Secara peribadi saya berkehendak
untuk mendatangkan atau membangkit kan antara
factor yang menyebabkan punca yang berkemungkinan besar benda yang telah menyumbang kepada gejalah social masa kini adalah
disebabkan oleh keturunan yang telah
dicemari oleh Saka baka yang tidak disedari.
mereka-mereka yang berisiko telah bersaka.
- 1. Mereka yang pernah belajar langkahan silat sama ada separuh jalan atau sampai kepada penamatnya.
- 2. Atau mereka yang juga hanya kononya cuba-cuba meniru langkahan permainan kawan.
- 3. Mereka yang mengutip sebarang amalan, sama ada dalam bentuk zikir, wirid, Doa dan seumpamanya. Sama ada dikutip dari pembacaan Buku atau bacaan dari media Alam maya. Atau dari saranan rakan-rakan yang tidak bersanad.
- - mempelajari apa-apa kaedah rawatan dan menerima amalan beserta beberapa upacara dan pantang larang
- 4. Menerima waris saka secara tidak sengaja. Atau diwariskan Saka tanpa menyedarinya.
- 5. mereka-mereka yang telah berkunjug ke suatu tempat dengan tujuan mengadukan maslaha yang dihadapi kemudian bersetujuh menerima sesuatu dalam seberang bentuk bertujuan sebagai pendinding rumah atau pendinding diri atau keluarga,
- -- Anak cucu dari mereka yang ada tersenerai baginya perkara salah satu yang tersebut di atas. teutama bagi keturunan Penentu iaitu Genarasi yang ke 7.
Sempena dengan majlis peralih saka yang akan cuba diadakan dalam masa
terdekat ini. Saya teringin menyediakan bahan yang lebih dekat dan menapati
keadaan yang dialami sendiri oleh
masyarakat setempat khasanya di Ranau. Amanya Bagi seluruh Sabah.
Nampaknya semacam niat saya ini tidak akan terleksana. Ketidak ketentuan
masa dan suasana untuk membina dan menyusuan ayat yang berpatutan tidak kunjung
tiba.Lantaran itu saya menilik balik kertas kerja seminar yang dibekalkan
semasa program di Sg. Biru hujung tahun lepas. Ini lebih mudah.
Tergerak juga hati Mahu sahaja
saya copy paste artikel yang cantik-cantik dari internit. Tapi Oleh
kerana memikirkan saya pun menawarkan pengurusan untuk PERALIH SAKA. Maka ada
rasa malu dihati mengambil kerja orang lain. Oleh yang demikian seharusnya saya
perlu setidak-tidaknya menyalin semula kertas kerja tersebut. Jika tidak mampu untuk
mempersembahkan melalui pengalaman sendiri.
InSyah Allah ta’alah tulisan ini seperti mana tulisan lain juga akan
menerima penambahan sekiranya ada penemuan-penemuan dan pengalaman baru saya
yang bersesuaian untuk kita kongsikan bersama.
Disini saya sertakan sebahagian
salinan dari kertas kerja seminar di Sg. Biru Ranau Sabah.
TANDA-TANDA TERKENA SIHIR
Ø
Sakit Kepala Selapas Waktu
Asar Keatas.
Ø
Badan Terasa Berat Dan
Malas.
Ø
Sukar Mendapat Jodoh.
Ø
Badan Terasa Bisa-Bisa.
Ø
Sakit Pinggang Tanpa Sebab.
Ø
Sakit Dada Bila Waktu Asar
Keatas.
Ø
Mimpi Melihat Binatang
Seperti Ular Dan Sebagainya.
Ø
Bermimpi Bayi Atau
Menyusukan Bayi.
Ø
Bermimpi Berada Ditempat
Tinggi.
Ø
Bermimpi Ditempat Kotor.
Ø
Sakit Angota Badan Tertentu
Seperti Kaki Selapas Waktu Asar.
Ø
Ada Terasa Benda Bergerak
Dibawah Kulit.
Ø
Bayi Kerap Menangis.
Ø
Suami Isteri Kerap
Bertengkar Walau Perkara Kecil.
Ø
Sayang Melampau-Lampau Pada
Orang Yang Baru Dikenali.
Ø
Malas Beribadat.
Ø
Nanyuk Ketika Usia Lanjut.
Ø
Panas Baran.
Ø
Siap Berubah Secara
Mendadak.
Ø
Gelisah Dan Panas Ditengkuk
Bila Dengar Al-Quran.
Ø
Suka Melakukan Tabiat Buruk.
Ø
Kerap Sendawa Bila
Mendengar Al-Quran.
Ø
Kerap Keguguran.
Ø
Gagal Melakukan Hubungan
Kelamin.
Ø
Mengantuk Bila Mendengar
Al-Quran.
Ø
Bermimpi Seram Yang Menakutkan.
Ø
Darah Haid Turun Lebih 15
Hari.
Ø
Batuk Yang Berpanjangan.
Ø
Selalu Ditindih Keika Tidur.
Ø
Kuat Berangan Terlalu Rasa
Rendah Diri Dan Tidak Berkeyakinan.
Ø
Nafsu Seksual Yang Melampau.
Ø
Selalu Melihat Kelibat
Dirumah.
Ø
Terasa Diri Selalu
Diperhatikan.
Ø
Mandul.
Ø
Kerap Mendengar Sesuatu Bisikan.
Ø
Melihat Jin Secara Terus.
Ø
Sakit Mentel atau Gila.
DI ANTARA TANDA-TANDA GANGUAN SAKA
Ø
Gejalah Pada Waktu Tidur.
Ø
Sudah Tidur Malam Tidak
Boleh Tidur Kecuali Setelah Bersusah Payah.
Ø
Sering Terjaga Pada Waktu
Malam Dalam Keadaan Cemas Dan Takut.
Ø
Mimpi Buruk Yang Dikenali
Kabus Sepertimimpi Melihat Sesuatu Yang Mengancamnya Lantas Menjerit Meminta
Pertolongan, Malangnya Tiada Siapa Mendengar. Biasanya Terjadi Dalam Keadaan
Kena Tindih.
Ø
Mimpi Perkara Yang
Menakutkan Dan Menyeramkan.
Ø
Mimpi Melihat Binatang
Seperti Kucing, Anjing, Unta, Ular, Serigala, Tikis Dan Sebagainya. Kalau
Bermimpi Dipatuk Ular, Kemungkinan Petanda Bahawa Saka Telah Pun Masuk Ke Dalam
Jasadnya.
Ø
Bunyi Gigi Berlaga Ketika
Tidur.
Ø
Ketawa, Menangis Dan Menjerit-Jerit
Ketika Sedang Tidur.
Ø
Berdiri Dan Berjalan Ketika
Tidur.
Ø
Mimpi Jatuh Dari Tempat
Tinggi.
Ø
Mimpi Berada Di Kawasan
Kotoran Atau Kawasan Perkuburan.
Ø
Mimpi Berada Di Tempat Yang
Sunyi.
Ø
Mimpi Terserempak Atau
Melihat Makhluk Dengan Rupa Yang Menakutkan Atau Di Istilahkan Sebagai Hantu.
Ø
Mimpi Melihat Budak Kecil.
Bermimpi Budak Kecil Menyusu Atau Rasa Sayangkannya.
Ø
Mimpi Melihat Salib Atau
Geraja.
Ø
Mimpi Bertemu Paderi.
Ø
Merintih Dan Menangis
Ketika Tidur.
Ø
Gejalah Pada Waktu Jaga.
Ø
Selalu Pening Tapi Perubatan
Moden Tidak Dapat Mengesan Penyait Tersebut.
Ø
Selalu Lalai Daripada
Mengingati Allah S.W.T.
FAKTA
MENGENAI SAKA YANG PERLU KITA TAHU
SYAITAN
Amat Gembira Apabila Ada Dikalangan Manusia Yang Menyeru Untuk Berdamping
Dengan Golongan Mereka. Kerana Mereka Sememangnya Mahu Menyesatkan Manusia
Seperti Mana Firman Allah Ta’alah Didalam Surah Al-Hijr Yang Bermaksud ‘’Ya
Tuhanku Oleh Sebab Engkau Memutusakan Aku Sesat Pasti Aku Akan Menjadikan
Mereka Manusia Memandang Baik Perbuatan Maksiat Di Muka Bumi Dan Pasti Aku Akan
Menyesatkan Mereka Semuanya Surah 15;39.
SAKA Adalah Antara Perbuatan ILMU
HITAM Yang Sudah Lama Wujud Dan Diamalkan Oleh Individu Tertentu Di Dunia
Ini Termasuk Di Malaysia. PelBagai Kesan Buruk Dan Masalah Yang Akan Timbul Pada
Masa Panjang Dan Kemuncaknya Menyebabkan Manusia Itu Melakukan Dosa Besar
Dengan Menyekutukan Allah s.w.t. Iaitu Syirik Kepada Allah Ta’alah.
SYIRIK Adalah Satu Perbuatan Yang
Termasuk Disalam Dosa-Dosa Besar ‘ Barang Siapa Yang Mempersekutukan Allah Denagan
Sesuatu Yang Lain Maka Sesungguhanya Ia Telah Melakukan Dosa Yang Besar Surah
An-Nisa 48.
ANTARA
FAKTA MENGENAI SAKA
1.
Berbanding SIHIR Dan SANTAU. Saka Paling Sukar Dan Memakan Masa
Untuk Di Ubati. Lebih Lama Seseorang Itu Berdamping Dengan SAKA maka Lebih
Sukar Untuk Membuangnya.
2.
Pewaris Akan Menghadapi Seksaan Amat yang Perit Ketika Hendak Mati.
Kerana Roh Sukar Keluar Daripada Jasad, Menyebabkan Mereka Terseksa Sehingga
Menemui Ajal.
3.
SAKA Bermula Dengan
Upacara Yang Jelas Bertentangan Dengan Syari’at Serta Menghina Islam. Antaranya
Seseorang Itu Akan Memuja Kubur Atau Tengkorak, Meminum Darah, Membaca Surah
Suci Secara Terbalik Atau Memijak Al-Quran Terlebih Dahulu.
4.
Upacara SAKA Dilakukan Berserta Jampi Mentera Bertujuan
Menyeru Kehadiran Syaitan. Seterusnya Selapas Berjaya Menyeru Kehadiran Jin
Atau Syaitan. Perjanjian Berserta Syarat Dan Pantang Larang Akan Dimetri
Anatara Manusia Dengan Makhluk Gaib Tersebut.
5.
Syaitan Akan Sentiasa Mendampingi Tuannya Sehinggga Manusia Terbabit
Boleh Mengguanakan Kebolehan Makluk Halus Itu Untuk Kepentingan Dirinya.
6.
Manusia Yang Menggunakan Saka Bantuan Jin Untuk Pelbagai Kepentingan.
Seperti Ingin Menjaga Keselamatan Diri, Ahli Keluarga Dan Harta. Menjadi Kuat
Berharta Disayangi Atau Digeruni Ramai Pihak. Selain Mahukan Makhluk Gaib Itu Membantu
Berkerja Di Ladang Atau di Lautan.
7.
Permualaan SAKA Ini Kelihatan Seperti Memberi Pelbegai
Kelebihan Kepada Tuannya. Seperti Melindungi Diri, Keluarga Serta Harta Benda
Dan Sebagainya. Tetapi Itu Semuanya Hanyalah Tipu Hela SAKA Bagi Menyesatkan
Manusia.
8.
Apabila Pemilik SAKA Sudah Meninggal Dunia Tetapi SAKA Yang
Dimilikinya Masih Enggan Meninggalkan Tuannya. Keadaan Itu Menyebabkan SAKA
Berkenaan Menumpang Pada Jasad Tuannya Sehinggga Pemilik SAKA Itu Kelihatan
Seolah-Olah Masih Hidup Dan Bergerak Walaupun Dia Sebenarnya Sudah Meninggal
Dunia.
9.
JIN Yang Menjadi SAKA Juga Boleh Mencemari Maruah Keluarga
Pemiliknya, Dengan Mengadakan Hubungan Kelamin Bersama Isterinya Atau Anak
Perempuan Tuannya. Dan Ganguan Saka Juga
Menyebabkan Seseorang Mengelami Penyakit Misteri Yang Amat Menyeksakan.
10. SYARAT Yang Perlu Dipatuhi
Pemilik Saka Adalah JIN Berkenaan Perlu Diwariskan Kepada Individu Lain Apabila
Pemiliknya Hampir Menemui Ajal. Selain Pemilik Perlu Menjamu SAKA Peliharannnya
Dengan Darah, Kemenyan Atau Sebagainya.
FASA 5
PERKARA-PERKARA YANG
MENYALAHI KEBIASAAN YANG MENJADI SALAH DAN SESAT DALAM AQIDAH, SYARIAT DAN
AKHLAK.
Manusia- Manusia Yang
Menjadi Pengamal Dalam Ketegori Ini;
I)
Golongan Ulama Dan Orang-Orang Soleh Yang Pura-Pura
11) Golongan
Orang Fasiq, Zalim, Munafiq, Murtad Dan Kafir.
Mereka Ini Mengambil
Ilmu Dan Amalan
a)
Daripada Kitab-Itab Tanpa Merujuk Kepada Guru Yang Ahli Pada Babnya.
b) Daripada Orang-Orang Yang
Terputus Salasilahn Oleh Sebab Jahat Adabnya.
c)
Dalam Mimpi Atau Menyusun Sediri Kalimah-Kalimah Jampi Serapah Dan
Mentera Atau Mengadakan Segala Bentuk Rupa Pemujaan Bagi Tujuan Disanjung
Dipuji, Dihormati Dan Digelar Sebagai:
i)
Maha Jaguh,Bapa Jaguh,Tok Jaguh
ii)
Maha Guru Bapa Guru Tok Guru Pak Kiayi
iii)
Raja Panglima Pendekar Hulubalang , Tok Pawang, Tok Keramat, Tok
Bomoh, Tok Dukun, Tok Mudim, Mak Bidan, Mak Andam Dan Lain-Lain Lagi.
(ISTDRAJ )SIHIR
PERINGKAT TERTINGGI YANG SEOLAH-OLAH NAMPAK SEPERTI MA’UNAH DAN KERAMAH PADA
SEKALI IMBAS PANDANG.
Golongan Ini Adalah
Ulama’-Ulama’ Dan Orang-Orang Soleh Yang Membil Ilmu Dan Amalan Bagi
Mendapatkan Sesuatu Yang Luar Dari Kebiasaan.
i)
Daripada Buku-Buku Atau Kitab-Kitab Tanpa Merujuk Kepada Guru Yang
Ahli Pada Babnya.
ii)
Daripada Orang Yang Terputus Salasilah Ilmu Dan Amalannya Dengan
Ulama Yang Muktabar Yang Diatasnya Oleh Jahat Adabnya.
iii)
Mengambil Daripada Dalam Mimpi Pertapaan Atau Orang-Orang Yang
Bertapa Dengan Tujuan Seperti Yang Tersebut Diatas.
Bagi Orang-Orang Islam
Yang Tersebut Diatas. Allah S.W.T Akan Menghantar Kepada Mereka Jin-Jin Islam
Yang Soleh Dan Alim Sumpama Mereka Itu.
Jin-Jin Datang Sama Ada Dalam Mimpi Atau Dalam Jaga, Dengan ada yang Mengaku
Diri Sebagai Nabi, Wali, Orang-Orang Soleh Atau Malaikat Untuk Mengajar Ilmu
Atau Amalan Bagi Menolong Dalam Segala Kerjanya.
Jin-Jin Yang Datang
Dalam Mimpi Atau Jaga Untuk Mengajar Ilmu Atau Amalan Bagi Melakukan Sesuatu
Yang Luar Kebiasaan Akan(Tidak Dapat Tidak) Menentapan Syarat Untuk Diterima
Sebagai Taulan, Rakan Sahabat Atau Khadam Dalam Semua Kerja Dan Kemahuan
Melalui Lidah, Angota Dan Hati.
Bagi Meyakinkan Ulama’-Ulama’
Dan Orang Soleh Dangan Apa Yang Dilaksanakan Itu Benar, Maka Dengan Segala
Syarat Yang Diberikan Akan Sama Dengan Hukum Syarak. Setelah Menerima Syarat
Tersebut Segala Rupa Bentuk Perkara Yang Menyalahi Kebiasaan Yang Nampak Pada
Zahirnya Hampir Sama Dengan Ma’unah Dan Karomah. Mula Dari Saat Penerimaan
Syarat Tersebut. Ulama Atau Orang Soleh Itu Telah Mencampakan Dirinya Ke Dalam
Syirik Uluhiah (Murtad). Dalam Segala Rupa Bentuk Amalan Syariatnya Selagi Ia
Patuh Dan Tunduk Kepada Syarat Tersebut.
(ISTIDRAJ) SIHIR
PERINGKAT PERTENGAHAN
Golongan Orang Islam
Yang Fasiq Zalim Dan Munafiq Mengambil Ilmu Dan Amalan Daripada Ulama’-Ulama’
Dan Orang Soleh Yang Bersahabat Dengan Jin, Yang Patuh Kepada Syarat Yang Sama
Dengan Hukum Syarak.
Golongan Ulama’ Dan
Orang Soleh Begini, Akan Menurunkan Ilmu Dan Akan Meletakan Syarat Yang Sama
Seperti Mana Ia Terima Daripada Sahabat JINnya. Dan Dinamakan Kepada Muridnya
Sebagai Pantang Larang (syarat-Syarat).
Apabila Si Murid Itu
Mengaku Menerima Ilmu Dan Amalan Dengan Segala Pantang Larang tersebut. Maka SYIRIK
Uluhiyah Yang Ada Pada Ulama Atau Orang Soleh Itu pun Turun Pula Pada Si Murid
Yang Akan Duduk BERAMAL Dengan keadaan hal Dirinya Berada Dalam Keadaan Murtad.
Dikala Itu Si Murid Akan
Didatangi Jin-Jin Islam Yang Fasiq Atau Kafir Dalam Tidur Atau Jaga Dengan
Mengaku Sebagai Nabi. Wali Orang-Orang Soleh Atau Malaikat Dan Meletakkan
Syarat Yang Harus Dalam Hukum Syarak Bagi Bersahabat Dan Berkawan Dalam Semua
Kerja Buatnya.
Diantara Syarat-Syarat
Yang HARUS Dalam Hukum Syarak:
a)
Syarat Dalam bentu Hidangan Makanan Dan Minuman, Seperti Pulut Putih
Atau Kuning, Ayam Panggang, Bubur Warna, Bertih Dan Sebagainya.
b) Dalam Bentuk Pakaian Bewarna
Kuning, Hijau Hitam Atau Mereh, Cincin, Wafak, Azimat, Gelang, Tangkai,
Mahkota, Selendang Dan Sebagainya.
c)
Alat-Alat Senjata Seperti Keris, Padang, Lembing, Dan Lain-Lain Atau
Ketiga-Tiga Syarat Itu Serentak Atau Dua Dari Tiga Syarat Diatas.
ISTIDRAJ SIHIR
PERINGKAT RENDAH, IHANAH DAN SYA’WAZAH
Golongan Orang-Orang
Fasiq, Zalim, Munafiq Dan Kafir, Yang Ingin Menonjolkan Kehebatan Dan
Kebesaran. Mereka Ini Mengambil Ilmu Dan Amalan Daripada Orang Yang Sejenis
Dengannya Daripada Segala Rupa Bentuk Jampi, Serapah Dan Mentera Yang Terpesong
Dari Kaedah Syarak Pada Kalimahnya Dan Ayatnya Ataupun Mengadakan Segala Rupa
Bentuk Pemujaan Yang Di Luar Batas Syarak. Dengan Itu Mereka Ini Akan Didatangi
Oleh Jin-Jin Yang Kafir Sama Ada Di Dalam Mimpi Atau Jaga. Dengan Mengenakan
Syarat-Syarat Yang Haram Dalam Hokum Syarak Sebagai Syarat Untuk Bersahabat Dan
Bertaulan Dalam Semua Kerja Buatnya.
Di Antara Nama-Nama
Geleran Bagi Jin Yang Bisa Disebut Oleh Masyarakat Adalah Seperti Berikut.
Hantu Raya 6. Pari-Pari 11. Hantu Kubur 16 Hantu Bungkus
Jin Tanah 7. Langsuir 12.
Jerangkung 17. Hantu Air
Polong 8. Toyol 13. Hantu Galah 18. Pocong
Mambang 9. Pontianak 14. Tenggelong 19. Hantu Laut
Bajang 10. Pelesit 15. Harimau Jadian 20. Hantu Laut Dan Sebagainya.
Kesemua Yang Tersebut
Diatas Dan Lain-Lain Yang Seumpamanya Adalah Dari Jenis Jin Yang Diberi Nama
Sedemikian Oleh Orang Melayu, Tetapi Di Dalam Al-Quran, Semua Jenis Jin Yang
Menjadi Keturunan Dan Bala Tentera Azazil Iblis Laknatullah Disebut IFRIT.
RISIKO YANG AKAN
DITERIMA OLEH 3 KELOMPOK MANUSIA TERSEBUT YANG BERSAHABAT DENGAN JIN
Puak Jin Akan Bertindak
Melayan Manusia Yang Memohon Pertolongannya Dalam Segala Rupa Bentuk Ilmu
Sihir, Manusia Itu Dipanggil KAHIN, A’RAOF Atau MUNAJJIN Seperti Yang Disebut
Dalam Hadis Nabi S.a.w.
Seperti Yang Dijelaskan
Dahulu, Pengamal Ajaran Sesat Yang Mendampingi Jin-Jin Dalam Kerja Buat Mereka
Berada Dalam Kesesatan Aqidah, Syariat Dan Akhlak. Golongan Ini Mempamerkan
Segala Rupa Bentuk Kehebatan Dan Perkataan Yang Luar Biasa, Di Antaranya:
a)
Kebal
b) Mandi Minyak Panas Yang
Semata-Mata Mempamerkan Kehebatan Bukan Untuk Tujuan Perubatan.
c)
Segala Rupa Bentuk Pukau Memukau.
d) Segala Rupa Bentuk Ilmu
Jurus.
e)
Segala Rupa Bentuk Hilang Diri Dan Lain-Lain Kehebatan Yang
Kesemuanya Khayal Dan Waham Semata-Mata.
Apabila Pengamal Ajaran
Sesat Mati. Jin-Jin Yang Menjadi Sahabat Mereka Itu Akan Mendatangi Anak-Anak
Cucu Keturunannya Dalam Mimpi Atau Jaga. Menuntut Agar Diteruskan Syarat
Perjanjian Yang Sedia Ada.
Jika Anak Cucunya
Berdegil Atau Ingkar Atas Syarat-Syarat Tersebut. Mereka Itu Akan Mengalami
Berbagai Jenis Bala Dan Penyakit Serta Halangan-Halangan Dalam Kerja Buat
Mereka. Keadaan Ini Dipanggil GANGGUAN KETURUNAN (Saka), Dan Antara Tanda-Tanda
Gangguan Tersebut Dalam Sesebuah Keluarga Ialah:
1.
Masalah Di Dalam Pertunangan, Perkahwinan,Kekelurgaan Dan
Kemasyarakatan.
2.
Mandul ( Bukan Dari Sebab Masalah Organ Peranakan)
3.
Kerap Berlaku Keguguran Anak Dalam Kandunagan.
4.
Anak Hilang Dalam Kandungan.
5.
Melahirkan Anak Cacat Angota Atau Fikiran Atau Cacat Kedua-Duanya.
6.
Melahirkan Anak Yang Buruk Akhlaknya Walaupun Menjadi Ahli Agama
Atau Ulama Besar Kerana Ada Pada Diri Anak Tersebut Antaranya Sifat-Sifat
Berikut:
6.
1. Lekas Marah (Panas Baran)
6
2. Cemburu Buta
6
3. Iri Hati, Hasad Dengki.
6
4. Mimpi Yang Menyeronokan Yang Jarang-Jarang Jadi Kenyataan.
6.
5. Jin Menjelma Masuk Ke Dalam Dirinya Mengaku Nabi, Wali, Atau
Malaikat Dengan Menzahirkan Perkara Yang Mencarik Adat Sebagai Bukti
Kebenarannya.
6.6.
Jahat Sangka
7.
Mempunayai Kelebihan Dapat Melihat Alam Atau Makhluk Gaib, Kebolehan
Mendatangkan Perkara Yang Luar Biasa, Umpamanya Mendatangkan Objek Seperti Batu
Cincin, Duit Emas, Keris Dan Sebagainya.
8.
Suka Bergaduh Dan Lekas Naik Darah Sehingga Pukul Memukul, Bercerai
Berai Dan Sebagainya.
9.
Hilang Ceria Diri Dalam Rumah Kediaman.
10. Sakit Yang Berlari-Lari
(Berpindah-Pindah Tempat Di Badan)
11. Jin Menjelma Masuk Kedalam
Badan Sehingga Tidak Sedarkan Diri, Biasanya Dipanggil Hysteria, Kerasukan Dan
Sebagainya.
12. Mimpi Yang Menakutkan Dan
Menzahirkan Beberapa Perkara Yang Merosakkan Dan Menakutkan Seperti:
12.1 Api Yang Menyala
Dengan Sendiri.
12.2 Bunyi Orang
Berjalan.
12.3 Bunyi Orang
Menangis
12.4 Bau-Bauan.
12.5 Bunyi Bising Dan
Sebagainya.
CIRI-CIRI LATIHAN
PERTAHANAN DIRI, PERUBATAN, PERBOMOHAN DAN LAIN-LAIN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
ANTARANYA;
1.
Sentiasa Berpegang Teguh Kepada Tauhid Uluhiyyah Dan Tauhid
Rububiyyah Dan Memelihara Diri Supaya Tidak Terjatuh Kepada Syirik Uluhiyyah
Dan Syirik Rububiyyah Dalam Ilmu Dan Amalan.
2.
Memulakan Sesuatu Yang Baik Dengan Istigfar, Syahadatain, Taawudz
Dan Bismillah.
3.
Tidak Bercampur Lelaki Dan Perempuan Yang Halal Nikah Dalam Amalan
Latihan Dan Dalam Perubatan.
4.
Latihan Itu Hanya Semata Ubudiyah Zahir Dan Batin Kepada Allah Swt
Bagi Meningatkan Keyakinan Yang Tinggi Serta Mencapai Akhlak Yang Mulia.
5.
Berpakaian Yang Menutup Aurat.
6.
Tidak Membangsakan Susunan Langkah Itu Kepada Apa Yang Dilakukan
Oleh Nabi Saw Atau Mana-Mana Nabi Dan Rasul Alaihi Salam Atau Kepada Mana-Mana
Rukun Fi’li Islam Bagi Mengatakan Ketinggian Dan Kehebatan Susunan Langkahnya.
7.
Latihan Pertahanan Diri Adalah Suatu Sunnah Dalam Agama Islam Jika
Tujuannya Seperti Yang Tersebut Dalam Huraian Perkataan Silat Kerana Nabi
Muhammad S.a.w. Sendiri Jaguh Gusti Di Semananjung Arab Dan Menjadi Panglima
Agung Dalam Peperangan Dan Menjadi Maharaja Dalam Pemerintahan.
8.
Memperkukuhkan Hubungan Silaturrahim Dan Persaudaraan Dalam Agama
Islam.
9.
Dibolehkan Mengambil Upah Jampi Tetapi Tidak Boleh Menjamin Hasil
Hajat Dan Kesembuhan Penyakit Tanpa Bersandarkan Kepada Allah Swt.
ANTARA PERBEZAAN POKOK
YANG JELAS DAN KETARA BAGI MEREKA-MEREKA YANG TIDAK MENURUT ISLAM DALAM LATIHAN
PERTAHANAN DIRI, KEROHANIAN DAN PERBOMOHAN ATAU SEUMPAMANYA ITU MESTI AKAN
TERDAPAT ATAU ADA PADA DIRI MEREKA BEBERAPA PERKARA BERIKUT.
1.Jahil Murakab
2.Jahil Basit
3. Ikut Membabi Buta
4. Berpegang Teguh
Kepada Hokum Adat Semata-Mata
5. Mengikut Bijaksana
Pemikiran Semata-Mata.
6. Itiqad Hululiyyah Dan
Itiqad Wahdatul Wujud
7. Memuja Roh Dan
Penjelamaan Roh Kedalam Diri.
8. Jahil Dalam Kaedah
Bahasa Arab Di Dalam Menghuraikan Ayat-Ayat Al-Quran. Hadis Nabi Dan
Kitab-Kitab Ulama Atau Kurang Cermat Mentafsir Ayat Dan Perkataan Mereka.
9. Mengambil Ilmu Dan
Amal Dari Orang Jahil Aqidah, Syariat Dan Akhlak Atau Orang Yang Tidak Beramal
Dengan Aqidah Syariat Dan Akhlak.
10. Ada Perjanjian Yang
Sama Dengan Hokum Syarak Harus Dan Haram Dalam Hokum Syarak.
11. Tidak Mendakati Alim
Ulama Yang Ahli Pada Babnya Dan Tidak Mengambil Nasihat Dan Pengajaran Daripada
Mereka.
12. Mengadakan Mubai’ah
Yang Disertakan Dengan Sumpahan Bagi Memberatkan Diri Melaksanakan Yang Baik
Dan Menjauhkan Yang Jahat.
13. Berpegang Teguh Dan
Beritiqad Yang Wirid, Jampi Dan Doa Boleh Menghasilkan Sesuatu.
14. Menderhaka Kepada
Raja Dan Melanggar Undang-Undang Negara.
Wallahu 'Alam.
azmingahabadi@yahoo.com
ABJAD Kelantan adalah singkatan bagi Angkatan Bina Jati Diri Kelantan atau ringkasnya "ABJAD" inidikelolakan oleh Azmi Mohd. Salleh, yang mana salahsatu unit di bawahnya dikenali "Unit Ghostbusters".Anggota-anggota dalam unit ini terdiri daripada Aziz Haji Daud, Azmi Mohd. Salleh, Hafaizal Mat Ali dan Anis Sabirin bin Azmi. Di antara peranan dan aktiviti UnitGhostbusters ialah mengadakan kempen kepada orang ramai khususnya umat-umat Islam tentang perlu dan pentingnya membuang saka, merawat dan memulihkan penyakit rohani seperti gangguan makhluk halus, menghalau dan menangkap makhluk halus yang mengganggu individu dan kediaman (rumah/bangunan), memulihkan bahana sihir, santau dan sebagainya melalui kaedah Warisan Pusaka Tok Kenali (Wali dan Ulama Tersohor Kelantan dan Nusantara), mengadakan aktiviti tahan lasak seperti mendaki gunung, menyusur gua serta merakam foto makhluk halus di sesuatu tempat dan kawasan misteri yang dilawati. Sila layari, baca dan lihat foto aktiviti kami dalam portal khusus "ABJAD Kelantan" dan "UnitGhostbusters" kami di alamat: http://abjad-kelantan.blogspot.com. Sila layari juga pautan "ABJADMalaysia" di muka hadapan Media/Majalah/Blog ini untuk mengetahui asal usul Islam dan Melayu serta perkembangannya di Tanah Melayu di alamat:http://abjadmalaysia.blogspot.com.
Wallahu 'Alam.
http://abjad-kelantan.blogspot.com
azmingahabadi@yahoo.com
ABJAD Kelantan adalah singkatan bagi Angkatan Bina Jati Diri Kelantan atau ringkasnya "ABJAD" inidikelolakan oleh Azmi Mohd. Salleh, yang mana salahsatu unit di bawahnya dikenali "Unit Ghostbusters".Anggota-anggota dalam unit ini terdiri daripada Aziz Haji Daud, Azmi Mohd. Salleh, Hafaizal Mat Ali dan Anis Sabirin bin Azmi. Di antara peranan dan aktiviti UnitGhostbusters ialah mengadakan kempen kepada orang ramai khususnya umat-umat Islam tentang perlu dan pentingnya membuang saka, merawat dan memulihkan penyakit rohani seperti gangguan makhluk halus, menghalau dan menangkap makhluk halus yang mengganggu individu dan kediaman (rumah/bangunan), memulihkan bahana sihir, santau dan sebagainya melalui kaedah Warisan Pusaka Tok Kenali (Wali dan Ulama Tersohor Kelantan dan Nusantara), mengadakan aktiviti tahan lasak seperti mendaki gunung, menyusur gua serta merakam foto makhluk halus di sesuatu tempat dan kawasan misteri yang dilawati. Sila layari, baca dan lihat foto aktiviti kami dalam portal khusus "ABJAD Kelantan" dan "UnitGhostbusters" kami di alamat: http://abjad-kelantan.blogspot.com. Sila layari juga pautan "ABJADMalaysia" di muka hadapan Media/Majalah/Blog ini untuk mengetahui asal usul Islam dan Melayu serta perkembangannya di Tanah Melayu di alamat:http://abjadmalaysia.blogspot.com.
Saka: Khodam Jin
Terdapat tiga jenis saka seperti Saka Keturunan, SakaIlmu dan Saka Guru. Kira-kira 90 hingga 95 peratussaka hanya dialami oleh umat-umat Islam sahaja, namun ramai yang menafikannya dan tidak menyedarinya. Ketahuilah tentang saka, kerana bahana saka boleh memporak-perandakan kerjaya, keluarga dan kehidupan anda. Beberapa kejadian yang dianggap tidak masuk akal seperti perkelahian dan pembunuhan yang berlaku sejak akhir-akhir ini diikuti masalah pesakit mental adalah berpunca dari gangguan saka tersebut.
Saka lebih dekat bagi golongan berilmu dan pengamalannya yang hanya didasarkan kepada buku dan kitab tanpa merujuk kepada guru. Ambil tindakan segera, buanglah saka. Sila baca Rencana tentang saka dalam RELATIF berjodol "Saka: Khodam Jin" di alamat: http://azmirelatif.blogspot.com. Atau klik "Minda Editor : Unit Ghostbusters : Saka" untuk membaca tentang saka itu.
Terdapat tiga jenis saka seperti Saka Keturunan, SakaIlmu dan Saka Guru. Kira-kira 90 hingga 95 peratussaka hanya dialami oleh umat-umat Islam sahaja, namun ramai yang menafikannya dan tidak menyedarinya. Ketahuilah tentang saka, kerana bahana saka boleh memporak-perandakan kerjaya, keluarga dan kehidupan anda. Beberapa kejadian yang dianggap tidak masuk akal seperti perkelahian dan pembunuhan yang berlaku sejak akhir-akhir ini diikuti masalah pesakit mental adalah berpunca dari gangguan saka tersebut.
Saka lebih dekat bagi golongan berilmu dan pengamalannya yang hanya didasarkan kepada buku dan kitab tanpa merujuk kepada guru. Ambil tindakan segera, buanglah saka. Sila baca Rencana tentang saka dalam RELATIF berjodol "Saka: Khodam Jin" di alamat: http://azmirelatif.blogspot.com. Atau klik "Minda Editor : Unit Ghostbusters : Saka" untuk membaca tentang saka itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan