi kita kena terima fikir juga bila mana Almarhum telah terima balik talqin syahadatain itu dari RasulAllah maka telah adalah sedikit penambah baikan dari semasa kesemasa keatas segala sesuatu itu. 

KeMungkinan  ini bermakna Almarhum Tuan Guru Ahmad Junaidin mujadid dan boleh mentajdid Talqin syahadatain pada zamanya.

Dengan menerima terus Almarhum Tuan Guru Ahmad Junaidin dari RasulAllah maka telah shortcut salasilah ini. 

Boleh Jadi juga salasilah rabitah dengan Almarhum syekh Nadir Othmani sebagai satu penghormatan bukan lagi satu kemestian bagi mereka-mereka yang telah menerima terus dari RasulAllah saw. 

Juga seruan kembali tajdid baiah salasilah syahadatain bersalasilah kepada Tuan Guru Syekh Nasir Othmani  sebagai mujadid salasilah pada pada zaman nya. 

setalah terbit dan zahirnya Almarhum Tuan Guru Ahmad Junaidin sebagai mujadid syahadatain pada zamannya dan masyhur sebagai pengganti maka adalah tidak begitu tepat untuk seruan balik tajdid kembali ke zaman mujadid syahadatain kurun sebelumnya. 

Demikianlah pada renungan hamba sekalipun dengan kewafatan Tuan Guru Ahmad Junaidin seruan Tajdid Salasilah syahadatain dengan bersalasilah kembali dengan Tuan Guru Syekh Nasir Othmani saya tidak nampak sangat rasionalnya. Kalau nak Tajdid Tunggulah Tajdid kepada mujadid zaman ini pula.

Atas asbab seruan tajdid bersalasilah ini. Maka bermakna seruan Tajdid kembali  kepada salasilah Tok kenali pula  pun boleh mengambil peluang menyeru  kerana Tajdid Salasilah dengan mereka lah terlebih  Afdal.

 Demikin lagi mereka-mereka yang ada salasilah lebih awal dari mereka ini pun bisa mengambil peluang menyeruh Tajdid dengan mereka.

Hamba Memohon maaf atas tutur bicara yang kurang sopan ini. Kalau ada titik untuk mula berfikir maka mudahan ada kebaikan. 

Tapi bila terbaca dan  terasa tulisan ini bagai bahang yang  mengulit rasa hati, maka ingatlah mungkin itulah asbab yang memandu kepada pertikaian yang dicipta dari awal.