Pengikut

Jumaat, 10 April 2015

Pengalaman baru saya. setalah bertahun ter.. REHAT


Dua minggu lalu semasa memandu membawa keluarga bersiar-siar mengelilingi Pulau Labuan. saya menerima panggilan telipon dari orang kampong yang sama-sama duduk di labuan tapi tidak pernah jumpa.

Di akhir perbualan, saya Insyah-Allah bersetujuh akan maklumkan kehadiran Tengah hari esoknya, kerumah beliau, sebab kebiasaan hari Ahad pagi saya akan menolong kerja rumah yang rutin harian jadi kerja orang rumah. sebelum tu qada tidur lahhh.

Bila fajar menjelma saya terkejut dari lena sebab jarang Hp saya berdering pagi-pagi buta ini, kuat pula bunyinya padahal selalu saya silentkan, berdegup-degup jantung saya risau kot, kot, ada kecemasan dari kampong. cepat-cepat saya sambut tanpa melihat nombor pemanggil. sayup-sayup kedengaran keluhan dan alunan bacaan surah al-quran. macam berita keluarga pula ini..

Alhamdulillah  setelah mendengar suara pemanggil, lega hati dan hilang semua perasangka dan deberan dalam hati. rupanya anak pemanggil kononya kena rasuk lagi. awal pagi ini dari bait kata-kata pemanggil terdengar kekeluhan dan kepenatan berjaga sedari sebelum subuh tadi.

Mungkin pemanggil berhajat untuk menjemput saya pada masa itu juga atau berikhtiar dari jauh, tapi dah memang tabiat saya dah lah saya belum menunaikan kewajipan Solat Subuh bagaimana saya hendak bergerak tanpa persediaan yang Perlu. jadi saya masih berpegang dengan  komintmen perbualan kami tengahari sebelumnya.

Sekitar jam 8.00 pagi rupanya saya ada panggilan tidak berjawab dari pemanggil tersebut. saya terleka sebab saya memang tidak membawa hp semasa bergerak kesana kemari, saya terus melakukan kerja yang memang saya rancang perlu dibuat.

Lepas mengganti kotak suis lampu yang nampak usang, lampu rumah pula tidak dapat di hidupkan. alamak apa lagi nak buat ini.. nasiblah suis sokit masih ada aliran elektrik jadi tidak menjejeskan peralatan eletrik untuk berfungsi.

lebih kurang jam 10.00 pagi barulah saya terhege-hege mencari kad tambah nilai Rm10. yang lama tersimpan,nasib ada kalau tiada terpaksa keluar untuk mencari.  semasa cuba replay panggilan tidak berjawab tersebut,  kredit tidak ada untuk membuat panggilan kepada pemanggil, sebab Topup rm38.00 semata-mata guna laluan internit,WhatAssp, telegrem.

Panggilan pertama saya putus begitu sahaja, panggilan kedua disambut tapi di tutupnya sebab dia akan panggil balik. saya cuma nak bertanya kepastian selapas bacaan surah Al-Quran tersebut perlukah saya datang lagi?  jawab pemanggil.. keadaan anaknya stabil dan sedang berihat sekarang. jadi kalau nak datang melawat tidak juga ada masalah katanya. mudah-mudah anaknya itu telah pulih, saya pun lega dan mendoakan benda yang sama.

Jadi saya pun mengambil keputusan untuk tidak akan jadi datang. terus saya meneruskan kerja-kerja yang tertunda tadi, sedang sibuk membuat kerja-kerja yang tidak terancang saya mendapat panggilan, melihat kepada nombornya pemanggil ini tidak bernama maknanya orang baru yang membuat panggilan


Rupanya orang rumah pemanggil pula yang membuat panggilan, memaklumkan harapan nya supaya sudilah saya melawat dan melihat-lihat mereka. kerana keterpencilan rumah, ada anak kecil, dan kebanyakannya perempuan lagi pun kenalan jiran tidaklah searkab mana. jadi cair jugalah hati saya. lagipun saya berhajat berharap di penampatan mereka saya perpeluang untuk bertanyakan rumah sewa.

Bersusah payah saya mencari lokasi rumah mereka, jauh masuk kedalam dari simpang keluar dari jalan besar. jauh ini.  pemanggil lelelaki berpesan jalan terus dan beliau akan menyambut saya di simpang menuju rumah mereka.

Melihat rumah mereka, memang cantik dan ada kawasan yang masih dalam pembinaan, masuk kedalam rumah kerusi kusyen memang jenis mahal, di ruang tamu rumah mangsa sedang terlentang baru mereka pasangkan telukung bila saya sampai, saya melihat mangsa terikat kaki, aiii kenapa kaki terikat tanya saya? jawab mereka takut sebab dia meronta dan ingin keluar.

Saya menyuruh mereka buka ikatan kaki mangsa dan biarkan.sahaja apa yang mahu  dibuat oleh mangsa.. sebab siapa yang memangangnya aura tenaganya akan ditarik itu sebabnya makin banyak orang menyentuhnya makin dia bertambah kuat.

Alamak mereka tidak mengikut arahan saya.. ramai-ramai pula adik beradik datang menahan, dan mereka menutup pintu rumah.. sedangkan saya ternanti-nanti aura perasa untuk mengesan sebarang pergerakan luar biasa yang menganggu lintasan perasaan saya. yang memang kosong.. kosong.. osong

walaupun beberapa pergerakan luarbiasa yang dipamerkan oleh Mangsa... malangnya saya tidak merasa apa-apa.. adakah ia mampu menyembunyi kebolehannya dan menipu akan kehadiranya.. tergugah oleh situasi saya tergerak juga untuk melakukan beberapa Aksi.. saya berhajat untuk memegang penganggu dan meletakkanya di mana-mana didinding rumah seperti yang pernah saya buat..

Tapi akhirnya saya memilih untuk akan mengalihkan tangan saya dari kepala mangsa ke bijana yang berisi Air..dengan beberapa ayat yang biasa didengar dan laungan Azan bukan penanda masuk waktu tapi menghalau hantu aiiiya  kenapa saya terbuat kaedah ini? kurang pengalaman atau sebab lebih 10 tahun berihat.

setalah melakuan aksi tersebut saya bawa pemanggil  lelaki bercerita diluar rumah untuk bercerita, saya menolak pelawaan untuk minum dan saya nyatakan saya tidak menerima dan meminta apa-apa bayaran. saya juga telah nyatakan kalau perlu carilah orang yang lebih berebolehan dan saya ada rekmonkan satu ngos yang ramai kawan-kawan ustaz ada disana.


semasa berbual dengan pemanggil di luar rumah, ada dua tiga kali mereka memanggil saya, untuk melihatkan keadaan yang berlaku, disatu kes gayanya perasuk nak keluar tapi tak tahu macam mana nak keluar... bila keluar buat-buat gaya macam di Tv pula untuk keluar.

Sesedar itu saya melihat mereka berpelukan anakberanak, tapi saya sangat teruja dengan Aksi adik beradiknya yang melatakan bawang putih dicelah-celah jari kaki... walaupun terkilan dihati saya hampir terbahak melihatnya bila melihatnya.. Apa punya barang makhluk yang takut dengan bawang putih.. cabai.. limau nipis..   Garam.  Ayat Al-quraan pun silap-silap tidak faham kaedah pun tak makan ini pula bawang Putih.. alegik kot...

saya memohon diri ketika akan hampir berkumandang  azan zohor, sebab nak singgah beli susu Anak dan makanan ringan  sehingga saya terlupa untuk menyatakan apa yang perlu dibuat oleh mereka berkaitan air dari bijana itu.. dan saya sepatutnya akan memberikan mereka sebotol air untuk di minum dan sebotol lagi untuk di mandikan, tapi semua perkara ini tertinggal begitu sahaja.




Tiada ulasan: