Pengikut

Khamis, 6 November 2014

Melayu Bukan Pemuja Teks Al-Quran



Mereka yang bergelar Melayu itu bukan pemuja teks Al Quran! Melayu itu membaca Al Quran iaitu memahami isi kandungan Al-Quran termasuk makna dan makninya.
Melayu bukan membaca Al-Quran dengan sekadar sebutan (lafaz di mulut) sahaja, malahan sekali-kali tidak percaya teks atau sebutan ayat-ayat Al-Quran itu boleh memberi kesan.

Senario 1 - Contoh Syirik
Seorang sahabat yang melafazkan ayat kursi sebelum tidurnya dan tiadalah gangguan jin sepanjang waktu tidurnya. Suatu hari dia kepenatan kerana bermain badminton di waktu malam lalu lupa melafazkan ayat kursi. Maka tidurnya diganggu oleh jin yang mendatangi dan menindih dia. Dia bergelumang dengan jin tersebut dan akhirnya berjaya melepaskan diri setelah sahabatnya yang datang mengejutkannya. Lalu dia berkata, "Inilah akibatnya saya lupa melafazkan ayat kursi sebelum tidur.


Senario 2 - Contoh Syirik
Seorang pesara penjawat awam menghabiskan RM300,000 wang pencenya untuk membuka restoran masakan Melayu. Namun, sambutan orang ramai amat meleset walau sudah beroperasi hampir 2 tahun. Lalu dia didatangi oleh seorang ustaz yang juga anak saudaranya yang baru sahaja tamat pengajian Islam dari universiti luar negara menyarankan agar dia menyebut Ayat 1000 Dinar sebelum memulakan perniagaan. Dalam masa seminggu sahaja, restorannya dikunjungi ramai pelanggan yang memberikan jualan harian melebihi RM5,000. Lalu dia berkata, "Kalau lah aku mulakan lafaz Ayat 1000 Dinar ini sejak awal lagi kan bagus!"

Senario 3 - Contoh Syirik
Seorang pesakit yang sering diganggu makhluk halus di rumahnya sejak beberapa bulan mengambil keputusan untuk memainkan CD ayat-ayat ruqyah 24 jam dirumahnya. Sejak itu dia tidak lagi diganggu oleh makhluk halus.Tidak hanya terhenti di situ, dia juga mula memainkan CD tersebut di temat kerjanya kerana ayat-ayat ruqyah telah berjaya menghalau makhluk halus.

Senario 4 - Contoh Karamah
Arwah Tok Kenali didatangi orang kampung meminta tolong untuk memulihkan seorang magsa yang dirasuk makhluk halus. Lalu beliau mengarahkan pengadu agar membawa terompahnya ke sisi pesakit. Apabila diletakkan terompah itu, maka dengan serta merta pesakit sedar dan sembuh!

Senario 5- Contoh Karamah
Seorang sahabat nabi ingin meminjam pedang Saidina Ali ra kerana terpegun dengan pedang tersebut yang menyebabkan musuh terkencing apabila mendengar ia dikeluarkan dari sarungnya. Lalu berkata Saidina Ali ra, "Kamu hendak meminjam pedang atau tangan aku?" Maka sahut sabahat tadi, "Aku ingin meminjam pedangmu!". Tetapi bunyi pedang itu tidak dapat menakutkan musuh lagi. Lalu berkata Saidina Ali, "Andai kamu pinjam tangan aku, nescaya pedang itu dapat menundukkan musuh!

Tiada ulasan: